Hari tu aku buat post pasal "Apa rasa dah 48 tahun?". Actually aku berhutang banyak explanation dalam post ni. Yang tanya perlu ke tak beli rumah sebelum umur 30? Berapa savings perlu ada sebelum 30. Macamana aku ada duit nak run own company at age 31. Pung pang pung pang pung pang...
Kadang seram nak berkongsi pengalaman antara sebabnya inilah. Takut bila ada orang nak follow betul-betul cara aku.
Dengar sini. Aku sekadar share pengalaman hidup saja. Boleh jadikan panduan kalau nak. Tapi kalau nak follow betul-betul macamana aku buat itu dan ini - jangan.
Perasan tak kebanyakan orang yang tak berjaya follow "motivator kekayaan" akhirnya akan menyalahkan motivator tu? Sebab dorang expect kalau follow betul-betul, PASTI jadi macam motivator tu.
Look. Bila someone share pengalaman hidup, especially bab financial, career, business, jangan anggap itu blueprint untuk berjaya. Itu cuma cerita dia, bukan formula. Benda macam “kena ada rumah sebelum 30”, “kena ada certain amount savings”, “kena ada company sendiri”, semua tu sebenarnya takde satu pun correct answer. Sebab konteks hidup kita berbeza-beza. Background family, peluang kerja, network, rezeki, mindset - semuanya berbeza.
Aku boleh start company at age 31 sebab waktu tu ada ex-boss yang percaya dengan cara kerja aku. Orang lain mungkin tak ada peluang tu. So kalau kau ikut bulat-bulat step aku, belum tentu dapat result sama. Sekadar nak jadi guidance tu, insyallah boleh.
Situasi aku juga lain. Aku takde pinjaman pelajaran. En Wan pun takde. Kami sama-sama scholarship, jadi takde hutang nak dibayar balik. Kitorang juga takde personal loan. Tak pernah buat. Jadi, takde beban hutang. En Wan kawen dengan aku, parents aku tak minta hantaran. Kat situ dah save. Kenduri kawen belah aku, semua Mak Aji and Pak Aji tanggung sebab 90% jemputan dorang. Aku keluarkan duit untuk mekap, sewa baju and barang hantaran saja. Sebelum kawen En Wan dah ada kereta. Dah habis bayar. Aku pun ada kereta Mak Aji hadiahkan sempena grad. Jadi kami masing-masing takde hutang kereta.
Itu aku punya cerita. Bayangkan yang lahir dari keluarga kayangan, yang nak bisnes mak bapak bagi duit, yang simpanan memang dah banyak, yang kerja senang dapat sebab ada connection - itu mesti jauh lebih mudah. Tak terkejar kalau kita nak follow. Maka ikutlah mana yang sesuai dengan kita. Starting line kita dengan dia tak sama. Aku dengan En Wan bernasib baik banyak benda besar dalam hidup, dapat skip. Takde hutang belajar, takde hutang kereta. Jadi duit gaji tak bocor ke arah membayar hutang. That’s why bila age 31 tu aku ada breathing space untuk ambik risiko run company sendiri. Kalau masa tu aku kena bayar balik loan MARA atau hutang kereta atau personal loan, confirm tak berani nak start business.
Tapi nak dapat scholar ada struggle yang kena hadap. Nak beli kereta cash kena buat 2-3 part time job non-stop. Maksudnya, takde satu template khusus. Ada orang berjaya sebab gaji besar, ada yang sebab ada bisnes, ada yang sebab rajin menyimpan, ada yang sebab sanggup berjimat. Masing-masing ada laluan sendiri. Instead of compare, lebih baik ambil kita boleh belajar dari jalan hidup dia, dan apa yang aku boleh syukur dari jalan aku.
Jangan pressure diri nak ikut orang bulat-bulat. Sebab nanti kau penat kejar benda yang tak realistik untuk situasi kau. Yang ada hutang belajar, yang kena support family, yang menanggung adik-beradik - perjalanannya lain. Tapi jangan pula ambil mudah. Mentang-mentang sitruasi kau berbeza maka kau skip benda-benda penting dengan alasan "Situasi aku lain".
Ada benda yang memang semua orang kena buat walau apa situasi pun. Walaupun jalan kita lain-lain, ada benda yang non-negotiable dalam hidup. Contohnya, savings. Tak kisah boleh simpan banyak ke sikit, yang penting consistency. Kalau tunggu ada lebih baru nak simpan, confirm sampai sudah takkan ada lebih.
Kawal gaya hidup. Jangan biar lifestyle control diri. Aku faham, media sosial sekarang buat ramai rasa macam kena kejar standard tertentu, kena ada latest gadget, kena holiday overseas, kena selalu lepak cafe hipster, kena tayang kereta baru. Padahal kalau tengok betul-betul, orang yang tunjuk semua ni belum tentu hidup dah stabil. Orang yang dah stabil selalunya tak tunjuk lifestyle. You know why?
Sebab orang yang betul-betul stabil dah tak ada keperluan nak buktikan apa-apa. Hidup dia dah cukup secure, dah ada rumah, ada simpanan, ada aset. Dia tak perlukan pengiktirafan orang luar sebab dia sendiri tahu apa yang dia ada.
"Berapa saving kena ada sebelum umur 30?”
Yang ni pun takde jawapan fix. Jawapan tu bergantung pada your situation, your income, dan beban tanggungan. Yang aku boleh cakap, pastikan ada saving, walaupun sikit. Jangan tunggu duit lebih baru simpan. Duit lebih ni jarang sangat berlaku. Lagi banyak income, lagi besar lifestyle kau akan adjust nanti. Kalau tak paksa diri asingkan saving awal-awal, memang sampai bila-bila akan rasa cukup-cukup je gaji tu.
Hidup ni macam naik bas. Ada yang naik bas ekspres, ikut highway, sampai awal. Ada yang naik bas lompat-lompat, lambat sikit sebab banyak kena stop. Ada yang bas rosak tengah jalan, kena tunggu lama. Tapi akhirnya semua sampai ke destinasi. Cuma jangan bandingkan kenapa bas orang lain laju, bas kau slow. Tengok situasi masing-masing. Tapi apa yang sama untuk semua penumpang bas? Semua pun kena bayar tambang.
Gitulah analoginya. Apa situasi sekalipun, ada benda yang TETAP KENA BUAT. Iaitu, simpan duit, kawal belanja, plan future. Kalau elak ni, besar harapan akan stranded tengah jalan.
Contohnya beli rumah. Aku memang strongly recommend. Beli rumah dulu apa-apa hal.
Rumah tu safety net. Even kalau gaji kecil, usahakan beli rumah kecil, takpe. Janji ada satu tempat yang confirm kau punya. Sebab rumah bukan sekadar tempat tinggal, tapi aset yang nilainya akan naik dari tahun ke tahun. Kalau kau start awal, at least bila 40-an nanti, hutang rumah tu dah pendek and kau ada pilihan samada nak duduk atau nak sewakan. Kalau tiba-tiba hilang kerja, masih ada tempat tinggal. Kalau perlu duit urgent, rumah tu boleh refinance. Semua boleh.
Rumah ni base. Anchor. Rumah makin lama makin mahal. Kalau beli awal, at least installment rendah, loan habis lebih cepat. Kalau tunggu umur 40 baru nak start, masa tu komitmen lain dah bertambah, harga rumah dah jauh lebih tinggi, loan pun makin ketat.
Yang ni aku rasa environment memainkan peranan juga. Kawan-kawan aku masa age 20-an semuanya geng beli rumah. Rumah pertama aku at age 27. Masa ni ada sorang kawan aku masa kat TKC dulu (dia batch En Wan di Jepun) dah beli rumah ke-2! Kau imagine betapa cepatnya dia beli rumah ke-2?
Bila berada di kalangan kawan-kawan yang sembang pasal beli rumah, nak tak nak aku and En Wan pun terdorong nak beli rumah. Aku bersyukur beli rumah ni kitorang buat cepat. Sakit tu memanglah sakit sebab nak kumpul duit buat bayar downpayment. Ikat perut masa tu. Shopping and holiday-holiday ni tolak tepi dulu. Aim nak beli rumah.
That was 2004. Tahun 2009 kitorang jual rumah tu and beli rumah ke-2 pula (rumah now). Insyallah lagi 2 tahun habis bayar rumah sekarang. Jenuh sebenarnya membayar rumah ni. Tahun 2009, harga rumah aku RM620K. Now 2025 tak jumpa dah harga rumah tu kat Subang Jaya ni. Walaupun jenuh membayar, at least masa beli dulu umur masih muda. Tempoh loan tu panjang, jadi bulan-bulan masih reasonable lagi nak membayor.
Sebenarnya kalau tak mula awal, memang sampai bila-bila pun akan rasa tak mampu. Harga rumah takkan turun. Commitment lain makin lama makin naik. Anak bertambah, belanja bertambah, komitmen bertambah. Kalau tunggu masa perfect, percayalah, masa tu takkan datang. Start dengan modal apa yang ada dulu, jangan tunggu cukup baru nak jalan.
Aku tahu bukan semua orang selesa dengar topik ni. Ada orang belajar sungguh-sungguh, tapi takde rezeki nak dapat kerja gaji besar. Ada orang biasa-biasa je masa sekolah, tapi dapat peluang yang tepat, jumpa orang yang betul, hidup terus berubah. Setiap orang ada equation masing-masing. Tapi dalam equation tu, ada beberapa nombor yang semua orang kena isi sama.
Contohnya simpan duit, kawal lifestyle, ada aset tetap, jangan berhutang benda bodoh. Itu universal. Yang lain-lain, terpulang pada situasi masing-masing. Ada orang boleh laju, ada orang slow, ada orang kena buat dua tiga kerja untuk capai benda yang sama. That’s fine. Yang penting bukan siapa cepat, tapi siapa konsisten.
Aku bukan anti-enjoy. Aku pun enjoy jugak. Tapi jangan sampai core foundation hidup terabai. Bila ada rumah sendiri, walaupun kecik, at least dah secure satu benda paling mahal dalam hidup. Lepas tu, nak enjoy apa pun silakan. Travellah, belilah, makanlah.
Bukan apa, aku kesian some dah ada anak berderet tapi masih duduk menyewa. Memang dah berat dah waktu ni nak ada rumah sendiri. Sebab komitmen dah banyak. Please, save sikit duit bulan-bulan untuk beli rumah. Jangan sentuh duit tu. Itu duit beli rumah. Jangan tunggu perfect. Rumah kecik pun takpe. Asalkan ada. Trust me, 10-15 tahun akan datang, you will thank yourself for making that choice.
Ini bukan post nak kecilkan hati sesiapa tapi lebih kepada nak buka mata. Sebab aku percaya, masing-masing ada jalan hidup sendiri, ada struggle sendiri. Cuma kalau ada perkara baik yang aku dah lalui, rasa rugi kalau tak kongsi. Kalau ada yang boleh ambil manfaat, alhamdulillah. Kalau rasa tak kena dengan situasi hidup sekarang, abaikan saja.
Aku juga faham bukan semua orang ada peluang yang sama, tapi prinsipnya tetap sama. Sebab 10–15 tahun tu akan datang juga, sama ada kita bersedia atau tak. Jadi lebih baik kita buat sesuatu dari sekarang, walaupun kecik, daripada langsung tak buat apa-apa.