2025-09-05

GreenAard: Based on maklumat customer, this is expectation yang realistik bila ambil GC Plus and Nutrijuice.


Ini DM dari new customer GreenAard. Terima kasih beli GC Plus and Nutrijuice.

Meh aku share sikit cara aku medical underwriting dulu based on proposal client, but now aku buat 'underwriting' dari maklumat yang customer ni bagi.

- Umur 45, perempuan
- Tinggi 156 cm, berat 70 kg
- Ada sejarah fibroid (buang tahun lepas)
- Belum pernah mengandung/melahirkan
- Perut buncit & berat badan berlebihan
- Kolesterol agak tinggi
- Doktor akan follow-up scan untuk pastikan tiada fibroid recurrent.
- Tak ambil ubat hormon, hanya vitamin asas (Vit C, kalsium, magnesium).
- Pharmacist cadangkan ambil suplemen untuk kawal kolesterol.

Kalau aku as medical underwriter, berdasarkan maklumat di atas, aku punya analisis macam ni:

(1) Umur 45, BMI overweight (BMI ~28.7)
- Risiko tinggi untuk metabolic syndrome (diabetes, darah tinggi, kolesterol).

(2) Sejarah fibroid (buang tahun lepas)
- Minta medical report & histopathology report.

(3) Belum pernah mengandung/melahirkan
- Not medically effected. Neutral.

(4) Kolesterol agak tinggi
- Minta buat latest lipid profile.

(5) No hormon therapy, hanya vitamin asas
- Positif point

Based on semua ni aku akan minta report tambahan, especially ultrasound report untuk confirm fibroid status & latest blood test (lipid profile, liver function, fasting glucose).

My decision bila report doktor masuk nanti maybe:

- accept with loading (sebab overweight + high cholesterol), ATAU
- accept with exclusion (fibroid/gyne condition)

Kalau semua test bagus & fibroid confirm benign + no recurrence, aku takkan letak exclusion tetapi tetap ada loading (tingi caruman) sebab faktor overweight & kolesterol.

Begitulah cara medical underwriter bekerja. That's why apa-apa pun BMI sangat penting untuk apply medical card. Filter pertama kena lalu adalah berat badan. Kalau ini tak lepas, loading itu PASTI. Jadi, pastikan BMI normal.

Ok now based on maklumat customer tadi aku share expectation yang realistik bila ambil GC Plus and Nutrijuice.

Dari sudut sains, her BMI is overweight (almost obesiti tahap 1). Maksudnya, berat badan dia adalah salah satu faktor kolesterolnya tinggi. This customer ada sebut perut buncit walau tak pernah pregnant. Itu tanda ada visceral fat (lemak di sekeliling organ dalam perut). Lemak jenis ni memang berkait dengan kolesterol tinggi, fatty liver, and risiko dapat diabetes kalau berat badan tak dikawal. Walaupun orang lain mungkin nampak dia tak terlalu gemuk, risiko dalaman tetap tinggi.

Dari sudut umur, now age 45 tahun. Umur-umur macam ni hormon and metabolism naturally makin perlahan. Estrogen dah mula turun. Bermakna badan lebih senang simpan lemak di perut. Jadi at this age kalau target turun 10kg dalam 1 bulan, itu mustahil dan tak sihat. So expectation yang realistik untuk dia (dan orang lain sepertinya), aim untuk turun berat 500 gram to 1 kg seminggu sahaja. Enough. Tak perlu banyak-banyak. Kalau turun 2kg sebulan dah ok. Dalam 3 bulan, kalau konsisten turun at least 5kg pun dah sangat bagus.

Tapi, main fokus bukan pada penimbang but inch loss (pinggang makin kecik). Ini lagi penting sebab pinggang dan perut adalah indicator visceral fat. Ini yang kita nak turunkan dulu. Berkurang 1–2 inci sebulan is realistic. Some people boleh capai 3-4 inci pada bulan pertama (kalau banyak water retention and visceral fat), tapi biasanya lepas tu akan konsisten pada 1-2 inci. But for this customer, aim untuk capai inch loss 1-2 inci sebulan dah memadai. Kadang-kadang berat badan turun 0.5-2kg je, tapi pinggang susut 1-2 inci. This is good oready.

Kalau pinggang berkurang 3-4 inci pada 3 bulan pertama, you will definitely nampak perubahan kolesterol. Bila berat turun 5-10% daripada berat asal (3.5-7 kg), kolesterol akan turun juga. Nutrijuice fungsinya memang untuk stabilkan kolesterol yang tinggi. Insyallah, bacaan kolesterol lebih terkawal dalam 4-6 bulan. Maybe dalam 4 bulan tu perut belum flat sepenuhnya tapi susut perlahan-lahan. Yang penting konsisten.

Jangan harap perut terus jadi flat sebab visceral fat ambil masa. Tapi kalau konsisten, benda pertama yang kau akan notice dulu adalah dah kurang penat. Pastu pinggang mengecil. Seluar dah longgar, baju dah longgar. Yang ada masalah period, masa ni period jadi lebih stabil.

Untuk first timer, cuba ambil GC Plus 2 kapsul dulu. Tengok keserasian. Kalau ok, kepala tak pening, tak rasa letih, naikkan ke 4 biji. Ambik PAGI BEFORE SARAPAN. Nutrijuice boleh ambil selepas sarapan. Nak ambil Nutrijuice malam pun boleh. Yang penting 2 sudu sehari sahaja.