2025-09-29

Perang Weibo semalam


Aku tak tahu macamana nak start bercerita perang Weibo semalam. No, actually dah 2 hari. Hari ni nampak macam lega sikit. Aku penat wehh. Penat dengan ex-Johnny ni. Betul aku cakap kau. Sekali kau terjebak bercinta dengan saiko, nak keluar dari pressure dorang ni payah. Satu je caranya, kau kena KAWEN. Saiko ni dia berani bila kau alone je. Bila kau dah ada partner, dia dengan sendirinya akan back off. Selagi kau single, atau tak officially terikat dengan sesiapa, selagi tu dia perah kau cukup-cukup.

Dorang ni punya pesen, dia akan buatkan nama kau busuk, sampai orang tak percayakan kau, dan kalau boleh takde siapa nak kau. Aku paham sangat pattern ni sebab tu everytime ex-Johnny buat cilaka, aku memang hentam kaw-kaw. Lantaklah dia baca ke tak, janji aku voice out point-point aku.

Ex-Johnny ni (WYX) umpama watak villain dalam drama bersiri yang tak mati-mati. Dia akan muncul every year dan ulang cerita yang sama, walaupun cerita tu dah dibuktikan TAK BETUL. Johnny dah menang kes ni tahun 2020 lagi. Tapi everytime dia bring up that issue, dia nak orang percaya dia. Masalahnya, kalau kau rasa kau betul, apesal tak report polis? Apesal tak bawa naik mahkamah appeal? Benda kau betul kot, buatlah! Masalahnya tak. Balik-balik memekak kat Weibo.

WYX sebenarnya cuma nak jatuhkan reputasi Johnny sebab Johnny tak bagi attention kat dia. Itu je. Dulu dia and Johnny sama-sama model. Ini sebelum Johnny jadi pelakon. WYX tua 6 tahun dari Johnny. WYX kata dorang kawen Mac 2016, dan 2018 dorang bercerai sebab Johnny curang and pukul dia.

Punyalah bitternya dia dengan life Johnny, tahun 2023 dia pun sibuk nak jadi pelakon. Sebab apa dapat jadi pelakon? Sebab producer ambik kesempatan issue dia and Johnny tengah hot kat Weibo. Bukan sebab berbakat pun. Kalau dah namanya kayu, memang takkan pergi jauh. Masa dia diinvite untuk ke Filem Awards, dia punya berlagak mintak hampun. Siap tulis kat Weibo yang dia baru berlakon 1 drama dah dapat attend Film Awards berbanding actor yang terpaksa berlakon jadi supporting actor semata-mata nak kekal dalam industri. Gila bahabi punya perasan. Nak kata dia lagi power dari Johnny la tu. Masalahnya kau hanya dijemput datang award je, bukan masuk list pun!

Yang kelako tu, sampai sekarang apa-apa hal dia tak pernah guna nama sendiri. Mesti nak mention “ex-Huang Jingyu”. Setiap kali dia buat hal, dia beli Hot Search “ex-Huang Jingyu”. Sebab apa? Sebab kalau guna nama sendiri takde orang kenal pun. So dia terpaksa jaja nama Johnny sampai mati in order nak dapat attention.

Selama 8 tahun lebih, identiti hidup dia cuma "bekas isteri orang". Tak ada filem, atau drama, atau any projek yang boleh buat orang ingat dia sebagai pelakon. Kau debut tahun 2023. Dah merasa jalan kat red carpet, dah merasa join roadshow filem, tapi tetapppp sampai 2025 ni orang kenal kau sebab satu benda je iaitu nama bekas laki kau. Sedih tak sedih?

Yang patheticnya, sepanjang 8 tahun ni, kau dok ulang benda yang sama. Every year dia recycle isu domestic violence, curang, and tuduh macam-macam. Tapi bila orang minta bukti, tarak. Yang dia ada cuma dua helai report entah dari mana dia kutip. Nama kat report tu pun bukan Huang Jingyu, result pun NEGATIF. Sebijik perangai budak tadika yang salah buat homework tapi nak convince cikgu kertas kosong tu ada jawapan. Kahhhh!

Paling lawak, tahun 2023 dia buat live dalam keadaan half mabuk. Dalam live tu dia mengaku yang dorang berdua sebenarnya berpisah secara aman, tak ada curang, dan tak ada pukul. Siap cakap semua tuduhan tu tak benar. Orang kata time mabuk je kita berani cakap benar. Maknanya apa dia cakap masa tu betullah. Benda yang dia tuduh selama ni tak betul. Saiko!

Eh tau-tau semalam ada “bukti baru”. Buat post kat Weibo “Saya kehilangan dua anak, satu mati sebab gugur kerana saya dipukul teruk. Satu lagi gugur kat Dandong kerana tertekan dengan keluarga mertua”

Pandai dia, dia tak mention nama sesiapa. Takut kena saman. Tapi tak ke cara tu menjurus ke arah nak tuduh Johnny? Sebab Dandong tu hometown Johnny.

Kau yang cakap tak ada apa-apa berlaku, tetiba tahun ni “kehilangan dua anak”? Ingat semua orang bodoh ke tak boleh kira timeline? Johnny dengan kau together tak sampai dua tahun pun. Dalam tempoh tu, setahun lebih Johnny duduk luar negara shooting Operation Red Sea dan Moonlight & Valentine. Setahun setengah Johnny kat Afrika, Thailand, dan Inner Mongolia. Celah mana kau sempat mengandung 2 kali ni?

Aku dah kata sesiapa nak bertekak dengan team Whale, pastikan ada fakta dan data. Because we never lupa timeline. Never. Kalau takde fakta, DIAM. Kalau tak, memang kau kena londeh.

Yang benaunya dia terkilan sebab dia yang nak break due to kesibukan Johnny. Now bila Johnny dah really famous, sibuk nak Johnny balik. Bila Johnny bolayan, tu pasal merentan. Alahhh, macamlah aku tak kenal pattern ni. Saiko semua sama je.

Dan aku syak satu lagi yang dia bengkek tu, sepanjang 8 tahun ni Johnny TAK PERNAH sekali pun balas dendam, kutuk dia, atau mention nama dia. Johnny menang kes fitnah berkali-kali. Setiap kali menang pun dia tak update apa-apa atau announce anything, let alone nak meraikan kemenangan. Dia hanya fokus kerja, dan as ussual dia buat hal sendiri. Studio dia (lawyer) cuma keluar statement dua kali je that was year 2018 dan 2023. Dua-dua official statement sama isinya - “Perpisahan berlaku dengan aman, tak ada curang, tak ada pukul.” Takde lansung mention pasal divorce, let alone married. Cuba kalau WYX yang menang, boleh imagine lah dia punya gelupur tu. Alangkan baru dapat invitation lalu kat red carpet pun dah menggeletis puki, lagikan kalau menang apa-apa.

WYX ni suka hari ni cakap A, esok cakap B, lusa padam post. Lepas tu bila orang kejar bukti, dia kata “tersalah post.” Takut kena saman la tu. Ni kau tengoklah, tak hari ni, esok mesti dia kata dia tersalah post. Tak pun “saya tak mention sesiapa, fans HJY je yang lebih-lebih”. Ah panteklah kau.

Dah 8 tahun dah pun. Hidup kau masih revolve around ex-husband. Orang lain umur 40-an dah matang, dah move on, dah bina hidup baru. Kau? Umur 41 dah, makin tua makin bodoh. Instead of naik taraf jadi classy, kau sendiri downgrade diri kau jadi bahan lawak internet. Nah ambik ni anugerah clown paling kelako se-China 🤡👑.

Ok aku cerita kronologi. Semua benda ni mula meletup tahun 2018. Masa tu nama Huang Jingyu tengah naik sebab Operation Red Sea. Populariti dia gila-gila, orang mula nampak dia as “national action star.” Kat sinilah muncul satu akaun misteri di Weibo kononnya “sepupu bekas isteri.”

Akaun tu tak habis-habis cerita Johnny pernah kawen secara rahsia, pastu curang, pastu pukul bini, pastu ada sorang. Netizen masa tu biasalah, cepat percaya sebab juicy. Tapi semuanya takde bukti. Satu gambar pun tak ada. Semua tuduhan setakat tulisan kat post.

November 2018, studio Huang Jingyu dah tak tahan. Ye lah, Johnny ada kontrak dengan big brands and job tengah bersusun, alih-alih ada berita macam ni. So studio keluarkan kenyataan rasmi yang betul dia pernah ada hubungan dengan WYX. Tapi takde mention kawen. Dan perpisahan tu aman, tak ada pukul, tak ada curang. Dan semua gosip lain tu fabricated, organized smear campaign.

Masa tu studio keluarkan surat peguam, warning sesiapa yang sebarkan fitnah, court dalammmmm. Logiknya senang je. Bukan mengugut, tapi kalau betul ada kes, kau reportlah polis. Domestic violence, infidelity ni semua benda berat. Takkanlah nak settle dengan status Weibo kot? Pastu kes tu senyap. Akaun “sepupu bekas isteri” hilang. Ok fine.

Tahun 2019-2020, tiba-tiba muncul akaun “assistant WYX”. Akaun ni kata WYX tengah depression, cuba bunuh diri, sebab trauma dengan Johnny. Netizen (haters Johnny) pun simpati. Tapi bila check detail, ada benda yang tak kena. Contohnya, masa WYX “katanya” overdose, akaunnya still aktif. Still delete komen, block orang, like post. Kahkahkah. Hello?? Kau tengah koma pun roh kau keluar manage akaun Weibo ke? Ke “assistant” yang manage? Ke sebenarnya “assistant” tu kau sendiri? Kat situ dah nampak inconsistency.

Then keluar pulak cerita pasal “medical report”. WYX tunjuk sehelai kertas, kononnya bukti rawatan. Tapi bila zoom in, format medical report pun pelik, ubat yang listed pun salah eja, tarikh tak kena. Ada doktor sendiri komen “Kalau ini medical cert, saya pun boleh buat kat Word.” Mbhahahahahaha. Kantoiiiii.

Akhirnya tahun 2020, Beijing Internet Court masuk campur. Johnny saman akaun yang mula-mula sebarkan gosip (“sepupu ex-wife”). Johnny menang. Semua tuduhan terbukti fitnah. Dan takde bukti diberikan di mahkamah. Dan defendan kena buat public apology and written apology to HJY Studio berserta ganti rugi RMB10,000.

And the most embarrassing part, orang yang mengaku “sepupu ex-wife” tu sebenarnya bukan sepupu pun. Cuma some lelaki random lahir tahun 1987 buat fake account. Jadi selama dua tahun, netizen kena kelentong dengan ntah sape-sape, dengan cerita rekaan semata-mata. Tapi kat sinilah highlight paling penting. Bila court dah buat ruling, benda tu sepatutnya end of story. Tapi tak untuk WYX. Dia masih guna cerita rekaan tu seolah-olah cerita tu sebenarnya betul. Dia macam tak puas hati sebab Johnny terus naik. At the same time dia macam seronok jadi perhatian walaupun kena kecam. Jadi every year dia petik isu lama semata-mata nak dapat limelight.

Pattern dia dari 2018–2020, sama. Tak pernah ada bukti. Everytime kena pressure, dia delete post. Dia guna nama assistant/cousin/fan as shield. Dia tak direct mention siapa yang dimaksudkan. Yang pasti, kes yang muncul dari tahun 2018-2020 ni Johnny dah pun menang. And ada satu lagi pattern yang kita dah mark. Everytime WYX muncul, timing dia very sus. Bila ada projek baru Johnny keluar, confirm ada gosip baru dari WYX. Coincidence? Tak. Dia memang sengaja nak ride wave hot search. Now Johnny tengah busy job sana sini, ada 8 pending project yang bakal tayang, dan Johnny pun dah jadi national asset, so masa ni la dia nak menyelit kembali so that nama dia naik sekali.

Lepas kalah kat mahkamah tahun 2020, orang ingat WYX boleh diam. Tapi tak, ya. Sis ni jenis tak reti malu. One day, dia publishkan gambar marriage certificate dorang berdua. TETAPIIIII. Ya, ada tapinya. Pertama, date dalam certificate tu pelik. Kedua, format font tak sama dengan standard. Ketiga, ada typo. Even lawyer sendiri kata benda tu nampak macam edit.

Yang lagi lawak, Johnny selama ni tak pernah deny dia pernah kahwin sebelum ni. Cuma dia tak bercakap je. Dia never say yes, never say no. Studio HJY pun pernah keluarkan statement “pernah ada hubungan, dah berpisah aman.” Jadi kenapa WYX tiba-tiba nak tunjuk marriage cert, macam nak dapatkan validation? Johnny tak pernah deny pun. Yang kau gelabah tetek nak tunjuk marriage cert bagai kenapa? Nak orang kagum kau bekas bini Huang Jingyu? Either way, desperate vibes all over. Dahlah marriage certificate pun macam photoshop.

Tahun 2022, again dia buat post. Sikit-sikit insinuate pasal “trauma,” sikit-sikit hint pasal “masa lalu.” Tapi bila kena hentam, cepat-cepat delete. Bila fans tanya, alasan dia sama“Oops, tersilap post.” Perempuan, kalau every year kau tersilap post, kau sebenarnya perlukan kursus asas guna Weibo, bukan lawyer. Bongok.

Tahun 2023, season paling juicy. WYX buat livestream sambil mabuk sikit. Dan dari mulut dia sendiri, dia cakap 3 benda:

“Kami berpisah aman.”
“Dia tak curang, dia tak pukul.”
“Court ruling semua jelas, tak ada masalah.”


Boom!! In just one night, dia sendiri runtuhkan naratif 5 tahun yang dia create. Semua tuduhan yang dia pusing-pusing sebelum ni, dia sendiri swipe clear. Yang lagi tak boleh brain, rakaman livestream tu bersepah kat Weibo. Fans save, bloggers save. Jadi kau nak pusing macam mana pun, bukti dah ada. 

Tapi apa jadi lepas tu? A few months later, repeat pattern lama. Insinuate pasal “anak,” insinuate pasal “trauma,” and post shadowy statement. Dan highlight terbesar, dia nak Johnny acknowledge family dia (parents, kawan and her circle). Studio HJY masa tu kata okay je, demi nak move on, asalkan dia stop ganggu Johnny. Tapi siapa yang flip-flop balik? Dia jugak. Saiko.

Aku familiar tau pattern ni sebab ex aku dulu macam ni. Jenis ni sebenarnya dia cuma nak perhatian kita. In WYX kes, dia nak perhatian Johnny. Dia nak selepas Johnny acknowledge dia and her family and friends, dorang berdua jadi kawan dan selalu contact each other. Masalahnya, Johnny tak buat macam tu. Bagi Johnny, ok kau nak aku ackowledge as friends, ok. 

Johnny pernah buat Weibo post tulis "To my friend and also part of family, WYX, hope you’re doing good". Aku kalau jadi WYX, dah happy dah ni. Boleh move on. Tapi tak, ya. Dia sebenarnya nak Johnny hari-hari mesej dia, ajak dia keluar makan and sembang-sembang macam dulu agaknya. Memang taklah! Tu pasal 4 bulan selepas tu, dia merentan balik sampai now.

Meanwhile, Johnny sepanjang 2021–2024 ni, maintain satu pattern je. Diam & kerja. Dia fokus drama and filem. Dia buat variety show. Dia buat brand endorsement. Memang kerja je dia fokus. Maknanya dia konsisten. Bandingkan dengan WYX. Hari ni cakap A, esok cakap B, hari ni berdamai, esok merentan balik. Seriously, siapa nampak lebih waras kat sini?

Tahun ni WYX naik level. Dia tahu semua modal lama dah basi, netizen dah bosan. So apa dia buat? Dia escalate bawa masuk kisah dua anak mati. Konon hilang 1 anak dalam kandungan sebab kena pukul. Dengan siapa dia tak bagitahu. Tapi sebenarnya kita semua tahu dia nak tuju kat siapa. Pelik, 8 tahun selepas bercerai, tiba-tiba taharu claim sorang anak gugur sebab dipukul. Dan sorang lagi gugur di Dandong, rumah mertua. Like, hello??? Kau sendiri livestream 2023 cakap tak ada domestic violence, tak ada infidelity, cerai pun aman. So mana datang dua anak ni out of nowhere?

Dan bila fans kira timeline, lagilah nampak betapa bengapnya kau. Your relationship with Johnny is less than 2 years. Dia kata keguguran berlaku sekiutar 2017 dan 2018. Padahal dalam tempoh tu setahun setengah Johnny duduk overseas shooting Operation Red Sea. 6 bulan di Africa alone. Then sambung kat Mongolia. Selepas tu Johnny duduk Thailand untuk shooting the whole drama Moonlight & Valentine. So… bila exactly kau sempat pregnant dua kali? Nak buat cerita pun biarlah bijak. Cerita dia ni bukan saja tak logik, tapi insulting. Kau assume semua orang tak reti kira kalendar. Ini basic maths kot.

Dan macam biasa, bila orang mintak bukti, WYX keluarkan “medical reports.” Tapi bila check properly, nama dalam report pun BUKAN Huang Jingyu. Result pulak NEGATIVE. Dokumen tu dokumen lama yang dia recycle. Takkanlah kau tak reti baca English? Dah negative, nama pun tak sama. Kena bangang dengan aku sekali. Dah tua pun bodoh.

Semalam ramai blogger tulis fedap dengan WYX. Imagine, blogger yang kerjanya cari makan dengan gosip pun dah bosan. Kalau orang yang dibayar untuk drag artis pun rasa tak berbaloi nak tulis pasal kau, maknanya you are NOTHING!

Seriously, 8 tahun bukan kejap. Lama. Kalau satu manusia stuck 8 tahun kat tempat sama, ulang skrip sama, itu namanya mental illness yang tak pernah dirawat. Meanwhile, malam semalam ada fan spotted Johnny tengah cycling and jalan-jalan sekitar Shanghai baru balik dari mengopi. Dia pun malas nak layan kau punya merentan sebab setiap tahun itu je la modal kau. Johnny sikit tak berbunyi malah lansung tak risau. Because dia tahu dia tak buat semua tu, nak takut apa. Dia lagi menunggu agaknya kau keluarkan bukti.

Tahun ni kita dah boleh label as Season 3: Psycho Mode. Sebab tahun ni paling mengarut modalnya. Plot twist tiba-tiba 2 anak keguguran. Blogger pun surrender. Netizen pun dah openly panggil dia sakit mental. Honestly, kalau ada orang patut tolong WYX sekarang, bukan lawyer, bukan media. Dia perlukan psychiatrist. Sebab ini dah beyond gosip. Ini masalah mental yang makin obvious.

Kalau fikir-fikir balik, satu benda paling pelik dalam drama 8 tahun ni, Johnny masih steady. Tak pernah pecah mental walau kena fitnah bertubi-tubi. And the answer is simple. Sebab dia memang dari awal bukan jenis yang insecure atau gila attention. Kadang aku frust dengan Johnny. Dia terlalu lembut, terlalu bodoh, tak reti nak fight balik. Tapi maybe itulah reason orang sayang dia. Kalau dia jenis balas dendam, respond semua fitnah, atau maki hamun balik, dia dah lama jadi macam WYX yang stuck.

Hanya orang yang ada common sense je boleh pikir logik. China tu negara dia punya undang-undang sangat ketat. If there was solid evidence behind those claims, trust me, with how China’s industry and media work, Johnny takkan berada dalam A-list actor with government projects and major brand endorsements. 

Kat sana ada sistem merit. Kalau merit kau rendah, kau bukan saja takde job, nak bukak akaun bank atau nak buat loan pun payah. Kawen pun dorang tengok merit. Tapi Johnny, jadi national aset. Duta firefighter. Poster boy program tentera. Program-program melibatkan polis ada dia. Dan baru-baru ni dia dipilih untuk berlakon drama Weight of Justice (drama usahasama dengan kerajaan). Kau rasa kalau dia ada skandal, dia boleh jadi national aset ke? Silap-silap dah lama hilang dalam industri.

Dari dulu lagi, dia masuk industry sorang diri. Tak ada family kaya, tak ada connection, tak ada management besar. Semua dia achieve dengan hard work. Jadi dia tak terdesak nak rebut spotlight dengan cara kotor. Selagi ada kerja, selagi boleh berlakon, itu dah cukup. So bila ada wild gosip, dia buat benda paling logik iaitu, pakai undang-undang. Dua malas bising. Masuk court terus.

WYX kata Johnny ada cable besar sebab tu undang-undang takut dengan dia. Tengkorak kau. Kalau betul Johnny ada kuasa besar sampai boleh tutup mulut orang, kaulah orang pertama yang takkan hidup sampai sekarang. Kalau Johnny ada cable dalam undang-undang, kau takkan survive 8 tahun main sindir-sindir, main hot search, main drama kat Weibo? Pakai otaklah sikit.

Kes 2 hari lepas buatkan ramai orang buat conclusion yang masalahnya bukan pada Johnny. Masalahnya memang WYX tak boleh move on. Itu je masalahnya. Victim sebenar akan cari keadilan undang-undang. Tapi WYX pilih jalan mengadu kat Weibo, untuk trending, bukan untuk dapat justice. Itu sendiri dah cukup buktikan ini bukan pasal trauma. Ini clout-chasing. Dan honestly, benda ni dah jadi memalukan untuk dia. Dia nak jatuhkan Johnny, tapi dia sebenarnya hancurkan diri dia sendiri.

Aku tak tahulah mana kawan-kawan dia, mana keluarga dia. Takkan sorang pun tak kedepan willing nak jadi her evidence? Aku dulu ramai evidence. Dusty Pink tahu cerita aku luar dalam. Family aku sendiri tahu. Tapi WYX? Dia bergerak sendiri. Takde backup. Nampak sangat apa yang dia cerita dan tuduh selama ni semua rekaan semata.

Semalam ada juga orang kata "Maybe WYX ni sakit”

Ya, aku setuju. Dia sakit. Tapi bukan sakit sebab ex-husband. Dia sakit sebab mental instability yang tak dirawat. Orang normal takkan ulang benda sama for 8 years. Orang normal takkan contradict diri sendiri depan puluhan ribu orang. Orang normal takkan fabricate report semata-mata nak cari perhatian. So at this point, pilihannya ada dua. Kau boleh kesian, cadangkan dia jumpa psychiatrist. Atau kau treat dia macam badut, sebab dia sendiri sengaja drag diri dia jadi bahan lawak. Either way, orang dah tak percaya.

Johnny today dalam senarai A-List dengan hasil kerja keras dia. Semalam masa fans berperang, he was spotted kat hospital, buat MRI. Maybe check lutut yang ada cyst. Dia banyak berlakon action scene. Hanya 3 sahaja joint yang belum damage. Yang lain semua pernah injured. Lutut dia ada cyst bertahun-tahun, tapi dia taknak buat operation sebab takut ganggu performance. Because job offer dia berderet dah sign kontrak until 2028 (setakat ni). He can't afford untuk operate kaki now. Tu pasal dia ada routine check up.

Semalam malam bila keadaan dah tenang-tenang aku terfikir balik persamaan dengan situasi aku dulu. Aku realised one thing. Apa yang Johnny buat now, sama macam apa yang aku buat dulu. Pilih untuk DIAM. Walaupun hati tu sakit sebenarnya sebab dia play victim, macam tersakiti, and dia create naratif akulah punca dia jadi macam tu. Orang keliling percayakan dia. Yang tak pernah-pernah rapat pun tiba-tiba side dia. Tapi aku pilih diam, and fokus belajar. Johnny pun pilih diam and fokus kerja.

Sebenarnya tak perlu pun nak fight back. Dia sorang diri dah cukup untuk tunjuk pada dunia betapa unstable diri dia sebenarnya. Kalau kita masuk campur, itu cuma bagi dia alasan nak play victim, konon dibuli oleh internet. Lepas tu confirm naik hot search sebulan. Dulu aku pernah salahkan Johnny sebab tak pernah bersuara. Aku tulis HJY Studio cakap Johnny lembik! Tapi apa yang Johnny buat sebenarnya betul. Orang macam WYX memang tak normal. Sekali kau engage, dia akan ulang seribu kali lagi.

Dia sendiri pun dah tak hidup normal. Sumber hidup dia cuma jual jual kisah peribadi kat internet. Sedangkan Johnny ada banyak kerja nak kena buat. Nak bazir masa layan orang mental unstable buat apa? Dia sendiri dah cukup sibuk. Lately pun semua berita pasal dia, positif. Sentiasa ada projek baru. Semua brand dan partner obviously tak nak drama murahan ganggu momentum ni. That's why apa pun jadi, dia tak boleh rush untuk respon. Setiap benda ada priority. Dia taknak psycho tu control naratif sampai ganggu kerja sebenar. Tunggulah je la dia tak busy esok, konfem surat mahkamah sampai.

Lagipun, orang tu dah bertahun-tahun ‘gila’ tapi hasilnya zero. Tak ada benda baru, tak ada bukti, tak ada progress. Orang luar pun boleh nampak masalahnya datang dari sebelah mana. Dulu dia boleh conquer hot search berminggu-minggu. Sekarang? Kecoh sikit je, 2 hari settle. Malas orang nak layan kau lama-lama.

Rule paling simple gini je. Kalau news macam ni muncul lagi, itu tanda competitor Johnny dah tak mampu nak lawan cara fair. Dalam mana-mana race, kalau kau dah lari laju, perlu ke kau berhenti nak gali lubang supaya orang lain jatuh? Tak perlu pun. Even kalau kau terserempak lubang, kau lompat je. Kau join race bukan untuk buang masa korek lubang, ye tak? So kalau news macam ni muncul lagi maknanya Johnny dah fly high la tu sampaikan dah takde modal lain nak jatuhkan dia.

Jangan risau, semalam kat hospital Johnny nampak happy, mood elok, staff sekeliling pun senyum je. Tak ada siapa pun ambil serius drama psycho tu. Asalkan Johnny can fokus kerja, keep moving forward, takkan ada siapa mampu kejar. Yang si gila tak boleh kejar, yang sponsor si gila tu pun sama tak boleh kejar.