2025-09-30
GreenAard: Nutrijuice BUKAN produk untuk bagi tenaga atau kurangkan rasa letih.
Boleh baca testimoni sebelah tadi, kan? Aku cuba zoom tapi dia pecah-pecah. Itu dah paling best aku boleh zoom. Harap boleh baca.
Interesting feedback dia. Dia mention "kurang letih". Padahal Nutrijuice BUKAN produk untuk bagi tenaga atau kurangkan rasa letih, tapi itulah kesan bila kolesterol menurun.
Ok, macam ni. Bila kolesterol tinggi, darah jadi pekat. Darah yang pekat buatkan pergerakan darah lambat. Jadi, oksigen tak optimum sampai ke sel badan. That's why kita rasa cepat penat, mengantuk, lemah. Bila kolesterol menurun (selepas ambil Nutrijuice), aliran darah jadi lebih lancar. Oksigen cukup sampai ke sel. Jantung pun tak perlu kerja keras pam darah. Hasilnya, badan rasa lebih ringan, segar, and kurang letih. Jadi, tenaga yang “bertambah” tu bukan sebab Nutrijuice supply tenaga, tapi sebab kesihatan dalaman improve bila kolesterol turun.
Dan secara logiknya juga, bila darah lancar, sakit belakang atau sakit-sakit badan boleh berkurang. Sebab bila kolesterol tinggi, saluran darah jadi sempit. Aliran darah ke otot dan saraf jadi perlahan. Bila darah tak cukup supply oksigen, otot mudah rasa tegang, cramp, rasa lenguh dan sakit-sakit. Bila kolesterol menurun, saluran darah lebih clear. Aliran darah lebih lancar. Oksigen dan zat sampai ke otot. Jadi otot jadi lebih rileks and healing berlaku depan lebih cepat. Sebab tu sakit-sakit badan (termasuk sakit belakang) boleh berkurang bila darah lebih lancar.
Effect ni semua adalah kumulatif, bukan serta-merta. Bukan hari ni minum Nutrijuice, minggu depan semua ok. Tak. Kena konsisten. Customer ni pun kata dulu stop sebab budget, now sambung balik sebab tahu kesannya baik.
"Perlu guna sampai bila-bila ke?"
Jawapannya, selagi kita ada risiko kolesterol (makan tak jaga, umur makin meningkat, lifestyle tak aktif), risiko tu tetap ada. Lagi berusia, badan makin senang letih. Sebab otot, saluran darah dan organ semua tak sekuat dulu. Jadi kawalan kolesterol kena jadi lebih penting, bukan kurang. Masa muda badan boleh cover line, bila tua tak boleh dah. Umpama servis kereta. Bukan servis sekali pastiu berharap kereta ok selamanya, tapi kena maintain kalau nak kereta kekal smooth.
Kalau korang buat test kolesterol nanti, tengok 2 benda ni - LDL (kolesterol jahat) and trigliseride. Jangan hanya tengok Total Cholesterol. Bacaan ni tak cukup tepat. Kadang total cholesterol tinggi sebab HDL tinggi (kolesterol baik). HDL tinggi ok. Kena tengok LDL sebab ini yang buat salur darah sempit. Lagi satu, trigliseride. Trigliseride jangan biar tinggi, sebab ni kawan baik LDL. Sama-sama bahaya. Triglycerides ni sejenis lemak dalam darah. Kalau tinggi, maknanya risiko sakit jantung tinggi. Lagi tinggi trigliseride, lagi susah nak turun berat.
Orang yang trigliseridanya tinggi biasanya ada masalah insulin resistance. Bila insulin resistance, gula dalam darah susah nak masuk sel. Gula yang banyak dalam darah (sebab tak berjaya masuk dalam sel) akan buat badan simpan lemak. Sebab apa? Sebab badan kita naturally lebih suka guna gula sebagai tenaga dari guna lemak. Akhirnya lemal dalam badan tak berusik malah makin bertambah.
Disebabkan sel tak dapat gula, sel tu akan jadi lapar. Sel yang lapar ni akan sentiasa craving. Tu pasal kejap-kejap kau nak makan lagi. Dah makan pun macam tak puas. Macam nak mengunyah snek, coklat and aiskrim. Itu sebenarnya badan bagi hint kau maybe dah start insulin resistance, tunggu masa nak jadi diabetis je. That’s why nak turunkan berat, turunkan trigliserida sama. Bila trigliserida turun, barulah badan lebih senang bakar lemak.
That's why dulu GreenAard ada pakej Basic Value Pack. Dalam tu ada 1 Nutrijuice dan 1 GC Plus. Itu sebenarnya bukan pakej yang saja-saja kita create. Ada reason kenapa 2 produk ni kita jadikan pakej. Sebab dia berkait. Now Basic Value Pack dah takde. Tapi korang boleh je beli Nutrijuice and GC Plus bersekali. Sementara ada Merdeka Sale ni pegi beli. Nanti lagi 4 bulan gi check kolesterol. Dijamin turun.