2025-05-04

Budget ke UK ni depends. Depends duduk kat mana, transportation apa, makan apa, dan nak jalan ke mana.

Tak sompek-menyompek aku nak jawab DM sorang-sorang tanya paaal budget ke UK ni. Aku bagi ‘seen’ je. Now aku di London dah. Aku dah terasa penat badan dah ni. Biasalah berjalan dengan En Wan wajib penat sebab dia suka explore sana sini. Ramai yang kata banyak tempat aku dapat pergi. Dorang kata selalunya orang pi UK pi tempat dekat-dekat je. Aku naik sampai Birmingham-Sheffield-Newscastle-York-Edinburgh — which is rare katanya.

Actually aku ni bukan pi holiday macam korang. Aku datang tengok anak. That’s why lepak sampai 9 hari di Birmingham. Bila Redza dah start cuti barulah bawa Redza bercuti. Kiranya bukan mak bapak bercuti ni, tapi bawak anak bercuti sempena cuti sekolah 😆.

Aku memang tak tahu menahu mana tempat En Wan nak bawa. Sampai ke UK aku just ikut. Beg duit pun aku tinggalkan kat rumah. Misi aku cuma nak jumpa anak aku dan masakkan lauk-pauk kesukaan dia. Very the mak-mak sangat perangai. Tapi memang betul pun. Kat Birmingham aku pikir apa nak masak hari esok je. Itu je yang aku pikir.

Budget ke UK ni depends. Depends duduk kat mana, transportation apa, makan apa, dan nak jalan ke mana. Aku bagi budget basic:

Kereta sewa Estima = RM600/day
Sewa selama 7 hari (kat Birmingham tak sewa). Ini syaratnya kena sewa seminggu baru dapat this rate. Kalau sehari sahaja around RM700+ per day.

Homestay di Birmingham = RM900/day
Duduk selama 9 malam

Homestay di York = RM1,500/day
Duduk 1 malam

Homestay di Edinburgh = RM2,200/day
Duduk 2 malam

Homestay Liverpool = RM1,500/day
Duduk 1 malam

Homestay London = RM1,300/day
Duduk 3 malam

Minyak kereta banyak kali juga isi sebab kitorang berjalan jauh. Groceries boleh tahanlah. Murah sebenarnya. Sekali beli around £50-60, tapi bila convert duit hah kauuu. Jadi, janganlah convert. Kalau convert nescaya tak membelilah aku jawabnya. Hari pertama kitorang di Birmingham beli groceries sampai £120 sebab masa ni masih puasa pastu nak beraya. Beli macam-macam benda sikit.

Basically itu budget kasar aku di sini. Ada juga travel buy coach, train and bus. Uber pun ada naik. Ada beberapa kali makan di luar juga. Roughly makan kat luar ni bergantung pada apa yang dimakan. Kalau nasi arab tu around RM400. Kalau fastfood macam Chicking and Popeye around RM250. Ada sorang follower ni kata dia datang London pagi makan roti, tengahari makan maggi, malam baru makan nasi. Pun boleh. Janji kenyang. Aku ada bawa pek-pek Kembara tu tapi sepanjang di Birmingham aku memasak. Pek-pek tu start di York baru buka. Kat Edinburgh aku memasak semula. Pak incik aku tu la nak macaroni gorenglah, nasi gorenglah.

Nanti aku up rumah kat London pulak. Tak sempat nak menulis lagi ni.