To me, pendapat bahawa grades only measure compliance rather than intelligence hanya layak di-expressed by those who have already achieved success. Yang dah berjaya, dan yang ada kerjaya bagus — orang-orang ini layak cakap macam ni. Budak-budak yang belum sit SPM please, ya. Korang tak layak cakap gini. Why?
Aku perasan those yang selalu cakap pasal gred tak penting ni adalah those yang found alternative paths to success DI LUAR traditional education system. Yang jadi kaya walau belajar tak pandai. Yang kata walau SPM failed. Yang kaya walau duduk kelas belakang. These people always downplay the importance of grades. Tapi takpe. Sebab dorang dah kaya. Dia nak cakap apa pun lantak because dorang dah hidup selesa. Tapi budak-budak yang belum ada apa-apa, yang still on the journey establishing a stable life, kau please jangan cakap education and grades tak penting, ya. Dalam keadaan belum berjaya, belum kaya dan bukan siapa-siapa, GRADES are one of the most important factors in determining your opportunities.
Yang dah berjaya, yang ada nama bolehlah kata gred tak penting sebab dorang dah ada nama, kaya, dan ada pengaruh — which allows them to be accepted without having to prove their abilities through the conventional education system. Tapi bagi someone yang belum dikenali, belum ada pengalaman kerja yang cukup, dan masih mencari-cari peluang dalam hidup, trust me — gred adalah antara jalan terpantas dan paling praktikal untuk berjaya.
Like it or not, we have to accept that today’s world still heavily relies on academic system to assess a person’s capabilities. Universiti terbaik dunia pun still gunakan result exam as asas utama untuk accept pelajar. Macamana ada orang boleh kata gred tak penting? Pelik.
Even aku as majikan pun tengok result akademik especially untuk jawatan yang bersifat teknikal. Mana boleh ambil sebarang orang? Kalau ada candidate with good grades for that post, orang itu yang aku consider dulu.
Maybe ada yang tak setuju dengan statement aku. It’s ok. Aku punya pandangan is based on pengalaman sendiri. Aku berpendapat someone yang ada excellent grades will have more options in life. Dapat masuk universiti terbaik, dapat biasiswa, dan dapat tawaran kerja yang lebih baik. Ini adalah kelebihan besar compared to someone without strong academic achievements — dia mesti kerja lebih keras to prove their abilities.
For example, yang dapat straight A’s SPM ada bigger chance untuk diterima ke good IPTA, atau dapat tajaan untuk study overseas. For pelajar dari keluarga kurang berkemampuan, good grades adalah cara tercepat untuk mengubah hidup. Kalau tak ada good grades, these students maybe kena cari alternatif lain macam kerja sambil belajar, atau cari peluang lain yang lebih susah jalannya.
It’s true that grades don’t fully reflect a person’s intelligence but they still indicate a person’s level of discipline, perseverance, and ability to achieve goal. Contoh, dalam bidang engineering, one cannot solely rely on intelligence. Dia kena lalui rigorous learning process, understanding complex concepts, and kekalkan performance dalam exams and practical training. In order to achieve this, kena ada tahap disiplin yang tinggi, dan gred adalah salah satu cara untuk buktikan seseorang tu mampu kerja keras dan capai standard yang ditetapkan. Understand?
Selalunya, those yang tak capai good grades, ia memberi gambaran mereka tak bersungguh-sungguh atau maybe tak mampu sesuaikan diri dengan sistem pendidikan. Bunyinya kedengaran macam tak best. Macam sombong, kan? Tapi percayalah, inilah realitinya. Macamana kita beria cakap education tak penting, good grades tak penting — universiti, scholarships dan majikan tetap tengok grades. Dunia masih menggunakan gred as salah satu piawai utama untuk menilai kemampuan seseorang.
Dalam dunia pekerjaan pun sama. Grades dijadikan saringan awal untuk pilih candidate yang layak ditemuduga. Kalau ada 2 candidates yang apply post yang sama tapi salah sorang ada better gred, kebiasaannya majikan akan pilih candidate dengan gred lebih tinggi sebab itu bagi semacam keyakinan bahawa that candidate ada keupayaan untuk belajar dan bekerja dengan tekun dan serious.
Walaupun ada majikan yang emphasis more on work experience, technical skills, or creativity, realitinyaramai majikan masih guna keputusan akademik as penanda aras awal sebelum tengok faktor lain. In other words, someone yang ada good gred ada kelebihan awal untuk dapat pekerjaan yang baik.
Tak dinafikan sistem pendidikan kita ada kelemahan dan maybe kena buat pembaharuan untuk lebih relevan because cara pembelajaran yang terlampau exam-oriented maybe tak sesuai untuk semua orang. Ada keperluan untuk emphasiskan pada kemahiran. Tapi untuk cakap gred tak penting — ini opinion yang tak realistik.
The education system still plays a big role in building a person’s knowledge and skills. Until there’s a better, widely accepted alternative, grades remain one of the most effective indicators of success in both academics and professional life.
Yang berpandangan gred tak penting, well your pandangan mungkin kelihatan menarik, tapi hakikatnya itu hanya relevan for those yang dah berjaya atau ada sumber lain untuk capai kejayaan. Bagi kebanyakan orang, gred still jalan paling cepat dan paling praktikal untuk dapat peluang yang lebih baik.