2025-05-05

Tu pasal orang-orang macam ni suka manipulate orang. Sebab sap sap soi je orang percaya dia.

Ok semalam aku off 1 hari tak bercerita pasal si anu. Maklumlah wedding anniversary, kan. Stop kejap. Hari ni sambung balik merentan.

Nak menjawab soalan je ni benaunya. Post aku yang last pasal si anu, ada sorang ni komen “Tapi ramai perempuan suka kalau lelaki protective macam ex akak. Rasa macam secure je”

See? Cara-cara aku bercerita pasal dia pun korang ter-convince dia baik, kan? Tu pasal orang-orang macam ni suka manipulate orang. Sebab sap sap soi je orang percaya dia.

Dia macam ni. Tengok jugalah macamana cara laki tu protect. Kalau semua benda nak ambil tahu, semua benda kena inform dia, aku tak tahulah penerimaan korang macamana. Kalau aku, rimas. Macam menyemak. Semua benda nak libatkan kau.

Sometimes bila terlampau “care” atau “protective” macam ni, dah bukan melegakan, tapi MENAKUTKAN. Dah macam obses. Insecure tak tentu arah. Lemas aku melayan lelaki macam ni yang lansung takde trust pada pasangan. Tapi nak perempuan independant. Nak perempuan aktif. Bila kau dah dapat, kau kongkong perempuan. Kau nak perempuan tu tone down supaya kau nampak dominan dan gah. Akai ada?

Aku tak tahulah pengalaman korang macamana, tapi lelaki yang aku dapat dulu ni memang suka acah-acah protective dan caring depan semua orang. Ada satu scene kelakor. Pernah masa dia di rumah Mak Aji, arwah nenek ada sekali. Aku and nenek kopek ikan bilis kat dapur. Aku pakai dress lengan pendek. Sleeve tu short je, tutup sikit bahagian ketiak. Dia lalu belakang aku and tahu dia buat apa? Dia cover bahu aku with tuala kecil and cakap “Tutuplah sikit ni..”

MACAM SIAL!

Sebab apa aku kata sial? Sebab baju tu aku beli dengan dia! Masa tu masih bercouple. Keluar outing sama-sama. Dia tahu baju apa aku beli. Pastu kau nak acah lelaki lindungan Kaabah yang mengajak aweknya menutup aurat? Eh babilah.

Tak, yang aku bengang tu dia berlakon macam dia baikkkkkk sangat padahal dialah bapak setannya! Nenek aku cakap “Agaknya dia tak suka Diana pakai bukak-bukak macam ni”. Aku senyum tawar je lah. Dalam hati aku menyumpah-seranah. 

Inilah ciri-ciri narcissist agung. Dia akan manipulate semua benda untuk raih sokongan ramai orang. Dia akan pastikan dapat kontrol naratif orang terdekat. In my case, family aku adalah orang terdekat. Dia kontrol naratif ahli keluarga aku so that semua nampak dia baik dan sayang dia. Bila dia start buat hal, orang takkan percaya. Orang lagi percaya dia dari aku. Aku lah yang orang pandang salah.

Sebab tu aku cakap 6 bulan pertama couple aku dah rasa tak selesa, menyampah dan meluat. Tapi aku membagi peluang pada diri sendiri untuk terima kekurangan dia. Sebab aku anggap aku pun ada kekurangan. Jadi aku cuba belajar untuk menerima. Tapi lama-lama jadi makin menyampah sebab dia suka berlakon. 

Pernah dulu sempena Valentine's dia beli magical box. Ntah macamana terjatuh and patah. So dia nak beli lagi tapi dah takde duit. Dia pinjam duit member demi nak bagi juga magical box tu. Sekali pandang nampak macam effort, kan? Tapi secara logiknya, kau beli dalam keadaan kau takde duit. Pastu kau meminjam duit orang. Pastu beli burger pun takde duit, aku yang kena bayar makanan kau??

No, ini bukan soal aku berkira duit makan. Tapi cara dia buat tu tak kena. Tak praktikal. Tak masuk akal. Pinjam duit orang hanya untuk buat something yang nak nampak perfect atau romantik di mata aku (atau di mata kawan-kawan aku), but it's actually more about keupayaan untuk berfikir secara rasional. Apa yang dia buat tak pikir panjang. Pikir untuk sekarang. Nak nampak gah now. 

Kita (aku) nak dihargai bukan dengan cara impress. Biar praktikal dan rasional. When he cannot manage his expenses well, lama-lama aku jadi letih, sebab aku terpaksa ambil alih banyak benda, and that is not something that should be done. Aku tak faham apesal kau nak tunjuk yang kau laki perfect konon kau provide untuk aku - beli hadiah, protect aku, nak jaga aurat aku - padahal aku ni yang selalu dengan kau sangat kenal perangai kau. Kau tak malu ke berlakon depan semuaorang walhal aku tahu perangai sebenar kau? Kau nak impress siapa sebenarnya ni?

Sorry la kalau ada yang kata dia protective. Eiii geli! Orang macam ni protect bukan sebab sayang, tapi sebab takut hilang kuasa! Dia tak selesa bila kau ada life sendiri, ada kawan, ada aktiviti, sebab dia tak boleh monitor semua benda. Jenis ni akan guna alasan “Aku ambil berat pasal kau…” padahal yang dia buat tu semua untuk kontrol. Nak tahu kau pergi mana, dengan siapa, buat apa, update setiap jam. Tak dapat trace aku kat mana, dia pergi Pejabat Am check schedule class aku and tunggu depan pintu. Eh gila ke apa?

Jenis macam ni selalunya insecure gila. Berangan nak awek yang independant, yang tahu bawak diri, yang berani, yang ada pendirian, tapi bila dapat perempuan yang betul-betul macam tu, dia tak boleh handle. Ego dia tercabar. Mulalah pastu nak adjust perempuan tu ikut acuan dia. Slowly dia isolate kau dari kawan-kawan, bagi guilt trip, sampai kau rasa serba salah nak ada life sendiri. Lama-lama, kau jadi versi soft yang dia boleh pegang dan arah. 

Lelaki macam ni boleh manipulate emosi kau sampai kau rasa bersalah nak mintak me time atau space. Dia akan buat kau rasa selfish kalau ada kawan lain, atau ada cita-cita lain. This is not love, ya. It’s control. This kind of man doesn't want a partner. He wants to own it.

Aku kenal dia sebab kami sama-sama course matrikulasi yang sama, tapi kelas lain-lain. Disebabkan kelas lain-lain, memang takde peluang nak berjumpa. Masa tu dia berkenan dengan classmate aku. Tapi classmate aku tak layan. Semua bermula bila roommate dia nak mengorat roommate aku. Jadi dia dan aku sama-sama menjadi posmen kepada roommate masing-masing. Bila budak berdua ni nak dating, kitorang peneman. Masa meneman tu la bersembang-sembang. Waktu tu dia highest marks subjek fizik. Aku pulak bangang fizik. Masa lepak sama-sama sekali harunglah study sama konon. Lama-lama kitorang yang sangkut each other. Yang kelakar tu, rupanya salah seorang ahli Dusty Pink Tits pernah suka kat dia. Sampai sekarang kalau kitorang gathering and bersembang bab ni, memang jadi bahan gelak.

Aku couple dengan dia awal 1995, dan berakhir awal 1998. 2 tahun lebih kurang. Itupun dah achievement dah tu. Kalau ikut hati, 6 bulan je aku nak break dah. 

Aku ni anak sulung. Dah biasa protect adik-adik, dah biasa jadi decision maker, dan orang harapan mak bapak. Dari kecil aku dah biasa dengan tanggungjawab. Jadi aku nak pasangan aku TEAM MATE. Kau tak payah impress aku dengan hadiah or things. Aku biasa beli barang yang aku nak dengan duit sendiri. Dari kecil aku tak dibiasakan dapat hadiah time birthday. Hanya celebrate makan-makan satey. Tak payah nak impress aku dengan scene ala-ala Cinderella. 

Aku nak a partner yang jadi team mate. Sama-sama study. Sama-sama score. Sama-sama plan our future. Tapi benda tu tak berlaku sebab dia nak jadi dominan. Apa-apa dia nak paling ke depan. Paling best. Setiap kali exam aku lebih baik dari dia, dia sentap. Dia macam nak compete dengan aku. Jenis macam ni, dia sebenarnya nak kau (aku) untuk menampakkan diri dia hebat saja. Nanti orang puji dia "Hebatlah kau. Diana power". Contohhhhh. Seolah-olah achievement aku adalah ketika berada di tangan dia. Seolah-olah dialah tonggak utama. Haktuihhh.

Maybe situasi aku dengan dia adalah gini. Dia nak someone yang tunduk pada dia. Bermanja-manja dengan dia. Patuh apa dia cakap.

Aku pula prefer a team mate. We together create path. Apa-apa benda we sit down, we plan, we discuss. We lift each other up.

Tapi dia suka kontrol. Bila tak dapat kontrol, menggila. Tu yang aku rimas. Kadang aku pelik, kau pilih aku at the first place untuk apa sebenarnya sedangkan dari awal kau tahu aku independant?

Bagi aku cara dia bukan protective. Orang selalu salah tafsir sayang tu sebagai hak untuk mengawal. But for those who get the power of teamwork, sayang tu sepatutnya memberi ruang, bukan merampas ruang. Bagi aku, a relationship is like a partnership. Two people equally strong, thinking and taking action together. Tapi bagi dia, sayang tu bermaksud "aku lebih tahu, kau ikut je". Dan bila aku tak tunduk pada dia, dia rasa tercabar. It hurt his pride. Sebab dia tak nak partner, dia nak follower. This is obsession. A healthy love will never make you feel guilty for being yourself.

Kadang-kadang, keluar dari relationship macam ni bukan kerana kita lemah. Tapi sebab kita cukup kuat untuk tahu yang kita layak dapat someone yang appreciate and hormat kita sebagai diri kita.