2025-02-13

Siapa sini kalau beli something pikir berapa banyak kali barang tu boleh dipakai selepas beli?


Siapa sini kalau beli something pikir berapa banyak kali barang tu boleh dipakai selepas beli?

Semalam aku bersiar-siar di Thread. Orang ni tulis "Kalau beli baju, aku make sure baju tu boleh pakai banyak kali"

Once upon a time, aku pun macam tu. Apa yang aku beli, semua kena ambil kira berapa kali boleh pakai. Ok, ini pandangan aku. Tak setuju tak apa. Aku punya pandangan ni berdasarkan pengalaman. Apa yang aku boleh kata, ini bukan tabiat, tapi refleksi daripada pengalaman dan latar belakang seseorang. Aku pernah lalui fasa ni, where every purchase needs to be thought deeply, bukan setakat pikir bab harga tapi in terms of long-term use.

When someone grows up in a family yang bukan dari golongan mewah, value setiap barang menjadi lebih bermakna. Dari kecik, apa je yang aku nak beli kena pikir long-term use. Sebab nak dapat bukan selalu. Setiap baju, kasut, buku and stationary, even barang-barang kat rumah kena guna sebaik mungkin sebab itu je peluang yang ada untuk beli. Contoh, baju. Masa kecil dulu, baju baru kitorang cuma setahun sekali, time raya. Mujur ada raya. Kalau dulu ada PKP, 2 tahun tak dapat balik kampung, nescaya 2 tahun aku takde baju baru.

Everytime beli baju raya, malam sebelumnya aku dah pikir, konsep baju apa aku nak beli, so that baju tu boleh dipakai pada hari-hari biasa juga. Sebab tu baju raya aku tak macam orang lain - dress, skirt, jumpsuit. Tak. Baju raya aku selalunya T Shirt/blouse dan seluar. Sebab aku takde seluar lain di rumah selain tracksuit dan seluar jerut. Kalau nak pi berjalan-jalan payah betul nak mix and match baju sebab takde pakaian yang sesuai.

Dulu kalau jalan-jalan pi KL, baju aku T Shirt round neck tuck ini dalam seluar jerut. Sama ada seluar track, atau seluar jeans. Seluar jeans aku adalah seluar cousin lelaki aku, yang dia dah tak muat lagi nak pakai. Aku pakai that jeans dari Darjah 4 sampai Tingkatan 1! Punyalah tak membesarnya aku. Pinggang tak besar, tapi sentenglah sikit seluar tu. Itulah satu-satunya jeans aku. Siap bawak ke Jepun lagi. Kemain bangga lagi aku pakai seluar jeans senteng sambil mengibarkan bendera Malaysia di Fukuoka. Kahkahkah.

Baju raya aku end up yang sangat biasa-biasa. Tu pasal agaknya pernah kena ejek dengan kawan "Apa ni? Pakai baju buruk datang rumah orang?"

Maybe betul, baju raya aku buruk sebab biasa-biasa je. Aku takde pilihan. Nak baju yang cantik-cantik, mahal. Nak baju yang murah, tak berapa cantik. Tapi dulu aku lebih pentingkan baju tu boleh dipakai banyak kali selepas habis raya. Kalau aku pilih dress, kat mana je aku boleh pakai lagi lepas tu? I need new baju yang praktikal untuk pakai ke kedai, ke mall, ke rumah kawan, ke rumah makcik.

Masa aku Form 3, kitorang gi hantar Ima masuk asrama kat Jitra. Sekali harung masuk Langkawi, dah alang-alang orang kata. Kat Langkawi, arwah nenek belanja beli T Shirt Langkawi. Dia suruh pilih. Nak pilih sehelai T Shirt pun bukan main lama aku mikir. Aku kena make sure T Shirt tu boleh dibawa ke sekolah untuk aktiviti kat sekolah. Jadi, aku pilih T Shirt putih. Kebanyakan T Shirt aku dulu warna putih, so that aku boleh pakai ke sekolah untuk aktiviti petang. Dulu, masuk sekolah kena pakai warna putih, walaupun aktiviti petang. Tu pasal aku banyak baju free - Milo, Nestle, Kementerian Pendidikan - semua ni warna putih.

Kasut pun sama. Bukannya tak teringin nak beli kasut yang keperempuanan sikit. Tapi kalau aku beli kasut lady-like, nanti kalau kena join merentas desa, atau latihan sekolah, aku PJK, aku nak pakai kasut apa? Itu je kasut yang ada. Aku tak pernah ada kasut sport sampailah masuk matrik. Itupun aku beli dengan duit MARA. Zaman sekolah, bersukan ke, merentas desa ke, semuanya aku lenjan kasut sekolah. That's how tak berduitnya keluarga kitorang. Duit tu ada, tapi untuk betul-betul keperluan.

Time raya ada peluang beli kasut. Setiap kali raya, teringin nak bali kasut sport, tapi mahallah pulak. Mampu tengok je la. Nak belek pun tak berani, karang sales tu tanya "Nak cuba? Nak size apa?". Mampus.

Kadang aku terpikir, apesal mak bapak aku tak pernah terfikir maybe anak-anaknya perlukan sport shoes, perlu baju baru untuk pakai hari-hari, perlu seluar jeans, etc? Mak bapak aku tak pernah encourage anak-anak aktif sukan. Tak payah katanya. Buang masa. Lebih baik study. Sebenarnya bukan sebab buang masa, tapi buang duit. Sebab kalau join sport, mestilah kena beli sport shoes. Mestilah kena beli raket badminton. Atau kayu hoki. Atau baju sukan. Jadi, aku end up tak mencuba satu sukan pun. Bukan tak mahu, tapi tak berpeluang. Aku mengelak untuk join sport sebab nanti banyak benda yang aku kena beli.

Spek mata aku dulu pun, jarang bertukar-tukar. Satu kali beli mesti yang boleh tahan lama. Aku end up beli yang bingkai besar terus. So that bila muka aku membesar seiring usia, bingkai tu boleh dipakai lagi. Tapi sementara nak tunggu bertambah usia, puas kene ejek and kena gelak dengan kawan-kawan sebab besar sangat. Bingkai sampai sentuh pipi! Sebab itulah agaknya masa kecil aku nampak macam bodoh sangat mukanya. Dengan spek besar, dengan baju selekeh, dengan kasut sekolah ke mana-mana. Kalau tak kasut sekolah, selipar. No such thing as sneakers or sandal, ya. SELIPAR!

Jadi, aku boleh faham bila orang kata dia kalau beli baju kena pikir biar baju tu boleh pakai banyak kali. Orang yang biasa hidup dengan kesederhanaan or have experienced financial difficulties tend to think long and hard sebelum beli sesuatu. Ini bukan kedekut, but more about how they adapt to the reality they have faced. Orang-orang macam ni lebih cenderung untuk fikir lama sebelum beli sesuatu. Dorang akan tanya diri sendiri berkali-kali:

"Aku perlu ke barang ni?"
"Berapa lama barang ni boleh bertahan?"
"Can this item be used for various purposes?"
"Barang ni keperluan atau kehendak?"


Ujung-ujung tak beli. Ni sebijik aku. Gitulah aku dulu. Pegang lepas pegang lepas, ujung-ujung tak beli. Spender pun beli yang satu ikat ada 3. Takde de aku nak beli jenis yang bergantung lace depan belakang. Sebab takkan nak pakai itu je, nanti kerap basuh, rabak pulak lacenya. Maka aku pilih yang seikat ada 3. Lenjan sampai getah berjurai. Kahkahkah.

Aku stop perangai ni lepas kawen. Aku kan kawen dengan anak Tuan Sadiq Sigaraga. Dia jenis yang beli baju raya untuk pakai hari raya je. Pastu simpan tak pakai-pakai dah.

Tahun pertama kawen, pi shopping beli baju raya dengan suami. En Wan buat muka pelik bila aku try baju kurung pesak plain. Dia macam, ni baju raya ke baju nak pi kerja?

To him, baju raya kenalah oustanding. Yang ada cutting, yang ada lace, yang ada beads. Aku cakap kalau beli baju macam tu, lepas tu nak pakai pi mana? Dia cakap simpan je lah, nak pakai kerap-kerap buat apa? Kalau ada majlis kawen pakailah. Aku dengar macam, ruginya beli baju harga RM200-300 tapi tak dapat pakai banyak kali.

Pastu nak beli kasut raya. Macam biasalah, aku masuk BATA. Beli kaler hitam. Senang, universal. Boleh match dengan apa-apa baju and boleh pakai pi mana-mana. Again, En Wan pelik. Kejadah apa kasut raya gini?

Time raya, orang lain bersiap cantik dengan baju grand, kasut raya, gelang rantai semua bawak keluar. Aku dengan baju kurung pesak plain keluar dari bilik. Bab ni pun ada pengaruhnya. Kenapa aku tend to pakai baju pesak kain cotton. Sebab dari kecil dah dibiasakan yang pada hari raya pertama lagi banyak duduk dapur dari duduk bersembang kat hall. Lepas bersalam, terus non-stop membasuh pinggan mangkuk, mengemas, membasuh pinggan mangkuk, mengemas. Baju pesak kain cotton senang sikit nak buat kerja. Gelang and cincin pun tak pakai, lagilah senang nak buat kerja. Tu pasal sampai sekarang, baju raya pertama aku selalunya baju yang ringkas supaya senang nak buat kerja.

Now dah tak sama macam dulu. Dulu itu je lah satu-satunya baju kurung aku. Sekarang, baju raya pertama lain, yang ringkas. Sebab ada kerahan tenaga sepanjang hari. Baju raya kedua lain. Baju raya ketiga lain. Kahkahkah. Ini semua hasil duduk serumah dengan anak Tuan Sadiq Sigaraga. Dia yang pengaruh aku supaya baju raya mesti lain dari baju yang boleh pakai hari-hari biasa. Kasut pun mesti ada kasut sport, sneakers, sandal. Now aku punya kasut sport je ada 4 - kasut running, kasut berjalan, kasut pi pasar dan kasut running atas treadmill (indoor). Besar sungguh pengaruh dia dalam hidup aku. Terus bertukar aku punya mindset tentang purchase.

Baju tahun lepas, attend dinner night company dia. Baju tu harganya RM399. Baru pakai 2 kali, ya. Itu kalau 30 tahun dulu, mati hidup balik aku takkan beli. Mau kena pelangkung dengan Mak Aji. Beli mahal-mahal pakai 2 kali. Baju raya tahun lepas pun sama. Pakai 1 kali je, iaitu pada hari raya haji. Padahal beli masa raya puasa. Ingat nak pakai raya puasa, tapi tahun lepas time raya puasa aku senggugut teruk. Bantai membuta setengah hari, jadi pakai T Shirt je la sudeyyy. Now baju tu bergantung dalam lemari. Nak pakai tahun ni tak matching pulak dengan warna baju melayu beburung-beburung sekalian. Tengoklah, camana. Susah-susah aku pass kat CT je.

Bunyinya macam membazir, kan? Beli untuk pakai satu kali je.

“Kenapa beli baju mahal kalau nak pakai sekali je?”

“Tak sayang duit ke beli barang yang tak boleh guna lama-lama?”


Ini antara komen yang biasa kita dengar. Realitinya, not everything we buy is meant to be used over and over again. Sometimes, we buy something just for a special moment in life, and that doesn’t make it a waste. Contohnya baju kawen. Sekali je pakai seumur hidup, tapi that moment sangat bermakna. In this case, the value of the baju is not just about its function, but also the emotions, experiences, and memories attached to it. Baju nikah and sanding aku di Tganu ditempah, bukan sewa. Memang tak pakai-pakai dah lepas tu. Sekali je. Cuma baju nikah aku Ima pakai on her nikah.

Dalam hidup, ada momen-momen yang hanya berlaku sekali, atau sangat jarang berlaku. Wedding, konvo, interview, dinner night, raya - these are all special moments. For some people, buying something just for the occasion gives them a sense of satisfaction and confidence. Takde yang salah. Yang salah tu kalau kau membeli macam nak rak tapi hutang aku tak bayar-bayar. Ahhh gitu.