2025-02-14

Masuk hospital ni macam masuk bengkel.

Nampak ada orang share post lama ni, tahun 2023. Kira kisah fresh juga ni. Fizo Omar share kos rawatan hospital lebih RM30,000 dalam tempoh sebulan je. 

Bagus bila public figure share kisah-kisah macam ni sebab ramai yang tak aware kepentingan medical card. Selalunya kita tak rasa penting sebab tak sakit. Ini hal biasa. Selalunya kalau tengah sihat, tengah happy, tengah banyak duit -- jarang kita nak beringat. Tunggu bila dah sakit nanti barulah datang kesedaran tu. En Wan ada satu prospek dulu yang di-diagnosed dengan tumour, tapi benign. Masa ni dia takde medical card lagi. Semua pakai duit sendiri. Nasib baiklah benign, dibuatnya cancer? Jenuh juga nak pikir kos rawatan.

Lepas discaj, dia contact En Wan untuk buat medical card. Tapi tak lepas sebab dia baru je selesai rawatan ketumbuhan. Walaupun benign, takaful tak boleh accept now. Kena tunggu lagi 2 tahun baru apply semula. Semoga dalam masa 2 tahun ni, takde kena hospitalized. Selepas 2 tahun nanti, boleh apply. Dan ketika tu, kalau caruman tinggi, pleaselah jangan tolak. Sebab you dah ada sejarah sakit. Takkan boleh dapat caruman rendah macam orang yang takde history sakit. Jadi, ambik sajalah. Bila dah pernah sakit, chances nak kena sakit lagi, lebih mudah. Bersedia saja dengan medical card.

Keadaan inflasi sekarang, kos perubatan semakin meningkat. Kejap-kejap Bank Negara buat adjustment yang membuatkan syarikat takaful kena naikkan caruman. Prudential pun terpaksa create new plan supaya selari dengan kos perubatan yang terbaru. Dari sudut realiti, kita memang tak boleh ramal bila akan jatuh sakit, bila nak emergency. Tapi one thing yang pasti ialah kos rawatan perubatan tak pernah murah dan tak akan jadi semakin murah. Dalam kes Fizo, dia kata kalaulah takde insurans, jumlah yang perlu ditanggung sangat besar.

Maybe orang kata ahh kau artis, apa sangat RM30K. Dia tak kira retis tak retis, kaya tak kaya. Kalau kena keluar selepuk RM30K, terasa juga tau! Hakikatnya itulah. Ramai yang anggap takaful bukan keperluan, sedangkan statistik tunjuk yang ramai dalam negara kita adalah marhaen macam aku. Yang kayangan tak ramai sebenarnya. Tapi, yang kayanganlah selalunya laju-laju buat medical card. Sebab dorang tak nak guna duit simpanan untuk bayar hospitalization.

RM30,000 bukan jumlah yang sikit. Aku rasa dah Rayyan punya bil RM37K. Itu cara-cara melepak saja kat Avisena tanpa sebarang surgery tau. Surgery buat kat PPUM. Itupun biopsi, bukan toreh sampai 10 jahitan. Hat PPUM bayar lain. Hat Avisena bayar lain. Kat Avisena lepak saja sambil kaki tergantung sebulan, dah RM37K. Bagi kebanyakan orang, jumlah ni adalah beban yang besar. Boleh menggugat kestabilan kewangan keluarga. Belum lagi dengan treatment selepas dicaj. Tu kira lain pulak. Sadly, some people only realize the importance of medical card selepas going through situation like this.

Medical card bukan sekadar "bayaran caruman yang membebankan", tapi perlindungan jangka panjang yang boleh selamatkan kita daripada beban hutang bayar kos hospital. Masuk hospital ni macam masuk bengkel. Kau kata kau patah kaki je. Dalam kepala dah terpikir, lepas simen, stay 1 hari, esok dah boleh balik. Padahal proses tu pelbagai dan semuanya melibatkan kos.

Kaki patah, check dulu.

Pastu X-Ray. Kos lain.

Dah X-Ray, tetiba doktor tak puas hati sebab tak clear, dia buat CT-Scan. Kos lain.

Pastu kena buat surgery. Kos lain.

Pastu stay hospital. Kau ingatkan sehari, rupanya 5 hari sebab kau punya date surgery is lusa, bukan jam-jam tu boleh surgery.

Lepas surgery, kena monitor 3 hari lagi. Total seminggu jugak kat wad. Tu semua kos.

Belum lagi kos doktor datang round. Dengan ubat. Dengan segala tok nenek miscellaneous. Tup-tup RM30K.

Sesungguhnya kesihatan tak boleh diramal. Bila diuji dengan 2-3 kejadian sekaligus, kos rawatan boleh meningkat secara mendadak. Macam kes Fizo, dalam sebulan je, lebih dari sorang kena hospitalized. Ini contoh unexpected things boleh berlaku secara serentak, causing financial needs increase overnight.

Dari perspektif kewangan, medical card berfungsi sebagai "payung", yang protect kita dari hal-hal yang tak dijangka. Hujan kadang-kadang datang takde warning. Kalau sentiasa standby payung, mudah sikit nak bergerak. Walaupun kena tempias basah, at least tak kuyup. Gitu analoginya bila ada medical card. Maybe sakit tu sakit yang tak boleh disembuhkan sepenuhnya, contoh -- cancer, jantung, diabetis. But at least, beban kos rawatan tu kita takyah pikir. Boleh concentrate dengan rawatan.

Lagi satu, bila ada medical card, kita lebih terbuka untuk cuba apa saja rawatan yang doktor cadangkan sebab duit bukan masalah. Ada medical card. Berbeza kalau pakai duit sendiri. Kita kena pikir panjang dulu sebelum ambil option rawatan yang doktor suggest, sebab kita nak pikir bab kos tu. Sorry kalau ada yang tak setuju. Tapi dalam dunia hari ni, di mana kos perubatan semakin meningkat every year, having medical card is no longer an option, but a necessity. Pelan takaful yang flexible ikut bajet sangat banyak. Mintak En Wan adjust sampai supaya dapat bajet yang you mampu bayar setiap bulan.

Jangan mintak pelan yang bukan-bukan. Some prospek, mintak yang paling best. Nak bilik single, nak tambah medic booster 1 juta, nak tambah crotical illnes, nak tambah contributor protection - bila caruman tinggi, tak bayar. Kan rugi? Lebih baik ambik pelan yang mampu bayar. Sekarang ni ceritanya kita nak biar one day kalau perlu masuk wad, beban kos tu ditanggung takaful. Itu misinya. Bilik berdua pun takpe. Tanya agen. Minta dia bagi pelan sesuai dengan bajet.