2025-02-12

Bukan semua orang perlu pasangan yang memanjakan. Some need a partner who triggers their willpower.



Itu klip video dari Drama My Dear Guardian (boleh tengok kat iQIYI).

Kadang-kadang kita rasa bila dapat boifren/suami yang romantik dan sweet lovey-dovey itulah yang membahagiakan. Sebab dah terbiasa dengan cerita Cinderella, Snow White. Jadi, kita membesar dengan angan-angan yang sama. Sebab minda sub-conscious kita kata itulah erti cinta yang sebenar. Hakikatnya, takk. Sebenarnya kita perlu someone yang buatkan kita lebih baik, bahagia dan gembira dengan cara yang berbeza, kerana mungkin bukan romantik yang kita perlukan.

Just like Liang Muze and Xia Chu. We can clearly see that a truly meaningful relationship is not just about romance or sweet words, tapi lebih kepada sokongan dan keinginan untuk tengok pasangan jadi versi diri mereka yang lebih baik. Patutlah karakter Liang Muze ni jadi kegilaan orang sampai hari ni. 

Liang Muze ni annoying sebenarnya, tapi ada soft sidenya. Dia faham Xia Chu lebih daripada Xia Chu faham dirinya sendiri. Liang Muze tahu Xia Chu bukannya nak quit dari jadi doktor dan follow dia ke mana-mana, tapi Xia Chu sedang stress. Xia Chu stress sebab kerja, at the same time bapaknya tak restu dia dengan Liang Muze.

Ada 2 situasi yang aku boleh relate kat sini. 

Yang pertama, masa aku stress Mak Aji tak nak accept En Wan. Aku ajak En Wan kawen lari. Tapi En Wan suruh aku bertenang and sabar, dia akan cari jalan untuk ambil hati mak bapak aku, sampai kitorang boleh kahwin dengan proper. En Wan punya ayat "Tak boleh lari Di. Kita ada mak bapak.."

Kalau ikut hati aku, nekad je keluar dari rumah, book flight tiket ke Jepun. Tinggalkan semuanya, duduk dengan En Wan kat sana. Tinggalkan study, tinggalkan family, tinggalkan everything and start new. Masa tu bukan aku tak pikir panjang, tapi aku rasa I have nothing to lose. Aku dah biasa takde apa-apa. Aku bukannya anak orang kaya. Memang dah biasa usaha dan bersusah-payah nak dapatkan sesuatu. So, aku tak takut nak hilang all and start new. Mujurlah ada boifren yang tenang, dan berpikir panjang. Kalau dapat sama-sama yang tak pikir panjang, sadaqallahulazim jawabnya.

Yang kedua, final year. Aku stress sangat bila beberapa kali run gel, tapi tak keluar DNA band. Dah dapat DNA, plasmid pulak takde. Sometimes, DNA band nampak smear saja, tak sharp. Ulang ulang ulang test. Setiap kali run test, 15 jam terperuk dalam lab. Aku dah penat. Kemuncaknya, satu hari tu, aku berkampung dalam lab seharian. Sekali dah last step, lab black out! Hancus aku punya electrophoresis. Rasa nak bakar lab. Terus balik rumah. Kat rumah, aku pinjam henfon kawan and call En Wan kat Jepun. Aku bagitahu nak quit. Aku give up. Mengarut-ngarutlah alasan yang aku bagi. Biotech susahlah. Buat kerja lab penatlah. Salah ambik courselah. Jauh dari dialah. Dia dah lama tak call-lah. Semua benda aku ungkit merepek-repek.

Tapi En Wan sabarkan aku. Dia suruh aku jangan masuk lab 2-3 hari. Duduk kat rumah, jangan pegang buku. Lepak, have fu, pegi outing. Siap masukkan duit untuk aku outing and enjoy. Sayang kalau quit katanya. Dah final year dah pun. Lagi beberapa bulan je nak habis.

"Kalau Di datang sini pun abang tak boleh layan Di. Siang abang kat lab. Malam abang part time. Kita nak kawen, kan. Abang nak kumpul duit cepat".

Bila kau dengan boifren sama-sama budak lab, perbincangan tu takkan panjanglah jawabnya. Sebab dia tahu aku stress bukan sebab dia jauh atau dia jarang call, tapi sebab aku stress dengan lab work. Akhirnya, berkat pi outing dah berjimba seharian, aku kembali fresh dan masuk lab semula. Terus dapat result kau! Laju-laju kemudiannya aku type tesis.

Sebenarnya itulah. Bukan semua orang perlu pasangan yang memanjakan. Some need a partner who triggers their willpower. Apa yang Liang Muze tawarkan is not sweet talk with empty promises or excessive affection, but guidance and honesty. Dia tak kata, “Kau pilih untuk ikut aku? Ok, jom. Aku akan jaga kau,”. Tak. Sebaliknya, he reminded himself and Xia Chu to make decisions dengan rasional, dalam keadaan bertenang. Dalam relationship yang sihat, cinta bukan sekadar bagi keselesaan, tapi bantu pasangan melihat ke depan, kenal diri sendiri, and make choices they won’t regret in the future.

Setiap orang ada definisi kebahagiaan yang berbeza. Some feel that love is most meaningful when expressed through romantic surprises, kata-kata manis, atau excessive affectionate gestures. Dorang rasa bahagia bila pasangan selalu tunjukkan perhatian dengan cara yang lembut dan romantik. To them, itu yang buatkan dorang rasa disayangi dan dihargai. To them, a happy relationship is when they are showered with love and pampered.

Tapi, tak semua orang rasa bahagia dalam bentuk macam tu. Ada yang rasa kebahagiaan bukan datang dari love language yang macam tu, but from personal growth. Dorang melihat relationship bukan sekadar tempat untuk dapatkan perhatian, tapi ruang untuk berkembang jadi versi diri yang lebih baik. Kebahagiaan dorang bukan pada jumlah hadiah atau romantik surprises, but for them, true fulfillment lies in how much they can grow in life, whether in mental strength, decision-making skills, academic development, or career advancement.

Those yang berfikiran macam ni, pasangan yang terlalu romantik maybe tak bagi kepuasan yang dorang nak. Instead, they may need someone who challenges them to become stronger, more independent, and more mature in navigating life. Kadangkala, mendapat pasangan yang "annoying" buatkan dorang keluar dari zon selesa, and this is exactly what they need. 

Sebagai contoh, Mr Annoying Agent dengan Diana Aniston. Aku punya angan-angan dulu tak nak kalah, ya. Berangan nak laki macam Leslie Cheung. Hensem, romantik, understanding, kaya - yang best-best je. Sekaliiiiii, dapat yang annoyingnya mintak ampun! Kerjanya menkondem je apa aku buat.

"Orang lain dah jual lama kolagen, awak baru nak buat"
"Buat blog tulis panjang-panjang ada orang nak baca ke?"
"Kat Watson banyak jual makeup remover, nak buat sendiri punya ada orang nak beli ke?"


Maybe aku salah sorang perempuan yang perlu pasangan annoying, yang tunjukkan "kasih-sayangnya" dengan cara mengkritik. Maybe juga as anak sulung, dah terbiasa dengan menjadi strong, jadi bila dapat pasangan yang memanjakan berlebihan, I rasa macam kenot pulak rasanya. Tu yang dulu aku jauhkan diri dari mamat Kuching tu. Sebab romantik and caring sangat. I is tiba-tiba geli. Lemas I, bang. 

We are often influenced by the idea that happiness in a relationship comes from a romantic partner yang selalu buat sweet surprises and selalu buat kita rasa special. But in reality apa pun kekdahnya, as long as kita rasa tenang dan bahagia, walaupun dia bagi kita "ketenangan dalam kekacauan", itu adalah relationship yang sihat.

Liang Muze is not the type of man who expresses love with flowery words, but he shows his love through actions, honesty, and his desire to make sure Xia Chu never regrets her life choices. Itu bagi aku adalah satu bentuk cinta yang lebih mendalam. Not just about having someone, tapi memastikan Xia Chu happy, walaupun kadang-kadang itu bermakna guiding her back to the path she almost strayed from.