2025-02-11

Orang yang ada growth mindset tak perlu jadi pandai sangat. Asalkan rajin dan mahu buat.

Semalam aku nampak satu post kat IG. Dia tulis gini:

"Pernah masa awal awal kahwin, I ask my husband why some people takde growth mindset untuk ubah hidup dia tapi lebih suka meminta minta. Takde strong willed untuk ubah kehidupan. But he instantly said something yang buat I rasa insaf. He said, sebenarnya Allah hadirkan orang macam ni disekeliling kita untuk menguji kita. Apa yang kita ada semua ni atas belas kasihan Allah semata mata. You dapat belajar tinggi-tinggi pun sebab Allah yang izin. Tapi ada orang Allah tak izin dia untuk belajar tinggi-tinggi. Tak semua Allah izin jadi educated & ada growth mindset. Tak semua Allah izin untuk berharta. Tugas kita ialah memberi bantuan semampu kita. Setiap kelebihan Allah bagi bukan untuk membezakan status, tapi untuk menguji siapa yang paling banyak menyebarkan kebaikan pada orang lain. We are nothing without Allah. Since then, I never put my self-value to my education level or how much harta I have. But I start focusing on how much goodness I can spread to people around me"

Aku faham maksud yang cuba disampaikan, tapi aku kurang bersetuju with the implications behind it.

Percaya kepada Allah memang asas dalam kehidupan, tapi kalau pandangan tadi diambil secara literal, it can lead to sikap pasif dan kurangnya usaha untuk memperbaiki diri dan hidup. Dalam Islam sendiri diajar bahawa tawakal mesti datang selepas usaha. As in hadis, Rasulullah SAW kata, “Ikat dahulu unta kamu, kemudian bertawakal kepada Allah”

Maksudnya, kita tak boleh berserahkan nasib kepada takdir tanpa buat sesuatu untuk ubah keadaan. Kalau someone lahir miskin, itu mungkin ujian untuk dia, tapi tak bermakna dia kena berserah without trying to get out of the kemiskinan. Kalau kita tengok sejarah Islam sendiri, ramai sahabat Rasulullah SAW yang berjaya bukan sebab hanya berserah kepada Allah, tapi kerja keras. Contohnya, Abdul Rahman bin Auf. Hijrah ke Madinah tanpa harta, tapi akhirnya jadi peniaga berjaya. Sebagai sahabat Rasulullah, kurang apa lagi keyakinannya pada Allah dan Rasul? Tapi dia tak hanya berserah pada takdir, but used his wisdom and effort to change his life.

Pandangan bahawa "tak semua orang Allah izin untuk jadi educated" -- ini boleh bagi kesan negatif jika disalahertikan. Sama macam kata-kata influencer jutawan "Aku tak belajar tinggi tapi akhirnya jadi jutawan". Statement macam ni tak boleh bagi seketul macam ni. Kena ada kupasannya.

Memang betul, tak semua orang ada peluang yang sama, tapi kebanyakan kejayaan bergantung kepada usaha. Ada ramai orang lahir bukan dalam keluarga yang senang, but they work hard to get an education and finally succeed. Kalau seseorang itu percaya bahawa dia tak boleh berubah sebab "Allah tak izinkan", this can lead to laziness and dependence on others.

Lebih merisaukan, pandangan macam ni boleh menghalang someone daripada membantu orang lain dengan cara yang lebih baik. If we only see those who are less able as a ujian untuk kita, without encouraging them to try, maka kita tak benar-benar membantu mereka untuk keluar dari kesusahan. Instead, we seem to encourage dependency rather than independence. Islam tak mengajar kita untuk berdiam diri dan hanya harap rezeki datang depan mata.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."

Ayat atas ni clearly shows that change needs to come from oneself, sebelum harap pertolongan Allah. Therefore, trust in Allah is very important, tapi mesti datang dengan usaha yang maksimum. Having a "growth mindset" bukan sekadar nak jadi kaya atau nak jadi highly educated with title academic yang banyak, tapi tentang mahu jadi versi terbaik diri dengan menggunakan segala potensi yang Allah dah berikan. We should see every advantage we have as a responsibility, not just an ujian untuk diri sendiri.

Dari sudut kerjaya, tolonglah jangan berpegang pada mindset "semuanya telah ditentukan oleh Allah". Mindset macam ni lah yang bawa passive attitude and lack of motivation to grow. I worry if this kind of view is used as an excuse to not want to try more things or not want to go out of the comfort zone.

Dalam dunia kerjaya, mereka yang berjaya bukan hanya mereka yang "Allah izinkan" tapi yang berusaha lebih keras dan bersedia untuk belajar banyak benda. Banyak contoh orang-orang yang bermula dari bawah, worked hard, added new skills, and eventually reached a higher level of success. Bayangkan orang-orang ni hanya duduk diam dan kata "Allah tak izin aku berjaya macam orang lain" - they will never grow.

Orang yang ada growth mindset tak perlu jadi pandai sangat. Asalkan rajin dan mahu buat. Orang-orang macam ni selalunya bukan pandai sangat tapi willing belajar new skill, ambil peluang tambah ilmu, dan tak berkira dalam bekerja supaya dapat lebih banyak pengalaman. Orang yang pasif, yang hanya bergantung pada takdir tanpa usaha, memang selalunya tertinggal belakang. Jauh. 

Contohnya, kau kerani. Tapi bos bagi kau peluang buat benda baru. Dia tambah job scope kau yang membuatkan kau kena belajar new skill like leadership, management, or technology, but you refused dengan alasan "Kalau Allah izin, aku akan berjaya juga"

No, sayang. You have actually missed an opportunity to grow. Orang yang proaktif akan rebut peluang tu and eventually enjoy the results in the form of promotions, higher salaries, and better job satisfaction.

Ada beza antara terima ketentuan Allah dengan pasrah dalam kehidupan. Menerima takdir bermaksud kita faham yang ada perkara di luar kawalan kita, tapi kita tetap berusaha buat sebaik mungkin. Pasrah bermaksud kita langsung tak nak cuba sebab anggap semuanya telah ditentukan Allah. Sedangkan dalam Islam sendiri, usaha adalah sesuatu yang ditekankan. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik. Even Jibrail minta Rasullulah arahkan saja apa yang perlu dibuat supaay dia boleh laksanakan, Rasullullah menolak. Baginda tetap pilih untuk usaha dulu - kerja keras, berdakwah, berniaga, berjuang, dan cari ilmu. Yang kita? Senang-senang je anggap "Semua dah ditakdirkan. Allah tak izinkan" tanpa try dulu.

Growth mindset bukan sesuatu yang hanya dimiliki oleh orang yang bijak, kaya, atau memiliki banyak peluang sejak awal. Growth mindset is a sikap yang perlu dibina. I believe that someone who doesn't have a growth mindset is not because they are not smart or don't have opportunities, but because they MALAS to get out of their comfort zone. Kalau someone benar-benar ingin berubah, dia tak akan jadikan kekurangan sebagai alasan. Dia akan start with small steps, always looking for opportunities to learn, and willing to go above and beyond to do what they are used to.

Aku banyak kali dah cerita, dulu ada sorang colleague yang kerja as admin. Kerja dia cuma yang basic office work - filing dokumen, fotostat, dan some administrative work yang biasa. But she didn't stop there. She never thought of his work as just a daily routine with no opportunity for advancement. Dia willing belajar dan buat lebih dari scopenya. Dia rajin bertanya colleague di unit lain, dia belajar tentang produk, dia fahamkan proses sales, and even tolong sales team with small tasks. At first, no one asked her to do all that. Tapi sebab dia ada growth mindset, dia tak kisah buat kerja di luar scopenya sebab dia nak keluar dari zon selesa.

The result? She deserved to be promoted to a sales executive. Dari seorang admin yang hanya handle dokumen, dia jadi someone yang able to sell products, handle customers, and of course receive a much better salary. Kalaulah dia pilih untuk kekal dalam mindset "Ini je kerja aku, aku tak nak buat lebih" maybe dia masih at the same position without any improvement in career and life.