2025-01-24

Mengkaji love language Johnny and Dilreba.


Hari tu kitorang (rakan-rakan seperjuangan Weibo) bersembang pasal gossip Johnny and Dilreba. Sembang sama sendiri je, tak up kat mana-mana pun. Saja je nak mengkaji. Masing-masing up episod-episod dalam drama Love Designer. Mengkaji love language Johnny and Dilreba. Banyak jugalah sebenarnya benda yang boleh digossipkan. Patutlah sampai sekarang geng-geng ALICE berasap je dengan gossip dorang berdua ni. Memang chemistry between Dilreba and Johnny dalam drama ni tak sama dengan mana-mana chemistry Dilreba dengan co-star yang lain. Sumpah tak sama. Berialah hari tu dorang nak couple-kan Dilreba dengan Yang Yang selepas drama You Are My Glory released, tapi tak menjadi sebab Dilreba cantas dengan statement yang dorang takde sebarang relationship.

Bila kitorang kelebet balik klip-klip video tu, apa yang aku boleh kata, kalau dorang takde relationship, maknanya lakonan dorang dalam drama ni super power sebab chemistry gila real! Cara dorang hugging, cara dorang kissing, cara dorang bersembang sambil main-main tangan - macam in relationship. In other words, macam dah biasa buat. Nak lagi klip masa dorang duduk kat sofa berdua time tengok movie tu. Cara Johnny pegang tangan Dilreba. Pastu masa tangan dia tersentuh bahagian dada Dilreba, macam they are used to it. Masa kat tepi sungai, Dilreba main-main bibir Johnny waktu Johnny bercakap, ni pun sama. Ada ke orang terpikir nak buat macam tu dalam lakonan kalau bukan dah biasa? Aku tengok Dilreba dengan Yang Yang dalam You Are My Glory lansung takde adegan macam ni, walaupun love story.

Tapi tu lah, sampai sekarang takde bukti dorang dah kawen atau tercandid apa-apa gambar dan video. Takkanlah netizen China lembab sangat, kan. Netizen Malaysia kalau jadi detective kisah-kisah cinta atau kawen senyap-senyap ni, cepat je dapat bukti. Takkanlah dari tahun 2020 sampai 2025 satu bukti pun korang tak jumpa? Takkan tak dapat ambil satu gambar berdua-duaan pun? Takkanlah bukti marriage certificate tak dapat dikesan? Sampai bila kau boleh sorok kalau betul ada relationship, kan? Paling tak pun, time raya mesti ada leak gambar sekeluarga.

Jadi, kami membuat kesimpulan, dorang belum berkahwin dan tidak ada relationship. Memang chemistry dorang berdua power gila dalam Love Designer.