2025-01-23

So what’s the real issue here? It’s not the company. It’s not the management. It’s you.


Kecoh sekejapan pasal ex-staff Uniqlo komen kat IG official, kononnya Uniqlo mengamalkan working environment yang toksik and policy yang merepek-repek. Beberapa hari lepas aku ada post kat Thread - lebih kurang isu yang sama. Kisahnya, aku nampak satu Thread ni. Dia merentan lepas balik dari interview. Marah kenapa ada company buat interview sampai 3 stage. Adeh. Geleng kepala baca.

3-stage interview ni dari 25 tahun lepas lagi dah dipraktikkan. Aku interview kat company Biotech yang pertama, 3-stage interview. Interview Prudential pun 3-stage interview. Redza nak apply scholar PNB 2 tahun lepas pun lalui 3-stage interview. Apa masalahnya? Takde masalah pun. Polisi dorang dah macam tu, siapa kita nak pertikaikan? Kalau rasa leceh, jangan apply. Quit half way je. Takde siapa marah. Bersorak lagi ada sebab kurang saingan.

Imagine today’s younger workforce. They are complaining about 3-stage interview like it’s some unbearable punishment. Apa yang kita nak harapkan bila dorang masuk kerja esok? Nilah juga muka-muka yang rajin EL, kerap AL, sikit-sikit MC, target tak hit, nak rest banyak, kerja nak senang. Inilah pesennya. They are chasing “easy work” and “balanced rest” like it’s an entitlement. 

Kita dulu nak reward kena prove our worth dulu. Dulu kalau plan nak bercuti panjang, aku dah susun sales target biar achieve. So that bila apply leave takdelah segan dengan boss. Boss pun takdelah kelat nak luluskan cuti. Memanglah cuti tu kau punya, tapi takde rasa malu ke apply cuti bukan main kerap, tapi performance hauk?

Salah sorang ex-staff Uniqlo kata "Saya bertahan 6 tahun. Pastu quit sebab tak tahan".

Tak tahan apa tu, dik?

Bagi aku, standardlah selepas 6 tahun kita bertukar tempat kerja. Nak cari peluang and experience baru. Lainlah kerja kerajaan, selalunya bertahan berpuluh tahun sebab ada sistem pencen tu. Kalau swasta ni, 4 tahun stay dalam company yang sama pun dah kira ok. Claiming you quit after six years because of bad management is laughable. Kalau betul management hauk, 6 bulan je kau tahan, dik. Tak perlu sampai 6 tahun. Yang benaunya, semakin lama bekerja di company yang sama, job scope berubah, tanggungjawab berubah, target berubah. You cannot adapt dengan perubahan ini.  That's the reason you quit. Bukan masalah management.

Kalau aku cakap macam ni nanti, kita dikatanya toksik. Kita adalah contoh boss yang toksik katanya. Padahal dorang yang manja. Segalanya nak senang. Semuanya nak berlebih kurang. Kerja kat kedai fashion, tapi malas lipat and susun baju? Kerja kat kedai baju tapi nak baju tu disusun ala kadar? Meh nak tengok kau punya ala kadar tu macamana rupanya.

Ini macam sorang bibik aku dulu. Datang kerja tak buat apa-apa. Dia kata takde apa nak dikemas, rumah dah bersih. Bagi dia, kalau berantakan macam kapal pecah, baru berkemas. Lantai berpasir ke, melekit ke, bilik air berlendir ke, meja berabuk ke - ini bukan bersepah. Jadi, tak perlu buat apa-apa. Sebab lantai berpasir tu, standard. Dapur melekit, standard. Why? Sebab dapur dia kat rumah berselipat. Dia menjadikan dapur rumah dia as piawai.

Dak-dak Uniqlo yang mengadu "Baju tak boleh salah lipat sikit, kena marah".

Of courselah, sebab itu company dia. Company ada standard lipatan baju sendiri. Takleh nak samakan dengan cara kau lipat baju kat rumah. Jangankan kedai baju, almari baju aku pun ada cara lipatan sendiri. Kalau kaftan kena lipat macamana. Kalau T Shirt lipat macamana. Benda ni common sense kot. Kita kerja dengan orang, kenalah ikut polisi orang. Nak ikut kepala sendiri, jadi TikTokers-lah.

Yang mengadu pasal nak mintak cuti susah. Yang kejap-kejap EL. Yang ambil MC katanya kena questioned dek management.

Alright, let me clear this up.

Annual leave (AL) is not an automatic “right” for you to use whenever and however you want. It is a BENEFIT provided by the company, granted under specific T&C. Yes, you berhak dapat annual leave tertentu setiap tahun BUT that doesn’t mean you can take it anytime you feel like it. Permohonan cuti mesti diluluskan oleh majikan, yang ada kuasa untuk decide sama ada permohonan cuti tu aligns with the company’s operational needs. 

Aku rasa ramai orang ingat kalau setahun ada 15 hari cuti, boleh ambik bila-bila asalkan cuti ada lagi.  Begini ya. Ini bukan tiada timbang rasa, tapi kena faham, dalam company tu bukan kita sorang saja bekerja. Ada orang lain juga. If the company feel that your absence will disrupt operations, they are fully within their rights to decline. It’s not about you. It’s about what’s best for the team and company.

Agaknya kalau dorang kerja dengan company yang bekukan cuti setiap hujung bulan, atau raya ketiga dah kena masuk kerja balik, konfem company tu diviralkan.  Trylah kerja dengan Prudential tengok cuti kau senang lulus ke tak. Sekarang aku tak tahulah, tapi dulu cuti raya aku pun tak approve. Raya ketiga dah masuk kerja balik. Lepas tu setiap 27-31 hb, semua cuti medical underwriter dibekukan untuk close case. Krismas pun kerja sebab Krismas 25 hb, ramai yang celebrate, so the Malays kena work on Krismas Day. But takde yang komplen because it is the company punya polisi. Kita masuk tempat orang, ikutlah cara orang. 

Dan every time you take EL or MC, you sebenarnya sedang tunjuk kat semua orang yang you tak ambil serious hal kerja. Ni aku cakap untuk yang kerap MC and ELsaja tau. Yang spesis setiap bulan ada MC, setiap bulan ada EL. 

Ok fine, kau MC, kau EL. The work still gets done, just not by you. So don’t expect any respect when you are the one always bailing out while others pick up your slack. One day bila majikan letakkan kepercayaan pada pekerja lain, jangan merasa tersisih pulak. Jangan kecik-kecik hati. Because kau tunjuk yang kau tak reliable.

Kerap EL and MC makes you look unreliable. Don’t be surprised when management starts seeing you as disposable too. Like, why dorang nak invest in someone who treats their responsibilities like an afterthought? Work is not a playground, and you are not in kindergarten. Nobody owes you an easy ride just because you don’t feel like trying.

So what’s the real issue here? It’s not the company. It’s not the management. It’s you. If you can't handle a little bit of pressure, how do you expect to handle the real world? The reality is, work is not going to be handed to you on a silver platter. You think management is bad? The truth is you lacked the courage and discipline. Kita datang kerja bukan semata-mata hadir ke tempat kerja, tetapi hadir bekerja. It’s about resilience, commitment, and growth. If you want to succeed, stop blaming everyone else and start looking in the mirror.