2025-01-25

Once bertunang, concentrate untuk prepare persiapkan mental dan emosi untuk kawen.



Dengar video atas ni, tentang bertunang tapi masih chat dengan lelaki/perempuan lain - terasa I.

Once upon a time, aku pernah buat gitu. Tapi aku ada reason kenapa buat gitu.

Aku dengan En Wan bertunang express - untuk larikan diri dari masalah. Walaupun aku ready untuk terima dia as suami sekiranya memang dah jodoh, gap 1 tahun 8 bulan bertunang tu aku tetap beri peluang diri sendiri untuk kenal-kenal orang lain. Why?

Sebab aku takut pilihan aku salah. Bertunang dengan En Wan aku tak sempat pikir dalam-dalam. Misi aku cuma nak lepaskan diri je waktu tu. Bila dah grad, masalah dah settle, aku pun dah balik KL untuk bekerja, masa ni aku dah start terpikir what if En Wan bukan the right person? Sempat lagi kalau nak ubah decision sebab baru bertunang, belum kawen lagi. Lagi baik putus tunang dari bercerai-berai selepas kawen. Gitu pikir aku. So, aku bagi peluang orang kenal aku.

Aku taklah hot, tapi dalam tempoh bertunang tu, ramai juga yang try. Kawan se-opis aku tahulah cerita-cerita aku menepis dan mereject ni. Hajat hati tu nak bagi diri aku sendiri buka mata dan tengok if En Wan adalah pilihan yang ok. Rupanya sampai ke sudah memang En Wan paling better antara yang lain.

Mula-mula aku ingatkan mamat Kuching yang aku jumpa kat LRT tu second choice selepas En Wan. Mamat ni boleh di-consider-lah sebab attitude ok. Tak gelojoh. Tapi bila dah berkawan lama, aku pulak rasa macam tak ok.

Mamat tu karakter hero novel. Ada rupa, bergaya, berduit, kerja bagus, ada family business, dan too caring. Dan dia suka nak belikan aku benda mahal-mahal. Mahal bagi aku, bagi dia mungkin tak. 

Nak belikan aku getah rambut Evita Peroni kat KLCC. Like, nak buat apa getah rambut sampai RM80? Nak belikan aku cekak rambut yang harganya RM100. Aku masuk kedai buku nak beli pen, dia bawak aku pilih pen yang dalam almari kaca yang ada casing tu, harga sampai RM200. Hoih, aku bukan nak sign cheque. Pastu ajak aku masuk Swatch. Nak belikan aku jam sebab dia perasan aku takde jam. Padahal baru berkawan je, belum couple pun. Effort dia bagi aku extreme sangat. Aku tak biasa dengan extreme gini. Hahaha. Aku mula rasa tak selesa. Akhirnya aku realized, mamat ni bukan selera aku. Aku cuma suka lelaki macam ni dalam khayalan je. Bila betul jumpa lelaki macam ni kat realiti, aku yang tak boleh terima.

Sometimes, apa yang kita nak bukan the best untuk kita. Kadang-kadang bila terlalu perfect di mata pun, akan menjadi kepayahan di masa depan. Aku berkawan dengan dia 2 bulan je, tapi dalam tempoh 2 bulan tu banyak membuka mata aku. Our friendship is too perfect. Macam dalam novel. Bila semuanya terlampau perfect and 'mengikut skrip', lama-lama dah boleh bajet what will happen next. 

2-3 minggu pertama memang excited sebab segalanya berlaku macam yang aku bayangkan. Macam baca novel. Watak novel keluar ke alam realiti. Masuk minggu ke 4, 5, 6, macam dah takde magik dah. Dah boleh expect apa akan berlaku. Macam perfect sangat. Bila too perfect aku sentiasa nak berjaga-jaga supaya tak merosakkan ke-perfect-an ini. Aku jadi rimas, tak boleh nak menjadi diri sendiri. Akhirnya aku slowly jauhkan diri. Pastu dah malas nak bagi peluang diri kenal kat sesiapa dah. Aku nekad, teruskan sajalah dengan En Wan.

Dari pengalaman aku, kalau sesiapa berada di situasi sama macam aku dulu - yang bertunang express, tak sempat betul-betul kenal hati budi, aku akan kata "Yes, bagi peluang diri kenal orang lain". Tapi kalau kau dah saling kenal, dah bercinta macam nak rak, dah outing sana sini, suka sama suka dan kemudian bertunang, janganlah cuba kenal-kenal dengan sesiapa dah. Once bertunang, concentrate untuk prepare persiapkan mental dan emosi untuk kawen. Dah habis dah time kau nak berkenalan dengan orang lain.