2024-12-23

Kita bukan nak compete dengan idol kau!


Pagi ni ada yang tanya aku "Kak, saya dah start tengok drama Johnny. Bestnya dia berlakon!! Natural sangat!"

"Kak, part dia makan roti kat bekas tempat gigit Lu Yan tu, pastu dia pandang Lu Yan, kenapa smartttttttt??"

"Cara dia pandang ex dia masa first time jumpa tu, muka dia full of sadness yang tak terluahkan!"

Hah, baru kau tahu kat mana penangan Johnny ni, kan? Give him unscripted role pun, dengan riak muka pun dah boleh deliver 1001 emosi. Aku pun sebak masa first time dia jumpa balik Lu Yan. Cara dia pandang Lu Yan tu macamana nak cakap entah. Macam 8 tahun punya derita terpancar kat muka. Mana dia dapat emosi tu tak tahulah. 

Aku memang suka lakonan Johnny. Acting skill dia satu macam. Sebab tu semua drama dia setakat ni VIP. Kitorang semua tengah tunggu if drama ni berjaya hit 10,000 Heat Index. Semalam 9,000 dah. Kalau hit 10,000 memang dia kekalkan record SEMUA dramanya VIP list. Aku kalau tengok drama dia, asyik dok perati gaya dia bercakap. Kadang tu rewind banyak kali sebab nak tengok balik macamana dia sebut sebijik-sebijik skrip tu. Natural gila.

Banyak kali aku cakap, dia ni umpama Beto Kusyairi. Beto tu, fans dia besar ke? Tak. 
Hensem ke? Tak. 
Popular ke kat media sosial? Tak. 
Tapi setiap kali Beto punya projek keluar, konfem boom! Dan mana-mana advert yang ada Beto mesti aura advert tu jadi lain macam.

Johnny tu begitulah di sana. Dia punya fandom tak besar macam actor lain. Tapi setiap kali new projek release, baru nampak pengaruh dia besar mana. Hari Ahad baru ni, viewers untuk drama Love Song in Winter hit 50 million SEHARI! Padahal sebelum drama ni release, reserved seat 3.5 million. Once released, 50 juta perginya hanya untuk hari Ahad. 

Tapi kalau personal record Johnny, nilai 50 juta ni belum pecah record lagi. Sebab drama pertama dia, Addicted (tahun 2016) pernah hit 100 million viewers SEHARI.

Ini ☝🏻. Isnin punya viewers cecah 84.797 million. Only yesterday. Kenduri betul fans Johnny kat Weibo and Xiaohongshu. Kat Douyan pun meriah dengan klip-klip video Love Song in Winter.

Oh lagi sorang tanya aku "Kenapa suara dia macam pakai dubbing. Sekejap lain, kejap lain?"

Hat ni dari tayangan hari pertama (Jumaat) lagi dah ada yang bertanya soalan yang sama. So this pengkritik filem jawab:

Itulah kelebihan Johnny. Dia bukan dapat skrip terus berlakon. Dia mengkaji skrip. Dia sengaja buat gaya suara yang sedikit lain untuk scene semasa belajar di kolej dan semasa dah kerja. Bukan suara yang berubah, tapi gaya suara tu. Which is logiklah. Zaman budak-budak, gaya percakapan lain, dah matang gaya bercakap lain. 

Tapi aku kureng bersetuju bila dia kata Johnny hensem 😆. Kalau dari pandangan mata aku, dia bukan kategori lelaki cantik. Handsome pun idoklah sangat, but dia smart. Aura dia berbeza. Personaliti dia buatkan dia nampak menarik di mata orang. Hat ni la yang ramai fandon actor lain bengkek dengan Johnny. Dorang macam questioned apesal Johnny always dapat naskhah yang bagus and always jadi 1st male lead. 

Bulan May hari tu new movie dia released - Formed Police Unit. Dalam movie tu ada Wang Yibo sekali. Awal-awal hari tu fans Yibo bising-bising kenapa gambar Johnny kat poster lebih ke depan dari Yibo. Tepuk dahi aku baca. Benda macam tu pun kau nak bising.

Masa drama Ace Troops release pun sama gak. Fans Xiao Zhan mengutuk-ngutuk kat Weibo si Johnny tak layak jadi lead sebab tarikan drama tu adalah Xiao Zhan katanya. Kenapa Johnny yang dapat kawen dengan female lead? Uiii marah betul dorang.

Sama macam fans Wang Ziqi. Macam sial. Ziqi tu punyalah baik dengan Johnny. Tapi fans dia buat hal. Baru-baru ni Ziqi berlakon lagi sekali dengan Johnny tapi hanya watak cameo. Fans Ziqi bengang Ziqi tak diambil as main actor dalam drama tu. Dorang kata drama The First Shot hari tu boom sebab ada Ziqi, bukan Johnny.  Ya Allah, nak terkencet aku baca. Konfiden gila. 

Pastu ada sorang fans Johnny bengang, dia pi susun fakta dan bukti baekkkkk punya untuk semua baca. Bukti yang mengatakan dalam drama Bright Eyes in the Dark, Ziqi di-auditioned. Bukan macam Johnny yang mana skrip tu memang disimpan untuk Johnny. Dalam drama The First Shot pula, role yang Ziqi pegang tu kosong. Nama Ziqi tak pernah ada dalam list pelakon The First Shot. Dorang auditioned ramai actor tapi tak jumpa yang sesuai. Johnny yang suggest ambil Ziqi untuk pegang that role, barulah director setuju. Sebab Johnny suggest, ya. Kalau tak, Ziqi menganggur tau! Eh geram pulak aku. Boleh pulak dia kata drama-drama tu semua boom sebab idol kau? Eh beli mana konfiden tu? Alibaba.com? 

Ini aku tak cakap fans kat Malaysia tau. Ini fans sana. Fans China memang pelik. Dorang punya idol kena terpaling. Tak boleh setara. Mesti kena lebih!

Masalahnya, idol kau tak boleh carry watak Johnny. Kalau boleh carry dah lama watak tu dapat kat idol kau. Lagipun idol kau berlakon dengan Johnny, bukan dengan Jongos. Kalau dengan Jongos maybe idol kau boleh jadi hero. Mentang-mentang idol dorang lebih hensem, terus kena jadi first male lead. Kau ingat syarat jadi male lead ni kena hensem je ke?
 


Kau rasa idol kau boleh carry watak bongok macam ni, dengan muka yang tak bermekap, bare face macam apek jual kangkung? Takde maknanya nuka-muka jambu nak bawa watak bongok gini. 

We have no problem if Johnny jadi first lead atau second. Kitorang nak tengok Johnny-nya. Dia jadi villain pun takde hal. Tak dinafikan actor-actor lain lebih hensem but kita bukan nak compete siapa paling hensem. Kita tahu dari segi rupa Johnny memang kalah kalau berdiri sebelah idol korang tu, tapi bersyukurlah idol korang jadi second male lead bergandingan dengan Johnny. Patutnya proud sebab your actor is acting with one of the A-List actor too. Tak reti bersyukur? 

Dia umpama Tomok berlakon dengan Beto. Memanglah Tomok lagi hensem, tapi aura Beto lain. Sebab itu Beto jadi hero dalam Istanbul Aku Datang. Faham? Oh ye lah, kau tak faham sebab kau orang China. Kahhhh!

Johnny ada satu filem namanya Pegasus. Masa Pegasus 1 dia jadi main lead. Masuk Pegasus 2, dia jadi supporting role. Fans Johnny lansung tak kisah dia jadi supporting role dalam Pegasus 2. Malah sangat happy sebab watak Johnny diwujudkan lagi dalam Pegasus 2 walaupun as support role. Sebab dalam Pegasus 2 dorang masukkan scene lain yang ada hero baru as daya penariknya. We are ok with that.

Dalam filem Soldiers of the Wind, lagilah. Johnny masuk as extra sahaja. Dorang wujudkan watak Johnny kesinambungan dari watak Johnny dalam Operation Red Sea. 4 minit je Johnny keluar dalam filem tu tapi balik-balik klip video yang 4 minit tu lah yang dishare beramai-ramai kat Weibo. Itulah yang dinamakan AURA. Keluar 4 minit pun viral. 

Tak faham aku jenis yang minat idol sebab muka jambu. Pastu nak paksa orang recognize idol dia terpaling semua. Esok kalau idol kau dah berkedut, orang tengok history of achievement, ya. Kalau achievement tak mendonia, kau rasa generasi akan datang nak kisahkan idol kau walau hebat mana kau bercerita pasal dia?

Ce tengok Leslie. 21 tahun mati. Dia ada new fans yang umur 20-an. Why? Sebab achievement dia becomes source of reliance. Lagu-lagu dia banyak yang best. Movie-movie dia banyak menang award. Achievement dia mendonia internationally.  

Dari Leslie, Wong Ka Kui and Johnny, hanya Leslie je idol yang aku minat, yang ada baka complete pakej. Dia ni memang baka rare. Muka hensem. Menyanyi sampai pegang Asia. Berlakon sampai menang international award. Dia ada pakej lengkap seorang celebriti.

Wong Ka Kui aku minat sebab dia true musician. Beyond tak pernah nyanyi lagu selain ciptaan dorang sendiri. 80% lagu-lagu Beyond adalah ciptaan Wong Ka Kui. The rest ciptaan ahli Beyond yang lain. And for that aku minat dia. Because dia ada skill yang band lain takde. 

Johnny aku suka acting skill dia. Dia takde rupa yang orang kata sekali pandang kau boleh tertoleh lagi. Takde. Tarikan dia adalah pada acting skill. So tak heran bila beberapa orang DM aku cakap Johnny is so natural dalam drama. Yes, itulah kekuatan dia. Tu pasal fans tak kisah walau dia berlakon role extra sekalipun. Kita bukan nak dia jadi terpaling dalam mana-mana drama, cukup nak tengok acting dia saja.