2024-12-24

It’s dangerous to have jealous people around you


"It’s dangerous to have jealous people around you. They look at you as a competition while you look at them as family or friends" - quote.

Ramai yang berkongsi cerita dengan aku pasal kawan masing-masing yang always nak membanding-bandingkan everytime berjumpa. Tak, masalahnya kau berkawan dengan siapa ni? Dah kenapa masih berkawan sampai sekarang padahal tau perangai masing-masing gitu? Jangan semata-mata nak kekalkan "friendship" yang kononnya dah 15 years atau 20 years, maka kau sanggup hadap perangai gitu. Tolonglah! Kalau aku, takde kawan pun takpe daripada berkawan dengan orang macam tu.

Dia macam ni, ya. Dari observation aku, selalunya orang yang berkumpul sama-sama pastu banding-membandingkan antara satu sama lain - ini bukan kawan rapat. Ini macam gathering sesekali. Kawan-kawan rapat takde buat kerja compare-mengcompare dah sebab dorang rapat. Dorang saling follow-mengfollow kat media sosial. Dorang tahu kau sekarang buat apa, kerja apa, hari tu holiday mana, tadi kau makan apa, semalam kau beli apa - dorang tahu. Yang dok bersembang gaya-gaya kayangan bila berjumpa ni semuanya jarang berjumpa. Bila jarang berjumpa dorang rasa perlu "show off" kelebihan masing-masing. Dengan kawan rapat, tak ada keperluan nak buat "catch-up" panjang lebar sebab dorang dah sedia maklum apa yang berlaku dalam hidup kau.

Contoh, aku ada kawan yang follow media sosial aku. Tapi aku tak add dia as friend sebab bukannya rapat pun. Now tiba-tiba nak jadi kawan baik pulak. Everytime aku up post, dia akan DM and PM komen setiap post aku. Dan selalunya dialah paling best sekali.

Aku up makan kat sekian-sekian fine dining resturant.
Dia komen "Aku sebulan 2-3 kali datang makan sini. Biasa-biasa je. Dah tak larat nak telan"

Aku up pergi bercuti kat sekian-sekian tempat.
Dia komen "Pernah pergi dah. Bagi free pun taknak. Biasa-biasa je tempat ni"

Bila aku up gi buffet breasfast dengan Dusty Pink Tits.
Dia komen "Takdelah aku nak spend RM120 untuk breakfast. Kalau dapat voucher baru aku pergi. Kalau tak, takdelahhhh"

Aku terus reply "Sebab tu aku tak ajak kau join group kitorang. Sebab kau voucher-only living punya type". Pastu aku block. Settle.

Kadang aku kesian dengan orang-orang macam ni. Sebab dia begitu gigih nak bagitahu life dia pun best juga. Mana tempat kita pergi tu dia pun dah pergi katanya.

Dey! Memang kita pergi tempat yang sama. Tapi kau ambik pakej marhaen, aku ambil pakej kayangan. Sebab tu kau rasa tempat yang kita sama-sama pergi tu biasa-biasa je. Sebab kau pakej marhaen! 

Haaa gitu makan dia. Dengan orang gini kau jangan bagi chan. Kau bagi betul-betul. Dia memang memintak. Maka, BAGI!

Selalunya, type 'kawan' macam ni, dia tak rapat pun dengan kita. Dia tengok kita and kawan-kawan se-group yang lain macam sekufu, so dia try hard untuk tunjuk yang tempat-tempat yang aku selalu pergi tu adalah tempat yang dia biasa pergi juga. So why not kau tarik aku masuk group kau sekali sebab kita at the same level? Haaa, gitu. Memang taklah! Kau ingat kitorang berkawan sebab material? Halah halahhh shallownya mindset kau.

Yang pesen gini, dorang ada unspoken rule where they have to prove themselves. Dorang rasa perlu tunjuk siapa lebih berjaya, siapa lebih kaya, siapa lebih “perfect life.” Sebab apa? Sebab they don't know anything about you, and you don't know anything about them, so dorang try mempamerkan versi terbaik dorang. Hat ni adalah perilaku "normal" untuk type-type tu. Since they don’t truly know what’s happening in each other’s lives, they must rely on outward appearances to fill the gaps. Sebab tu dorang cenderung tanya kau pakai kereta apa, luxurious vacation apa kau pergi, keluarga siapa lebih bahagia, etc.

Nak tahu samada "kawan" kau adalah jenis yang nak compete dengan kau atau tak, tak susah. Trylah share pasal beli rumah ke, beli kereta baru ke, atau planning nak holiday overseas (especially tempat yang dia belum pergi), nanti kau tengok dialah paling tak interested sekali. Dari raut muka je dah nampak dia menyampah dengan kau. Silap-silap dia terus tukar topik lain.

Kawan rapat tak judge kau dari achievement atau dari apa yang kau ada. Dorang already in the loop through social media updates, casual chats, or regular meet-ups. They know the details of each other’s highs and lows. There’s no need for over-the-top performances. Kawan-kawan ini tahu kisah silam kau, buruk baik kau, perangai setan kau, your messy side - semua! Sebab itulah bila kau achieve sesuatu, they celebrate your wins, sebab dorang tahu susah-payah derita kau. At this stage, the bond dah bukan tentang competing or impressing lagi. Kita dah sampai ke tahap understanding. Yang dok banding-membanding ni biasanya lebih fokus pada penampilan luaran. That's why they try to wujudkan satu ilusi kelebihan masing-masing. Kalau jumpa kawan macam ni, anggap je lah sekadar hiburan sosial. Ada gak bahan kau nak mengumpat dengan kawan-kawan baik kau nanti. Kahkahkah.

Tapi antara semua, yang paling tak bleh blah, jenis 'kawan' yang dia tengok apa kau buat, apa kau pakai, apa kau beli, atau apa kau minat, dan bila dia ikut, dia buat macam idea dia sendiri. Hat ni, kalau dari kalangan blog readers yang pernah memplagiat post-post aku, mengaku rumah aku adalah rumah dia, gambar percutian aku adalah percutian dia, aku tak kisah sangat. Sebab bukan kawan. Tapi kalau pelaku adalah someone yang kau kenal (bukan kawan, tapi kenal) - ini adalah saiko. Jangan cakap banyak, terus buang dia dari friendlist kau. Tak payah explain, tak payah nak pikir patut ke tak aku buang dia ni. PATUT! Sebab jenis ni kau takkan terpikir jauh mana dia boleh buat. Jangan feed orang-orang macam ni dengan kebaikan kau. Dia akan mengambil kesempatan. Esok bila dah terbiasa, dia akan manipulate kononnya kau yang tiru life dia. Sebelum dia buat kau jadi gila, kau lari dulu.

Aku pernah ada pengalaman orang gini. Dia blog reader. Dulu aku buat biotech sales selalu ke sana sini. Everytime ke X, aku bagitau dia aku ada di sana. Dia always free her time untuk makan-makan dengan aku. Takpelah, kitorang pun sembang-sembang macam biasa. Aku tak pernah letakkan diri aku as star mentang-mentang blogger. Blogger je kot, level tinggi mana nau jadi blogger ni. So aku santai-santai je sembang macam kawan-kawan. Bila aku start bertudung, dia mula perli-perli kat FB yang aku pakai Ariani sebab dia pun pakai Ariani dari dulu. Aku macam, takkanlah kerana kau pakai Ariani (sebab dia memang bertudung), bila aku start bertudung dan beli Ariani maknanya aku tiru style kau? 

Everytime ada sale Ariani aku selaku share apa aku beli dan encourage ramai-ramai pergi beli. Pastu ramailah yang up kat FB beli Ariani and tag aku "ni semua gara-gara @DianaIshak, aku terjebak". Nak dijadikan cerita yang tag aku ni ofismate dia! Dia bengang sebab katanya dia pakai Ariani lagi awal dari aku. Mentang-mentang aku blogger semua orang nak tag aku katanya. Lahhhh??

Sorrylah, aku block. Aku malas nak panjang-panjang cerita. Apa yang semakkan kepala, aku buang. Kau nak cakap apa kat belakang aku, atau nak jaja cerita kononnya aku plagiat gaya kau - sukati. Aku ada banyak kerja nak buat daripada melayan fitnah.