2024-12-22

Buat apa saya apply medical card kalau tak cover


Ada beberapa orang macam upset bila aku cakap application medical cardnya MUNGKIN direject atau ada loading kerana dah ada penyakit sedia ada. Dia kata "Buat apa saya apply medical card kalau tak cover".

Ya, aku faham kekecewaan korang. Sengaja aku tak reply DM-DM tu sebab aku tahu kalau explain ringkas-ringkas korang lambat nak faham. Lagipun aku nak kasi korang bertenang dulu. Memang ramai yang keliru dan kecewa bila dapat tahu penyakit sedia ada (pre-existing condition) tak ditanggung oleh medical card. Dah ada penyakit, tiba-tiba medical card taknak cover penyakit tu. Buat apa apply? Ok, aku faham perasaan tu.

Tapi korang kena faham dulu FUNGSI medical card. Tujuan medical card adalah untuk protect financial risk from unexpected illness or injury IN THE FUTURE. Bermakna, penyakit sedia ada dah dianggap sebagai risiko yang pasti, bukan lagi risiko yang “mungkin”. Oleh sebab itu, takaful hanya cover perkara yang belum berlaku, bukan masalah yang kita dah tahu. Contohnya, now korang sihat. Medical card lulus. But you get diagnosed with appendicitis tahun depan. Medical card akan cover kos treatment appendicitis tu sebab it was an unforeseen risk when you signed up.

Dalam situasi apa medical card tak cover? 

Ok, kalau semasa apply medical card kau dah ada high blood pressure. It is considered a known risk. Jadi medical card tu tak akan cover treatment untuk segala tok nenek komplikasi yang melibatkan high blood pressure, seperti stroke, because it’s already a condition you were aware of. 

That's why waktu terbaik apply medical card adalah sewaktu masih sihat. Analogi yang mudah untuk korang faham, gini. Imagine kau beli insurans kereta, tapi kereta tu pernah terlibat dalam kemalangan. Adil ke untuk mintak insurans bayar kerosakan lama? The same goes for medical card. It is not designed to pay for problems that existed before the policy began.

Katakanlah kau ada penyakit X. Tapi medical card lulus cuma ada exclusion (penyakit X dikecualikan dari ditanggung), JUST ACCEPT IT. Sebab katakan nanti in future dapat pneumonia ke, bronchitis ke, patah kaki ke, denggi ke, viral fever ke - at least medical card tu boleh guna untuk bayar kos rawatan.

Lagi satu yang tanya aku kenapa medical card tak diluluskan untuk anak autism.

Jawapan aku sama macam tadi - sebab keadaan sedia ada (pre-existing condition). Sebelum memohon, anak dah di-diagnosed dengan autism. Lagi satu, autism ada risiko untuk mencederakan diri sendiri. Ketidakpastian perkembangan masa depan dan potensi ada komplikasi tambahan juga menyebabkan application ditolak. 

However, autisme hanya boleh dikenalpasti ketika anak-anak ni berumur 12-18 bulan. Tanda-tanda awal dah boleh nampak masa ni. Tapi formal diagnosis biasanya dibuat masa umur 2-4 tahun bila ciri-ciri autisme lebih jelas. So aku nasihatkan, kalau baby normal, dia lahir je kau terus apply medical card. Apply, jangan tangguh. At least by the time buat formal diagnosed, polisi takaful dah matang.

Harap penjelasan aku ni korang faham. Please jangan marah-marah. I don't have the authority to approve a medical card, but I can give some enlightenment. Nak tanya pasal pelan apa yang available atau sesuai untuk keadaan korang dan bajet korang, please whatsapp En Wan 012-4407757. Aku tak tahu apa pelan yang sesuai untuk korang. Yang ini produk knowledge. Agen saja tahu. Gi tanya dia. 

Lagi satu, korang kalau apply medical card, please plan your budget. Jangan oh saya nak bilik single, saya nak medic booster 1 juta, saya nak cancer protection, saya nak itu ini - tapi bajet takde. Bayar sebulan dua pastu halimunan sampai medical card lapse. Jangan. Just bagitau En Wan apa bajet korang. Nanti dia akan designkan pelan yang sesuai dengan bajet. Misinya sekarang mampu bayar medical card. Walaupun pelan bilik berdua, cover RM250K saja setahun, no medic booster - tak apa! Janji ada medical card dan mampu bayar.