2024-12-25

Ingat jadi influencer ni tak pressure ke?


Tadi aku nampak kat Thread screenshot muka depan NST (versi online maybe) gamba2 Vivy, Che Ta and Dato Vida. Aku lupa apa tajuknya. Tapi something like "flying first class but in debt" - lebih kurang ginilah tajuknya. Tak baca sangat pun, tengok tajuk newspaper je. Vivy dah dalam siasatan. Che Ta pun dah start lelong barang-barang. Yang Dato Vida ni kes apa eh? Aku malas nak google. Tanya korang je lah 😆.

Aku taknak cakap pasal 3 orang ni. Yang aku nak cakap now is, social media. Sebenarnya punca semua ni adalah social media. Kalau social media takde, semua benda ni tak jadi. Sumpah, takkan jadi. Almost all aspects of our lives are now related to online platform. Dari segi communication, engtertainment, kerja, shopping, belajar pun online, atau saja-saja nak isi masa lapang - semuanya boleh buat online. Inilah life kita sekarang. Bukan trend, tapi inilah kehidupan zaman sekarang.

Memandangkan kita menetap dalam talian, haruslah cara hidup pun cara online. Makan, upload. Shopping, upload. Vacation, upload. Celebration, upload. Tunjuk tak salah, tapi masalah besar timbul bila kebergantungan pada social media jadi tak terkawal. Berlumba nak nampak sempurna, nampak berjaya, gaya hidup mewah, nak dapat recognition dengan "likes" dan "followers". Tadi kat Thread aku nampak sorang ni dia screenshot jumlah shares 800, tapi likes cuma 100. Dia kata pelik. Kenapa tak like and follow her? Aku macam...kau memang tengok statistik berapa shares, berapa likes, berapa followers everyday ke? Pastu nak buat apa?

Aku tak nafikan social media ni boleh jadi baik kalau kita guna dengan betul. Platform for self-expression, connection, and business opportunities. Bagus. Tapi ia juga its darker side, iaitu tekanan untuk membandingkan diri sendiri dengan life orang lain, especially those influencer yang gaya hidupnya over the top. Kita dibiasakan dengan success is equals to luxury lifestyle. Sebab itulah influencers influencers cenderung nak showcase lifestyle yang mewah, designer clothes, luxury vacations, high-end cars. Oh now setakat beli kereta mewah is so yesterday katanya. Now, beli kereta CASH baru "in"!

Takpelah, bagus. Your posts may seem inspiring , tapi untuk kita yang menengok ni kena ingat what we see online is often a highlight reel, not the full story. Sikit masa hari tu pernah viral sorang influencer yang jual tudung. Dulu kemain gah lagi tunjuk lambakan stok sampai. Pastu lambakan packaging pos laju. Laku keras la ni ceritanya. Tup-tup keluar berita hutang supplier tak bayar, siap kelepet duit sumbangan lagi. Dah tu yang stok melambak-lambak laku keras katanya tu betul ke tak? Ke tiap-tiap hari packing untuk bergambar, pastu koyak balik sampul Pos Laju tu?

Ramai influencer suka menggambarkan imej success, but the reality behind their glamorous lives is not always as it seems. Ini bukan serkap jarang. Kita semua tengok kan makin banyak kes-kes macam ni. Pakai Lambo, jual skincare. Tup-tup ada kaitan dengan dadah. Beli kereta cash, kaya jual produk. Rupanya main forex. Tak, tak kisah kau nak main forex ke, nak main dadah ke, nak penggubahan wang haram ke - itu pilihan kau. Tapi bila kau misleading lifestyle kononnya kau berjaya dalam bisnes, itu yang orang jadi muak!

Dulu yang kita tahu takat main forex, cuci duit, jual dadah. Tahun ni ada yang baru - kelepet duit sumbangan, duit dana, duit loan. Tergamak eh nak maintain appearances, sanggup berhutang untuk sustain gambaran hidup berjaya tu. Masa kecoh-kecoh kes Che Ta, aku terbaca satu komen. Dia kata sekarang dah ada bisnes sewa designer bags, and khidmat pinjam rumah dan kereta untuk bergambar. Seriouslah sampai itu boleh jadi bisnes? Tapi lojik bisnes gitu, sebab ada demand. Cuma yang aku tak faham mana datang bahagia dengan life yang fake gitu? I mean ok lepas kau sewa henbeg, sewa mansion, sewa rumah, pastu? Salin baju biasa dan kembali ke rumah PPRT (no offense). Pastu esok repeat benda yang sama?

Aku tak tahulah kalau itu satu bentuk investment. Kot la dengan cara tu dapat close projek juta-juta. This is another story. Tapi kalau kau bergambar just for the sake nak dapat kekaguman marhaen, nak dapat followers and likes rentikanlah. Sebab sampai bila takkan habis. Because setiap hari akan muncul orang yang macam kau juga. Penyudahnya kau sama dia berhabis-habisan demi seketul likes. Aku yang tengok pun letih. Kau yang berhempas pulas ni tak reti penat ke?

Why do you feel the need to showcase a lifestyle you may not genuinely afford?

Kalau setakat nak dapat validation, kau takka puas sampai bila-bila. Because sociak media punya game is thrives on likes, comments, and shares. Ini semua metrics that feed the human desire for approval. For influencers, menayangkan imej-imej success akan attract more followers, sponsorship deals, and brand partnerships. Realitinya, usaha untuk dapat semua ni ada kosnya. Sementara nak dapat approval tu, mahu beratus ribu kena spend. Tu yang ada businessman sanggup pinjam berjuta-juta nak buat modal meng-impress orang.

Macam bos lama aku dulu. Nak dapatkan dana, dia buat loan dulu untuk bina lab. Beratus ribu habis. Bila lab dah siap, dia pun apply dana. Investor pun datang tengok opis. Oh kagum company ni ada lab. Investor pun invest. Pastu duit tu dia buat rolling bisnes, buat bayar loan, buat itu buat ini. Last-last tak jadi apa. Tak sampai 2 tahun aku blah dari situ, lab tu pun bungkus. Sayang je. Beria sangat nak impress orang konon kau success. Padahal 4 tahun aku kerja situ, helok je operating dengan lab yang sekangkang kera. Make profit. Pastu tak sabar nak tunjuk konon kau berjaya, pi pinjam duit. Hancus.

Kita-kita yang follow influencer "kejayaan" ni, the impact can be equally damaging. Sebab bila everyday tengok life dorang yang "having it all", akan wujudkan unrealistic expectations dalam diri kita, yang membawa kepada perasaan tak cukup atau takut ketinggalan (FOMO = fear of missing out). This pressure boleh buatkan ramai orang buat keputusan yang salah contonhnya baju tu tak perlu pun, tapi teringin. Padahal tahu dah baju tu akan pakai sekali je, tapi sebab nak join the crowd, beli juga. Beli kalau mampu takpe. Ni jenis yang beli kemain lagi tapi duit PIBG tertunggak, loan PTPTN sangkut, hutang member mintak halal. Eh kau.

Aku nak bagitahu yang true financial success is VERY VERY different from what’s portrayed on social media. Kekayaan, hidup mewah dan kejayaan is built through years of discipline, hard work, and smart investments, bukan melalui berbelanja mewah dengan CONSTANT. Sekali tempah baju 40 helai. Kejap-kejap beli designer brands. Bukan itu indicator berjaya. Tapi tu lah, slow and steady road to success payah nak jadi content yang viral, jadi slow and steady path ni jarang dapat ditunjukkan.

Yang ramai tak tahu, influencers sama macam kita semua. They struggles they don’t always reveal. Behind the scenes, boleh jadi dorang stress. Stress dengan competition. Stress dengan hutang. Stress pikir apa lagi content nak buat. Stress camana nak kekalkan gaya hidup yang dorang tunjukkan ni. Pressure to maintain a perfect image tu pun dah satu hal. Percaya tak, social media influencers lah yang paling ramai dapat anxiety and depression. Seabb dorang sentiasa nak pamerkan life yang flawless and successful.

Kadang-kadang kita tengok orang tu kaya, berjaya, famous, glamour, kita pun teringin. Kau tanya dulu pressure apa yang dia hadap in order nak dapat life macam tu?

Ni aku nak cerita kisah malam tadi. Semalam menangis aku tengok live streaming Johnny Huang and barisan pelakon Love Song in Winter. Ada something berlaku semalam, yang isunya meledak kat Weibo seharian today. 

Ceritanya, semalam cast of Love Song in Winter ada meet and greet dengan fans and press. Live streaming kat Weibo and Douyin. Semua dah excited ni sebab Johnny fly from tempat shooting semata-mata untuk sesi greet ni. Dari siang lagi fans dah gila meng-update - flight Johnny dah sampai Beijing. Johnny check in hotel. Johnny keluar untuk preparation, Johnny di sini. Johnny di situ. Etc.

Masa sessi interview, ada sorang mamat gemuk macam babi request Johnny angkat Sun Qian (female lead). Aku syak si babi ni CP fans. CP fans memang suka buat request pelik-pelik. Dorang suka kenen-kenenkan karakter dalam drama pastu nanti dorang buat gossip and fitnah macam nak rak. Aku tak sempat nak rekod video tu, tapi fanclub Vietnam sempat rekod. Ni aku pinjam video dia. Kalau kau tengok video bawah ni boleh jelas nampak muka Johnny macam tak selesa.



Si gemuk tu PAKSA Johnny angkat Sun Qian. Johnny tolak secara baik. Dia kata perlu ke sampai nak angkat sebab Johnny kata dia tak suka ada sentuhan kalau bukan urusan kerja. Pastu si babi ni kata kalau tak angkat maknanya betul Johnny now in a relationship dengan Wang Ziqi. Pastu dia start panggil Johnny "Husband! Husband!" Kat sana tengah viral dorang gelarkan Johnny husband, Ziqi wife. Masa dia panggil "Husband! Husband!" tu, muka Johnny kau tengok, macam lost kan? Dia macam terpinga-pinga eh kenapa sesi ni jadi macam ni? Sun Qian punya muka dah tak selesa. Yang MC bongok pulak tu. Tak reti nak kawal keadaan.

Johnny insist tak nak angkat Sun Qian. Si babi tu kata "Kalau taknak angkat Sun Qian, kau kena angkat aku". Dah la gemuk macam babi. Johnny layankan je angkat dia. Pastu dia boleh request nak pegang muscle kat dada Johnny! 

"Can I touch your breast?"

Macam sial!! Terbakor fans-fans yang tengok online. Konfem dia ni gay! Aku punya geram sampai menangis depan laptop, ya! Sakit hati dari tahun 2016, dorang ni tak move-move on lagi dengan watak gay yang Johnny berlakon dalam Addicted. Sampai sekarang asyik kaitkan Johnny dengan lelaki (actor). Dorang nak sangat Johnny ni jadi gay. Sick!

Tengahari semalam Weibo marak terbakar. Management Johnny terpaksa keluarkan statement minta fans bertenang. Johnny kata, selagi dalam urusan kerja, dia akan selesaikan sebaik mungkin walaupun keadaan chaos macam semalam. Kalau berlaku di luar waktu kerja that is another story. Fans Johnny pun akur and tarik balik semua post-post berapi semalam. Video tadi pun fanclub Vietnam turunkan. Patuh sungguh dorang ni. Nasib aku tak join membakor. Kalau tak, jangan harap aku nak turunkan post. Tambah post lagi ada

Tadi sembang dengan sorang fans, namanya Eyka. Dia fanclub Johnny Paris. Dia kata that's the price Johnny has to pay untuk berada di tahap ni. Betul juga aku kata. Apa je lah yang dia tak pernah kena? 

- Kena banned dengan kerajaan China dari berlakon dengan Timmy. 
- Semua variety show yang ada dia tak dibenarkan tayang. 
- Brand ambassador ditarik serta-merta. 
- Tak dibenarkan keluar kat mana-mana program TV kerajaan. 
- On top of that sampai sekarang orang tuduh dia gay.

Tu belum lagi dulu dia kena betray dengan crew program game show. Game yang Johnny main dah leading, eh tiba-tiba dorang tukar cara pengiraan. Sedih bila ingat-ingat balik. Gigih benau orang nak menjatuhkan dia. Dahlah drama Addicted tu belum sempat habis tayang, dah kena banned. Dulu dia runway model. Bila tiba-tiba kena banned, dia nak patah balik ke kerjaya model dah tak boleh sebab designer taknak bagi dia pakai baju-baju dorang. Buruk nama brand katanya. Dia sanggup ambil job as pelakon extra.

Dia punya breakthrough was tahun 2018 bila menang Best Newcomer Actor di Asia Film Award. Lepas tu non-stop job masuk sampai now. Dulu kena banned dengan kerajaan, now dia adalah poster boy and spokesperson untuk military and firefighter recruit. Setiap kali military ambil new recruit, iklan-iklan semua muka dia sebab dia actor yang paling banyak bawa role military. Kiranya dia influencer untuk military. That's why dia ada nickname kat sana - Huang Sir. 

Dulu brand batalkan kontrak. Now tak cukup tangan dia nak sign kontrak ambassador - Dior, Fila, Pantene, Brietling, Johnny Walker, Ducati, etc. This year bila dia buat comeback to runway sempena VOGUE Fashion Event hah baru tahu abang besar kembali ke dunia catwalk.
 


Tu la dia, ramai nak jadi terkenal, nak jadi influencer, nak success macam orang tu, nak life macam orang ni, tapi kau tak nampak pressure apa dia harung. Ingat jadi influencer tak pressure? Kalau easy-peasy aku pun nak jadi influencer. Hakikatnya, hanya mereka dan keluarga mereka saja tahu.