2024-02-07

Negara kita dah kekurangan tenaga mahir.



There you go....

Negara kita dah kekurangan tenaga mahir, sampai nak kena import graduan luar to fill the kekosongan.
Sebab?

Maybe graduan-graduan nak cari kerja gaji tinggi.
Starting terus nak RM3-4K.

Atau boleh jadi dak-dak muda memilih untuk terjun ke bidang lain, jadi influencer.
Jadi influencer senang - tak perlu masuk ofis, tak perlu kerja bawah arahan majikan, nak kerja hari ni esok tak kerja pun boleh, tak terikat dengan guideline company.

Ni belum lagi impak akan datang bila ramai yang tak nak ambil SPM.
Atau ramai yang tak nak ambil aliran STEM.
Apa akan jadi dengan future Malaysia?
Esok, bila negara ni penuh dengan pendatang luar, kita marah.
Masalahnya, datang dari kita sendiri.

Kalau gini caranya, camanalah nak achieve Transformasi Nasional 2050 (TN50). 
Sasaran 100% menjelang tahun 2050 katanya. 
Tapi now dah start cadangan nak bawa masuk graduan luar. Acano?
Peratusan tenaga mahir kat Malaysia katanya sangat rendah. Only 28%.

Hari tu viral a young lady kata dia graduate grafik design.
Jawatan grafik designer offer gaji RM1,600.
Sedangkan masa kerja retail, dia boleh dapat gaji RM3,000 katanya.

Pada pandangan aku, kalau gitu bagai dikata, dipersilakan kerja retail.
Kalau itu yang dibandingkan, why bother nak jadi grafik designer.
Kerja je lah retail. Habis cerita.
Tapi nak juga jadi grafik designer, kan?
Because you know menjadi grafik designer ada CAREER GORWTH on your long term improvement, betul tak?

Semalam aku interview sorang intern, secara online.
Grafik design post.
Intern dari IPTS yang sohor.

Dia tanya “Ada allowance tak?”

“Ada. Company provide RM___ dan additional RM200 untuk full attendance”

Dia tanya “Kenapa asing?”

😆😆

Kat situ je dah boleh bajet budak ni mesti sejenis kejap-kejap nak cuti and MC.
Kalau dia someone yang care dengan internship, dia tak question pasal "Kenapa allowance bulanan dan attendance asing".

Aku jawab “To encourage student datang LI (latihan industri) every day"

Dia tanya balik, “Maknanya saya tak boleh cuti?”

There you go. Betul tak apa aku syak?

Aku jawab, “Kalau company bercuti, maknanya staff dan interns juga bercuti"

Dia tanya lagi gaisssss, "Kalau saya nak cuti sendiri-sendiri tak boleh?"

Hahahaha. Belum start internship dah sibuk plan cuti ke, dik?

Aku basuhlah sikit, tapi dengan berhemah.

"LI ada kredit hours. Bermakna LI adalah kelas yang student mesti hadir setiap hari, melainkan ada emergency atau sakit. Itupun perlu ada dokumen sokongan. Perlu ada surat doktor. Mana-mana interns tidak ada cuti annual leave macam permanent staf sebab interns adalah student yang datang buat latihan praktikal".

Saja je aku sebut perkataan STUDENT tu berulang kali.
Supaya dia kembali ke alam nyata.

Most interns ingat dorang pekerja sementara yang ada kelonggaran boleh ambik annual leave.
That’s why aku (company) bagi RM200 as full attendance allowance.
If you want this extra allowance, please come to CLASS everyday.

Dia boleh kata “Nanti saya pikir dulu” (??)

Tepuk dahi guwe.
Boleh pulak kau nak berpikir dulu, ya?
Patutnya seronok dapat placement with allowance.
Internship nak mula Mac, nak.
Kalau tak cukup credit hours, tak grad nak oiii. Halahhhh.

Inilah gambaran awal attitude seorang pekerja bila dah bekerja esok.
Memanglah money is motivation, but not now.
Now masanya blajo.
Biar diri diuji dulu dengan real task industry.
Belum tahu lagi kau can meet standard industry, ya.

Macam sorang ex-staff.
Aku nak menghabiskan probation period dia, sesak nafas.
Blajo grafik design, tapi design amatur macam buat dengan Paint.
Sumpah tak tipu.
Dari segi teknikal, yes dia boleh guna grafik software and other tools.
Tapi habis kat situ je lah.
Bab design, gila-gila punya out. I mean memang OUT!
Baik buat sendiri dengan Canva.
Kita hire dia supaya memudahkan tugas.
Dah sebulan, masih lagi aku kena bagi idea macamana nak come out with good design. Letih.

Everytime kita highlite mistakes dia kat mana, dia cakap “Lecturer saya tak suka saya buat design macam ni”.
“Lecturer saya ajar buat design simple-simple”.
“Saya biasa buat konsep grafik yang saya biasa buat saja”.


Naik darah aku kejap. Tapi sabarrrrr.
Ofis aku dindingnya glass.
Karang staff kat luar nampak pulak muka aku bertukar jadi langsuir.

Aku cakap, "Ok, look. Zaman you dengan lecturer dah habis. Lecturer you prefer design yang begitu dan begini kerana dia yang bagi markah you. Here, at this ofis, saya yang akan bagi markah. So you kena ikut konsep yang company mahu”.

Boleh eh nak buat kerja yang dia tahu je?
Apa yang dia tak tahu atau tak biasa buat, dia tak nak.

Aku cakap, "Bila bekerja, u tak boleh hanya nak buat benda yang u dah belajar saja. Mana nak datang career growth kalau buat benda yang dah tahu saja? Kalau sepanjang tahun you buat benda yang sama sebab benda tu je u tahu buat, peluang you nak naik gaji ZERO. Sebab you buat benda yang rutin"

Tak lama lepas tu dia berhenti.
Eloklah. Hilang satu beban hidup aku.
Tak payah jadi liabiliti pada company.
Dah la gaji kena bayar, tapi kerja tak up to standard, pastu demand nak kerja senang-senang.
Eh tak paham aku.

Aku sedang ambil new intern.
En Wan cakap kenapa nak ambil interns, kan dah ada staff?

Aku ni kalau ikutkan troma pengalaman yang lepas-lepas, tak hingin aku nak ambil intern.
Tapi tu lah, rasa terpanggil nak provide training for students.
Biar dorang ada pengalaman masuk industri supaya tahu dunia kerja yang sebenar tak sesenang pergi class 2 jam, then lepak canteen 1 jam.
Sambung balik kelas 2 jam, lepak kantin 2 jam lagi.

Tak, ya.
Dunia kerja ni kalau tak tahan, hanyut.
Kalau bos tiba-tiba bagi urgent task, kalau terpaksa skip lunch, pandai-pandailah beli roti makan depan PC.
Ini aku cerita pengalaman sendiri tau. Bukan cerita dongeng.
Tu belum lagi pengalaman berbuka puasa dengan 10 minit saja.
Solat Maghrib paling laju dalam sejarah, sekali dengan jamah makanan buat alas perut, lepas tu sambung balik meeting.

Aku takdelah gamak nak buat gitu kat anak-anak orang.
Sebab aku tahu tak semua orang ada ketabahan yang sama.
Cuma, kalau dah tahu tak tabah, kerja biarlah senonoh.  
Kalau kerja tak up to standard, pastu masih lagi nak berhoya-hoya, besar harapan kau dapatlah merasa nanti.