Dulu masa aku kerja biotech business, boss aku letakkan aku kat Molecular Biology Unit.
Dalam unit ni terbahagi kepada 2 team.
Satu, instrument. Satu lagi, kits and consumables.
Aku bahagian kits & consumables.
Aku seronok dalam unit ni sebab barang-barangnya senang jual dan senang repeat.
Bila customer dah start run satu projek, kalau bulan ni dia beli 1 kit, confirm dia akan beli lagi selagi projek tu tak habis.
Selalunya projek lab panjang prosesnya.
Tak pernah lagi aku jual 1 kit pada sorang customer.
Selalunya berkotak-kotak.
Harga kit varies ikut tujuan - ada yang RM300, ada yang RM3000.
Yang RM300 ni senang jual, tapiiiiiiii, ada consequencesnya.
Selalunya yang beli kit murah-murah adalah customer yang budget tak besar.
Tapi selalunya customer jenis nilah yang banyak cengkadak.
Dia beli kit murah tapi nak all-in.
Nak yang dah siap bancuh, nak yang dah siap dilute, nak yang dah ada ini, dah ada itu.
Tapi nak murah.
Selalunya kit murah-murah, dalam tu ada solution saja.
Bancuh tu kau kena buat sendiri.
Dan sometimes kau perlu beli apparatus lain to work with the kit.
Bila dah dapat kit tu nanti dia komplen kenapa kit you takde ni takde tu?
Kita susah nak gunalah.
Kita ambil masa nak startlah.
Macam-macam komplen!
Padahal kita ada option kit lain yang all-in, cuma priceylah sikit.
Dah kau nak yang murahkan, aku bagilah yang murah.
Tapi kena kerja keras sikitlah.
Kena bancuh solution A + B sendiri.
Bancuh solution C + D sendiri.
Maybe kau kena beli 2-3 solution lain sebab tak termasuk dalam kit.
Memang sedap jual kit.
Kalau kena pada customer yang betul, dia repeat berulang kali.
Tapi kalau dapat kat customer yang yang banyak songeh, semua nak ready tapi budget taknak keluar, memang letihlah kau.
Tu pasal ada some customer yang aku kena buatkan kerja dorang.
Akulah yang tolong bancuhkan solution.
Akulah yang tolong buatkan protokol step 1 apa, step 2 apa, step 3 apa.
Bila lulus PhD berlagak pulak tu dengan kita.
Padahal dulu nak guna kit aku yang buatkan. Heh!
Dulu aku kesian dengan colleague kat unit instrument.
Instrument sekali jual RM69K, 120K.
Komisyen memang sedap, tapi bukan hari-hari orang beli instrument.
Nak lock deal instrument harga RM120K pun kerjanya berminggu-minggu.
Kena buat demo, buat presentation, site-visit, paper work lagi.
Belum lagi meeting orang bawah.
Lepas tu bawa ke meeting dengan orang atas pula.
Lepas tu jumpa purchaser pula.
3 stage meeting demi RM120K.
Tapi komisyen sedaplah, 1%.
Jual itu je dah dapat RM1,200.
Kalau jual 4 instrument sebulan? Tak ke raya cina kau tiap-tiap bulan?
Budak-budak instrument jaki je tengok budak-budak consumables tiap-tiap hari bawa balik Purchase Order.
Satu purchase order kadang-kadang RM1,000 je nilainya, tapi seronok sebab everyday ada order masuk.
Bila aku masuk unit instrument, aku realized yang jual instrument lebih seronok.
Kau tahu sebab apa?
Sebab ini barang mahal.
Customer yang beli barang mahal selalunya ada budget.
Dan they always the best.
Harga bukan masalah, yang penting memudahkan kerja dorang.
Jadi, aku takkan jumpa customer yang banyak cengkadak bila jual instrument.
Cuma banyak kerja sikitlah - kena prepare specs, kena study insrument competitor, kena buat demo, etc.
Tapi masalah perangai customer tu takde.
Masa aku start run bisnes, everytime jual kit, kepala aku pening.
Sebab sebelum tu aku dah terbiasa dengan jual instrument.
Bila run own company aku kena jual both.
Sometimes bila kepala aku sesak melayan customer, aku tanya team aku "Cuba ingatkan I balik apesal dulu I kata taknak jual kits?"
Kepala aku dah jem sampai minta staff aku tolong bagi pencerahan kat aku apesal aku gatal nak jual kit.
Bila dah teringat kenapa, barulah "Ohhhh".
Inilah sebabnya aku mengelak jual kit.
Sebab malas melayan karenah manusia!
Perangai ni applies to all industries, ya.
Semakin murah harga barang, semakin kau meng-invite difficult customer.
Contoh difficult customer ni kitorang selalu jumpa time Y.E.S and Anniversary Sales GreenAard.
Repeat customer yang beli dengan harga normal sepanjang tahun are all ok with GreenAard.
Dapat kat customer yang beli seketul setahun sekali ni, ya ampun.
Beli satu nak free gift. Beli satu nak free sample.
Tu belum lagi jual shawl.
OMG, aku kan setiap kali aku release plain shawl, lepas tu mesti aku menyesal.
Tu pasal aku jual shawl setahun sekali je.
Kasi menyesal tu reda dulu, baru buat balik 😆.
Everytime jual printed shawl and baju, customer yang beli semua ok.
Malah, dengan rela hati share gambar pakai shawl and baju-baju Fleur by Mrs Him.
Masa jual kurta dulu, paling banyak dapat gambar dari customer.
Padahal kurta Fleur Men mahal.
Masa aku release shawl Moroccan tahun lepas, takde hassle.
But everytime jual plain shawl aku akan dapat difficult customer.
Padahal reason aku jual plain shawl sebab harganya murah.
Beli sekayu-sekayu potong jadikan shawl, tak perlu design apa-apa.
Tapi tu lah, semakin murah harga barang, semakin banyak karenah customer kau kena hadap.
Sebab apa?
Sebab dorang compare dengan produk kita terdahulu.
Disebabkan produk terdahulu sangat premium di mata dorang, but they can't afford it, they are hoping bila kita release affordable product, the quality adalah se-premium produk yang lepas-lepas.
Harapan mereka tinggi.
Tapi tidaklah bermakna, mentang-mentang harganya murah dari edition lepas, maka kualitinya mesti hauk.
Fabrik yang digunakan dalam produk RM100 lain dari fabrik yang diguna dalam priduk RM20.
Bila fabrik berbeza, kesan pada jahitan juga boleh berbeza kerana jenis benang dan jarum yang diguna berbeza.
Shawl yang fabriknya lebih lembut, struktur serat kainnya sangat halus.
Jadi benang dan jarum yang diguna juga lebih halus dan kecil.
Sedangkan fabrik yang seratnya lebih kasar, tak boleh guna jarum dan benang yang halus sebab tembus.
Jadi perlu guna benang dan jarum yang lebih besar dan kasar.
Semua ni akan membentuk hasil yang berbeza, sesuai dengan harganya.
Hari tu aku pergi Ariani Bangi, teman Mak Aji.
Aku dah lama tak pakai shawl Ariani sebab Ariani banyak pakai satin now.
Kemain tenang dalam tu, tak ramai orang.
Dulu dorang banyak keluarkan chiffon.
Aku tak pandai pakai satin.
Rupanya now banyak juga chiffon, tapi chiffon jenis lain.
Harga pun dah murah sikit RM119, RM130.
Dulu, chiffon printed yang aku biasa beli from Ariani is RM220.
Pernah beli yang RM400 punya.
Now takde dah jenis fabrik tu.
Maybe sebab fabrik tu terlalu mahal (sebab sangat soft!), they now tukar ke chiffon jenis lain yang lebih murah.
Untuk yang pandai pakai jenis tu, bolehlah beli.
Untuk yang tak biasa pakai, kau tak payahlah beli walaupun harganya lebih murah dari yang kau biasa beli dulu.
Sebab nanti kau jadi marah.
Mulalah kau komplen macam-macam.
Tak sedap pakailah. Susah nak bentuk awninglah. Licin sangatlah.
Padahal kau yang tak pandai pakai. Orang lain pakai ok je.