2024-02-06

Anak sulung


Bertangguh-tangguh aku nak menulis blog sekarang.
Bukan malas, tapi lupa.


Ini 👆🏻.
Rasanya semua mak yang bekerja akan ada perasaan terkilan macam ni. Termasuklah aku.
Sampai sekarang, kadang-kadang terlintas rasa terkilan mengenangkan Redza.
Tapi bila selak balik album-album gambar, macam takde benda yang tertinggal.
Macam takde apa yang aku abaikan.
Selak balik blog post yang lama-lama, always ada moment aku and Redza.
Tapi tak tahulah kenapa, ada rasa terkilan.

Maybe aku membandingkan dengan Rayyan.
Rayyan membesar depan mata.
Waktu Rayyan lahir, aku dah kerja sendiri.
Ada company yang mula grow.
Company dah ada pekerja.
Tak perlu terkejar-kejar lagi keluar gelap balik pun gelap.
Ofis pun dekat. Flexible waktu kerja.
Dah tak payah nak kerja sampai tengah malam lagi sebab boleh share workload dengan staff.

Mok pun duduk sekali dah masa ni.
Di rumah ada 2 bibik tolong aku.
In other words, aku ada lebih banyak masa membelai Rayyan.
Maybe sebab itu jugalah Rayyan lebih manja dengan aku.
Aku pun macam susahhhh je nak jauh dari dia.
Hari tu masa dia duduk STAR hari tu, asyik teringat-ingat kat rumah.

Redza pula lahir masa mak bapaknya struggle baru membina hidup.
Tidaklah susah mana, cuma waktu umur 20-an banyak benda yang kita belum achieve.
Rumah pun menyewa. Kereta Kancil.
Gaji pun baru RM1600.
Nak mewah-mewahkan anak masa ni belum mampu.
Holiday jarang. Holiday overseas apetah lagi. Dalam mimpi.
Tapi sedaya upaya bagi keselesaan pada Redza seadanya.
At least Redza juga ada bibik.
Tak perlu duduk nursery. Selesa dapat duduk rumah.

Walaupun balik kerja sempat main-main dengan Redza, cara membesarkan Redza tu lebih kepada bereksperimentasi.
Dia mesti cepat membaca, cepat menulis, tahu mengira, tahu speak English, tahu buat itu and ini.
Macam kejam sikitlah.
Asal balik dari ofis aku minta dia baca buku depan aku.
Redza patuh. Dia kan sejenis “tak kisahhh”.
Malah dia standby tunggu aku balik sebab nak tunjuk progress dia membaca hari tu.

Dulu aku tak rasa apa yang aku buat tu kejam.
Aku anggap aku di track yang betul.
Bukan nak anak terpaling pandai, tapi itulah keadaan yang dia kena tempuh.
Zaman kita dulu, tak skolah tadika pun takpe.
Nanti masuk Darjah 1 belajar balik Aa, Bb, Cc.
Zaman dak-dak lahir tahun 2000 ni, lain.
Seawal umur 4 tahun dah start tadika belajar ABC.
Umur 2 tahun dah hantar playschool.
Kau cakaplah sistem pendidikan kejam ke apa ke, at the end, itulah game yang they play and nak taknak kita kena ikut.
Kalau tak, anak akan ketinggalan.

Reason aku train Redza membaca seawal 3 years old tu sebab nak prepare dia masuk tadika at age 4.
At least masuk dah pandai ABC, 123.
Simple words boleh sebut.
Jangan tercangak-bangak, kesian dia nanti rasa left out.
Dahlah kawasan aku duduk ni ramai non-Malays.
Anak dorang laju-laju.
Entah umur berapa dia train.

Tak. Bukan nak bersaing.
Cuma tak nak anak aku ketinggalan.
Aku tahu perasannya bila orang lain dah laju, kau terkial-kial.
Padahal kau bukan bodoh, cuma kau start lambat.
Takde siapa guide di rumah.
Jadi aku tak nak anak aku lalui situasi tu.
Zaman dulu lain.
Bukan kau sorang terkial-kial dalam kelas tu. Ramai lagi.
Zaman sekarang, kalau kau terkial-kial, jawabnya bye bye.
Sebab ramai anak-anak yang dah laju masa masuk tadika.
Budak-budak ni, bila dia tak rasa left out, otomatik dorang lebih motivated bila berada satu par dengan peers.

Aku terpaksa jadi “keras” membesarkan Redza.
Siap ada exam untuk dia at home.
Tapi tu lah, Redza ni masa kecik jenis patuh je.
In fact, dia always bersedia kalau aku cakap "Ok, esok mama nak buat test matematik".
Esok tu dia dah ready kat meja.
Sejenis excited nak menguji diri sendiri 😁.

Tapi kan, ada satu malam tu, aku ajar dia maths.
Dia tak dapat jawab. Maybe malam tu otak dia confuse.
Aku jadi geram.
Aku cakap “Redza ni bila nak pandai?”.
Biasalah mak-mak kalau marah anak tak paham-paham belajar.
Tak lama lepas tu, aku dengar dia menangis mengadu kat bibik “Bik, Ija tak pandai, bik. Ija tak pandai” 😭😭😭.
Allah..menaip ni pun aku dah nangis.
Sedihnya bila ingat-ingat balik.
Everytime teringat, aku menyesal sampai ke hati paling dalam!

Tapi marah seorang mak habis kat situ je.
Esok, tetap bawa dia round mencukai kat kedai sebelum gi kerja.
Everyday, sebelum gi kerja mesti bawak dia mencukai dulu.
Maybe itulah bonding time aku dengan Redza.
Kalaulah itu takde, agaknya bertambah-tambah rasa terkilan sebab aku always balik lewat dulu.

Anak sulung banyak berkorban.
Segala-galanya dia penentu dan pemula.
Jadi apa-apa hal, dia kena jadi contoh pada yang lain.
Dia kena pandai membaca seawal yang boleh, so that ada contoh untuk adik.
Dia bersunat at age 6, supaya adiknya tak boleh question kenapa dia kena sunat umur 6 tahun.
Dia kena pandai, jadi contoh kat adik.
Dia kena berbudi bahasa, jadi contoh kat adik.
Dia kena pandai mengaji, jadi contoh kat adik.

Masa aku dapat straigt As UPSR, pressure dia jangankan pada Ima, terpalit habis kat semua cousin.
Tapi aku jauh lebih pressurelah sebab kena jadi pemula.
Macam Redza dia jadi pemula untuk keluarga belah aku.
Sebab dia cucu sulung Mak Aji.
Lepas Redza masuk MRSM, Jannah start pressure.
Lepas Jannah masuk SHAH, Rayyan pulak pressure.
Sampai keluar STAR-lah pressurenya.

Walaupun kita mak-mak ni rasa terkilan terpaksa berkeras membesar dan mendidik anak, percayalah cakap aku, it's for their own good.
Keras kita bukan keras memukul, tapi untuk preparekan dorang keadaan yang lebih mencabar akan datang.
Sumpah mencabar sangat sekarang ni!

Some parents tak bersetuju anak-anak masuk tadika.
Biar mereka bermain puas-puas katanya.
Aku tak kata ini salah. Ini juga betul.
Tapi, situasi sistem pendidikan kita tak begitu.
Masuk Darjah 1, murid dah kena ada basic 3M.
Darjah 4 dah belajar Sains.
Darjah 5 dah belajar Sejarah.
Dah kalau sistem kita begini, kita as parents takde choice - kena follow the game.
Nak tak nak, kena juga pastikan anak-anak dah mengusai 3M sebelum masuk Darjah 1.

Itu belum cerita kalau anak masuk MRSM IGCSE.
Tingkatan 1 dah belajar Add Maths, Fizik, Kimia and Bio.
Kita kata "Apalah 13 tahun dah kena belajar Add Maths".
Abis tu nak buat macamana sebab Form 2 ada Check Point Cambridge Paper.
Semua subjek tu ada dalam that paper.
So they have to start early.

Aku paham bila parents mengeluh syllabus sekolah makin "mengarut". Susah.
Ya, aku pun pening juga.
Especially bila anak dah menengah ni, lagilah heavy nak mengajar.
Tapi bila tengok Redza punya syllabus kat KMB - those yang buat IB and A Level - syllabusnya sangat susah.
Bermakna, nak melepasi syarat masuk ke 50 universiti terbaik dunia, syllabusnya memang jenis yang perah otak (MARA hanya hantar students ke universiti rank 1-50 sahaja).
Jadi maybe sebab itulah kot syllabus kita pun "mengarut", as preparation untuk students menghadapi exam yang lebih mencabar. MAYBE.

Siapa sini lalui apa yang aku rasa masa membesarkan anak sulung?