2023-10-09

Mengimbau kenangan dengan email


Dari Jumaat lepas, selepas aku naikkan blog post pasal aku bertekak dengan principal tu, ramainya nak tahu sambungan cerita.
Idok le aku terus back off dari jadi distributor right away.
Rasanya dalam 4-5 bulan selepas kejadian tu, aku masih carry the brand.
Lepas aku deliver semua order customer, pastikan semua customer dah received order, aku pun terus promote brand lain.
Bila brand lain dah established, baru aku hantar surat untuk tarik diri.
Tau kenapa aku buat gitu?

Sebab aku nak lekakan distributor yang sekor lagi tu.
Biar dia ingat aku tengah compete price fight dengan dia.
Biar dia busy korek sana sini nak tengok berapa aku quote customer.
Padahal aku tengah meng-established-kan new brand.
Aku tahu dia takkan buat kerja promote kat customer.
Dia nak aku yang berusaha promote, lepas tu nanti aku beli dari dia.
Dia goyang telur je.  
So, aku biarkan dia menunggu order aku masuk.
Padahal aku tengah promote brand lain.
Adan uke lagi sekali. Kahkahkah.

Tu pasal dia lansung tak dapat jual 1 kit pun.
Sebab, PEMALAS. Nak kerja senang.
Nak duduk opis pakai suit macam bapak kau boss Megah Holding sambil tunggu order masuk. 
Heh boleh jalannnnnn.

Aku dalam plan nak terminat email hosting aku sebab provider naikkan fee 100%. 
So aku tengah transfer email-email penting ke yahoo mail.
Tu yang dapat baca email-email lama tu.

Tarikh email April 2009.
Our company ditubuhkan Oct 2008.
Dalam masa 8 bulan, dah ramai customer yang kitorang dapat convert ke our brand.
Padahal masa ni masih kerja 2 orang.
Customer tak tahu pun yang company ni hanya ada 2 orang.
Tapi terpaksa kerja macam nak gilalah.
Berkeliaran dari hujung ke hujung nak cari customer.
Sampaikan nak jumpa partner aku ni pun tak masa.
Berkomunikasi via emails macam ni je.

Bila baca balik email ni, rasa nak nangis pun ada.
Rindu sebenarnya nak buat kerja-kerja biotech.
Buat sales pun aku. Buat marketing pun aku. Buat lab work pun aku.
Tapi memikirkan kehidupan yang takde life - keluar gelap, balik pun gelap - isokay, thank you je lah.
Kasi budak-budak muda pulak buat kerja gini.
Energy korang masih kuat. Semangat masih kuat.
Acik tua dah.
Acik nak buat kerja light-light je sambil makan Super Ring.

Siapa ntah hari tu tanya tips macamana nak seronok buat sales.
Yang bertanya aku tu kerja dalam biotech juga.
Apa-apa kerja kita buat, paling asas adalah tahu apa kita buat.
Kalau kita buat kerja sales, tapi kita tak kenal produk sendiri, tak tahu the science behind the product that we sell dan tak up to date dengan technology dan protokol terkini tentang biotech, besar harapan memang susah nak buat sales.
Sebab tu kena rajin baca jurnal, subscribe new-news biotech atau anything yang related.
So that bila jumpa customer, you know what to talk.
Nak sembang dengan researcher, bukan boleh sembang pasal cerita Korea.
Dorang suka kalau kita ada tips and product yang boleh membantu kerja-kerja dorang.
And for that reason, you must read a lot. 
Always do more. Apply untuk short courses supaya ilmu sentiasa berupdate.

Ini workshop yang paling berjaya.
Kitorang buat primer design workshop.
160 participants seluruh Malaysia. Buat in 3 batches.
Masa ni terpaksa hire 2 orang staff part time khas untuk project ini saja untuk handle registration.
Handle resgistration je tau.
Sebab kitorang tak nak customer tahu this business hanya ada 2 orang saja pekerja. Hahaha.

On the day of event, kitorang dua cuma greet-greet customer masing-masing.
Konon macam boss lah. Padahallll.
Kerja kitorang tunjukkan seat and mingle with customers.
Tapiiii behind the scene - print flyer kitorang, prepare module kitorang, print module kitorang, angkut semua model dalam boot kereta masing-masing, dah sampai ke dewan turunkan module letak atas troli, sendiri tolak troli ke dewan.
Dah lah pakai skirt belah depan dengan high heels.
Tercabar kejap kena tolak troli. Hilang gojes.

Belum lagi dengan preparation.
Buat booking hotel untuk customer.
Arrange transport customer dari dewan ke lab untuk sesi lab work.
Arrange makanan 4 kali makan sepanjang work shop.
Semuanya kitorang. 
Memang customer takkan sangka business ni di-operate oleh 2 orang saja.

Sebab tu lah aku frust bila time interview candidate cakap "Saya tak boleh buat kerja ni", "Saya tak boleh balik lambat", "Saya tak boleh kerja lebih masa" -- aku peratikan je sorang-sorang.
Apehal lembik sangat ni, dikkk.
Cuma jangan sampai ada yang cakap "Puan tak buat apa yang kami buat. Cuba Puan buat, kami nak tengok".
DON'T! Don't, ya.
Kalau aku tunjuk boleh buat nanti, depan-depan muka kau aku terminate.

Ni tahun 2010. Masa ni partner aku dah left for UK.
Disebabkan dia handle halal projek, bila dia dah berhenti, kelam kelibut aku nak take over kerja-kerja dia.
Sebelum ni kitorang kerja 2 orang saja.
Kita bahagikan kerja - aku buat biotech, dia buat halal.
Bila dia dah quit, berlambak-lambak sample ikan and udang masuk ke ofis untuk buat halal analysis.
Dahlah protokol semua dia tak dapat retrieve kat mana dia letak.
Aku terpaksa study, kemudian buat extraction satu-satu supaya jumpa protokol yang sesuai.  

Protokol untuk buat analysis DNA kena ada yang khusus.
Nak analyze DNA ikan, kena tahu bahagian mana yang nak dikorek DNA-nya.
Kalau tulang lain protokol, kalau ekor lain protokol, kalau sisik lain, kalau daging lain.
Bayangkan dengan tiba-tiba aku kena take over semua ni.
Mana nak buat sales lagi, mana nak buat halal analysis lagi.
Nak kena prepare protokol pulak.
Memang patut sangatlah aku takde life dulu.
Tapi blog tetap berupdate, kan?
 
Oct 12 tahun 2010 aku dah masuk hospital Serdang rupanya.
Rupanya bulan ni, pada 13 tahun lepas, hidup aku dah jadi huru-hara.
Yes, aku ingat lagi waktu ni.
Ada presentation di iPHARM USM Penang.
Masa ni dah bleeding, tapi tak heavy. Cuma keluar spot-spot.
Disebabkan itu, En Wan ambil cuti untuk drive aku ke Penang.
 
Aku mati-mati nak buat presentation tu juga.
Selepas presentation, rasa badan seram-sejuk. Demam.
Masa tu baby baru 28 weeks.
Risau demam-demam masa mengandung.
Aku batalkan appointment dengan customer esoknya.
Esok juga balik ke PH.
Balik PH terus ke UMRA untuk check-up.
Doktor kata uri something wrong.
Esoknya, terus kena tahan kat Serdang sampai bersalin.

April 2011 berpindah dari ofis Seri Kembangan ke Putra Heights.
Dulu buat ofis kat Seri Kembangan sebab nak kan ofis di tengah-tengah.
Aku dari PH, partner aku dari Nilai.
Seri Kembangan is just nice lah.
Lepas dia quit, buat apa aku berulang ke sana.
Baik aku cari ofis dekat dengan rumah.
 
Masa ni dah ada 2 staff tapi akhirnya dorang resign sebab PH is too far untuk dorang.
Aku proceed je dengan berpindah sorang.
Nak tak nak kena ada ofis sebab nak letak mesin fotostet lagi, chiller, deep freezer (semua ni untuk simpan stok cold item) dan segala stok kit-kit yang melambak-lambak.

Ofis kitorang kat Seri Kembangan tu lebih besar, sebab ambil corner lot.
Banyak yang kitorang plan masa tu.
Antaranya, nak buat satu training class room.
In future kalau nak buat any training untuk customer, tak perlu sewa hotel seminar room.
Cadangnya gitulah. Sekali partner aku quit, terus kabur kejap plan aku.

Tahun 2015 aku stop 100% buat kerja halal anaylisis and custom Biotech projects.
Cukuplah kot dari 2003 hingga 2015 dalam bidang tu.
Now, kalau aku masuk lab pun untuk identify formula aku ok or not sahaja.
Teringin nak buat balik biotech sales, nak guide budak-budak buat sales.
Tapi tu lah, susahnya nak dapat budak-budak muda yang nak kerja sales.
Kebanyakkannya slow. Drive tak tinggi. Kerja berkira.
Ramianya nak kerja yang duduk setempat tet tet tet tet depan laptop, tapi nak income besar.
Kerja lebih masa, merungut. Kerja nak sikit, cuti nak banyak. 
Tapi berangan nak jadi bos. Hmmm.. entahlah.