2023-10-06

Memori bertekak dengan principal


Pagi ni aku kemas-kemas email.
Berpuluh ribu kat inbox.
Cadangnya nak masukkan dalam folder-folder khas dan selebihnya yang buat menyemak tu, nak delete.
Ternampak email ni:

Bertekak dengan principal dari Cape Town.
Kisahnya, brand ni tak pernah tembus lagi di Malaysia.
Aku kenal this brand dari magazine Biotech.
Memandangkan takde siapa lagi kenal brand ni si dini, aku prepare proposal apply jadi sole distributor kat Malaysia.
Principal happy sebab kita nak carry brand dia.
Aku (company) spent RM20K untuk bawa masuk first batch of samples and actual kits.

Kit ni specific untuk Next Generation Sequencing (NGS).
Tahun 2012, NGS intsruments belum banyak.
Ada 5 tempat je pakai instrument ni.
Bila samples masuk, aku pun start promote.
Ketuk pintu lab, jumpa top people decision maker, buat demo, buat talk, bagi sample sambil follow up result.
Kadang-kadang dah macam aku sama-sama kerja dalam lab dorang tu.

Alhamdulillah, success.
Ada beberapa lab yang kami berjaya switch kepada brand baru ni.
Bukan senang customer nak bertukar brand.
Apetah lagi kit yang kami bawa ni belum pernah dipakai kat Malaysia.
Complete set aku jual dalam RM6-7K.
Disebabkan mahal, aku suka buat package deal supaya customer beli in bulk.
Affordable and ada added value.

Bila kit dah mula ada consistent purchase, si principal letakkan Singapore as regional distributor.
Alasannya, kalau ada apa-apa problem, boleh refer dengan technical person di Singapore sebab time zone sama.
Oklah fine. Aku akur walaupun aku dah bolah agak apa yang akan berlaku nanti.
Tak lama pun, eh tau-tau dorang pi lantik one more distributor dalam Malaysia.
Alasannya, progress sales aku untuk this brand slow.

Ewahhh. Tak sedar diri brand kau mentah lagi.
Dulu orang tak pandang brand kau.
Now bila dah ada consistent purchase dari aku, belagak.
Nak tambah distributor, konon aku lembab.
Nak je aku tunjuk achievement sales company banyak mana.
Dia tak faham yang brandnya masih baru di Malaysia.
Produk ni pula guna high-end instruments.
Dia ingat Malaysia ni besar sangat ke?
Berapa kerat sangat ada budget buat high-end research.
Tu dia tak consider lagi brand-brand lain yang dah establish kat sini.
Customer bila dah start research guna produk A, ingat senang-senang ke nak switch ke produk B?
Kalau kau bagi harga lelong pun customer takkan tukar because it is not about price, tapi kualiti produk yang nanti akan bagi kesan pada research dorang.

Aku explain yang kat Malaysia (pada waktu tu), hanya 5 tempat saja yang buat NGS:

Agensi 1
Dorang beli instrument dengan ABI (company Devils Wears Prada). Ingat tak aku pernah cerita aku drive ke tempat customer jauh-jauh, sekali customer tak nak jumpa sebab dah decide nak beli brand apa. Lepas tu aku minta bagi aku masa 5 minitttt je. Dan akhirnya customer beli instrument company aku? Haa inilah bendanya yang dijual. Disebabkan instrument tu dah mahal, kitorang package-kan dengan kits (by contract purchase). Siapa tahu tak lama lepas tu aku resign and setup own company. Dah sah-sah aku takleh tembus market tempat ni sebab team aku juga yang tapau contract dulu 😆.

Agensi 2
Ini IPTA. Universiti punya penggunaan kits untuk hi-end project tak banyak macam research lab. Purchase tu ada tapi tak konsisten setiap bulan sebab duit IPTA ni based on geran. Kalau geran besar, dapatlah dorang spend kat kit mahal. Kalau tak, terpaksa dorang beli kit yang cheaper.

Agensi 3
Ini research centre. Tapi, dorang dah ada protokol research. Tak boleh sesuka hati tukar brand di tengah-tengah projek. Kena tunggu ada new projek baru boleh consider brand baru. Tapi aku dapat jual kit-kit lain kat dorang.

Agensi 4
Yang inilah tempat yang jadi punca dorang mengadu pasal aku tu. Kau dahlah dapat distributorship lambat, pastu kau nak tapau customer aku. Orang lain jumpa customer promote produk. Dia jumpa customer pi korek tanya berapa harga aku jual, apa yang aku servis dorang. Boleh? Bodoh.

Agensi 5
Agensi ni aku pernah masuk tapi aku tengok dorang memang guna brand yang aku carry ni. Yang ini special case sebab Head of Lab tu orang Thailand. Di Thailand dia memang guna brand ni. Jadi bila dia ke Malaysia, dia kena pakai brand yang sama. Bila aku tengok dia pakai brand yang sama aku jual, aku malas nak kacau daun. Aku nak fight apa? Dia memang dah guna brand yang sama. Nak fight harga? Tak kuasa.

Yang si Singapore tak faham situasi di Malaysia macamana, main dengar je cakap lahabau tu konon aku buat price war.
Kalau aku buat price war, tak payah dengan Agensi 4.
Dengan Agensi 5 tu sekali aku perang harga.
Tapi, aku tak buat macam tu pun sebab main fokus kita adalah memperluaskan brand ni di Malaysia, bukan mengkayakan company aku.
Lagipun company kitorang bukan jual satu brand je.
Banyak brand lain lagi kitorang carry.
At the same time kitorang ada buat bisnes halal testing lagi and training.
Makna kata, punca sales tu pelbagai.

Sedap je nak ambil distributorship selepas all the hardwork yang aku buat.
Orang nak main biotech, kau pun nak.
Tapi tak main fair game.
Tak nak keluar modal bagi free samples kat customer.
Tau nak kaut untung je. Bladihel.
Company aku buat macam-macam package untuk close deal.
Customer try sample kit pun aku bagi tiket movie sebagai appreciation token.

Aku quote customer package deal puluh ribu, hadiahnya iPad2, ya.
Harga produk aku tak turunkan, tapi aku bagi added value iaitu iPad.
Yang kau, jumpa customer bukan nak promote product tapi gigih cari tahu berapa aku jual, nak compete.
Dia yang price fight, cakap aku pulak.
Aku tunjuk kat principal semua invoice aku pada customer.
Aku suruh dia calculate sendiri sama ada aku jual murah ke tak.
Tau pulak diam si principal ni. Geram aku.

Last-last aku lepaskan je distributorship tu.
Distributor kedua ni bagitau principal yang dorang ada experts and engineers yang well-trained dengan NGS instruments.
Maka dorang sepatutnya diberi keutamaan untuk jadi sole distributor in Malaysia.
Akhirnya principal jadikan dorang main distributor.
Kalau aku nak jual the kit to my customer, aku kena beli dari dorang.
Aku kena share customer database kat dorang.
Alasannya, dorang senang nak assist aku. Kahkahkah.
Nak kencing salah orang, ya.
Nak sangat? Ambiklah distributorship tu.
Sekaliiii distributor yang baru ni lansunggggg tak boleh jual satu kit pun!
Sebelum tarik diri aku dah jual siap-siap untuk 1 year usage pada customer.
Setahun kau takde sale sebab aku dah tapau.
Now aku tengok this brand dah jadi open market.
Sesiapa boleh beli direct dari principal. Adan uke.

Lama mana kau boleh bertahan dengan price fight?
Tak boleh punya.
Orang jual harga ni, kau jual rendah lagi.
Orang sana jual harga tu, kau jual bawah lagi.
Kerja kau asyikla jual murah.
Lama-lama yang tertiarap pun kau juga.

Ni baru-baru ni kecoh Indonesia tutup TikTok Shop.
Terpempan seller TikTok.
Katanya sebab nak follows government regulations yang melarang business media sosial kacau e-commerce.
Dorang punya undang-undang, platform media sosial hanya boleh promote barang atau perkhidmatan, tapi tak boleh buka kemudahan transaksi jual beli untuk pengguna.
Maknanya, boleh teruskan promote, tapi beg kuning takde.
Kalau nak beli kena kat tempat lain.

Sebenarnya bagus juga buat gini sebab dah ramai orang mengeluh seller TikTok jual harga murah tak masuk akal, kan?
Semuanya nak price fight.
Dah takde pikir kualiti dan teknikal. Pikir murah je.
By the way, anniversary sale GreenAard tinggal 2 hari je lagi.
Kita tak jual kat TikTok.
Nak pakai harga sales, kena whatsapp.
Kalau nak pakai points atau nak beli harga biasa, boleh ke wesbite. Silakan.