2023-10-04

Sekufu


Dulu kalau orang cakap pasal "sekufu", kepala dah tune pangkat dan kekayaan je.
Rupanya lebih dari tu, ya.

Zaman nenek moyang kita dulu, "sekufu" tertumpu pada harta benda dan pangkat saja.
Jurang sosio-ekonomi zaman dulu terlampau besar.
Sekarang, ramai yang sama-sama belajar tinggi.
Sama-sama ada kerjaya.
Sama-sama boleh buat harta sendiri.
Walau mak bapak tak sama-sama kaya, tapi anak-anak belajar di universiti.
Ada kelulusan yang sama. Berkerjaya.
Dari segi tahap pendidikan, mereka sekufu.

Dulu aku sangat pentingkan kedudukan keluarga.
Dalam kepala aku dah set, keluarga mertua mesti at least at the same par dengan mak bapak aku.
Tak boleh lebih. Kurang takpe.
Maksudnya, kalau bakal suami oang kampung, keluarganya susah, I don't mind.
Reasonnya, aku tak nak letakkan mak bapak aku dalam keadaan segan atau serba salah dengan besan.

Aku faham struggle mak bapak aku nak besarkan kitorang adik-beradik.
Cukuplah. Aku tak nak dorang struggle nak blend dengan keluarga besan yang ada gelaran dan kaya.
Banyak benda yang aku lalu zaman kecil yang buatkan aku faham apa rasanya di-double standardkan bila kau bukan orang senang.

Sampai sekarang aku tak boleh lupa aku and Ima makan atas lantai alas surat khabar.
Makan pinggan plastik.
Anak orang kaya makan nasi kat meja makan.
Padahal meja makan tu sebelah je.
Bukannya meja tu penuh pun.

Time tido, ambil kain batik buat alas, tido kat hall.
Yang have-have dalam bilik atas katil.

Parents budak tu hantar anak bawa sekali anggur.

"Nanti bagi budak-budak lain makan sama"

Aku dengar, ya.
Tapi tak pernah pun buah anggur tu sampai kat tekak aku.
Walaupun masa tu aku umur 5-6 tahun, aku tahu budak tu anak orang kaya. Aku tak kaya.
Jadi aku kena berpuas hati dengan apa yang aku dapat.
Takpelah tak duduk kat meja makan. Janji dapat makan.
Takpelah tido alas kain batik. Janji dapat tido.

Umur 5-6 tahun aku dah belajar mengalah dengan keadaan.
Walaupun masa tu aku umur 6 tahun, setiap kali kat tadika, kepala aku dok mikir Ima yang tinggal kat rumah makcik tu.
Apelah nasib adik aku.
Walaupun kalau aku ada, takkan membantu apa-apa, but at least dia ada aku kalau nak mengadu.
Ada satu kali tu balik sekolah nampak Ima tunggu kat gate rumah makcik tu.
Entah berapa lama agaknya dia melekat kat gate tu sambil tengok jalan besar tunggu bas aku sampai (aku pi sekolah tadika dengan bas sekolah).
Aku sampai-sampai je dia bisik "Kak, mak dia bawak buah suruh bagi semua orang. Tapi dia tak bagi Ima pun".
Sedih sangat dengar.
Tapi aku lega Ima tak mintak-mintak.

Walaupun aku takleh buat apa, sekurang-kurangnya aku jadi tempat dia mengadu.
Sampai sekarang kitorang kalau ada apa-apa hal, akan mengadu kat satu sama lain tau.
Tapi lebih kepada mengumpatlah.
Ada geng baru pulak tu, iaitu CT.
Bukan main rancak group pengaduan kami. Hahaha.

Sebab tu aku cakap, duduk kat bandar, kalau kau tak kaya, pressure dia lebih teruk dari duduk kat kampung.
Aku takkan lupa apa orang buat kat aku.
Tapi aku tak dendam.
Cuma aku taknak buat baik dengan orang-orang ni.
Aku buat tak kenal je.
Malas pikir. Semak.

Disebabkan itu, dalam mencari jodoh, aku mesti kenal keluarganya.
Tapi tu lah, kena tipu hidup-hidup dengan En Wan.
Bladihel betul.

"Bapak saya kerja kampung. Kerja ladang kelapa sawit. Mak saya suri rumah. Saya orang kampung. Kat Manir".

Binawe.

Rupanya bapak dia tuan punya ladang sawit tu.

Masa arwah ayah hidup dulu, everytime balik Tganu, aku breakfast dengan ayah kat dapur.
Berdua, ya. Steady kan aku?
Sebab?
Sebab anak lelaki kesayangan dia terbongkang lagi kat atas.
Nanti abang En Wan sampai, arwah ayah keluar dengan jip gi tengok ladang.
Setiap kali tengok jip ayah, mesti aku teringat cerita "saya orang kampung" dia tu.
Dah terlambat aku nak marah.

Aku takut bab "sekufu".
Dibuatnya dapat mertua dah ahli keluarga yang semuanya level-level atasan, sedangkan mak bapak aku biasa-biasa saja.
Kesian parents aku nanti.
Aku takleh bear the sedih bila aku letakkan parents aku dalam situasi tu.
Masa tu aku terpikir, dahlah aku study local, En Wan overseas.
Family dia ternama.
Double trouble masalah aku.
Aku cuma pikir parents aku je.
Orang membandingkan aku takpe.
Tapi jangan banding-bandingkan mak bapak aku.

Masa malam bertunang aku menangis bila rombongan dia datang dengan kereta besar-besar.
Yang lelaki pakai baju melayu siap bersampin.
Bapak aku rilek je berbaju melayu dengan kain pelikat sambut rombongan.
Dah lah itu kali pertama aku jumpa keluarga dorang.
Jadi aku tak reti nak expect dorang ni macamana orangnya.
Ketua rombongan kenalkan ahli rombongan Dato ada, Toh Puan ada, YB ada.
Alahaiii. Menangis aku kat atas.
Aku nangis sebab aku rasa dah buatkan Mak Aji and Pak Aji jadi segan dan 'rendah'.

Walaupun orang kata pangkat harta kaya ni semua tak ke mana, jangan nafikan hak orang yang mahu pertahankan kedudukan keluarga mereka.
Dorang ada hak kalau nak berbesan dengan orang yang sama tinggi.
Yang tak berharta sekufu senanglah cakap "Harta tak bawa ke mati".
Cuba kau, anak perempuan belajar sampai ke overseas.
Balik bawa good grades. Kerja bagus.
Sekali bakal suami tak belajar tinggi.
Kerja level-level budak suruhan.
Kau boleh terima?
Susah, kan? Sebab tak sukufu.
Ada orang sekufunya pada harta.
Ada orang lain sekufunya gelaran.
Ada yang menilai pada tahap pendidikan.
Pada kerjaya. Pada pendapatan.

Tapi kan, untuk jangka masa panjang, rasanya kena consider "sekufu" dari sudut keserasian matlamat hidup.
Nak hidup bersama, perlu ada matlamat hidup yang sekufu.
Couple yang sekufu selalunya ada matlamat hidup yang serupa.
Paling tak pun, saling support each other untuk capai goals and dreams masing-masing.
Sama-sama ada perancangan nak berapa orang anak, nak besarkan anak cara apa, nak tinggal di mana, nak beli rumah yang macamana, nak kerja di mana, macamana nak handle expenses dalam rumah tangga, etc.

Sekufu dalam komunikasi.
Ini pun kena consider juga.
Tak semua pasangan ada matlamat hidup yang sama.
Ada yang drivenya tinggi. Ada yang lebih suka hidup ala-kadar.
Tapi kalau kedua-duanya mampu berkomunikasi secara efektif dan terbuka, ini pun sekufu namanya.
Maksudnya, dorang willing to mendengar, memahami, dan menghormati pandangan dan perasaan pasangan.
Gaduh bertekak sekali sekala tu biasalah.
Tapi kalau matlamat hidup tak sama, memanjang pulak tak sefahaman, kau boleh imagine dia punya chaos nanti macamana?
Melainkan salah seorang sudi untuk bersabar sepanjang hayat, silakan.

Sekufu dalam emosi. THIS!
Bayangkan mertua kepoh, suka kontrol menantu, ipar-duai mulut hansuang.
Suami yang ada keupayaan untuk memahami dan menyokong isteri secara emosional, sangat penting.
Dapat mertua menyakitkan hati tapi suami ada empati, yang mendengar keluhan isteri, yang berani bersuara bagi pihak isteri - barulah sekufu namanya.
Ini tak. Bini kau macam nak terbalik uruskan rumah, kau pilih untuk dengar cakap mak kau sorang.
Takde empati lansung.
Lain kali tak payah kawen.
Gi menetek dengan mak kau sampai ke tua.

Ada satu lagi jenis sekufu yang orang anggap tak penting.
Tapi kalau tak kena cara, boleh bercerai-berai.
Apa dia?

Sekufu dari segi nilai dan keyakinan.

Couple yang share the same nilai dan keyakinan yang serupa atau compatible - ini juga sekufu.
Nilai agama, etika, moral, dan pandangan hidup yang serupa.
Contohnya, memilih parti.
Bukan baru kita dengar cerita suami isteri bergaduh teruk sampai bercerai dek kerana berbeza keyakinan dalam memilih parti politik.
Dah banyak kali cerita macam ni tersebar.
Bergaduh ipar-duai menantu besan biras dek kerana ni.
Nampak macam tak penting, kan?
Kalau dapat yang sekufu bab ni, kira bonuslah.
Kalau tak, at least jadilah orang yang berlapang dada dan terbuka.