2023-10-29

Jasmin adalah 'anak' XZIZ Biotech yang pertama.


Allah... Pagi ni baca post ex-staff aku.
Sah, selepas biopsi doktor confirmkan memang anaknya ada osteosarcoma (kanser tulang).
Rawatan chemo akan dimulakan.

Sedih aku baca.
Tunjuk kat En Wan post tu, dia pun sedih.
Jasmin adalah 'anak' XZIZ Biotech yang pertama.
Maknya kerja dengan aku dari anak dara, sampai kawen, sampai Jasmin lahir.
Almost 7 years.
Oct 2021, maknya berpindah ke tempat kerja lain.
Last day maknya di ofis aku adalah hari yang sama En Wan resign untuk join Prudential.

Ini masa dia baby. Pengasuh cuti.
Dia ikut maknya masuk opis. Siap bawak karot lagi.

Ni dah besar sikit. Pengasuh bercuti.
Dia pun ikut maknya masuk ofis.
Bawak beskal sekali.
Parking kat bawah penuh.
Bawak beskal parking terus dalam ofis senang.

Selalunya kalau maknya minta izin bawa Jasmin ke ofis, aku akan work from home sebab tak nak maknya serba-salah kalau anak berlari-lari dalam ofis.
Tapi masa ni aku terpaksa masuk ofis.
Jadi aku bukak pintu bilik supaya dia lebih bergerak bebas.
Comel je keluar masuk bilik aku Hahaha.

Macamanalah aunty tak sedih bila Jasmin kena lalui treatment chemo ni semua.
Semoga sihat kembali yang tidak ada sakitnya lagi selepas ni, ya.

Gee bagitau, simpanan dia menyusut sejak Jasmin sakit.
Gee pun masih muda. Belum 30 kalau tak salah aku.
Baru nak bina hidup orang kata.
Kita boleh fahamlah simpanan pun belum banyak.
Itupun syukur Gee dan suami ada simpanan.
Masa-masa emergency gini bolehlah cover mana yang patut.
Tapi tu lah, lama-lama simpanan pun menyusut.
Tu sebab aku iklankan sumbangan hari tu.

Satu yang aku sangat-sangat lega bila Gee sempat buat medical card.
Bila Gee bagitahu aku dia terpaksa guna medical card untuk buat biopsi di hospital swasta, aku cakap kat En Wan, aku LEGA!
Lega Gee beringat nak buat medical card untuk Jasmin.
Rawatan chemo akan dibuat dengan hospital swasta.
Nak tunggu hospital gomen, kena queue.
Sebab tu aku cakap, kita ni kalau sakit, boleh tahan lagi.
Tapi kalau anak sakit, tak tergamak kita nak lewat dapat treatment sebab kena queue.
Tak sanggup nak tengok anak duduk bilik yang tak selesa.
Aku tak tanya Gee banyak pasal ni.
Aku berharap coverage medical card dia besar sebab chemo bukan buat sekali dua. Banyak kali.
Semoga semua yang baik-baik untuk Gee.

Hari tu aku nampak ni soranf connection di LinkedIn.
Single mother. Anak ramai.
Also disahkan kena cancer.
Dia terpaksa mencari sumbangan untuk treatment.
Aku tak tanyalah if dia ada medical card.
Tak sesuai nak tanya soalan tu.
Lagipun bila dia kata treatment dia perlu kos yang besar, aku anggap dia takde medical card lagi.

Korang, please please please.
Usahakan ada medical card.
Sakit ni kadang datang takde warning.
Sembuh tak sembuh itu kerja Allah.
Kerja kita adalah ikhtiar.
Macam Gee, walaupun simpanan dia dah tak banyak, at least urusan rawatan anak ditanggung medical card.
Ini yang aku berbuih-buih cakap dulu.
Dalam keadaan macam ni, kalau kos rawatan ditanggung, at least satu bebanan dah terangkat.
Tinggal nak merawat emosi saja.

Bila kita atau ahli keluarga jatuh sakit, it can be an emotionally challenging and stressful time for us or parents.
Having medical card boleh bagi kelegaan yang significant.
Sebab at least ada financial support untuk rawatan.
Ini semua buatkan kita boleh bagi tumpuan kat aspek lain.
Nak uruskan anak-anak lain di rumah ke.
Atau nak settlekan hal kerja ke.
Tak berapa pening sangat memikir sebab benda yang paling besar iaitu kos rawatan, ditanggung.

Kalau medical card takde, beban tu lebih besar terasa.
Mana nak pikir kos rawatan yang beribu, mana nak pikir emosi terganggu, mana nak pikir hal kerja kat ofis, mana nak urus hal rumah.
Macam Gee ni, as a grafic designer, dia boleh minta kelonggaran work from home.
Buat kerja dari hospital yang selesa, sambil buat kerja boleh teman anak sekali.
Hospital swasta nurse-nursenya ramai.
Kejap-kejap masuk tengok anak.
Jadi kau as mak sedikit sebanyak dapat sokongan emosi sebab ada yang membantu meringankan beban di hospital.

Aku cuma harap majikan Gee bagi kelonggaran untuk dia kerja dari rumah.
Sebab aku sangat faham situasi menjaga anak yang sakit.
Environment yang bagus sangat penting untuk membantu kita dari segi emosi.
Kita ni. KITA.
Yang sakit tu kalau kena dengan tempatnya, kira macam dah settlelah sebab ada orang take care.
Kita yang kena berulang-alik ke hospital ni yang belum settle.
Hal kat rumah nak uruskan juga.
Task ofis nak kena submit juga.
Jadi, environment yang bagus sangat membantu.

Last year, Rayyan patah kaki bulan 12.
Bulan yang sibuk dengan Y.E.S preparation dan closing year.
Mana aku nak semak art work staff.
Mana nak prepare closing account.
Mana nak prepare next year budget punya budget.
Tapi alhamdulillah, dapat buat kerja di hospital. Selesa.
Makan pun cover untuk 2 orang. Dah lega satu bab.

Bila anak sakit, can be emotionally draining for parents.
Kita bimbang, takut and gelisah sebab tak pasti what will come next.
Bila ada medical card, at aleast parents dapat salurkan tenaga dan emosi untuk bagi keselesaan dan sokongan kepada anak yang sakit.
Rawatan perubatan, especially in cases of serious illnesses, can be costly.
Belanja nak masuk hospital, belanja ketika dalam hospital, belanja ubat-ubatan dan specialized care boleh bertambah dengan cepat.
Tau-tau je karang dah RM50k bil.
Hari tu masa dengan Rayyan, every week En Wan minta bill statement dari front office.
Just nak tengok sama ada perbelanjaan dah melebihi coverage atau belum.
Tu yang hari tu aku promote kalau ada budget, ambillah plan medic booster RM1 juta.
Sebab untuk kes-kes illness yang teruk, perbelanjaan rawatan boleh capai hingga RM600-700K setahun!

Orang selalu kata "Takde duitlah nak buat medical card".

Pada aku, sebab aku tak kayalah maka aku buat medical card.
Sebab kita takkan terbayangkan berapa tinggi kos rawatan kalau nak dirawat dengan cepat dan selesa.
Having a medical card means kita tak perlu tanggung sendiri keseluruhan beban kewangan.
This can prevent us from having to dip into our savings.

Another kelebihan bila ada medical card, kita ada fleksibiliti untuk mendapatkan rawatan perubatan yang terbaik.
Boleh pilih hospital dan doktor pakar tanpa dihadkan semata-mata oleh kekangan kewangan.
Macam Gee, aku rasa kalau dia ada pilihan, dia taknak guna medical card tu untuk buat biopsi hari tu sebab biopsi di hospital swasta sangat mahal.
Tapi nak menunggu queue buat biopsi di hospital gomen entah bila dapat date.
Jadi dia terpaksa guna medical card.
Aku tak sure coverage medical card dia berapa.
Itu yang aku minta jasa baik kalau boleh korang hulurkan sumbangan untuk cover-cover sikit beban kewangan dia.
Doa orang yang sedang diuji dengan kesusahan ni sangat dekat dengan Allah.
Semoga dengan sumbangan kita, doa Gee untuk para penyumbang dimakbulkan.

RHB
11803800475709
Nor Najiha binti Abdul Rani

Yang belum ada medical card, please consider this. Usahakan.
Pastikan ambik dari trusted and reliable sebab supaya urusan approval kemasukan ke wad dan claims lebih lancar.

By the way, ada 3 hari lagi plan Hibah RM250K sebelum ditamatkan pada 1 Nov depan.
Selepas ni, semua hibah minimum adalah 350K.
Bermakna, premium bulanan tinggi sikit dari hibah 250K.
Sila contact En Wan untuk pertanyaan lanjut - 012-4407757.