2023-10-26

Macamana cara nak minta naik gaji?


"Kak Di, macamana cara yang paling tak sentap nak minta naik gaji kat bos?"

🤣🤣🤣

Ni kira nak mendapatkan perspektif seorang majikan la ni?
Bijok betullll.

Ok ini aku bagi perspektif aku je tau.
Tidak mewakili semua majikan.
Setiap majikan ada kriteria masing-masing.

Kalau aku, yang pertama adalah kewangan syarikat atau keadaan ekonomi semasa.
Kalau company takde budget, kau kerja bagus macamana pun, tetap company takde duit nak bayar lebih.
Kalau ini adalah puncanya, senang.
Sebab dah sah-sah takde duit, maka, we allow you to quit if you want.
Keadaan ekonomi negara juga boleh influence keputusan syarikat untuk kenaikan gaji.
Nak pulak kalau company tu ada beberapa orang BOD.
Tak dapat sewenang-wenangnya naikkan gaji.

Maybe ramai pekerja tak tahu.
Kalau company tu ada BOD, the usual practice adalah budget diluluskan setahun sekali sahaja.
At least 3-4 bulan sebelum hujung tahun dah kena propose budget untuk next year punya perbelanjaan, termasuklah gaji, untuk dapat kelulusan BOD.
Yang ni maybe staff tak faham.
Aku nak tunjukkan budget proposal ni pun takleh sebab PnC.

Bila staff minta naik gaji bulan May, contoh.
Kau takleh expect jam-jam tu juga majikan boleh bagi kelulusan.
Sebab budget tahun tu dah ditetapkan.
Kalau kau nak mintak naik gaji, mintaklah 3 bulan sebelum hujung tahun.
Time tu bos kau tengah prepare budget proposal.
Dia akan masukkan kenaikan gaji kau dalam tu.
Kalau BOD semak budget, dan lulus, insyallah tahun depan naiklah gaji.
Gitu ya caranya.
Sehingga sampai ke tahun depan, please bertahan dengan gaji sekarang.
Sebab tu orang tak resign tengah-tengah tahun ya.
Orang kalau nak resign awal tahun bila dapat new gaji.
Sebab masa tu baru tahu permohonan kau naik gaji lulus oleh BOD atau tak.

Most pekerja tak tahu benda ni, termasuklah aku dulu.
Bila dah jadi majikan barulah tahu. Ohh gini caranya.
Lainlah kalau bos kau adalah sole proprietor.
Yang tu dia boleh naikkan gaji kau jam-jam tu juga sebab dia kontrol semua.

Aku tak pernah minta naik gaji masa kerja dulu.
Maybe sebab aku kerja sales.
Gaji aku berubah-ubah ikut komisyen yang aku dapat.
Maybe sebab inilah aku tak teringat nak mintak naik gaji.
Agak-agak nak try tempat lain, baru aku hantar surat resign.

So, itu yang pertama.

Yang kedua, adalah prestasi.
Yang ini, kalau company takde duit tahun tu nak naikkan gaji kau, dia akan minta kau tunggu sampai tahun depan bila new budget keluar.
Sebab kau bagus.
Jadi, kalau kau rasa point ni cukup kuat untuk kau minta naik gaji, silakan.
Tapi kalau dateline hauk, target tak meet, asyik cuti memanjang, MC kemain galak, attitude jahanam, disiplin tahap longkang -- pi duduk workstation kau, buat kerja betul-betul dulu.

Sorrylah kalau aku cakap benda ni.
Tapi bacalah dengan mata hati.
Pekerja kadang-kadang terjebak ddengan pandangan subjektif tentang prestasi kerja dorang.
Maybe dorang terlampau excited kerja-kerja yang dorang dah buat, dan dorang rasa dah buat banyak sangat.

BUT. Ada but-nya.
Being busy all day tak mencerminkan peningkatan prestasi yang signifikan dari perspektif majikan.
In this case penting untuk pekerja buat penilaian objektif regarding achievement masing-masing.

As pekerja, kau kena tengok prestasi dari sudut pandang objektif.
Contohnya dari sudut statistik jualan (kalau kau dalam bidang sales lah), atau task/projek yang meet dateline, or other measurable achievements yang boleh dibuktikan.
Buat satu KPI untuk diri sendiri so that can help you see sejauh mana kau dah mencapai matlamat dan sasaran majikan tetapkan.
Kalau kau ada bukti-bukti ni, bawalah masa mintak naik gaji.
Tunjuk kau ada sekian sekian bukti achievement.
Barulah sedap nak berhujah. Ni tak.
Datang jumpa majikan nak minta gaji tapi kerja selekeh.

Ada some pekerja, minta gaji laju.
Bila majikan bagi job scope baru, taknak terima.
Kau kena faham, setiap kali gaji dinaikkan, bermakna ada kerja baru yang kau kena buat.
Gaji tak dinaikkan hanya kerana kau kerja dah lama, ya.
Kerja bertahun-tahun tapi buat job scope yang rutin setiap hari, what's the point of naik gaji?

Seorang cleaner yang hari-hari cleankan ofis 5 tingkat, bolehkah dia minta naik gaji RM500 setiap tahun hanya kerana dia loyal di syarikat tu?
Tak, ya. Bukan macam tu cara naik gaji.
Especially kalau kerja yang dibuat adalah rutin.
Floor bangunan tak bertambah pun. Tetap 5 tingkat.
Melainkan cleaner tu diberikan tugas untuk potong rumput sekeliling ofis, basuhkan kereta bosses ke. Contohhhh.
Barulah ada pertambahan gaji.

Maksudnya kat sini, bila majikan kata "ok saya naikkan gaji awak RM500 tahun depan".
Dia tak bagi kenaikan saja-saja, ya.
Pasti ada pertambahan job scope, dan itu kita kena terima.
Aku rasa orang sales faham konsep ni.
Sebab sales ni gaji tak tinggi.
Kalau gaji kau RM2500 sebulan sebagai sales tu dah tinggi dah tu.
Selalunya rendah dari tu sebab komisyen kau tinggi gila.
Masa aku kerja sales exec, gaji RM1600.
Tapi hujung bulan income aku lebih tinggi dari Mr Irritating Engineer.
Sebab aku ada komisyen.
Orang sales dah guna konsep kenaikan gaji = pertambahan job scope.
Kau nak lebih, kau buat kerja lebih. Gitu konsepnya.

Bila majikan beri task yang mencabar kebiasaan, CUBA BUAT.
Jangan buta-buta "Saya tak pandai buat ni".
Cuba dulu. Cabar diri.
Kalau tiba-tiba kau boleh buat, camana?
Itu semua boleh jadi point untuk kau bila nak minta naik gaji tau.
Ini tak. Dapat task mencabar sikit, resign.
Cuba bayangkan kau bagi anak buat homework, tapi anak tu tak buat.
Alasannya "Tak tahu buat".
Dia takde effort pun nak bertanya atau mencari tahu cara nak buat.
Sebagai mak, frust tak?
Frust, ya.
At least kalau anak tu tanya "Macamana nak buat ni? Boleh ajarkan?", nampaklah jugak effortnya.
Ni tak. Reject buta-buat.
Taknak mencuba benda baru.
Dah kau nak buat kerja yang rutin je kan, maka terima jelah gaji yang lama tu.

Yang ketiga, sikap.
Ini kalau hauk, pretasi konfem hauk.
Jenis yang dah tahu kena meet dateline, tapi tak reti nak stayback.
Balik nak awal, rehat nak lama.
Kerja tak siap, suka-suka nak sambung esok.
Padahal setiap task ada dateline-nya.

Majikan bagi dateline bukan saja-saja.
Majikan dah susun plan so that segala kerja siap on time.
Kadang-kadang pekerja tak sedar yang kerja dia berkait dengan orang lain dan keseluruhan pergerakan syarikat.

Contoh, company nak buat event.
Team marketing dah plan sekian-sekian haribulan akan lancarkan marketing.
Sekali team grafik buat taik. Dateline tak meet.
Tak ke berterabur perjalanan syarikat?
Kau ingat kau kerja untuk diri sendiri ke dalam ofis tu?
Sebab tu syarikat ada team sales, team marketing, team grafik, team production, team operation.
Semua ni saling berkait.
Satu sangkut, SEMUA sangkut.

MC, EL and AL pun satu hal lagi.
Semalam aku share pasal sorang HR ni cerita perihal cuti.
Dia kata ramai pekerja ingat EL tu wajib approve selagi mana dia masih ada AL.
Tak, ya.
Even AL pun kalau majikan tak approve, kau takleh cuti. Lagikan EL.
Some pekerja ingat selagi ada AL, selagi tu dia boleh ambik.
Bukan macam tu, ya.
Ada etikanya bab mengambil cuti ni.
Bukan kejap-kejap boleh apply cuti.
Melainkan company mak bapak kaulah.

Sejarah aku jadi majikan, ada 4 orang staff aku (ex) yang jarang ambil leave.
2 semasa aku buat biotech, 2 semasa run GreenAard.
Keempat-empatnya kerja lama dengan aku.
Yang sorang 3 tahun (berhenti sebab pindah JB selepas kawen), yang sorang 5 tahun.
Yang lagi dua orang 6 tahun lebih.
3 orang ni berhenti sebab dorang cari kerja lain.
Aku pun tak tahan dorang.
Sebab dah cukup lama dorang dengan aku, selayaknya berpindah.
Carilah majikan baru and pengalaman baru.
Aku tak halang, tapi sedih jugalah bertahun kan kerja sama-sama.
Ada je kat FB aku tu 🙂.
Dorang 4 orang ni paling suka datang kerja.
Imunisasi pun bagus sebab jarang nau MC.
Setahun payah nak satu kali MC pun. Alhamdulillah.

Maka sebelum minta naik gaji, kena fahamkan faktor-faktor tadi.
Task meet dateline tak? Task cun tak? Target hit tak? AL-EL-MC kerap ambik ke? 
Bila dah bersedia nak discuss secara konstruktif dengan majikan, pergilah.
Semoga berjaya mintak naik gaji.