2023-11-01

Kena pilih-pilih juga nasihat siapa yang boleh dipakai.


"Advice is one thing that is freely given away, but watch that you take only what is worth having" - The Richest Man in Babylon

Somehow this is very true.
Bukan memperlekehkan nasihat orang lain, tapi kena pilih-pilih juga nasihat siapa yang boleh dipakai.
Kalau boleh janganlah dengar nasihat someone yang tak pernah mencuba apa yang kita nak buat.

Contoh, nak berniaga.
Someone yang tak pernah berniaga nasihat "Janganlah berniaga...susah! Kawan aku berniaga tak sampai 6 bulan, balik kampung. Bisnes rugi!"

Ataupun kau plan nak sambung belajar belajar.
Someone yang tak mahu sambung belajar cakap "Kawan aku buat PhD. Dah macam bengong aku tengok. Stress buat PhD ni. Silap-siap boleh jadi gila!"

Sebahagian besar orang yang kita kenal have no idea apa yang kita nak buat.
They don't even know how to achieve the goals you have tapi dia nak bagi pandangan sedangkan dia takde pengalaman dan takde knowledge tentang apa yang kita plan nak buat.
Advice macam ni aku jumpa banyak masa nak pilih course and masa nak cari kerja.
Masing-masing nak ajar apa aku MESTI buat.
Pilih kerja yang macamana.
Pilih tempat kerja yang macamana.
Pilih lokasi kerja di mana. Bla bla bla.
Nasihat dan pandangan tu bagus.
Yang tak bagusnya, bila datang dari orang yang takde pengalaman buat the same thing.

Aku pernah bercita-cita nak jadi doktor.
Biasalah budak-budak.
Apa je lah cita-cita yang paling gempak melainkan doktor?
Cita-cita aku tu ada pengaruh dari seorang uncle.
Uncle ni sepupu Mak Aji.
Tapi sepupu yang jauh lebih muda.
Masa aku sekolah rendah, dia dah masuk UKM buat medic. Dia ex-MCKK.
Budak pandailah ni.
Everytime raya balik Tampin, sepupu Mak Aji ni mesti datang beraya rumah arwah nenek.
Asal datang je mesti tuju ke aku sebab aku je cucu yang dah boleh pikir masa tu. Yang lain kecil lagi.
Masa tu aku maybe darjah 3-4.

Setiap kali datang mesti tanya exam dapat nombor berapa and besar esok nak jadi apa.
Cuak gila aku.
Last-last dapatlah sikit terpengaruh nak jadi doktor macam dia.
Sebab apa?
Sebab dia always cakap pasal menjadi seorang doktor.
Dan mak aku pun nak aku jadi macam uncle tu.

Masa aku dapat TKC, uncle tu la paling happy.
Masa tu dia dah ada girlfren (now wife).
Wife dia pulak ex-TKC 😆. Lagilah cuak aku.
Bila aku quit, lagilahhhh aku seram nak jumpa dia.
Takut kena soal macam-macam.
Korang mesti ada sorang pakcik atau makcik yang macam ni, kan?
Yang follow rapattttt perkembangan kau.
Tapi uncle aku tu ok.
Memang melekat betul takdir hidup aku dengan dia.
Dia pun akhirnya duduk Putra Heights.

Tapi bila dah besar, aku terasa nak jadi lawyer.
Tapi tak mendapat restu pulak dari Pak Aji.
Biasalah orang tua.
Lawyer tu beginilah, begitulah.
Harapan je lah jawabnya.
En Wan je yang always cakap aku sesuai jadi lawyer. Hahaha.
Takpelah, lambat dah.

Selain dari nak jadi lawyer, aku always berangan nak jadi model runway.
Dari mahkamah ke pentas New York Fashion Week. Gitewwww.
Kejap-kejap aku mekap guna barang mekap Mak Aji.
Macamanalah tak selalu kena bantai.
Sampai kering eyeshadow orang tua tu aku kikis 😆.
Tapi cita-cita aku ni tak dapat sokongan.
Biasalahkan Mak Aji.
Dia mana boleh bertenang tengok aku ada impian nak jadi supermodel.

“Muka kemek, toksah berangan nak jadi model. Ada orang nak kat kau pun dah cukup bagus".
Gitu dia bagi sedebik.

Lalu, aku pun tukar angan-angan nak jadi fashion designer.
Aku pakai baju-baju Mak Aji.
Baju dia jugekkk aku bedal.
Boleh tahan tebal kulit aku agaknya.
Tak serik kena belasah 😆.

Setiap kali menggayakan baju-baju Mak Aji, aku ubah suai.
Tudung ikat kat pinggang. Tudung jadi skirt.
Tali kasut ikat kat dahi ala-ala gipsi.
Brooch pasang kat kepala.
Tali leher bapak aku jadikan mafla. Kahkahkah.
Kreatif boleh tahan.

Tapi mak aku cakap kerja-kerja macam ni berapa kerat je boleh pergi.
Nak tak nak aku kena ada kerjaya profesional katanya.
Takde sape sokong cita-cita.
Mengkondem lagi ada.
Lalu, terkubur begitu saja.

Then aku suka main ofis-ofis dengan Ima.
Everytime main, aku always jadi bos.
Ima tak pernah berebut dengan aku nak jadi bos.
Dia macam merelakan diri jadi staff aku saja.
Aku rasa dia memang suka jadi sekretari.
Bos kan garang, always marah-marah pekerja.
Rela pulak si Ima asyik kena marah dek aku. Hahaha. Bongok.
Pastu Mak Aji sabotaj, “Toksah berangan nak jadi bos. Kalau tak pandai, kerja kilang je lah jawabnya".

Aku rasa mak-mak zaman dulu always macam ni, kan?
Nak ugut anak-anak suruh belajar pandai mesti guna modal - kerja kilang, kerja kutip sampah, jual nasi lemak tepi jalan, etc.
Bila dah kawen, aku tembak Mak Aji balik "Tu la dulu sebut-sebut kerja kilang kerja kilang, last-last dapat dua-dua menantu kerja kilang". 😆

Masa aku jadi sales exec, lagiiii lah banyak yang mengkondem, termasuklah pakwe aku tu.

"Jual barang?"

Semua membayangkan aku bentang tikar tepi jalan jual ubat kuat 🙄.
Bila aku berhenti kerja untuk run business, lagiiiii lah banyak yang kondem.

Yang sebenarnya dorang kondem because dorang tak familiar dengan environment tu.
Takde keturunan aku yang berbisnes. Semua makan gaji.
Jadi, takde role model untuk dijadikan reference.
Bengang juga aku bila sorang tak support aku bukak company.

Lama-lama aku dapat jawapannya.
Sebenarnya dorang tak salah. Yang salah tu AKU.
Aku yang salah sebab aku bertanya pandangan dari orang yang salah.
Most of the people in my life haven't achieved these goals.
Dorang belum achieve apa yang aku nak achive.
Jadi dorang takde positive thoughts tentang ni.
Aku tak sepatutnya trust sources that can only give me subpar advice.

Kalau tanya pendapat tentang rumahtangga, yes, baru betul minta pandangan mak bapak because dorang lebih lama hidup bersama dalam alam perkahwinan dan banyak pahit manis dah lalui.

Nak tanya pandangan tentang berpantang selepas bersalin, yes, baru betul minta pandangan mak dan nenek sebab dorang berpengalaman.
Beranak dah berkali-kali.

Maksudnya, minta nasihat dan menerima nasihat itu tak salah.
However, if you follow advice of clueless people, you will end up just like them.
Nasihat yang biasa-biasa leads to result yang biasa-biasa juga.
That is why aku suka dengar nasihat daripada very few people.
Not that I am too smart, cuma aku penat dengar nasihat dari orang yang salah.
Biarlah pilih sumber nasihat dengan berhati-hati.
Follow the guidance of those who have [or know how to get] what you want.
Bunyinya macam sombong, nak pilih-pilih orang.
Tapi to me, the more selective you are, the better advice you get.
Jangan ambil pandangan dari ramai orang yang mediocre, kau akan dapat mediocre advice and result kau pun mediocre sebab everyone has their own agenda.

Yang jual produk kesihatan akan cakap- "Ini bagus, awak ada penyakit apa pun tak apa, boleh ambil produk ni, nanti semua masalah settle!"
Semua dibantainya bagus.

Yang mencari agen - "Sebulan paling sikit pun awak boleh dapat RM5K!"
Ye ye je berjanji.

"University yang paling power Harvard. Kau masuk Harvard"

"Kerja kat A bagus. Bonus tinggi"


Hakikatnya, some of us bila bagi pandangan sebenarnya sedang memberitahu impiannya sendiri.
Dia nak itu, maka nasihat dia menjurus pada apa yang dia mahu.
Dia tak pandang dari perspektif yang lain.
Most of the time, kita look for advice sebab kita nak more information sebelum buat sesuatu, kan?
Maksudnya kita sendiri tak sure nak pilih antara apa yang kita nak, dan apa yang patut kita buat.
Bermakna, our impian tak strong enough sebab tu kita tanya nasihat kat ramai orang.
Berbeza kalau kita tahu apa kita nak, kita hanya akan minta nasihat pada orang tertentu dan orang itu pula someone yang memang boleh support our dreams.

Masa aku nak self-publish buku aku dulu, aku terstop-stop juga.
Ada la juga minta pandangan mereka yang bekerja di book publisher.

“Kena buat market research dulu"

"Kena buat survey dulu"

“Kena tambah artikel dulu"


Padahal bendanya dah siap dah ni. Tinggal nak publish je.
Last-last aku pikir balik — dah kenapa nak jadikan sulit sangat?
Aku bukannya nak jual kat satu Malaysia.
Aku nak promote di kalangan blog readers je.
Nak market research pebendanya.
Dari blog post boleh tengok views berapa banyak.
Dari FB pun boleh buat survey.
Kat situ dah boleh tahu market ada ke tak.
Last-last aku proceed je publish.

Alhamdulillah terjual juga buku pertama aku 3000 keping.
Ok la tu kan. Diana Ishak je kot. Bukan Diana Nasution.
Lagipun aku publish atas permintaan blog readers yang nak aku compilekan status-status dan quote-quote aku.
Itupun nipis je.
Ingatkan nak compilekan terus semua post dalam blog jadi buku.
Tapi memikirkan blog post aku banyak vocab-vocab yang mencabar minda, takyahlah.

Kita always nak "more info".
Tanya sana. Tanya sini.
Ujung-ujung tak buat apa-apa pun.
The truth is, a lot of the time kita sebenarnya tak perlu banyak pandangan dan informasi.
Kita cuma perlu take a small step saja.
Pepatah omputih ada cakap "When the student is ready, the teacher will appear".
Maksudnya, just do what you need to do to move forward, nanti along the way kita akan belajar sesuatu atau jumpa orang sealiran yang akan ajar kita sesuatu.

As for me, aku tak jumpa mentor yang betul-betul aku mahu.
Tapi sepanjang apa yang aku dah lalui, aku jumpa ramai orang yang boleh bagi aku tunjuk ajar and nasihat dan mereka-meraka ni ada pengalaman buat perkara yang aku nak buat.