2023-08-04
Nak ada kerjaya dan at the same time nak menguruskan keluarga.
Kalau korang adalah seorang yang mendahulukan keluarga melebihi segala-galanya, maybe this artikel is not for you.
Ini tulisan untuk menjawab soalan orang yang nak ada kerjaya dan at the same time nak menguruskan keluarga.
Bukan apa, aku tak nak membuka ruangan kecaman.
Karang orang kata aku mengajak wanita-wanita tinggalkan keluarga untuk kejar kerjaya pulak.
Lagi satu, sila baca dengan minda yang terbuka.
Banyak DM aku dapat dari blog readers yang nak sangat run business from home.
Nak berhenti kerja makan gaji, sebab nak menguruskan rumahtangga.
Tetapi at the same time nak ada income.
Jadi mereka tanya pandangan.
Maka, ini adalah sekadar pandangan.
Taknak follow pun tak apa.
Setiap kali yang meluahkan isi hati "Kak, saya penat kerja, nak duduk rumah jaga anak tapi takut stress bila tak ada income".
Kalau ada rasa-rasa yang macam ni, nasihat aku, JANGAN BERHENTI KERJA.
Sebab korang masih risaukan hal income.
Tapi kalau hati tu dah bulat "Takpelah, hidup sederhana. Aku dah penat. Aku nak duduk rumah uruskan keluarga".
Ok, yang ni dipersilakan berhenti kerja.
Orang yang dah bulat hatinya, dia dah tak pikir pasal duit kat tangan.
Boleh jadi simpanannya cukup untuk hidup seadanya.
Boleh jadi juga suami boleh tanggung segala perbelanjaan dan nafkah yang lebih dari cukup.
Kalau di rumah nanti dia nak menyambil-nyambil buat bisnes online, business itu tak akan membuatkan dia hilang fokus pada tujuan asalnya untuk menguruskan keluarga.
Ramai orang ingat buat bisnes online adalah kerja yang boleh dibuat menyambil-nyambil.
Kalau kau jenis tak kisah income, yes, silakan buat menyambil-nyambil.
Tapi kalau berhenti kerja sebab nak buat bisnes online, no, you kenot buat menyambil-nyambil.
Because starting an online business requires some investment, dan investment terbesar adalah MASA.
Bila MASA menjadi investment terbesar, balancing household responsibilities can be challenging, but it's not impossible.
Cuma, kena minta tolong.
Jangan semua benda nak dibuat sendiri.
Based on observation aku in my own experience, kebanyakkan perempuan nak jadi superwoman.
Boleh jaga anak, boleh jaga suami, at the same time boleh buat macam-macam kerja dan masih kekal hebat.
Tapi keinginan nak jadi superwoman tu selalunya terhalang dek kesibukan bekerja.
Hakikatnya, in order nak tumpu pada satu prkara, satu perkara lain pasti terabai sikit.
Bila jadi macam ni, mulalah merasa diri tak cukup bagus sebagai ibu dan isteri.
Yang sebenarnya it's not that you are not doing enough.
Woman has been working too hard as a mother and wife.
Memasak, membasuh, mengemas, menggosok, membagi perhatian pada anak, melayan suami - basically kerja-kerja rumahtangga fall mostly on the woman's plate.
Disebabkan kerja di rumah dah sedia banyak, business terpaksa dibuat menyambil-nyambil.
Bila buat sambil-sambil, income masuk tak seberapa.
Bila masuk tak seberapa, mulalah rasa tertekan, burned out, demotivated, ujung-ujung depression sebab terasa segala tanggungjawab ada di bahu sendiri sorang.
Business sangat menuntut kesungguhan dan energy yang bukan sikit.
Walaupun namanya online business, kerja business bukan boleh dibuat celup-celup.
Kalau dibuat secara "menyambil-nyambil", situ buat sikit, sini buat sikit - susah bisnes tu nak bergerak dengan baik.
Ada tu ada, tapi gitu-gitu je lah.
Nasihat aku, kalau nak berhenti kerja sebab nak buat online business, kena bersedia untuk mendapatkan bantuan orang lain.
Tak payah nak dadi superwoman sangat.
Nak masak 2-3 kali sehari.
Nak melipat baju setiap hari.
Nak mengajar anak setiap hari.
Nak buatkan bekal semua orang setiap hari.
Tapi at the same time nak boom-kan business.
Percayalah cakap aku, kau nak satu perkara boom, kau terpaksa kurangkan perhatian perkara yang lain.
Tapi kalau nak segalanya berjalan dengan baik, kau kena melantik pembantu.
Konsepnya sama macam di pejabat.
Kalau dari kerja operation, tactical, strategy dan visionary semuanya CEO nak buat, memang melingkup awal company tu.
Burned out CEO segala tok nenek task dia nak run.
Kena hire orang jaga operation, jaga financial, jaga management.
CEO biar jadi leader yang menyusun strategi dan merangka idea.
Kat rumah, kalau tak sempat, tak payahlah semua benda nak dibuat semata-mata nak jadi super woman.
Yang kat IG tunjuk rumah berkemas, boleh jaga anak, boleh berkerkaya, at the same time nampak cantik 24/7 -- itu semua kerana dia dibantu.
Dibantu oleh suami. Dibantu oleh anak-anak. Dibantu oleh maid. Dibantu oleh staff.
Takde maknanya dia sorang buat sendiri.
Sebab itu nampak macam dia boleh buat semua.
Yang kita ni pun nak jadi macam tu, tapi semua benda kita nak buat sorang, serentak.
Macamana la tak macam mak lampir jadinya.
In reality, kita tak boleh excel dalam segala-galanya serentak, melainkan ada bantuan.
Manusia ada limited time, energy, and resources.
Kena prioritize.
Bila semua benda nak buat serentak, we may end up achieving mediocrity.
Inilah yang aku cakap tadi - celup sana sikit, celup sini sikit.
Nampak macam power buat banyak benda.
Hakikatnya, hasil dari celup-celup tadi, semuanya sederhana.
Nampa macam berjaya sebab pakai macam-macam hat.
Hakikatnya, takde yang benar-benar excel.
Seorang subject matter expect hanya tumpu pada satu perkara yang dia tahu buat dan dia polish that skill.
Dia tak buat banyak benda rencam.
Dengan cara itulah dia menjadi pakar.
Bukan semua benda kita boleh buat sendiri.
Ada perkara yang kita terpaksa lupakan in order untuk carry perkara lain.
Mencari life balance is tough.
There are a lot of things to consider.
Aku tak tau orang lain macamana.
Kalau aku, adalah normal bila aku masak 2 kali je seminggu.
Selebihnya tapau, sebab ada kerja yang lebih penting aku siapkan.
Normal juga kalau aku tak dapat duduk check homework anak-anak sekiranya aku ada reading yang perlu dihabiskan.
Normal juga kalau En Wan kena uruskan makan pakai sendiri bila aku ada paperwork nak disiapkan.
Untuk waktu-waktu sibuk ni, aku perlu bantuan En Wan dan anak-anak.
Tolong uruskan diri sendiri.
Order sajalah grab atau apa-apa yang patut.
Nanti waktu bertenang aku dah sampai, dapur akan berasap semula.
Sehingga ke tempoh itu, pandai-padai urus diri sendiri.
Sebab aku tahu aku bukan superwoman.
I am just a woman with dreams to achieve the milestones I have set in my life.
Untuk mencapai milestone ni, aku tak perlu jadi superwoman.
Aku hanya perlu jadi realistik.
Ada perkara yang kena minta tolong suami.
Minta tolong mak mertua.
Minta tolong family.
Minta tolong anak-anak.
Ada masanya aku masak.
Ada masanya aku mintak En Wan tapaukan makanan.
Ada masanya kami basuh baju.
Ada masanya campak je kat dobi.
Ada masanya aku menggosok baju untuk seminggu pakai.
Ada masanya pukul 8 pagi nak pakai, pukul 7.30 pagi baru aku gosok.
Dalam kehidupan keluarga kami, this are all NORMAL.
Sorry to say, some perempuan yang nak jadi superwoman ni, takut nak minta tolong.
Lebih-lebih lagi kepada suami.
Takut kalau tak masak, nanti suami marah.
Takut kalau minta tolong suami tengokkan anak, suami marah.
Takut kalau menguruskan kerjaya, nanti mak mertua dan ipar duai mengumpat kat belakang.
Perempuan, belajarlah untuk minta tolong orang.
Belajar untuk accept kita tak mampu nak jaga semua orang setiap masa.
Belajar untuk mendahulukan kehendak sendiri sekali-sekali.
Tak salah pun memilih diri sendiri.
Kita ada different needs in our lives.
Choosing to be different or living a different life choice doesn't always mean it's wrong.
Dalam dunia berkelajuan tinggi macam sekarang, if you're a stay-at-home mom pun, susah nak cari life balance antara keperluan keluarga dan kehendak sendiri.
Mana nak curi masa untuk bersenam, membaca, melepak dengan kawan, mandi lama-lama dalam bath tub, at the same time nak menguruskan anak-anak and kerja rumah yang tak habis-habis.
Tak habis-habis mencari kerja untuk dibuat.
Everyday nak mengemop, everyday nak mengelap, everyday nak jemur karpet, everyday nak basuh baju.
Boleh tak satu hari tu duduk dendiam kat rumah, tengok tv, atau baca buku?
Order Baskin n Robbin. Makan.
Esok sambunglah mengemop.
Yang nak buat semua benda non-stop kenapa?
Life balance is not about memastikan segalanya dalam keadaan seimbang dan sempurna semata-mata.
Life balance is about prioritizing too.
Decide which are most important, kemudian buat yang important tu dulu.
Walaupun pasti benda yang kurang important terpaksa diketepikan, THAT IS OK!
Nak buat online business, silakan. Start now.
Tapi, be prepared. Pasti urusan lain akan jatuh nombor 2.
Melainkan nak buat bisnes secara menyambil-nyambil, atau sekadar nak merasa pegang duit sendiri, itu takpe.