2023-08-08

Dah umur 40-an tak payahlah kurus sangat


Tengok video bawah.
Sama tak dengan apa yang selalu aku cakap?
Puas hati betul bila video ni lalu kat IG aku.
Bukan apa, kalau aku yang bercakap, orang kurang percaya.
Biarlah bertumpuk-tumpuk sijil nutrition and health aku dapat pun, selagi takde title, orang tak percaya cakap aku.
Mujurlah ada video-video gini.
Biarlah video berbicara konsepnya.



Macam yang aku selalu cakap, bila umur dah tua, especially dah 40-an ke atas, jangan terlampau nak kurus.
Cukup sekadar IDEAL WEIGHT.
Takde yang cantiknya bila dah tua dan kurus sangat.
Kita je rasa kita nampak cantik bila kurus, padahal orang lain seram tengok muka kita.
Sebab, bila dah berusia, perubahan in body composition boleh beri impak pada penampilan keseluruhan, termasuk facial features.

Umur dah mencecah 40-an, benda yang paling awal hilang dari badan adalah kolagen.
Sedangkan kita tahu kolagen ni struktur yang memegang keanjalan kulit.
Ditambah lagi dengan berat badan yang sengaja dikurus-kuruskan lagi, bertambah-tambahlah cengkung muka tu.

Muka kita ni ada beberapa poket tempat lemak disimpan.
Poket-poket ni memberi bentuk pada muka.
Timbunan lemak dalam poket-poket ni diagihkan secara strategik kat seluruh muka untuk create penampilan yang seimbang.
Bila usia meningkat, berlaku perubahan dalam peredaran lemak ini.
Jadi, bila seseorang nak jadi terpaling kurus di usia 40-an, muka juga akan turus kurus sebab lemak-lemak dalam poket ini mula menyusut.
Ditambah pula dengan kolagen yang menyusut, kulit jadi kurang tegang dan lebih terdedah kepada kekenduran.
Kekenduran nilah yang tambahkan lagi appearance wajah yang lebih tua.

Selalunya kita bangga bila muka ada jawline. Itu tandanya kurus.
Ya, betullah tu.
Tapiiii, itu kalau kita masih muda.
Kalau dah berusia, jawline itulah yang menambahkan penampilan tua.

Kan tadi aku cakap, muka kita ada pelbagai poket yang berisi lemak.
Bila lemak ni menyusut dek terlampau kurus, kulit jadi kurang tegang dan mula terkulai.
Ke-terkulai-an ini, digabungkan dengan kesan graviti, akan meng-obvious-kan lagi pembentukan rahang.
Dahlah semakin berusia, struktur muka lebih "jatuh".
Lagilah menampakkan muka tua.

Kedut tu kita takleh buat apalah.
Kalau dah tua, mestilah ada kedut.
Orang yang kurus ketika usia 40-an lebih cepat nampak kedut. Tahu tak kenapa?
Sebab pada ketika ni, kolagen dah berkurangan.
Kulit jadi lebih senang berlipat, terutamanya kat area ekspresi muka yang berulang-ulang, contohnya tepi mata, tepi hidung and atas kening.
Bila area-area ni dah mula berlipat, even muka dalam keadaan berehat pun kulit area tu akan kekal berlipat sebab bawah kulit takde lemak to support smooth out the skin's surface.

Sebab itulah, di usia 40-an tumpu pada IDEAL WEIGHT saja.
Nak kurus-kurus sangat pun, badan tu dah tak cantik macam zaman muda.
Sumpah, betul!
Di usia 40-an ke atas, ketumpatan dan struktur tulang dah berubah.
Bontot dah jatuh, muka dah jatuh, tetek dah jatuh.
Tulang lebih menonjol waktu ni.
Kalau tunjuk kat orang pun, dah tak cantik.
Sebab itulah umur 40-an kalau too skinny, badan tu seperti kurus orang sakit.
Maka janganlah too skinny.
Orang muda yang too skinny pun nampak tak cantik, lagikan kita yang dah 40-an ni.