2023-08-02

Streaming class. Cikgu mohon kembalikan semula.



Semalam aku tepek video sebelah.
Video tentang cikgu-cikgu dah mula bersuara untuk kembalikan pengasingan kelas ikut tahap penguasaan murid-murid pada pelajaran.
Kes ni seingat aku mula jadi national issue pada tahun 2018.
Tahun tu kecoh orang dok pertikaikan anak-anak yang cemerlang UPSR diraikan.
Anak-anak yang kurang cemerlang kecik hati katanya.
Anak-anak yang cemerlang UPSR dipanggil naik pentas.
Yang kurang cemerlang kecik hati tak dapat naik pentas.
Tak tahulah siapa yang kecik hati sebenarnya 🙄.

Lepas tu meleret-leret hingga ke streaming class.
Katanya pengasingan murid-murid dah buatkan student kelas belakang malu nak ke sekolah.
Bila malu, dorang jadi demotivated nak study.
Itu menjadi punca anak-anak ini terus-terusan gagal.
Kalau semua student dicampurkan tanpa membezakan tahap penguasaan pelajaran, anak-anak ini kurang berasa tersisih dan lebih bersemangat nak belajar katanya.
Bertitik-tolak dari sini banyak sekolah membubarkan streaming class (sekolah rendah). Semua campur.

Waktu tu yang tak cemerlang perlu dijaga hatinya.
Tak surelah nak jaga hati student tak cemerlang atau mak bapak kepada student yang tak cemerlang ni.
Nampak gaya macam nak menjaga hati mak bapaknya je.
Anak-anak elok je bercampur kat sekolah main makan sama-sama.
Tanpa mereka sedar, tindakan itu telah menutup peluang anak-anak cemerlang.
Yang cemerlang dinafikan haknya untuk berpindah ke kelas yang lebih baik.
Sebab dan no more streaming class, kan.
Cemerlang atau tak cemerlang stay semua must stay di kelas yang sama sampai habis skolah Darjah 6.

Aku antara mak yang terang-terangan tak sokong cara tu.
Blog post aku waktu tu went viral sebab aku tulis dengan panjang lebar kenapa aku tak sokong.
Yang sokong, sokong.
Yang tak sokong, berusaha nak mengecam aku.
Sampai tuduh aku sengaja tutup ruangan komen di blog dan FB sebab takut.
Hahaha. Konfiden je menuduh.
Takut amende, gila?
Blog aku dah lebih 10 tahun takde ruangan komen.
FB aku memang tak pernah hayat aku open komen to public, hanya frens saja.
Bitter nau mereka tak dapat kecam aku.

Nasib baik sekolah Rayyan tak buat pembubaran semula.
Tahun 1 (2017) Rayyan di kelas ketiga.
Kan masa tu kitorang tak sedar dia ada mild dyslexia.
Selepas dah di-diagnose, kitorang bantu Rayyan sehabis daya untuk dia catch-up dengan kerja-kerja sekolah.
Syukurlah masa tu masing ada streaming class.
Dia berada di kelas yang pace pembelajaran sesuai dengan kemampuannya ketika tu.

Peperiksaan tahun 1 dia dapat nombor 1, terus next year tukar ke kelas ke-2.
Exam akhir tahun Darjah 2 dia dapat nombor 30 untuk seluruh Tahun 2.
Secara merit, dia layak ke kelas pertama tahun depannya (sebab satu kelas sampai 40 orang pelajar).
Tapi tahun tu dah kecoh-kecoh satu Malaysia pasal streaming class.
Jadi, tiada pertukaran kelas lagi.
Maka kekallah Rayyan di kelas kedua hingga Darjah 6.
Aku ok je sebab Rayyan berada di kelas yang sesuai dengan pace dia.
Tak kelas pertama takpelah.
Cuma, kalaulah dia berpeluang ke kelas pertama, dia mungkin akan lebih dicabar untuk menjadi lebih baik.
Itu saja harapan aku.
Bukan untuk berbangga-bangga "Anak aku kelas pertama!"

No. Aku bukan macam tu.
Baik dengan Redza, mahupun dengan Rayyan, I don't mind kalau anak-anak tak naik pentas sepanjang persekolahan.
Redza and Rayyan pun tahu tu.
Maknya tak demand naik pentas.
Yang aku mintak, kau jangan bawa balik C.
Nombor dalam kelas pun aku tak kisah.
Asalkan greding tu dapat range yang aku nak.
Masa Redza di Langkawi pun sama.
Aku pesan tak payahlah kejar 4 flat tu kalau susah sangat.
Asal subjek-subjek SPM tu A cukup.
A minus (A-) pun boleh.

Yang aku pelik, streaming class dibubar, tapi SBP and MRSM tak bubar pulak.
Ya aku tahu tak lojik nak bubar SBP and MRSM.
Cuma, SBP and MRSM kan guna konsep “pengasingan pelajar” juga.
Yang bijak-bijak terpilih masuk situ.
Maksudnya, kau beria nak streaming class dibubar di tahap sekolah rendah, tapi at the end budak-budak ni lalui pengasingan ke SBP/MRSM.
Macam takde function kau beria-ia perjuangkan bubar streaming class tu.

Tahun 2018 MRSM dah start tambah kuota pengambilan pelajar ikut sosioekonomi.
Kecoh jugalah waktu tu bila yang cemerlang di-KIV-kan peluang ke MRSM hanya kerana mak bapaknya bergaji besar.
Tujuannya untuk beri peluang lebih kepada anak-anak yang mak bapaknya berpendapatan bawah RM3K.
Oklah takpe. Kalau cemerlang apa salahnya.
Tapi ada cerita rupanya tahun tu 3A pun dipilih masuk, sedangkan yang 6A masih tak dapat offer.
Memang panas isu ni waktu tu.
Kesian anak-anak T20 yang cemerlang.
Budak-budak tu tak minta pun dilahirkan dalam kalangan mak bapak yang berkemampuan.
Tak adik hanya kerana mak bapaknya kaya, mereka dinafikan peluang ke sekolah yang bagus.

Ada sorang mak ni cakap tak tahulah apa motivasi untuk suruh anak-anak yang lain belajar sungguh-sungguh.
Dulu ada gak modal "Belajar pandai-pandai, dapat 6A nanti ada peluang masuk sekolah asrama".
Dah jadi gitu, peluang pun tak nampak nampak bayang katanya.
Masa tu ramailah yang sarkastik berkomen “Jom berhenti kerja. Biar pendapatan isi rumah less than RM3K”.

Masa tu aku pun marah.
Walaupun aku takde anak yang menunggu peluang masuk boarding school ketika tu, aku bengang bila peluang budak-budak cemerlang 6As ke sekolah berasrama dikecilkan hanya kerana mak bapaknya berduit.
Dahlah streaming class dimansuhkan.
Kau nak budak-budak cemerlang ni jadi apa sebenarnya?

Aku sangat berterima kasih pada streaming class.
Bila Rayyan berada di kelas ke-3, cikgu mengajar ikut pace budak kelas ke-3.
Bila Rayyan berada di kelas ke-2, cikgu mengajar ikut pace budak kelas ke-2.
Anak lebih faham pelajaran sebab cikgu berpeluang mengajar ikut kemampuan student dalam kelas tu.
Rayyan di kelas ke-2, tapi dia ada kawan di kelas pertama.
Aku tak nampak budak-budak ni kisah kau kelas 1 atau kelas 4.
At least kat Rayyan aku tak nampak perkara tu jadi masalah.
Sebab dia ada kawan dari kepas pertama dan ketiga.
Kalaulah dari awal Rayyan berada di kelas yang takde pengasingan, dah tentu dia akan ketinggalan.

Ini kat sana dia tengah minggu exam.
En Wan bagi target rendah je - "jangan markah bawah dari 60".
Aku punya target lagi rendah - "Asalkan tak fail". Hahahah.
Bukan apa, kena mengambil kira keadaan Rayyan yang kejap-kejap MC sebelum ni.
Banyak kelas dah tuang ni.
Ujian 1 hari tu pun dia tak attend langsung sebab masih MC.
Exam kali ni aku anggap warm up untuk dia.
Ini exam pertama dia di sana.
Orang lain dah merasa sebelum ni. Dia belum.
Kita tengok keputusannya nanti so that tahu kat mana dia boleh dibantu nanti.
En Wan kata agak-agak tak puas hati, dia nak tarik Rayyan keluar masuk sekolah harian je so that dia boleh mengajar tetiap malam.
Memang masaklah kau kalau bapak kau ambil alih 😁.

Aku cuba nak fahamkan perspektif parents yang membangkang streaming class. 
Apa sebenarnya yang buatkan mereka bangkang.
Adakah sebab malu anak di kelas belakang?
Sebenarnya tak perlu malu.
Biar dia duduk di kelas belakang supaya cikgu boleh belajar ikut pace yang selari.
Budak-budak kelas belakang tu bukan bodoh, tapi slow learner.
Be realistik. Kena terima kenyataan kalau anak kita memang slow.
Slow bukannya bodoh, tapi perlu bimbingan lebih banyak dari orang lain. Itu saja.

Kalau kita boleh asingkan budak-budak autism dan budak disleksia ke satu sekolah atau kelas pendidikan khas, kenapa yang slow learner tak boleh?
Autism is kelainan upaya.
Disleksia is kelainan upaya.
Slow learner is kelainan upaya.
Dorang ni semua ada kelainan upaya dalam menguasai pelajaran.
Kenapa mesti mansuhkan streaming class?
Letakkanlah budak-budak ini di tempat yang betul, itulah namanya adil.
Meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Streaming class objektifnya untuk membolehkan pelajar bergerak mengikut pace yang sesuai dengan keupayaan masing-masing.
Dangkal sangat pikiran kita kalau menganggap streaming class tujuannya untuk membeza-bezakan pelajar.
Sedangkan dengan streaming class, cikgu dapat set-kan suitable pace and maintain that pace untuk seluruh kelas.
Tak ada risiko pelajar ketinggalan.
The whole class dicabar pada tahap yang dinilai sesuai untuk seluruh pelajar dalam kelas tersebut.
Cikgu pun boleh move ahead dengan cepat sebab seluruh kelas tak memerlukan banyak penyeliaan dan perhatian kerana semua berada di level yang lebih kurang sama.

Lagi satu, bila student dikumpulkan bersama berdasarkan kebolehan dorang, gangguan dalam bilik darjah dapat dikurangkan.
Cikgu dapat kelalkan rentak pengajaran yang stabil dan can address learning needs seluruh kelas tanpa perlu kejap-kejap nak sesuaikan diri untuk pelajar yang ada tahap pemahaman yang berbeza.

Pelajar yang berada di level yang sama ni juga dapat saling memotivasikan each other because they possess similar abilities.
Di samping tu konfiden level dorang meningkat sebab dorang tak merasa rendah diri atau lebih bodoh dari orang lain.
In fact, they offer each other friendly competition which is, in itself, motivational.

Aku rasa pandangan aku dipengaruhi oleh pengalaman aku teaching.
Yang ada basic biologi, boleh faham apa aku cakap.
Yang takde basic biologi, aku kena explain from scratch.
So apa jadi dengan yang ada basic biologi ni?
Kejap-kejap pi toilet sebab bosan.
Itulah yang jadi pada budak-budak di sekolah.
Bila cikgu me-repeat benda yang sama, yang dah faham akan jadi bosan dan malas nak belajar sebab balik-balik cikgu dok ngulang benda yang sama.
Maybe parents yang menyokong streaming class dibubar perlu merasai mengajar pelajar.
Rasai sendiri macamana handle keupayaan yang berbeza dalam satu slot yang sama.