2023-08-01

Kena ada strategi untuk apply anak ke SBP


Sekarang tengah open permohonan ke SBP, kan?
Dah start grup-grup parents membincangkan hal ni.
Aku tak join group di atas.
Memang sejenis malas join grup.
Screen shot ni En Wan bagi, sambil tulis "Tahun lepas ginilah kita, kan?" 😁

Ya, begitulah kitorang tahun lepas.
Nak memilih SBP mana yang sesuai dengan performance Rayyan sesungguhnya sangat-sangat menyesakkan dada dan kepala.
Bila takde UPSR ginilah jadinya.
Tak tahu nak expect apa.
Nasib baik ada UASA.
Itupun Rayyan ambil exam UASA lambat, dengan keadaan berpapah ke sekolah.
Waktu tu dia masih fresh baru keluar dari hospital.
Berangkut dengan tongkat, dengan wheel chair ke bilik khas untuk ambil exam.
Kitorang tawakkal je masa ni.
Buatlah setakat yang mampu, dik.
Cukup syarat buat exam.
Nak expect lebih-lebih pun, dalam keadaan dia yang menahan sakit, aku tahu fokus dia terganggu.

Kepada mak bapak yang sedang berpikir-pikir nak apply ke SBP mana, bak kata orang kat atas tu (gambar), "Jangan pening-pening pikir anak dapat atau tak dapat SBP Premier, yang penting dapat".

Tersentuh hati aku dia kata sanggup lari pusing padang 100 kali asalkan anak dapat tawaran SBP.
That shows how bad saingan sekarang.
Jangankan kata nak ke SBP Premier, nak ke SBP lain pun tak pasti boleh sangkut ke tak.
Siapalah yang tak nak anak ke SBP Premier.
Tapi tu lah, dengan saingan sengit, calon melambak-lambak sekarang, kena ada strategi untuk apply anak ke sekolah mana.

Seperti memohon UPU, setiap universiti ada merit tertentu yang perlu dilepasi.
Same goes to SBP.
SBP Premier meritnya lebih tinggi berbanding SBP lain. Ini fakta.
Dalam webinar tahun lepas, speaker tu sendiri cakap "Kalau awak yakin anak memang layak ke Premier, applylah. Kalau tak, jangan".
Sebab, kalau pilihan pertama kau dah letak SBP premier, tetapi tak dapat, pilihan kedua tu pun payah nak sangkut.

Dia macam ni tau.
Kat dalam borang tu ada 3 pilihan.

Pilihan pertama kita letak SBP Premier.
Pilihan kedua SBP Premier juga.
Pilihan ketiga SBP non Premier.

Dia akan tengok pilihan pertama kita dulu.
Pilihan pertama kita tadi adalah sekolah premier yang mungkin mahukan merit 95.
Tapi anak kita punya merit adalah 85.
Dah tentu pilihan pertama tak dapat.

Kalau ikut lojik akal, tak dapat yang pertama, mestilah dapat yang kedua, kan?
Tapi kalau pilihan kedua adalah premier school juga yang mahukan merit 90, maknanya pilihan kedua tetap tak dapat.
Sebab anak kita merit 85.
Melainkan pilihan kedua adalah sekolah yang jarang orang apply. Insyallah boleh dapat.
That's why pemilihan ke SBP ni perlu strategi.
Kena ambil tahu performance anak kita.
Dari situ kita boleh agak sekolah mana yang mungkin anak kita lepas untuk masuk.

Lagi satu yang tricky adalah, katakanlah pilihan pertama tak lepas.
Pilihan kedua lepas dari segi merit.
Tetapi memandangkan kita pilih that school sebagai pilihan kedua, dia akan KIV-kan kita dulu.
Kerana those yang memilih sekolah tadi sebagai pilihan pertama akan diambil terlebih dulu.
Jadi, peluang anak kita dapat pilihan kedua tadi boleh berkemungkinan nipis juga.
Melainkan merit anak kita sangat tinggi untuk sekolah yang kita pilih di pilihan kedua, ada peluang dapat.

Apa-apa pun, sekolah mana-mana pun ok.
Percayalah cakap aku.
Kalau sabit untuk dapatkan akademik, mana-mana sekolah pun ok.
Cuma, di SBP pelajar terdedah dengan macam-macam program kerana Alumni-nya strong.
Especially premier school.
Their Alumni support sekolah kaw-kaw.
Duit bukan masalah bagi sekolah-sekolah ni.
Alumni akan usahakan asalkan students dapat pendedahan yang terbaik.
Inilah sebenarnya sebab kenapa parents mahu anak ke premier schools.
Kalau sabit akademik saja, mana-mana sekolah pun insyallah bagus.
Tengok je lah pak incik kau ni.
Sekolah Menengah Belara. Hulu banat mana ntah. Hahahhaa.
Tapi fly! Dia sorang je dalam batch dia yang fly pulak tu. Tajaan JPA.
Boleh imagine tak berapa hotnya nama beliau disebut-sebut dalam kampung tu. Mbhahahaha.

Sekolah mana-mana pun ok, asalkan nak belajar.
Dia kalau taknak belajar tu, kau letaklah kat TKC pun, tetappppp dia fly.
Fly yang pergi tak kembali, ya.

Kitorang dulu masa apply untuk Rayyan, sambil apply sambil buat Plan B.
Kalau antara 3 pilihan tu tak dapat, kitorang takkan apply sekolah asrama lain for the sake of nak dia duduk asrama.
Reason kitorang pilih SBP adalah untuk dapatkan pendedahan yang mungkin takde di sekolah harian. Itu sahaja. Bukan sebab nak dia duduk asrama semata.
Kalau tak dapat, just go sekolah harian je.
Tapi pastikan dia dapat kelas khas.
Macam Rayyan hari tu dapat dah kelas khas.
Ada 25 orang je kelas tu. Apa nama ntah kelas ni. Lupa aku.
Tapi sebab dia patah kaki, masih dalam MC, maka dia tak merasa masuk kelas tu.
Tup-tup dapat SBP pulak. Lagilah tak pergi terus.
Kalau tak dapat SBP hari tu, memang aman dah dia dalam kelas tu sekarang.

Actually ada kelebihan tau kalau anak-anak berada di sekolah yang bukan premier, atau di sekolah biasa.
Selalunya sekolah premier ni straight As terlampau ramai.
Adalah mustahil semua-semua straight As tu dapat masuk ke satu uni yang sama, apetah lagi program yang sama, betul tak?
Pasti ada certain kuota yang terhad juga.