2023-01-09

Kehidupan yang dulu bermula kembali. Syukur.


Isnin 9 Jan 2023.

Pagi ni aku and En Wan bangun pagi dengan fokus hanya ke tempat kerja masing-masing.
Aku di Putra Heights, En Wan di Putrajaya.
Dah takde lagi "Hari ni pukul berapa kita nak ke hospital?".
Beg baju pun dah simpan balik dalam lemari.
Kalau tak, beg baju tarik tu sentiasa ada kat depan katil.
Setiap 2 hari, salin. Keluarkan baju kotor, masukkan baju bersih untuk simpan kat hospital.

SYUKUR.

Kepada yang bertanya berapa total aku di Avisena kali kedua ni, jumlahnya RM22K untuk 22 hari.
Maka total semua 'penginapan' adalah:

Avisena 7 Dec-11 Dec: RM12k
PPUM: 11 Dec-16 Dec: RM1700
Avisena: 16 Dec-7 Jan: RM22K

Total semua: RM35,700.00

Alhamdulillah semuanya ditanggung Prudential.
Cuma deposit masuk ke Avisena kena bayar sendiri, tapi tak banyak. Ratus-ratus je.
Yang PPUM kena pay and claim.
Alhamdulillah, semalam En Wan kata Prudential dah bagitau bil PPUM akan dimasukkan ke akaun aku bulan ni.
Orang kata nak dapat claim dari takaful, susah.
Bak kata En Wan, tak susah. Asalkan dokumen yang diminta, cukup dan takde dispute, insyallah lancar.
Beruntung juga En Wan adalah "orang dalam", senang nak follow up.

Total RM35,700 ni kalau kena keluar cash sedebuk, memang terasa sangat penatnya kumpul duit bertahun-tahun.
Keluarnya zassss. Segitu je hilang.
Bila ada takaful, lega banyak.
Rayyan ni aku ambil takaful sejak umur 2 tahun.
Tak ambil awal sebab dia pre-mature.
Baby pre-mature kena tunggu 2 tahun baru boleh ambil takaful.
Setiap bulan RM163. Bermakna aku dah bayar takaful dia selama 10 tahun, berjumlah RM19,560.
Kalau bulan-bulan simpan RM163 dalam bank, dengan interest 8% (contohhh), maybe by 10 years ada RM33K.
Total bil tadi RM35,700.
Gone gitu je simpanan 10 tahun. Siap kena top up lagi.
Itu kalau bilnya RM35,700 lah. Kalau lebih? Berpeluh nak top up.

Dah terkena gini, barulah nampak ada pekdahnya bayar takaful bulan-bulan.
Siapa nak sangka tahun ke-10 baru kejadian macam ni berlaku.
Itupun aku insist minta untuk discharge Sabtu lepas.
Kalau ikut doktor, dia taknak lepas sehingga Rayyan cekap guna crutches, sebab dia takut jatuh.
Kalau jatuh, bermakna kena start the cycle balik semula. Nauzubillah, taknaklah.
Kitorang mohon Dr discharge sebab duduk hospital bukan ada procedure apa-apa, hanya berehat pakai skin traction je.
Bila Rayyan dah boleh duduk tegak, dah boleh juntaikan kaki, dah boleh bend lutut sikit, dah boleh turun dari katil -- cukuplah.
Selebihnya kita berehat kat rumah.
Lepas ni, setiap 2 minggu kena datang hospital untuk x-ray.

Imagine kalau doktor berkeras untuk kitorang stay another 2 weeks?
Entah berapalah bilnya.
One thing yang best pakai takaful, nilai medical card tu akan balik pada asal setiap tahun.
Contoh, Rayyan punya coverage is RM200K setahun.
Dia punya cycle start 13 Jan.
Kitorang dah guna RM35,700 tadi, kan?
Nanti selepas 13 Jan, medical card dia start balik RM200K.
Takaful tak macam conventional insuran.
Kalau conventional dia cover RM100K SEUMUR HIDUP.
Dibuatnya keluar masuk hospital beberapa kali, RM100K habis gitu je.

Aku and En Wan ada both conventional and takaful.
Zaman dulu belum ada takaful lagi. Semua conventional.
Bila takaful wujud, kitorang tambah takaful.
Kitorang maintain convetional sebab tak salah aku ada benda yang conventional cover (dulu) yang sekarang takde dalam takaful.
Jadi, kitorang decide bayar je lah dua-dua.
Insyallah, untuk Rayyan ni kitorang nak review bagi tambah coverage.
Macam Redza, kitorang buat medical card coverage RM1 juta. Korang pun boleh review medical card korang, up hingga RM1 juta.
Rayyan ni bapak dia tengah uruskan nak increase value.
Bukan nak harap jatuh sakit, tapi bila dah terkena sekali memang nampak jelas kos rawatan tak murah.
I mean, kalau nak rawatan berserta keselesaan tempat tinggal di hospital, kosnya tak murah.
Cuma minta dijauhkan dapat sakit.

Buat medical card ni bukan berharap nak jatuh sakit.
Sekadar sediakan payung sebelum hujan saja.
Ini pun syukurlah kesedaran dan awareness tentang medical card ni dapat seawal usia 20an.
Agaknya masing-masing kerja kat swasta, awal-awal dah tahu medical benefit kurang dapat dari company, maka awareness tentang medical card jelas.
Terfikir zaman kecil dulu, zaman sekolah.
Mak bapak aku kerja kerajaan.
Sama ada zaman tu insurans kesihatan belum meluas kat Malaysia, atau environment aku tidak aware dengan keperluan ada medical card.
Mujurlah kitorang adik-beradik takde kejadian jatuh sakit.
Kalau tak, option yang ada tentulah Hospital Kajang (itu paling dekat).

Masa aku retak kaki, that was year 2000.
Menggagau bapak aku stop kat a few Poliklinik untuk nak check kaki aku.
Asal dia masuk klinik, kejap lepas tu dia keluar balik. Tak surelah sebab apa.
Adakah klinik tanya if aku ada medical card? I don't know.
Last-last ke Hospital Kajang.
X-Ray, retak rupaya. Kena simen.
Masa tu ada option nak simen yang putih atau simen style baru.
Yang style baru dia macam kain gauze yang dililit kat kaki, kemudian kain tu mengeras jadi macam simen.
Warnanya bukan putih, but beige.
Pak Aji pilih yang itu untuk aku. Maksudnya apa?
Maksudnya, mak bapak ni walau ke hospital kerajaan, tetap mahukan treatment yang terbaik untuk anaknya.
Aku yakin, kalau Pak Aji ambilkan aku medical card, mesti dia hantar treatment kat private terus.

Baru-baru ni Pak Aji operate kat UKMSC (UKM Specialist Center).
Ini private wing. Macam private hospital juga.
Buat operation, tinggal hospital 3 hari, RM12K.
Mak Aji kata "Dulu mama papa tak sedar insuran (takaful) ni bagus. Tak ambik. Dah tua-tua ni baru nak sedar, tapi dah tak boleh ambil pulak".
Itu nasib baik ada duit untuk ke private wing.
Dapatlah keselesaan dan layanan yang baik.
Kita nak tinggalkan mak bapak kita pun sedap hati tahu nurse baik dan tempat tinggal selesa, makanan terjaga, sedap-sedap pulak tu.
Aku pun silap. Tak terpikir nak ambikkan mak bapak aku takaful.
Sebab dulu aku ingatkan orang yang kerja kerajaan ni ditanggung medicalnya sampai mati.
Mak aku cakap memanglah ditanggung, tapi tetap kena queue.
Kalau nak cepat, kena pergi private wing.
Yang itu tak ditanggung, kena bayar sendiri.
Aku pun "Ohhh". Terlambat. Semoga Mak Aji and Pak Aji sihat-sihat saja.

Rutin harian aku bermula hari ni ada perubahan sikit.
Pagi aku akan pergi ofis dulu macam biasa. 12 tengahari MESTI balik.
Nak mandikan Rayyan. Aku tak mandikan pagi.
Pagi gosok gigi and lap-lap badan dulu. Kalau dia nak tido balik lepas tu, tidolah.
Tengahari balik, mandikan dan masak.
Lepas tu baru masuk ofis balik.
t least kalau balik lewat petang sikit takpe sebab dah siap masak.

Semalam, elok je habis makan, tengah basuh pinggan, kat sink tu jugak aku terbelahak balik.
Mok kata badan aku dah penat sangat.
Agaknya badan aku dah tahu aku dah balik rumah, Rayyan pun ada kat rumah, jadi dia tekan red button.
Selama sebulan ni aku push limit.
Walau penat badan, penat emosi, penat fikiran, dengan berulang-alik, dengan menguruskan Rayyan kat hospital, berkejar ke ofis, kebetulan pulak December bulan YES, persiapannya lebih dari biasa -- tak sedar sebenarnya badan tu mintak rest.
Nasib tak tumbang.
Semalam, dia tak bagi chan.
Tak sempat makanan aku nak sampai ke perut, terbelahak balik.
Diharap badan, emosi dan otak cukup rehat malam tadi aku tidur awal.
Ok, nak bersiap sedia, nak balik kejap lagi. Lepas 2pm, datang opis balik.

By the way, ingat tak bulan Nov lepas aku war-warkan tentang HIBAH LESTARI?
Hibah ni untuk orang sakit.
Selama ni orang sakit tak boleh buat hibah.
Prudential buka sebulan je hari tu khas untuk orang sakit.
Serta-merta lulus ya, TIADA MEDICAL CHECKUP.
Aku nasihatkan, ambil ni.
Sekiranya sakit kita tu membawa kepada kecacatan kekal satu hari nanti, at least hibah ini membantu.

Whatsapp En Wan terus kat sini.