2023-01-11

Menjadi seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah ni, berat tanggungjawabnya.



Sebak aku tengok video tentang seorang father.
Anak-anak perlu tahu tentang kenapa ayah kurang masa dengan keluarga di rumah, kenapa ayah sibuk, kenapa ayah selalu outstation, kenapa ayah always balik lambat, etc.
Masa aku kecil, Pak Aji tak banyak masa di rumah.
Kalau ada kat rumah pun, dia selalu ada kerja nak buat kat meja makan.
Nanti dah habis makan, dia akan duduk kat meja makan, penuh kertas-kertas keluar dari briefcase dia.
Dah dia always ada talk nak kena buat.
Dulu-dulu mana ada pakai powerpoint, semua guna slide.
Kejap-kejap aku nampak Pak Aji menulis atas slide yang transparent tu.
Tulisan, rajah, table -- segala bentuk infografik Pak Aji lukis je. Pakai tangan.
Bukan guna komputer. Zaman dulu computer belum canggih lagi.

Seingat aku, dalam sebulan, 2 minggu je Pak Aji ada di rumah.
Lagi 2 minggu sibuk dengan outstation ke sana sini.
Melihat kereta Pak Aji depan rumah adalah sangat membahagiakan.
Terasa keluarga aku lengkap di rumah.
Kalau Pak Aji balik awal, dia akan trim rumput and pokok-pokok dalam pasu, aku join sekali.
Sambil tolong, sambil sembang.
Kalau dia basuh kereta, aku join kat tepi basuh beskal.
Walaupun beskal tu bukan aku guna pun. Asal dapat main air.
Disebabkan Pak Aji tak selalu di rumah (kalau ada pun, busy), aku kena pandai manage urusan aku.
Masa dia ada lah nak minta duit untuk beli manila kad, beli pembalut buku, beli kertas minyak.
Untung sabut, boleh minta beli kasut sekolah atau seluar trek baru sekali. Tapi selalunya tak dapatlah. Hahahaha.

Dulu hari Sabtu kerajaan kerja half day (sekarang sama juga ke?).
Aku tahu bapak aku balik kerja penat.
Ofis kat Shah Alam, rumah kat Bangi. Jauh.
Tapi nanti lepas lunch, rehat kejap pastu siap-siap nak balik kampung (Tampin).
Kalau tak balik kampung, kitorang gi jalan-jalan KL.
Literally BERJALAN, tau. Jalan-jalan tengok kedai.
Memang jalan je dari hujung je hujung.
Tak pulak aku question dulu bila kena jalan jauh-jauh.
Now, laki aku ajak gi overseas pun aku tanya "Nak buat apa?".
Menapak lama sikit dalam mall pun aku dah bertanya "Awak nak ke mana sebenarnya ni?".
Malas betul aku nak bergerak sekarang.

Kitorang TAK PERNAH bercuti selain dari balik kampung atau ke Singapore jumpa relatives.
Di Singapore pun bukan tido hotel atau berjalan ke mana-mana.
Tido rumah makcik, makan rumah makcik, kalau makcik bawa berjalan, ikut.
Nama nak pandai-pandai sendiri jalan-jalan kat Sentosa Island tu memang taklah.
Singapore bukan tempat holiday untuk aku.
Di sana tempat jumpa sedara-mara sebab adik-beradik Mak Aji ramai di sana (Mak Aji was born in Singapore).
Selain dari balik kampung dan ke Singapore, tidak ada berholiday melainkan tumpang Pak Aji outstation.
Kalau kebetulan Pak Aji dapat bilik seorang, berangkutlah kitorang sefamili join sekali.
Tapi tumpang tido je lah. Makan sendiri-sendiri.
Bapak aku makan kat hotel, kitorang pandai-pandailah tapau kat kedai sebelah hotel.
Itu pun seronok dah.
Kalau tak kerana membontoti Pak Aji, tak kenal aku dengan Semenanjung.
Dalam pada Pak Aji busy tu dapat jugaklah kitorang menumpang berjalan.
Merasa aku tido hotel, walaupun tido atas lantai bentang toto.
Janji tido dalam aircond. Maklumlah kat rumah pakai kipas je.

Ikut Pak Aji outstation, aku nampak how busynya dia.
Siang dah tentu kerja. Malam pun sambung meeting.
Masuk bilik, sambung menulis slide.
Merata-rata dia bagi talk.
Tu pasal masa kawen aku, jemputan sangat ramai.
Yang ramai tu mostly cikgu-cikgu HEM, cikgu kaunseling dan guru besar sekolah dalam Selangor, dan orang-orang Jabatan Pendidikan Daerah dan Negeri.
Dah macam gathering geng-geng dorang pulak.
Walaupun Pak Aji busy, kitorang adik-beradik ok.
Tak ada masalah tekanan perasaan.
Selalu dengar cerita anak-anak terabai bila mak bapak sibuk, anak-anak perangai teruk bila kurang campur tangan mak ayah di rumah.
In my case, alhamdulillah.
Maybe sebab Mak Aji ada di rumah dan both of them present bila ada di rumah.

Itulah cara seorang ayah tunjuk kasih sayangnya -- dengan cara kerja kuat untuk mencukupkan keperluan anak-anak.
Now, anak-anak aku tengok pulak bapaknya busy dengan kerja.
Redza dari kecil mati-mati taknak jadi engineer sebab "Taknak jadi engineer sebab busy macam papa".
One of En Wan punya cousin pernah cakap "Pok Ayi sejak kerja sendiri baru nampak dia join program keluarga, kan? Dulu masa engineer jarang nampak dia kat majlis-majlis family".
Tapi bak kata En Wan boleh je nak kerja rilek-rilek, tapi lain orang lain misinya.
Lain orang lain tanggungannya. Lain orang lain keperluannya.

Rayyan selalu tanya "Ma, kenapa papa at home pun buat kerja?"

Aku always explain "Papa kerja tapi dia ada di rumah, kan?"
"Papa kerja di rumah tapi dia masih makan sama-sama dengan kita".
"Papa kerja tapi di meja yang sama dia monitor adik study".
"Papa kerja tapi sambil kerja dia teman adik main hoki".


Bila renung-renungkan balik, menjadi seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah ni, berat tanggungjawabnya, kan?
Ada sebab kenapa lelaki tanggungjawabnya mesti begitu.
Sesuailah dengan kudratnya, fizikalnya, personalitinya.
I mean lelaki yang faham tanggungjawablah.
Yang tak faham tanggungjawab tu kita takyah dicusslah, kan.

Lelaki yang tahu tanggungjawab -- rehatnya tak cukup dan sebahagian besar jadualnya berkisarkan kerja dan family.
Tak kurang juga ada lelaki (ayah) yang masih bekerja di usia 70an.
Takde istilah persaraan.
Bukan kerana keinginan peribadinya, tetapi kerana tanggungjawab yang masih besar terhadap keluarga menyebabkan ayah-ayah ini memaksa diri untuk terus cari rezeki.
Tengok pun tahu dorang ni sebenarnya dah letih, nak berehat, badan dan minda dah no longer supportive, tapi keadaan tak mengizinkan.
Tanggungjawab masih besar tapi tak banyak pilihan atau tak ada pilihan lain sama sekali.
 
Nak lagi kalau umur dah cecah 40an ada anak kecil yang belum bersekolah.
Masih perlu kerja untuk menampung keperluan.
Tapi bak kata kawan aku, orang sekarang umur 60 tak macam orang dulu umur 60.
Dulu 60an dah nampak tua nau. Now umur 60an insyallah ligat lagi.
Contohnya PM kita, 70an pun kerja lagi.
Insyallah, niat yang baik, Allah mudahkan.
Semoga suami-suami dan ayah-ayah kita diberikan kesihatan dan kekuatan tubuh badan untuk mencari rezeki dengan baik dan dapat menjalankan ibadah dengan sempurna hingga akhir hayat.