2023-01-06

Kau tak payah tanya "Makan apa eh body maintain?". Dorang memang tak pernah gemuk pun.


Video mekap aku yang macam muka Avatar hari tu, ramai betul yang puji kening aku. 
Katanya helok berbentuk.
Ya, sekarang ramailah puji.
Zaman sekolah dulu, dek kerana kening itulah asal ada spotcheck kat perhimpunan, aku kena tahan.
Aku bersolek pi sekolah katanya.
Alahai, aku nak gelak pun tak sampai hati.
Kejadah apa muka aku berkerak tiba-tiba kening je berlukis?
Asal spot check je, aku tenyeh-tenyeh kening supaya bulu-bulunya berterabur dan berselirat bior tak nampak macam berlukis. 
Suatu kegigihan yang gagal. Everytime spot check konfem kena punya.
Rupanya di zaman sekarang, kening aku jadi idaman.
Aku syak dulu pun dorang suka kening aku, tapi tak dapat.
Tu pasal aku asyik kena attack je. Gituuu.

Ok lagi satu yang cakap "Muka Kak Di lepas basuh mekap, nampak licin. Mata pun takde fine lines".

Yang berniat nak tahu aku pakai skin care apa, jawapannya Clinique.
Tapi, aku tak promote, ya. Ini sekadar bagitau je.
Kalau korang pakai brand lain, sila teruskan if serasi.
Cuma aku nak bagi pandangan peribadi tentang penjagaan muka.
Pandangan ni bukan sebab aku rasa kulit aku ok, bukan. Tapi dari sudut sains.

Ok gini. Perasan tak, selalunya bila dah berusia 40an baru kita menggagau cari supplement berkolagen, cari supplemen for skin, dan nak cari skin care anti-aging.
Selalunya bila dah nampak ada fine lines muncul kat muka, baru kita nak cari 'ubatnya'.
Sebenarnya aging pada kulit dah bermula pada usia sekitar 30 tahun, sebab umur 27 kolagen dah mula drop.
Tapi, kulit kita menua dengan cara berbeza bergantung pada genetik dan gaya hidup.
Hat genetik tu aku taknak sentuh sebab itu memang kita takleh ubah.
Kalau genetik kita lambat tua, memang lambatlah tuanya.
Yang aku nak cerita ni pasal lifestyle.

Penjagaan muka sepatutnya bermula dari sebelum umur cecah 30-an, sebab umur 30 kerja-kerja penuaan dan bermula cuma kita tak nampak.
Padahal dalam kulit dah start busy menua.
Contohnya fine lines. Umur 30an memang tak nampak lagi.
Dan selalunya bila tak nampak, kita tak rasa ada keperluan jaga muka atau makan supplement.
Petunjuk fine lines sudah mula membentuk adalah ketika our facial expressions change - masa senyum dan masa berkerut.

Waktu muda sepatutnya dah start pakai good skin care dan rajin cuci muka, supaya dari awal kita train kulit untuk slow aging.
Good skin care tak semestinya branded stuff.
As long as kulit kita serasi bila pakai, teruskan.
Pakai dengan rutin. Jangan malas!
Pakai yang basic-basic je pun takpe buat permulaan. Jangan berhabisan dulu.
Mula-mula sekali kena ada moisturiser. Ini penting.
Serum and toner biar dulu.
Mesti ada pencuci muka.
Pencuci muka nak beli yang murah pun takpe, as long as dia membersih dengan bagus.
Kalau pembersih muka jenis minyak atau krim, korang MESTI beli toner sebab toner ni tujuannya untuk membersihkan lebihan minyak pada muka sebelum apply moisturiser.
Tapi kalau pembersih muka bukan jenis krim atau minyak, tak perlu pakai toner pun boleh.

Yang seterusnya mesti ada sunscreen. Ini WAJIB.
Walaupun duduk dalam ofis tapi kalau ofis berdekatan dengan tingkap, sinar UV masih boleh masuk.
Sunscreen kena rajin apply.
Kalau dari awal dah rutin dengan facial wash, moisturiser dan sunscreen, insyallah aging spots and wrinkle tu lambat sikit muncul.
Tapi kalau wrinkles dan keluar, aging spots dah keluar baru nak cari produk dan makan supplement - pun boleh start pakai sunscreen.
Cuma, you kena faham yang aging spots and wrinkles tu dah terbentuk dari dalam kulit lamaaaaaa sebelum dia muncul di luar kulit.
Bila dia dah keluar, akan mengambil masa untuk menghilangkannya.
Maka tak bolehlah expect makan supplement A sebulan wrinkles hilang.
Atau pakai skin care B 3 minggu aging spots hilang.
Tak, ya. It doesn't work that way. Kena bersabar.
Benda dah jadi orang kata. Nak mengundurkannya perlukan masa.

Aku suka tengok some celebrities yang seusia aku atau maybe lebih berusia, tapi body dan kulitnya masih young.
Selalulah juga nampak orang tanya "You makan apa, kurus?", "You pakai skin care apa?"

Yang sebetulnya, dia menjaga kulit dan body sejak awal lagi.
That's why badan dia maintain dan kulitnya tak nampak aging.
Kan aku pernah cakap pasal lemak. Remember?
Lemak yang dah terbentuk will be yours FOREVER.
Ia TIDAK akan hilang. Ia hanya mengcut sahaja.
Jadi, untuk orang yang pernah overweight and obese, perlu jaga badan sepanjang masa.
Sebab, ketika dah kurus, sel lemak tidak hilang. Ia hanya mengecut sahaja.
Disebabkan sel lemak dah sedia ready dalam badan, the moment you makan lebih je, sel lemak akan diisi semula.
Sebab itulah kebanyakan orang yang pernah overweight kata "Nak turunkan berat bukan main lama. Makan lebih sikit je, naik badan mencanak-canak".
Sebenarnya mungkin you tidaklah makan banyak sangat, tetapi disebabkan sel lemak dah ready, maka senang untuk ia mengembang semula.

Celebriti macam Che Ta, Jeslina Hashim, Ezurin, Scha -- ini semua ko tak payah tanya "Makan apa eh body maintain?".
Dorang tak pernah gemuk pun.
Untuk orang yang tak pernah gemuk, sel lemak dorang memang tak banyak.
Kalau termakan lebih sikit pun, esok lusa dorang diet, berat badan turun dengan cepat because sel lemak belum terbentuk banyak.
Tapi untuk orang yang pernah gemuk, kemudian kurus, the struggle adalah memaintainkan berat badan.
Kerana sel lemak menanti. Anytime dia boleh terisi semula.

Samalah macam kulit.
Yang kata "Kulit you cantiklah. Pakai skin care apa?"
It's not really about the skin care (the brand), tetapi penjagaan yang rutin.
Every morning cuci dengan facial wash, kemudian apply serum, hydrator, moisturiser, sunscreen, balik dari ofis cuci mekap dengan makeup remover bersih-bersih, malam payah night cream, eye cream, seminggu 2 kali pakai mask -- semua ini yang buatkan kulit terjaga.

Same goes to rambut.
"You pakai apa eh, rambut lebat cantik".
Bukan sekarang baru dia jaga rambut.
Dia dah start bertahun yang dulu lagi.
Dengan shampoonya, dengan hair masknya, dengan serumnya, dengan hair oilnya, dengan sauna rambutnya.
Bukannya dia pakai produk A hari ni, minggu depan dah cantik rambut tu.
Umpama kau nak exam.
Ada beza tak antara orang yang study last minute dengan orang yang hari-hari study?
Mesti ada, kan? Besar bezanya.

Yang makan Gloei contohnya.
Orang A kata sebulan kulit dah tak dry.
Orang B pula cakap 3 bulan baru nampak hasil.
Kalau ikut lojik, jika produk yang salah, pasti TAK ADA sorang pun dapat kesan seperti Orang A.
Tapi kenapa orang A dapat hasil yang cepat manakala orang B lambat?
Kerana, progress Gloei bergantung kepada keadaan kulit semasa.
However, jangan give up. Teruskan guna sehingga dapat hasil yang diingini.