2022-11-29

Golongan B40 mewarisi gelaran B40 kerana mentaliti ibubapa.


Hari tu aku ada up satu quote berbunyi - "Ramai golongan B40 mewarisi gelaran B40 kerana mentaliti ibubapa mengharapkan anak sebagai insuran hari tua".

SANGAT BETUL.
Ada mak bapak yang bila anak habis je sekolah, cukuplah.
Kena cari kerja. Bantu keluarga.
Cukuplah sekolah 11 tahun. Bagi mak bapak berehat pulak.
Padahal mak bapak belum tua sangat pun. Baya-baya umur aku je.
Tapi dah nak berehat, nak hidup senang makan hasil anak.
Itu ada ampun lagi. Ada yang jenis yang asal anak dapat gaji je, mula mintak itu ini.
Macamkan anak tu bekerja untuk lambakkan harta kat dia semata-mata.
Minta duit nak besarkan dapur. Minta anak buat loan sebab nak beli moto.
Tau-tau je beli gelang emas tapi anak kena bayar ansuran bulanan.
Mak bapak macam ni memang tak berjenis.
Alasannya, aku dah banyak berhabis membesarkan kau, sekarang kau kena balas jasa.
Inilah yang buatkan anak-anak baru nak merasa keluar dari kepompong kemiskinan, akhirnya mewarisi status B40.
Bukan kerana anak-anak tu tak berusaha, tapi sebab mak bapaknya toksik!

Aku kesian dengan anak-anak yang berada dalam environment macam ni.
Budak-budak ni perlu ditarik keluar dari kelompok tu.
Tapi tu lah, bak kata pepatah "nak seribu daya, taknak seribu dalih".
Some of them dah terikat dengan permintaan mak bapak.
Mak bapak pulak jenis yang drama. Buat teruk.
Anak jadi tak sampai hati bila tak tolong.
Maka ikatlah perut si anak demi nak menyenangkan hidup mak bapak.
Yang mak bapak pakat-pakat guna dalil "Bila lagi nak berbakti dengan orang tua?".
Macamanalah anak tu tak berbelah-bagi?

Salah seorang candidate yang pernah minta kerja dengan aku dulu ginilah.
Dia tak cakaplah, tapi kitan boleh tahu masalah dia.
Minta kerja remote (work from home).
Aku cakap aku perlu staff datang ofis.
Sekarang dah takde keperluan untuk work from home macam dulu sebab semua dah hidup normal.
Segala aktiviti dan berjalan seperti biasa. Jadi dia kena masuk ofis.
Tapi dia minta boleh tak setiap Rabu nak half day dan Jumaat kerja dari rumah.
Alasannya, Jumaat nak tolong mak bapak berniaga kat pasar malam.
Preparation kena buat dari pagi.
Rabu kena ambil adik balik dari sekolah pukul 4 petang. Takde siapa nak ambil. Kau rasa??

Aku cakap, "Adakah you expect majikan bertolak-ansur dengan jadual ni sepanjang tahun? Ini unfair untuk pekerja lain. Kalau pekerja lain boleh usaha datang ofis setiap hari, you sepatutnya ada effort yang sama".
Dia kata mak bapak minta hari Jumaat bantu mereka.
Aku tanya balik "So maknanya setiap Jumaat you bercuti la, kan? Sebab you takkan boleh buat kerja ofis from home pun sebab sibuk bantu parents that day. Setiap Rabu kena half day pula, sepanjang tahun. I think you are not ready for work".

Intern aku ada sorang gini juga masalahnya.
Dia nak dibenarkan bercuti pada bila-bila masa sebab bila mak perlukan bantuan, she has to be there.
Aku cakap internship mana boleh cuti. Ini adalah kelas.
Student punya cuti hanya weekend and semester break je. Hari kelas, kena hadir.
Tapi sebab nak tolong, aku allow buat internship from home.
One day, task tak submit. The following day tak submit juga.
Aku tanya mana task? Dia kata wifi belum bayar.
Ok kalau macam tu kenalah masuk ofis. Tak boleh, sebab kena tolong keluarga.

Entahlah kan, aku tak tahu nak tolong macamana lagi.
Sometimes, ada orang mahu ditolong. Ada yang tak mahu ditolong.
Dorang mahu berada dengan kebiasaan yang sama. Comfort zone.
Hakikatnya kedudukan mereka lansung tak comfort.
Tapi tu lah, bila dah terbiasa, mereka tak sedar yang kedudukan mereka sekarang bukanlah selesa.
Orang yang dah selesa dengan hidup susah, berusaha untuk keluar dari kesusahan adalah satu nightmare untuk dorang.
Rela dia terus hidup begitu dengan macam-macam alasan.
Alasannya, biarlah hidup sederhana.
Biarlah tak berjaya macam orang lain asalkan dapat bantu mak bapak.
Biarlah tak sambung belajar asalkan dapat berbakti pada orang tua.
Biarlah berhenti kerja asalkan dapat buat mak bapak gembira.

Salah cara orang-orang ni mengintepretasikan "berbakti pada orang tua".
Seolah-olah kita-kita yang berhijrah duduk jauh dari mak bapak ni tak berbakti pulak.
Helok je pun ramai berjaya. Dengan kejayaan itulah mereka guna untuk berbakti pada mak bapak.

I tell you, comfort zones are where dreams go to die. Comfort zone is dangerous.
Bila dah selesa dengan sesuatu keadaan, itu petanda kita bakal berdepan dengan danger.
Patutnya mak bapak yang B40 ni, bagi semangat dan ruang untuk anak-anak mengubah nasib mereka.
Kita dah merasa susah, takkan nak anak keturunan mewarisi kesusahan yang sama.
Dah lah zaman sekarang nak cari kerja payah, nak cari kerja yang yang gaji besar jauh lebih payah, apetah lagi kalau anak takde kelulusan.
Bila anak ada peluang sambung belajar, support.
Bila anak buat internship, support.
Kasi ruang anak buat intership dengan baik supaya majikan puas hati dapat serap terus jadi permanent staff. Kan senang.
Ini tak. Anak tu intership dia kacau kejap-kejap minta anak ambil cuti.

Yang anak pun slow talk la patutnya dengan mak bapak. "Mak, sekarang saya masih belajar, belum kerja lagi. Intership ni belajar. Kena habiskan. Tak boleh cuti. Kalau saya bagus, ada potensi dapat kerja tetap terus di situ. Gaji lebih besar dari alowance sekarang".
Some mak bapak mungkin tak tahu, jadi sebagai anak yang bijak, kenalah bagi pencerahan.
Nak keras sikit, "Mak nak hidup senang, kan? Jadi mak kena bersabar. Tunggu saya habiskan belajar. Buat masa ni kita semua kena berkorban. Saya berkorban habiskan belajar, mak berkorban uruskan hal mak sendiri sementara ni".

Kadang-kadang majikan bukan tak nak bantu. Dah habis bagi peluang dah.
Tapi kalau sentiasa hidup beralasan pun payah juga.
Nak seribu daya, taknak seribu dalih.
Jangan katalah aku tak lalui.
Intern sekarang, masing-masing ada laptop. Aku dulu takde pun.
Assigment aku tetap bersiap walau tulis tangan.
Tulis tangan pun tulislah, janji assignment berhantar.
Nasib baik masa pratikal, makcik aku bagi komputer kotak.
Dapatlah guna buat lab report.
Kalau tak, ke cybercafe la kita.

Aku pernah keja part time kat UKM jaga exam.
Balik jalan kaki sebab waktu balik tak sama dengan Mak Aji.
Memandangkan Mak Aji pun tumpang kereta orang, takkan orang nak tunggu aku kot. Balikla sendiri.
Jenuh menapak dari UKM ke Fasa 3.
Bawak payung. Kalau panas, takpe lagi. Kalau hujan, lencun sampai ke spender.
Tapi dek kerana nak merasa pegang duit yang tak sampai RM600 tu, tetap aku pergi kerja.
Kena menapak pun menapaklah.
Susah kita memang tak sama, tapi setiap kesusahan pasti ada jalan keluar kalau bersungguh.
Kalau dah memang tak nak tu, memang tak dapek nak nolong lah.

Aku seboleh-bolehnya tak nak memanjakan budak-budak muda ni dengan work from home, boleh masuk lambat, boleh balik awal, boleh kejap-kejap ambil cuti.
Bukan tak mahu bertolak-ansur tapi some of them naik lemak bila dibagi peluang demi peluang.
Boleh nampak bezalah budak-budak muda ni dengan permanent staff aku yang dah kerja 7 tahun.
Jauh beza - dari segi cara komunikasi, cara kerja, tanggungjawab - beza sangat.
Padahal staff aku masa baru masuk kerja dulu, muda juga.
Bukan duduk KL, masing-masing hijrah dari kampung.
Task yang aku bagi semua dorang usaha buat. Tak tahu, belajar.
Aku boleh cuti pi umrah 3 kali lah lepaskan semua hal ofis dorang uruskan.

Yang anak-anak muda ni, aku pulak yang risau masa depan dorang.
Boleh je aku nak buat bodoh, tapi aku mak tau.
Dorang ni baya-baya anak aku je.
Tak sampai hati nak tengok cara hidup yang gitu.
Kalau boleh nak je aku tarik dorang keluar dari environment yang tak membantu dorang jadi lebih baik.
Tapi masing-masing ada mak bapak lagi. Entahlah. Nasib baik anak orang.