2022-04-13

Yang kena sedar diri tu kita, bukan seller.


Ada lagi pemikiran macam ni, ya? Ingatkan dah takde dah.
Dari zaman Prof Muhaya jual jubah dia, sampailah ke Fareeda jual tudung, mesti ada manusia komen macam ni.

"Nak meniaga jangan jual mahal-mahal sangat?"

Like, seriously?
Boleh tak kalau aku cakap "Nak beli, ukur baju di badan sendiri!"
Agak-agak berasap tak dengar?
Bukan apa, manusia ni kalau membash orang kemain lagi, time dia kena cuit terus meroyan teruk.

Seller tu buat charity ke? Tak, kan?
Dia berniaga bang, bukan bagi baju free.
Kos tenaga kerja, shipment, barang mentah. Semua tu kena kira.
Zaman sekarang ni disebabkan ramai competitor, nak profit 50% pun payah tau.
Kalau rasa boleh dapat the same quality dengan harga yang lebih murah di tempat lain, go ahead.
Dia pun tak paksa semua orang beli dari dia.

Ni sama macam kes nasi Chef Ammar semalam.
Ada Hamba Allah minta Chef limitkan jualan kepada 10 bekas seorang saja.
Jangan bagi customer beli lebih sebab orang belakang nak beli katanya.
Sebab diri sendiri tak dapat beli cakaplah gitu.
Cuba kalau kita dapat beli, sure kita kata "Sape suruh datang lambat?". Kan?

Isu beratur panjang rasanya bukan benda baru.
Ini isu biasa terjadi.
Nak-nak lagi kalau barang best, nasib-nasiblah kalau dapat.
Sebab bukan kita je yang nak beli, ramai. 
Penyelesaiannya, esok datanglah lebih awal dari tadi.

Pernah dulu viral netizen bitter dengan harga jubah Prof Muhaya.
Tak tahulah dia bitter tak mampu beli jubah mahal atau sememangnya dia hater Prof.
Kaw-kaw dia kutuk.

"Ajak orang tutup aurat tapi dia sendiri jual baju mahal-mahal"

"Jual murah. Lagi ramai yang mampu beli, lagi banyak pahala"

"Nak pergi haji balik hari"

"Tak cukup kaya lagi ke?"
 
"Biarlah bersederhana"


Tak, yang aku nak tanya ni, siapa sebenarnya yang kena bersederhana? Kita ke, seller?
Kalau kita ada RM10,000, beli baju harga RM400, itu namanya mampu.
Kalau kita ada RM1000, tapi beli baju harga RM400, itu baru namanya membazir.
Ceritanya, selaklah poket masing-masing.
Jangan kerana kita tak mampu beli, maka kita anggap semua orang tak mampu beli juga.

"Kesian, orang lain terliur nak beli tapi tak mampu".

Oh, masa ni lah sibuk masing-masing nak jadi pejuang rakyat.
Yang benornya, rakyat yang kurang berkemampuan tu ada banyak lagi nak dipikir dari beli baju mahal.
Dorang tu lebih pikirkan benda makan daripada baju mahal.

Selalunya yang 'pejuang rakyat' ni jenis yang tak mampu beli tapi kelebet page barangan mahal.
Bila tak mampu beli, dia keluarkanlah segala hadis dan ayat Quran nak tunjuk yang seller tu jahat jual mahal-mahal.
Padahal nak bagi sedap hati sendiri sebab tak dapat beli.
Patutnya, hadis tu kau baca 44 kali untuk diri sendiri. 
Sebagai ingatan sendiri supaya bersederhana.
Bukannya suruh seller tu yang jual harga sederhana!

Some people, bila tak mampu beli baju harga RM300, dikatanya baju tu terlampau mahal.
Let me ask you, adakah bila kau tak mampu, maka semorang pun tak mampu beli?
What if baju tu harga RM80 dan kau mampu beli. 
Adakah kerana kau mampu beli maka kau rasa harga tu reasonable?
Sedangkan ada orang lain RM80 masih berkira-kira untuk beli.

Yang betulnya, kemampuan berbelanja tu adalah dari kita, bukan peniaga.
Peniaga tu menjual bukan semua orang.
Kita kena belajar terima hakikat, di luar sana ramai yang mampu beli barang mahal.
Sebab itulah wujudnya butik-butik mahal, kerana ada demand.
Ada demand, ada supply.
 
Butik-butik mahal tu wujud untuk crowd yang tertentu.
Crowd-crowd sebegini membeli bukan macam kita.
Kita ni beli asal sedap pakai. 
Those people beli lebih dari sekadar sedap pakai.
Dorang 'beli' keselesaan bershopping, packaging yang exclusive, dan layanan VIP.
Dorang berada di liga yang berlainan. Tak sama dengan kita yang marhaen ni.
Kalau kita rasa harga yang dijual tu mahal untuk kita, maka carilah kedai yang harganya untuk crowd kita.
Benda simple, kenapa nak susahkan?

Umpama butik Chanel.
Kita belum mampu beli beg harga RM17K, lojik ke nak tazkirah tokey kedai supaya turunkan harga beg biar semorang dapat rasa pakai Chanel?
Tak, ya. Bukan macam tu.
Yang betul adalah, kau gostan keluar dari kedai tu.
Takde siapa marah pun kalau kau tak beli.

Dulu pernah ada customer Makeup Remover GreenAard cadangkan aku tukar botol MR kepada yang lebih ekslusif.
Dia suggest pakai botol kaca.
Customer ni mesti dari crowd have-have yang suka dengan MR aku.
Maybe dia sukakan packaging yang exclusive.  
Aku bagitau, dari awal lagi aku dah kira costing.
Siapa yang taknak produk dia nampak exclusive?
Tapi kalau aku tukar ke botol yang lebih cantik, aku kena naikkan harga sedangkan formulanya sama.
Tengoklah besok kalau aku tukar sikit formulanya, maybe berbaloi tukar packaging sekali.

Yang jenis bitter dengan harga mahal, belajarlah tepuk poket sendiri.
Tanya, aku mampu ke tak?
Kalau belum mampu, cari alternatif lain.
Banyak je pilihan lain tapi entahlah, hati aku berat merasa orang-orang yang bitter ni bukan marah sebab harga tapi kerana hate achievement orang lain.

Dulu masa tudung Fareeda tengah hot, dek kerana bitternya mereka-mereka ni dengan Fareeda, habis keluar semua hadis pasal aurat.

"Tudung singkat tak cover dada!"

Ada satu brader ni pernah viral komen dia.
On surface nampak macam Islamik gila, tapi entahlah, aku nampak komen dia tu lebih kepada menyerlahkan kegagalan dia sebagai ketua keluarga.

Dia kata seller (Fareeda) menormalisasikan pemakaian tudung singkat.
Tudung tu dah lari dari konsep sederhana katanya sebab penggunaan warna-warna yang menyerlah.
Lama-lama isteri-isteri kita semua boleh hanyut katanya.

Kau dah kenapa, bang? 
Kurang minum air ke camne.
Teruk benar keringnya otak tu.
Kau yang gagal nasihatkan isteri, nak salahkan seller pulak.

Yang aku pelik tu, tudung tu ada je versi labuh.
Aku pernah masuk butik and sengaja test size besar. 
Sampai ke perut labuhnya.
Design yang bertingkat-tingkat tu lah. Ada je yang labuh.
 
Yang betulnya, bini dia yang tak nak pakai hat labuh.
Bini dia yang nak pakai singkat.  
Dah bini kau yang tak makan nasihat, nak salahkan orang lain pulak.

Kadang aku tengok makin pelik-pelik perangai manusia.
Marah seller jual mahal.
Marah seller bila makanan habis.
Marah seller jual tudung singkat.

Jubah aku pernah kena sound juga dulu.
Time aku jual harga new arrival, taknak beli.
Bila jual harga sale, tak dapat warna yang dia nak, dia marah aku pulak.
Dia kata aku jual murah untuk warna-warna yang tak cantik je, warna cantik tak nak bagi sale.

Alahaiii. Baru blaja bershopping ke camana ni, kak?
Warna-warna cantik tak payah tunggu sale dah habis, kak.
Stok yang berlebih ni lah kita buat sale. 
Supaya boleh clearkan stok lama sebelum stok baru masuk.
Lain kali, time new arrival tu cepat-cepat beli.
Kalau nak tunggu sale baru beli, silakan berpuas hati dengan warna dan saiz yang available sajalah, ya?

Tapi aku ada produk yang sale pun teap stok ada manjang, tak pernah habis.
Sentiasa replenish. Namanya GreenAard :).
Meh lah, now tengah Ramadan Sale sampai Jumaat ni. Sompek lagi ni nak grab.