2022-04-14

Kenangan persiapan raya.

Kukis yang aku buat Ahad lepas, hari ni dah tinggal sebalang.
Redza sorang hadap 2 balang.
Siap bawak naik balang terus park dalam bilik.

Sejarah pembuatan choc chip kukis ni bermula tahun 1990, semasa aku Form 1.
Bulan-bulan puasa macam ni, rutin aku adalah membuat 6 jenis kukis.
ENAM, ya. Sebab balang raya Mak Aji dulu ada 6, jadi semua balang kena mewakili kukis yang berlainan.
Kukis yang wajib are choc chip, mama carey, biskut gajus, almond london, kukis aunty Latifah and satu lagi aku dah lupa.

Kukis Aunty Latifah tu aku tak tahu apa nama sebenar. Tak pernah tanya.
Aunty Latifah (arwah) ni ex-bos Mak Aji.
Dia yang ajar cara buat kukis tu.
Jangan tanya aku, dah lupa resepi dia.
Tapi itulah kukis paling cerewet sekali nak buat sebab kena simpan dalam fridge satu malam sebelum dipotong dan dibakar.
Selalunya kukis ni aku buayt paling last.

Yang paling hazab nak buat is biskut gajus.
Biskut gajus ni kena terap bentuk cutter gajus.
Taulah bentuk gajus macamana, kan. Bijinya terjuntai kat luar.
Bila terap dough, bahagian biji yang tersentil keluar tu selalu patah.
Gelek balik, pastu terap balik.
Boleh naik hantu aku nak menyiapkan biskut gajus ni.

Selalunya Ima akan jadi tukang letak sebiji gajus atas dia and sapu dengan kuning telur.
Kalau almond london, Ima tolong rendam dalam coklat and tabur badam hancur atas dia.
Kalau choc chip, Ima tolong tepek choc chip.
Kalau buat mama carey, Pak Aji yang akan lukis corak.
Mak Aji buat apa?
Dia warden. Dia perati je dari tepi.
Kalau salah, kau siap. Haaa gitu.

Satu benda yang aku always tertanya-tanya, mana datang tawakkal mak bapak aku serahkan tugas buat kuih kat aku seawal 13 tahun?
Bukan sejenis pulak tu.
Sampai 3 jenis dia serahkan kat aku.
Dia bagi aku resepi. Baca. Buat.
Barang dia beli.
Yang dia tahu, balik kerja, satu jenis kukis mesti dah siap.

Awal-awal tu memang banyak burn modal sikitlah sebab aku belum reti nak jaga api oven.
Terap dough pun tebal semacam.
Kukis segabak-gabak besor.
Bila ulang 3-4 kali, dah makin better.
Kena petir tu biasalah.
Dah dia pun bagi kat budak 13 tahun buat, takkan nak expect hasil macam pakar kot.
Kena marah benda biasalah.
Tapiiii yang aku stress tu, Mak Aji sangatlah pemurah tak kena tempat.

Aku ni penat-penat lepas Subuh dah start buat sampai 5-6 adunan.
Esoknya, dia angkut sebalang bawak pi opis agih-agih kat kawan-kawan dia.
Kadang tu ada kawan-kawan dia datang rumah, dia bagi terus sebalang gitu je untuk anak-anak kawan dia.
Terkebil-kebil aku tengok kukis aku dibawa pergi.

"Takpe, nanti buat lagi".

Masa tu nak je aku tanya "Siapa yang nak buat tu?"

Tapi, takpelah.
Karang mahu penampau dia melekat pulak kat dahi aku.
Terbukak terus puasa aku nanti.

Dulu exam pertengahan tahun sebelum raya.
Bulan-bulan puasa orang lain pulun study untuk exam, aku pulun buat kuih kat dapur.
Masa Form 1 bulan puasa dapat balik rumah outing setiap minggu.
Tiap-tiap minggu aku balik and pulun buat kukis.
Tahun-tahun seterusnya dah memang sekolah dekat dengan rumah jadi boleh buat slow and steady.
Hari sekolah pun sempat siapkan 2 adunan.

Ini baru buat kukis, belum lagi cerita mengecat.
Pak Aji punya tawakkal lagi tinggi.
Umur aku 8 tahun, bersekolah petang.
Dia boleh serahkan tugas mengecat dinding rumah and gate kat aku pagi tu.
Padahal tengahari aku kena pi skolah. Kau rasa?

Aku 8 tahun ya masa tu.
Anak-anak aku umur 8 tahun pegang penyapu pun terkibai-kibai.
Tapi aku siap boleh mengecat rumah!

Betullah cakap orang.
Mak bapak yang membentuk sikap anak-anak.
Aku tak boleh nak buat macamana Mak Aji and Pak Aji buat kat kitorang.
Mungkin kelebihan yang ada pada mak bapak aku adalah dorang takde sumber lain untuk tolong.
Maka, anak-anak adalah orang harapan.
Nak tak nak, kena kerah juga anak-anak buat, kalau tak nanti sendiri yang penat nak buat semua benda.
Boleh jadi inilah yang push dorang untuk tawakkal.

Macam kita sekarang banyak sumber pertolongan.
Bayar je kat bibik, dia boleh kemaskan rumah.
Nak cat rumah, upah orang.
Nak kuuih raya, beli.

Dan boleh jadi jugak kitorang jenis boleh diharap, tak menolak jika disuruh (berani kau nak tolak?) dan juga jenis cepat belajar.
Pak Aji tunjuk satu-dua kali cara nak mengecat, cara nak bancuh cat, aku dah boleh buat dah.
Lepas sahur, terus siap-siap ready peralatan cat and bancuh.
Kadang Pak Aji bancuhkan siap-siap sebelum pi kerja.
Nanti dorang semua dah pi kerja, aku bentang newspaper lama untuk cover lantai dari terkena cat. Lepas tu cat.
Tempat yang tinggi, aku panjat tangga.
Mak Aji dah pesan "Kau naik tangga ni baik-baik. Kalau kau jatuh, mati!"
Gitu kau dia punya warning.
Kalau kita, "Turun! Turun!"
Tak berani nak bagi anak panjat-panjat.
Lagi pulak memanjat sambil bawa cat. Oiii memang tak lah.
Tapi mak aku siap saikokan aku lagi.
Dia tak halang kita naik.
Tapi cara dia saikokan kita tu, takde yang ringan-ringan, ya. Terus mati dia bagi.
Kalau kau tak berwaspada jugak time naik tangga tu tak tahulah nak cakap apa.

Maybe inilah agaknya punca kenapa mak-mak sekarang cepat penat dan banyak mengeluh kat FB.
Sebab semua benda kita buat sendiri.
Mak-mak dulu berani serah kat anak-anak buat macam-macam.
Dorang punya konsep, "Nah! Buat ni. Kalau salah buat, siap kau!"

Mak mertua aku tak pandai kelim karipap tau.
Dia pakai alat nak kelim.
Aku tolong dia buat karipap, aku kelim sendiri pakai tangan.
Mok mertua aku kagum skill aku mengelim.
Aku cakap, Mak Aji dulu ajar aku kelim karipap, dia punya tagline senang je "Muka kalau tak cantik tapi reti buat kerja rumah, nak jugak orang buat jadi menantu. Kalau tak, jangan harap".
Gitu kau, satu line je dia bagi.
Terus menyedarkan aku dari lamunan, lantas pandai kelim karipap dengan harapan boleh kawen dengan anak raja.

Walaupun kedengaran macam seksanya hidup kau Kak Di kecik-kecik kena kerah buat kukis and cat rumah, sebenarnya tak pun.
Dulu, tak rasa pun itu satu penderaan atau kerahan tenaga.
Maybe aku suka membuktikan yang aku boleh buat.
Bagi je task, aku akan cuba buat.
Rasa puas gila bila berjaya accomplished satu-satu kerja tu.
Berpeluh-peluh mengecat gate tengah panas sampai nak terbukak puasa, tapi kental betul aku menahan puasa sampai habis.
Seronok bila Mak Aji balik kerja tengok dah bersusun balang-balang kuih raya kat dapur.
Happy tengok Pak Aji balik kerja muka ada senyum tengok dinding dah serba baru.
Kerja-kerja aku taklah bagus mana pun dan dorang pun tahu tu tapi at least membantulah juga.

Sekarang anak-anak dah tak duduk sekali (kecuali Ibal), keseronokan buat persiapan raya tu dah berkurang.
Dah takde jumpa dah aku nak bersoseh kat dapur membakar kuih.
Oven rumah sendiri pun 5 tahun sekali baru berasap.
Kuih order je.
Aku order, Ima order, hantar ke Bangi.
Dulu tak ramai orang jual kuih raya.
Sekarang melambak. Beli je.
Rendang pun boleh order.

Kalau boleh, semua masakan pagi raya tu aku nak order je.
Rasa macam dah habis dah zaman aku nak berpenat-penat kat dapur pagi raya.
Tapi, layankan jugaklah suasana raya tu sementara ada kesempatan berkumpul ni kan.
Bila lagi nak dengar mak kau marah kau terkibai-kibai kat dapur buat kerja.

"Kau ni kan Diana, takde pandai-pandainya buat kerja kat dapur. Terkibai-kibai cari barang!".

Aku dia kata tak pandai buat kerja dapur?
Dia tak tau ke hari-hari aku riakkan lauk-pauk aku kat Instagram?
Ni aku cakap kat En Wan, balik raya kali ni aku nak bawak sendiri pisau aku, papan pemotong aku, sudip-sudip semua aku nak bawak sendiri dari rumah.
Aku rasa punca aku terkibai-kibai selama ni adalah sebab tak biasa pakai barang-barang dia.
Kalau perlu, kuali pun angkut sekali nanti. Kau tengoklah.
Tahun ni aku jadi Chef terus kat dapur dia tu.



Aku seram ni bila dia kata rendang ayam and paru dia nak buat sendiri. 
Perlu tak aku balik lambat sikit. Balik masa rendang dah siap. Boleh kan?