2022-04-12

Nampak macam kuat, tapi rupanya badan je yang besar.



Siapa follow kes Bella ni?
Selepas hari pertama perbicaraan, esoknya dah start orang share artikel ni.
Ini katanya ditulis oleh orang yang berada dalam mahkamah tu.
Memandangkan media tak buat liputan (tak tahu apesal tak buat liputan), jadi orang ini share apa yang berlaku semasa perbicaraan.
Aku takut artikel macam ni ditokok tambah, jadi aku screenshot dan tanya sendiri orang yang terlibat dalam kes Bella ni.
Dia sahkan semua ini betul.

Serta-merta meluap-luap darah aku nak memaki. Pakkal bulan puasa.
Aku memang sensitif apa-apa isu berkaitan kanak-kanak.
Didera ke, mati dibunuh ke, mati terbakar ke, aku tak boleh dengar.
Tu yang aku selalu buat dek je kalau isu-isu ni timbul.
Sebab aku tak boleh benda-benda melibatkan budak-budak.
Hari ni pun aku taknak sentuh pasal kes Bella.
Honestly aku tak ambil tahu sangat kes ni. Setakat tahu dia didera.

Point yang aku bulatkan - TRAUMA.
Trauma is real.

Lately ni aku blog kisah aku semasa kecil, ada yang tanya aku tak terkesan ke dengan zaman kecil aku.
Maksudnya sama ada aku trauma atau tak.

Tak. Takde trauma.
Aku bukannya didera, atau dipukul.
Diejek dan dimalukan tak cukup kuat untuk jadikan aku trauma.
Tapi, aku alami trauma dengan exbf.
Dia punya impak sampai dah kawen, sampai dah ada anak, sampai anak-anak dah besar kadang aku masih termimpi-mimpi lagi kejadian yang sama.
Menunjukkan how stress dan how menakutkan keadaan pada waktu tu.

Beberapa kali pernah mimpi exbf kejar, ugut, acu pisau.
Kadang-kadang mimpi terkawen dengan dia pun ada.
OMG, terjaga dari tido terus minta En Wan peluk kuat-kuat. Punyalah takut.
Boleh dikatakan trauma tu sebenarnya tak hilang sampai sekarang.
Once a while termimpikan dia, jantung aku berdegup laju sampai boleh dengar degup jantung aku sendiri.

Orang kata kalau trauma didera, dibuli atau dipukul boleh buatkan mangsa jadi depression.
Alhamdulillah aku takde depression.
Tapi semasa berada dalam situasi genting tu, memang stress yakmat.
Aku pilih untuk mengawal keaadan supaya tak jadi lebih buruk pulak tu.
Maknanya banyak yang aku absorb.
Segala sakit hati, dendam, pedih, semua aku pendam supaya keadaan jadi terkawal.
Kalau ikut hati aku, memang aku taboh balik.
Tapi aku tak bodoh, ya.
Aku umpama hero Tamil, kalah dulu memang kemudian.

Aku tak bodoh.
Hanya terpaksa membodohkan diri demi masa depan yang gemilang. Gitu.
Ye lah, aku study kat Sarawak kot.
Kalau aku sama naik mengamuk macam dia, dah tentu kes aku jadi lebih besar.
Silap-silap jadi kes polis.
Kalau jadi kes polis, apa-apa hal esok aku kena patah balik ke sana untuk settlekan pending case.
Silap-silap kalau masuk mahkamah segala, tak ke hauk jadinya life aku asik nak turun naik ke Sarawak.
Sebab tu aku membodohkan diri.
Biarlah dia nak mengamuk.
Biarlah nampak macam aku jahat.
Biarlah orang nak kata apa pun. Gasak kau.
Misi aku hanyalah kawal keadaan supaya aku grad, aku boleh balik dan mulakan kehidupan dengan bergaya.

Dari pengalaman aku berada dalam situasi hauk macam tu, ternyata orang yang suka mendera ni INSECURE. 
Ada perkara dalam hidupnya yang tak settle yang buatkan dia lepaskan pada orang lain. 
Especially orang yang suka belasah orang, kekuatannya hanya pada orang yang lemah. 
Cuba kau tengok those yang dera budak-budak. 
Dia pernah tak pukul orang sebaya? 
TAK. TAK AKAN. 
Sebab dia sebenarnya penakut dan tak kuat mana pun. 
Sebab tu dorang pilih untuk belasah budak-budak saja. 

Masa aku dulu pun, hanya aku saja yang dia berani belasah.
Dengan orang lain tak.
Jangankan kata nak belasah orang lain, siap penakut lagi tu.
Dengan aku je berani nak ugut-ugut.
 
Orang yang "kuat" macam ni, selalunya otaknya lembab.
Sebab tindakan dorang banyak tak guna otak.
Kena main psikologi dengan orang-orang macam ni.
Itu yang aku follow je rentak dia, tapi at the same time aku dah prepare nak bertunang.
Esok nak balik bertunang, malam ni aku masih keluar lepak makan burger dengan dia.
Secara kasar nampak macam aku memainkan perasaan dia sebab aku masih keluar makan dengan dia almost everyday.
Dah tu, kalau aku tak ikut karang dia menggila.
Jadi, aku play along lah.
Dah kau nak sangat aku ikut kehendak kau, kan.
Tapi aku tak bodohlah nak jadikan orang yang dah membelasah aku sebelum kawen sebagai suami. No way.

Aku tak ada pengalaman didera semasa kecil.
Mak Aji hanya garang, tapi dia tak pernah dera aku.
Sebab tu aku mesra je dengan mak aku.
Takde perasaan dendam atau apa-apa terhadap mak sendiri.
Jadi, aku tak reti nak share red flags menghadapi kaki dera budak-budak.
Tapi kalau dengan pasangan, aku ada pengalaman.
Jadi aku boleh share sikit red flags.

Antara yang paling biasa adalah dia keep track apa kau buat ALL THE TIME.
Hat ni orang perempuan selalu salah tafsir.
Caring katanya! Caring tengkorak.
Kalau takat tanya dah makan ke? Ada kelas ke lepas ni? Itu ok lagi.
Tapi kalau dah sampai bertanya kat kawan-kawan

"Dia datang kelas tak tadi?"

"Betul ke lepas ni korang ada kelas Maths?"


Yang paling worst, "Saya dah bagitau kawan-kawan awak saya ikut awak punya field trip".

☝🏻 THIS IS NOT PROTECTIVE, OK?
Ini namanya POSSESIVE dan PENYIBUK!

Dah kenapa field trip yang takde kena-mengena nak membontot sama?
Kau takde assignment nak buat ke?
Tak reti guna masa lapang untuk study?

Ok, to be fair memang tak salah nak join.
Tapi, kau tak boleh pikir ke, ini bukan piknik.
Ini menyiapkan tugasan.
Apa perasaan kawan-kawan lain bila kau membontot awek ke field trip sedangan awek ada task nak disiapkan.
Kawan-kawan jadi segan nak minta awek tu buat itu ini sebab abang besar ada.
Boleh tak jangan meletakkan orang lain dalam keadaan serba-salah?

And ladies, please know beza antara caring dengan mengongkong.
Kalau dah sampai kena report aktiviti setiap hari pada dia, itu red flag paling besar.
Discussion habis lambat, kena marah.
Lambat datang cafe, kena marah.
Balik outing lambat, marah.
Sampai satu tahap nanti nak jumpa and keluar dengan member pun dia tak kasi.
Bila satu hari nanti kawan-kawan pun malas nak dekat dengan kau lagi, haaaa masa tu la dia keluarkan taring dia.
Masa ni lah dia start gunakan kekerasan sebab dia tahu kau takkan berani nak mengadu sesiapa sebab malu kalau kawan-kawan padankan muka kau.

Lagi satu perangai abuser ni dia suka play victim.
Kau tengok je lah yang kena tuduh mendera si Bella tu.
Ujung-ujung dia menampakkan diri dia mangsa keadaan.
Badan kemain sihat gitu sape jelah nak jadikan dia mangsa.

Eh tapi betul tau.
Kaki abuse suka menampakkan diri dia mangsa keadaan.
Ujung-ujung ugut nak bunuh diri.
Tapi panjang je umur aku tengok.
Sebab tu aku cakap orang yang suka gunakan kekerasan ni baik kepada kanak-kanak, ataupun pasangan, dorang ni PENGECUT!
Nak tunjuk power pun kat orang yang dia tahu tak kuat untuk melawan balik.  
Cakap bukan main lebat tapi hampeh. 
Oi! Otak tu takyah letak kat kepala lah.
Letak je otak tu kat kote. Kote tu campakkan ke laut.