2022-05-07

Makanlah sikit dulu di rumah.


Selamat Hari Raya semua!
Tapi ini bukan post cerita raya.
Cerita raya kendian-kendian.
Ini nak cerita pasal lain.

Khamis lepas aku post gambar atas ni.
Ramai juga yang komen and DM bagi pandangan yang sama dengan aku.
Rupanya aku tak pelik, ya.
Ramai yang memparaktikkan hal yang sama.
Bukan apa, kadang-kadang aku berdepan dengan pandangan yang berbeza dari kalangan orang-orang terdekat.
Katanya "Orang dah jemput datang makan, kita makanlah sungguh-sungguh".

Orang jenis ni, kau janganlah terlepas cakap "Buatlah macam rumah sendiri".
CONFIRM dia buat rumah kau betul-betul macam rumah dia.
Aku memang sorrylah nak pelawa orang "buat macam rumah sendiri".
My house, my rules.
Kau tak berkenan dengan cara aku, get out. Jangan banyak bunyi.

Sebelum Covid, tiap-tiap tahun aku buat open house.
Macam-macam perangai manusia aku jumpa.
Nak anggap aku mengungkit pun boleh, nak anggap aku berkongsi cerita perangai manusia pun boleh. Terpulang.

Dalam salah satu majlis open house aku, aku provide satay.
Satay yang aku bakar live.
Ada small stall untuk bakar satey.
Supaya orang boleh makan panas-panas.
Ada satu family ni datang betul-betul makan satey saja.
En Wan cerita masa menjemput tu Hamba Allah tu tanya "Ada makan apa?".
Kita pun bagitau lah menu-menu yang bakal ada dalam majlis kita tu nanti.
Agaknya dia dengar ada satey, betul-betul esok dia datang sefamily hanya nak makan satey.
Dia tunggu kat stall satey tu ambil lebih dari 20 cucuk sekaligus.
Lepas habis, beratur lagi order berpuluh cucuk.
Family aku pun noticed kepelikkan tetamu yang sorang ni.
Meja dia duduk tu dah macam rumah aku ni restoran satey.

Lepas habis majlis, mak aku tanya "Kawan kau ke tu?"

Aku dah boleh agak, mesti mak aku pun perasan dia buat rumah aku macam kedai satey.
En Wan kata dia perasan juga kawan dia makan satey banyak gila.
Tapi takpelah, dah kita menjemput, kan.
Cuma tak berkenan dengan perangai macam ni.
Entah, aku tak reti nak explain macamana.
Aku tak tahulah if maksud aku ni sampai.
Tapi aku tak berkenan. Pelik.

Itu satu.
Ada juga yang datang satu family, buat majlis aku macam buffet Ramadhan.
Masing-masing ambik lauk tu, ambik makanan ni, ambik cendol sampai 8 mangkuk (setiap sorang satu), susun semua makanan tu atas meja melambak-lambak lepas tu baru start makan.
Lepas tu tak habis!!!
Melambak-lambak cendol tak berusik.
Bercucuk-cucuk satey tak bermakan.
Sakit hati aku tengok cake and kuih bertimpa-timpa tak habis.
Ni dari ulu banat mana datang ni?
Ini semua jenis yang datang rumah orang dengan perut kosong semata-mata nak makan.
Sanggup dia tak alas perut dulu di rumah.
Tu yang satu macam punya gelojoh macam tak pernah jumpa makanan.

Dari kecik Mak Aji dah praktikkan, sebelum pegi beraya rumah orang atau sebelum attend mana-mana keduri kawen, makan sikit dulu di rumah.
Bila dah berkeluarga aku pratikkan dalam keluarga aku pula.
 
Masa mula-mula kawen dulu En Wan pelik bila aku tetap masak walaupun ada jemputan kenduri.
Aku cakap, jangan biasakan diri datang rumah/majlis orang dengan perut kosong.
Walaupun pagi raya tetamu jemput datang ke open house, janganlah kita macam "bodoh" sangat.

"Kita takyahlah masak raya esok sebab rumah sana tu jemput kita datang makan rumah dia".

Mak Aji pesan, jangan sampai kat rumah sendiri takde benda nak dimakan sebelum pergi majlis orang.
Makanlah sikit dulu di rumah. Alas perut.
Jangan buat perangai darat tu.
Habis tu kalau orang tu cakap "Buatlah macam rumah sendiri", kena betul-betul buat rumah dia macam rumah sendiri ke camana?

Bukan apa, bila dah lapar, tanpa sedar kita jadi pelahap.
Nak pulak kalau rumah orang tu tak provide makanan yang banyak, atau pilihan makanan tak pelbagai, hati kita mudah panas.
Mulalah nanti kerjanya nak mengkondem majlis orang.

"Makanan dia sikit sangat".

"Jemput orang datang, tapi itu je pilihan yang ada".


Kau ingat orang tu bukak restoran?
Orang tu jemput kita pun dah besar rahmat tau.
Yang best tu, tukang-tukang kondem ni jangankan kata nak host majlis setahun sekali.
5 tahun sekali pun tak. Tapi bab kondem dia lah terpaling sekali.

Pernah dulu viral Hamba Allah ni cakap dia attend kenduri kawen.
Dia tak puas hati bila tuan rumah letakkan 'tukang senduk lauk' pada setiap lauk yang dihidang.
Dia cakap kalau dah jemput orang datang kenduri, biarkanlah tetamu yang senduk sendiri. Supaya puas makan.
Ewah ewahhhhh. Ni lagi satu perangai.
Datang kenduri setakat hulur salam kaut RM20 makan 6 beranak, banyak pulak cengkadak nak makan sampai puas.
Orang tu jemput kita datang untuk meraikan anak dia.
Makanan yang dia provide tu tanda terima kasih kerana sudi datang meraikan, bukan untuk bagi tetamu makan sampai sengkak kekenyangan!
Nak kenyang, pi singgah mamak nasi kandar. Makan puas-puas.
Tapi tak pulak, kan?
Tak pulak kau nak bertambah-tambah makan kat mamak tu nanti.
Kat majlis orang bukan main nak meradak sungguh-sungguh.

Tu pasal sebelum ke majlis orang, at least alas perut sikit kat rumah.
Supaya kita tak kecewa dan mudah marah bila makanan di majlis orang tak seperti yang kita harapkan.

Aku pernah datang kenduri kawen yang makanannya habis seawal 3pm sedangkan dalam kad majlis habis 4.30pm.
Masa aku sampai, atas meja tinggal baki-baki kuah saja.
Kebanyakkan tray pihak catering dah angkat sebab dah habis.
Aku tengok muka tuan rumah menyambut salam aku pun jelas muka dia cuak.
Ye lah, lauk dah habis, tetamu masih ada yang baru sampai.
Kesian dia berkali-kali minta maaf lauk dah takde.
Siap nak buatkan aku teh O panas-panas sebagai ganti.
Aku cakap tak payah. Aku baru habis makan another kenduri tempat lain (padahal tak pun).
Yang betulnya, aku lega sebab dah makan siap-siap kat rumah.
Datang dapat jumpa tuan rumah pun dah happy.
Yang penting dapat bergambar-gambar.
Gambar yang penting, guys. Makan takpe, boleh singgah mamak.
Tapi betul pun, lepas keluar dari rumah dia aku and En Wan terus singgah mamak. Apa susah, kan?

Aku pernah terkena dengan member zaman belajar dulu.
Aku makan KFC snek plate.
Dia datang rumah nak jumpa another friend, tapi kawan aku tu takde.
Memandangkan dia dah nampak aku makan, aku pun ajak-ajak ayam "Makan..?"
Sekali dia betul-betul tarik kerusi dan terus cuit ayam aku.
Terperanjat juga dengan keselambaan beliau tapi takpelah, dah kau pelawa siapa suruh, kan 😆.

Snek plate kan 2 ketul je.
Elok je habis seketul, dia pi cuit ayam kedua!
Ya Allah, mendidihnya aku masa niii.
Tapi nak buat macamana, common sense is not common anymore.
Pasrah berserah je lah aku berkongsi ayam.
Sejak dari hari tu, kau takkan jumpa aku ajak-ajak ayam.
Kalau aku pelawa, memang berkali-kali aku akan pelawa.
Tapi kalau aku nak enjoy the food only to myself, aku buat hati kering walaupun kau tertonggok depan aku.

Ada sorang lagi kawan, masa belajar juga.
Yang ni kejadian masa mula-mula masuk belajar.
Masa ni nak membuat kawan baru.
Aku tengah nak start suap maggi. Maggi rendam tu.
Dia datang. Aku cakap "Makan?".
Dia pun suap sesudu.
Aku ingatkan dah, helok je lepas tu dia ambik garfu dari tangan aku and suap lagi ke mulut.
Pastu lagi, pastu lagi.
Last-last, dia hirup kuah maggi aku sampai separuh mangkuk.
Terus aku kensel nak buat dia sebagai kawan.
I mean tak bermusuh, tapi tak kuasa nak bertanya hal dia.
Jadi kenalan je lah sampai ke sudah.
Taknak aku buat member orang macam ni.

Ramai orang masih tak faham bila diajak datang makan kenduri, atau diajak datang open house, atau dipelawa secara ajak-ajak ayam, bukan bermakna kau wajib makan sampai kenyang.
Biarlah ada perasaan malu sikit.
Jangan tunjuk kita punya kebulor kat orang.  
Kadang tengok orang yang makan beria-ia kat majlis orang ni, aku yang malu.
Aku ni tahan aku pi Beryl's dulu beli roti-roti bagi anak-anak aku makan sikit alas perut dalam kereta sebelum sampai rumah orang.
Kadang singgah McD dulu belikan nugget-nugget.
Supaya kat rumah orang jangan pelahap sangat.

Tu belum lagi perangai datang majlis orang, dah tahu orang tu tak provide catering, lepas makan kemaskanlah meja tu supaya orang lain boleh duduk dengan selesa.
Eh, tak. Betul-betul dia buat perangai macam makan kat restoran.
Lepas makan, tinggal bodoh gitu je.
Padahal kita dah provide plastik hitam untuk buang bekas makanan.
Dia angkat bontot, blah.
Dah tu hamba tebusan mana yang nak kemaskan meja kau ni?

Ni orang dah start beraya, kau janganlah guna perkataan "Buatlah macam rumah sendiri" kalau setakat nak berbasa-basi.
Ramai orang takde common sense sekarang.
Betul-betul dia buat macam rumah dia nanti.

Oh lagi satu ayat yang aku tak guna adalah "Eh takpe, biar dia makan. Kat dapur banyak lagi".
Sorry. Apa yang aku hidang, itu saja kau makan.
Pandai-pandailah beringat kawan sebelah-menyebelah yang belum makan.
Bukan apa, dah pernah terkena.
Bila dia tahu lauk ada lagi, dia meratah ayam masak kicap aku sampai habis semangkuk licin!

Memang sedap makan free.
Tapi patut-padanlah.
Beringatlah sikit kita ni di rumah orang, di majlis orang.
Bukan kita saja yang dijemput. Ramai lagi.
Jangan pikir perut kita sorang je.