2022-04-17

Buka puasa company 2022


Dah masuk Day 15 kita berpuasa, kan?
Nasib baiklah semua persiapan raya dah settle sebelum puasa, kalau tak, tak larat aku nak keluar merayap puasa-puasa gini.
Dulu masa kecik, bulan-bulan puasa baru nak mencari baju raya. Haus gila.
Tu belum cerita time berbuka puasa nak gi cari tempat duduk.
Dulu asal makan je mesti kat Campbell.
Campbell tu sesak. Dia macam medan selera.
Banyak warung-warung kat situ.
Memang tempat tumpuan orang makan.

Kadang-kadang tak dapat duduk semeja, kena terpisah-pisah.
Kadang kena duduk semeja dengan orang lain.
Kadang makanan sampai lambat, dah azan masih tak sampai lagi makanan aku.
Ye lah, sebab semua nak makan serentak waktu yang sama, jadi kebarangkalian makanan lambat sampai memang ada.
Benda-benda macam ni merimaskan aku.
That's why sekarang kalau En Wan ajak berrbuka kat luar, pilihan aku sama ada hotel buffet atau buat booking in advance di tempat yang selesa.
Selesa bermaksud tak sesak, suasana tempat makan tak serabut, aura tenang kena ada, dan tempat solat dekat and selesa.
Hotel is the best kalau nak berbuka dengan aman.
Tempat solat selesa dan sekat.
Aura restoran tenang.
Pilihan makan banyak dan selalunya sedap.

Bukan apa, bila berpuasa, benda paling last aku nak tempuh adalah berebut tempat duduk.
Ini boleh ruinkan mood.
Tambah lagi dengan makanan lambat sampai, tak sedap dan suasana tempat tak selesa.
Mulalah nanti semua makanan jadi tak sedap kat tekak aku.
Bulan-bulan puasa macam ni, sama ada buat booking awal di tempat yang selesa atau tapau makan kat rumag.
Kalau rumah aku lagi selesa untuk makan berbanding restoran, baik aku tapau makan kat rumah.

Isnin lepas, company buat majlis berbuka.
Alhamdulillah, dah 2 tahun tak dapat buat, tahun ni kita start semula tradisi ni.
Kali ni ramai sikit sebab dalam tempoh 2 tahun ni ada staff yang dah berkahwin and ada anak. Meriah sikitlah.
Mudah-mudahan tahun depan ramai lagi. The more, the merrier.
Tahun ni pun aku cukup korum. Redza dah ada kat rumah.
Seronok sikit nak berbuka puasa kat luar.

Kitorang pilih Kinrara Golf Club sebab dekat.
Itupun lagi 10 minit nak berbuka baru sampai.
Tau je lah bulan-bulan puasa ni dia punya jem macamana.
Semua balik serentak, wajiblah jem.
Not bad pilihan makanan dia.
Lauk-pauk banyak, nasi beriyani pun ada, mee-mee pun ada, kambing of cossss, kuih-kuih, goreng-goreng, murtabak and roti canai pun ada.
Tapi yang paling best, teh tarik dia kaw.
Murah je RM68/pax.

Yang best bila gi tempat-tempat tertutup macam ni, surau tak sesak.
Bertenang-tenang je solat kat dalam tu.
Cuma satu benda yang aku tak berapa enjoy sangat berbuka di luar adalah, rutin aku terganggu.

Bulan-bulan puasa aku punya bullet journal routine berbeza sikit dari bulan-bulan yang lain.
Seboleh mungkin aku nak cantikkan bullet journal aku dengan rutin yang aku dah plan.
Bila berbuka kat luar, dah lari sikitlah.
Kalau sepatutnya lepas solat Maghrib, buat a few solat sunat, dah terpaksa burn kejap.
Kalau rutinnya lepas solat mengaji 6 pages, dah kena burn kejap.
Lepas tu balik rumah kena cover balik semua yang tertinggal ni, dah makin larilah schedule aku.
Itu je lah yang tak bestnya bila berbuka kat luar ni. Lain-lain ok je.

Teringat satu kenangan 'raya' 10 tahun lepas.
10 tahun lepas aku terlibat dalam satu pembikinan iklan Oil of Olay.
Ceritanya iklan tu nak tunjuk how our skin can improve dalam sebulan dan di hari raya kulit jadi berseri.
Ada 4 orang bloggers terpilih untuk iklan ni.
Dan setiap blogger kena bawa seorang kawan untuk sama-sama join.
Aku pilih seorang blogger juga untuk jadi partner.
Sebab, kalau dia seorang blogger, dia sure akan update pasal projek ni juga. Jadi, capaian tu lebih besar.

Shooting tu sebahagiannya dibuat pada bulan puasa. Kau rasa??
Memandangkan aku satu-satunya blogger melayu antara 4 orang yang terpilih tadi, maka dorang nak buat scene hari raya.
Scene raya ni best sebab masa ni dah memang bulan raya. Nasib baik.
Kau bayangkan kalau semua scene berlaku di bulan puasa?
Boleh terbukak puasa aku.

Masa ni aku dah pakai tudung.
Lagi renyahlah persiapan untuk aku.
Makeup dalam kereta, salin baju dalam kereta, pakai tudung dalam kereta.
Buat scene tengah bershopping kain baju.
Dari pagi membawa ke malam hanya untuk scene yang keluar tak sampai 1 minit.

Asal cut je, berlari masuk bawah payung.
Bukan takut hitam, tapi takut migrain.
Panas berdenting oii.
Cair mekap satu hal, lecak ketiak satu hal lagi.

Yang best tu, tempat yang sepatutnya jadi lokasi dorang shooting hari raya, kensel last minit.
Tak tahu rumah siapa yang kensel tu.
Direktor dah panas hati.
Sebab kalau boleh nak habiskan semua hari tu juga sebab lepas ni nak masuk balik studio untuk sambung shoot scene dalam 'lab'.
Aku offer buat kat rumah aku.
Direktor tanya "Rumah awak macamana?".
Maybe dia perlukan space yang besa sebab krew ramai.
Maybe juga dia perlukan sudut-sudut tertentu supaya angle tu cantik dalam screen.
Nasib baik aku ada banyak gambar rumah dalam blog.
Tunjuk kat dia, dia kata ok cun.
Terusssss semua gerak ke rumah aku. Adhoc, ya.

Masa ni team produksi sampai.
Terpaksa kosongkan porch sebab dorang nak setup banyak benda.
Terjenguk-jenguk jiran-jiran aku.
Mesti dorang ingat ada Era Fazira. Hahaha.

Ruangan ini dah jadi ruangan shooting scene bilik tidur.
Padahal ini ruang TV.
Direktor taknak masuk bilik tido aku, dia kata ruang privasi.
Jadi dia jadikan ruang TV aku macam bilik tido.
Berangkut segala meja cermin. Huru-hara rumah aku. Tapi seronok.

Ini semua extras yang jadi 'tetamu di hari raya'.
Semua pun kena dimekapkan, ya.
Memang this is a no joke punya industri. Serious business.
Walaupun kau hanya sipi-sipi saja keluar TV, tapi kau tetap kena dimekapkan.
Wardrobe semua dijaga. Sebelum pakaikan kat actor, director nak tengok dulu wardrobe on screen, cantik ke tak, warna naik ke tak. Sangat memenatkan kerja-kerja ni.

Beginilah 'suasana hari raya'.
Nak dapatkan mood raya tu dorang setupkan hall aku betul-betul macam hari raya.
Entah bila masa dia gantung kad raya segala.
Siap ada rendang, ketupat segala.
Balang kuih tu semua dorang bawak sendiri.
Kuih-kuih raya bukan aku punya, semua tu produksi siapkan.
10 kali take, 10 kali aku makan biskut raya.
10 kali jugak aku togok air sirap dalam gelas tu.
Nak menimbulkan mood raya ni siap pasang lagu raya lagi kat tepi.
Betul-betul riuh la rumah tu dah macam raya. Konfius jiran tetangga.

Pengalaman ni menyeronokkan, di samping dapat selami kerjaya orang lain.
Memenatkan.
Bukan semua orang boleh kerja macam ni.
Aku taknak buat dah. Cukuplah sekali.
Lari segala schedule aku yang sepatutnya aku buat malam tu.

Aku pernah terbaca sorang pelakon veteran, kalau tak salah mak Noorkumalasari (lupa nama arwah maknya).
Dia kata "Kalau nak saya berlakon boleh. Cuma saya nak mintak waktu solat masuk, saya nak solat".
Masa tu aku pelik, apa yang sampai kena mintak izin solat?
Kan dah memang waktu solat.

Bila aku involved dalam shooting iklan, aku faham kenapa.
Apa yang boleh aku katakan, ibadah memang susah nak buat bila dah start shooting.
Bukan tak boleh buat ya. Boleh, tapi susah.
Especially bila kau dah mekap, pastu nak cuci mekap and minta MUA mekapkan lagi sekali.
Orang nak kejar masa tapi kau ambil masa bersolat.
Perlukan understanding dari semua orang.

Lagi satu kenangan bulan puasa aku was tahun 1990.
Zaman aku kat TKC, di bulan-bulan puasa telah diragging oleh seorang kakak senior.
Aku kena nyanyi lagu raya Anuar and Ellina kat lounge blok aku.
Nyanyi sambil pakai baju tido, diri atas meja.
Dah macam kat expo aku perform.

Aku rasa akak tu nak ragging aku.
Agaknya dia bajet aku akan menangis kena nyanyi.
Silap pick worang lah. Aku memang suka menyanyi pun.
Pakej joget sekali aku bagi.
Well, lagu raya kot. Apelah artinya nyanyi lagu raya kalau terpacak macam tiang bendera, kan.
Bukannya aku nyanyi lagu Negaraku. Lagu raya. Mesti mau joget kasi happening..
Aku syak mengigau akak tu tido malam tu.

Nyanyi tanpa minus one, guyss.
Konfiden mesti mau ada.
Suara Anuar pun aku, suara Ellina pun aku, suara bass pun aku. Belasah.



By the way, ini video Olay.
Video Olay keluar 2 version. Satu version sebelum test bermula.
Yang aku tunjuk ni version selepas guna 30 hari.
Siap pakej menang pulak tu.
Tapi video ni aku cut suasana raya sebab kawan aku tu belum bertudung waktu tu.
Tak dapat nak tunjuk video iklan penuh.

The pay is good, tak salah aku RM7K aku dapat untuk promote Olay.
Tapi dia bayar kepada 4 orang sajalah.
Yang kawan tak dapat apa-apa.
Tapi disebabkan kitorang menang, dapat hadiah iPad sorang satu.

Sekian, makcik mengimbau kenangan.