2022-03-06

Syarat kaya bukan mesti berniaga.


Yang minta aku masukkan post tentang umur 40-an tu, insyallah aku masukkan jap lagi ya.
Manjang terlupa je.
Ada a few minta aku letak kat blog sebab nak share katanya. Ok, baik.

Tapi bagi aku tulis ni dulu.
Semalam ada follower cakap dia dah buat macam-macam bisnes.
At the same time dia masih kerja makan gaji.
Kiranya buat partime bisnes lah ni.
Jual kerepek penah, jual kuih raya, jual bengkung Sajat pernah, barang kosmetik, jual tupperware - macam-macam dia berniaga.
Tapi masih tak kaya-kaya katanya.

Aku tanya "Nak kaya yang macamana?"

"Nak kaya macam Kak Di" dia jawab.

Hahahaha, gelak aku baca.
Ada ke aku yang dijadikan contoh.
Lain kali gunakan Dato Vida as contoh barulah sedap sikit orang dengar angan-angan tu.
Tapi bila aku pikir-pikir balik, kalau dia nak kaya, tak mungkin dia jadikan aku sebagai reference.
Sah-sah dia pernah jual bengkung Sajat, ngape tak jadikan Sajat sebagai contoh, ye tak?
Lepas menung-menung kejap, aku rasa adik ni nak kehidupan seperti aku. Aku agak begitulah.

Bukan nak kata life aku sangat best.
Maybe dia sebenarnya mahukan life yang boleh buat kerja dari rumah, nak pegi bercuti bisnes tetap jalan sebab ada staff di ofis handle kerja, kerja santai-santai.
Aku syak dia sebenarnya mahukan life seperti ini.
It's not really about KAYA.

Dia macam ni tau.
Kebanyakan orang bila berniaga selalunya sebab nak jadi kaya, atau nak dapat extra money.
Kerana selama ni BISNES dan KAYA nampak synonym.
Kalau bisnes, mesti banyak duit. Begitu anggapannya.

Tetapi selalunya yang kita jadikan reference tu adalah those yang dah jadi kaya.
Yang bisnesnya dah berjaya.
Kita nak jadi macam dia. Kita nak life seperti dia.
Tapi, berapa ramai agaknya yang mengkaji bagaimana laluan Hamba Allah tu sebelum dia jadi senang?
Yang kita nampak life orang tu best.
Yang kita tak nampak, 10 tahun yang lepas, orang tu pernah gulung tikar 2-3 kali.
Pernah ada RM1000 saja dalam akaun.
Pernah jual kereta. Pernah refinance rumah.
Pernah ikat perut semata-mata nak ada kesinambungan dalam bisnes.

Selalunya hat tengah susah ni orang tak tahu sebab tak nampak.
Kita hanya nampak bila dia dah berjaya that’s why teruja nak berbisnes juga.
Tapi bila dah masuk ke laluan bisnes, kita jadi keliru apesal susah sangat nak jadi kaya?
Padahal dah jual macam-macam tetapi kenapa tak menjadi?
Kenapa dia buat semua menjadi?
Kenapa aku jual barang yang sama tapi tak seberjaya dia?

Yang sebenarnya, syarat hidup senang, atau syarat berjaya, atau syarat nak hidup mewah, atau syarat nak ada savings yang banyak, bukannya wajib berbisnes.
Bisnes adalah cabang kerjaya sahaja, sama seperti makan gaji.

Awak kerja apa?

Saya doktor.
Saya engineer.
Saya lawyer.
Saya cikgu.
Saya cleaner.
Saya farmer.
Saya berniaga.

Berniaga adalah sejenis kerjaya.
Takde keistimewaan pun menjadi peniaga.
Kau kerja, kau dapat.
Bezanya, berniaga ni - we are our own boss. Itu saja.

Kalaulah syarat kaya mesti berbisnes, semua orang nak buat bisnes. Buat apa makan gaji, ye tak?
Orang makan gaji pun boleh hidup senang.
Orang berbisnes ada yang takde simpanan.
Semuanya bergantung pada financial management.

Aku buat keputusan untuk run business pada tahun 2008, ketika umur 31.
Bukan sebab nak kaya, tetapi nak freedom dalam berkerja.
Tak pernah terfikir lansung berbisnes boleh jadi kaya.
Selama 5 tahun makan gaji sebagai sales and marketing, aku bebas buat sales.
Aku set own schedule untuk jumpa customer, set time bila nak outstation, bila nak buat promotion, bila nak buat demo, apa marketing plan - semuanya aku decide sendiri.
Bos hanya mahu hujung bulan hit target.

Maka setelah menimba ilmu dan pengalaman selama 5 tahun, aku rasa it's about time aku buat sendiri.
Aku tak buat benda lain.
Aku buat apa yang aku tahu.
Maksudnya, ketika aku buat keputusan untuk run business, aku tak buat benda lain.
Aku tak jual kuih.
Aku tak jual baju.
Aku tak jual event.
Aku buat biotech business juga because aku dah tahu selok-belok market ini.
Kerana bila kita buat sesuatu yang kita tahu, kurang sikit stressnya.

Takde beza pun apa yang aku buat semasa makan gaji dengan ketika run own company
Yang bezanya, dulu hujung bulan konfem ada gaji.
Bila berbisnes, walaupun doing the same thing, belum tentu ada gaji.

Aku punya reason nak berbisnes tu lebih kepada nak bebas.
Bebas buat apa yang aku nak, bebas masa, bebas kewangan. Flexible.
Tak perlu hadap bos, tak perlu hadap politik top management, tak perlu masuk keluar kerja ikut masa, tak perlu nak stress pikir tinggalkan anak setiap kali outstation, tak perlu pikir nak EL kalau anak sakit.

Masa aku start bisnes dulu aku punya impian tak tinggi mana.
Cukuplah kalau dapat gaji sama banyak dengan apa yang aku dapat masa aku makan gaji.
Menjadi KAYA bukan objektif utama, malah tak pernah terfikir pun.
Aku cuma mahu bergerak sendiri.

Masa makan gaji aku dapat 5K (basic).
Maka, semasa set up bisnes, aku aim kalau dapat ambik gaji setiap bulan RM5k, jadiklah.
Maksudnya, asalkan keadaan tak lebih teruk dari makan gaji, alhamdulillah.
Rendah je aim aku dulu 😁.

Another aim aku adalah, bercuti. 
Masa makan gaji, at least mampu bercuti ke luar negara setahun sekali.
Maka itu menjadi another benchmark aku.
Kalau selepas berbisnes aku masih boleh teruskan program bercuti setahun sekali, maknanya I’m on the right path.
Kalau tak, lebih baik aku makan gaji.

Kalau semasa makan gaji boleh enjoy makan luar 3 kali sebulan, paling tak, bila dah berbisnes sebulan 3 kali juga boleh makan luar.
Kalau dapat makan luar seminggu 3 kali, lagi bagus. Sukorrrrrrr takyah masak 😂.
Tapi, kalau sebulan sekali pun tak mampu nak makan luar, maknanya bisnes aku teruk.
Lebih baik aku benti bisnes and cari kerja lain.

Kalau masa makan gaji boleh menyimpan RM300, paling tak RM300 juga aku simpan.
Kalau dapat simpan lebih, alhamdulillah.
Tapi kalau RM30 pun payah nak simpan, baik aku benti bisnes je lah.

Begitulah cara aku buat dulu.
Kalau rasa boleh dijadikan ikutkan, silakan.
Aku tak letakkan menjadi KAYA tu as goal pertama.
Sebab buat bisnes ni tak senang.
Awal-awal mula tu kalau dapat sama banyak macam makan gaji dulu, dah bagus dah.
Slowly nanti kita improve dan get better.
Toksahlah kita anggap asal bisnes je mesti duit kepuk-kepuk.
Tak semua orang dapat habuan yang sama.

Aku punya objektif memang always simple.
Malas nak serabutkan kepala.
Maybe kerana bukan dibesarkan dalam suasana banyak duit.
Jadi, aku aim hanya pada kehidupan yang selesa sahaja.
Kalau Allah bagi jadi kaya, alhamdulillah.
Kalau sekadar selesa, alhamdulillah.
Yang penting, tak mahu terbeban dengan hutang yang tak perlu.

Aku sebenarnya bukan bisnes-minded person.
Orang bisnes ni their aim always untuk menjadi lebih kaya.
Apa yang dibuat semuanya mesti mengambil-kira untung.
Aku bukan bisnes minded sangat.
Aku just nak mudahkan hidup je.
Kalau dapat rezeki lebih, alhamdulillah.
Kalau rezeki aku masih sama macam makan gaji dulu pun, alhamdulillah.

Katakanlah gaji ketika berbisnes masih sama seperti makan gaji, at least aku tak perlu bangun pagi-pagi hadap jem pi kerja semata-mata nak kejar punchcard.
Kena stayback ikut arahan bos.
Tu belum lagi stress cuti tak approve.
Paling tak, dengan gaji RM5k yang sama, aku boleh rileks bangun pagi lepas Subuh boleh mengaji, boleh santai-santai buat breakfast, boleh bawa Redza satu round pusing taman sebelum pegi kerja, pukul 4pm dah boleh balik rumah.

Berbisnes akan menjadi stress apabila meletakkan sasaran untuk jadi kaya.
Kaya ni takde limit. Malah, istilah kaya tak sama untuk semua orang.
Ada yang kata dapat beli Lambo baru boleh dikatakan kaya.
Ada yang kata dapat ke US naik 1st class seat baru boleh dianggap kaya.
Ada yang kata dapat beli banglo 3 tingkat barulah kaya.
Sebab itu ramai yang stress. Sebab versi “kaya” tu ikut trend.

Trend orang tabur duit - kaya.
Trend bergamba depan Merz - kaya.
Trend beli Velfire - kaya.

Letih kalau nak follow trend-trend ni.
Hujung-hujung kita merasa takde improvement sebab semua tu belum tercapai, padahal dah improve banyak dah berbanding sebelumnya.

Tak semua yang kaya tu mesti dalam bentuk material.
Tak semua kaya tu dapat ditunjuk dan dilihat.
Program Masters roughly RM24K.
Some students bayar cash.
Berapa ramai orang nak spend RM24k untuk further study? Tak ramai.
Sebab tak dapat ditunjuk.
Padahal amount RM24k lagi mahal dari beg Chanel GST Tote.
Tapi bila nampak orang pakai Chanel kita “Wow! Kaya.”

Maksudnya, most of us menilai kaya tu dari segi material yang boleh dinampak.
Kalau tak nampak, tak kaya.
Tu pasal anak-anak muda sekarang sibuk dah nak pakai BMW, Merz, makan kat tempat class-class.
Sebab nak dapat approval orang ramai.
Demand sekarang buatkan manusia letakkan satu standard tertentu baru boleh dikata KAYA.

Kita takkan pernah jadi kaya kerana kaya itu tak ada limit.
Kalau aim untuk jadi kaya (duit & harta), besar harapan takkan jumpa penamat, dan takkan pernah puas.
Kenapa aku cakap macam tu?
Kerana, hari ini nampak Kak Di kaya (contohhhh).
Nak jadi macam Kak Di.
Bulan depan nampak si anu lebih kaya. Nak idolakan si anu lah pulak.
Esok-esok pulak nampak mentor kekayaan yang lain, oh aku nak kena jadi kaya macam dia pulak.
Neverending story. Ini semua punca-punca stress.

Terpulanglah pendapat masing-masing. Ini cuma pandangan aku saja.
Kadang-kadang kita ni nak kaya sebab katanya nak bersedekah banyak, nak bagi mak ayah duit, nak bawak mak bapak pergi umrah haji, nak jadi pembayar zakat.
Banyak dah aku dengar impian-impian macam ni.

Dia macam ni tau.
Kalau kita tak boleh memberi ketika duit sedikit, selalunya kita lupa diri bila ada duit banyak.
Masa ada duit banyaklah kita nak renovate rumah, tukar kereta, beli henbeg, tempah baju designer.
Nak merasa katanya. Reward katanya.
Habis hilang dah impian-impian berbaur Islamic awal-awal tadi.
Bukan tak pernah berlaku ya. Sebab pernahlah aku bercakap ni.

Nak bagi mak bapak duit, tak perlu tunggu kaya.
Bagi je berapa-berapa sekarang. Insyallah berkat.
Nak sedekah, tak perlu tunggu banyak duit.
Bukan nilai yang dipandang, tapi usahanya.
Apa benda yang kita nak buat, tak perlu tunggu kaya.
Simpan je sikit-sikit dari sekarang, insyallah kayalah nanti.