2022-03-04

TRUST ME! Your biggest hater is someone you know.


Semalam salah sorang kenalan di FB screenshot komen.
Komen tu kononnya dari dissapointed customer.
This 'dissapointed customer' bagi bad review tentang product kenalan aku ni.
Aku bagi komen kat dia, aku tulis "Percayalah, orang yang buat macam ni selalunya orang yang kenal awak. Dia memerhati setiap status awak. Silap-silap dia ada dalam FB list awak ni".

TRUST ME! Your biggest hater is someone you know.
Maybe your friends, maybe your relatives.
Dia takkan lari jauh punya.

Kita selalu ingat yang sakit hati kat kita ni some strangers.
Ya, boleh jadi. Tapi jangan cari jauh sangat.
Yang dekat-dekat ni peratikan dulu.
Especially yang never clap at your achivements dan yang suka divert attention yang kau dapat kepada perkara lain.

Tak semua orang suka apa kita buat.
Apetah lagi dengan achievement kita. Tak semua orang suka.
Dia tengok kita, dia perati tapi dia tak suka.
Apa yang kita buat, dia taknak buat pun.
Tapi dia tetap tak suka kita berjaya dengan apa yang kita buat.
Senang cerita, dia nak kita jadi kawan dia, tapi dia taknak kita lebih dari dia.

Orang macam ni anggap kita threat.
Padahal kita ikut lane kita, tak kacau lane dia pun.
That's why kalau tengok mana-mana orang yang berjaya, mesti lepas tu ada musuh.
Sebelum dia jadi somebody, helok je pun ramai support.
Bila dah jadi somebody, lagi ramai haters dari supporters.
Dan kita tertanya-tanya "Mana datang semua haters ni tak tahulah".

Deyyy! Yang sebenarnya, haters tu tak datang dari mana-mana.
Supporters yang dah berubah jadi haters sebenarnya.
Bak kata omputih - Everyone loves you until you become a threat to them.

Threat yang macamana?

Bila kau lebih popular.
Bila suara kau lebih didengari.
Bila kau lebih ramai supporters.
Bila kau lebih mewah.
Bila kau ada apa yang dia takde.
Bila kau capai apa yang dia tak boleh capai.
Bila kau selalu dapat apa yang kau nak.

Tahun lepas aku up kat FB poster sale sempena ulangtahun GreenAard yang ke-6.
Ada sorang tu cakap "Dah 6 tahun dah GreenAard? Wow, lamanya! Tapi jarang Kak Di cerita pasal GreenAard".

Ya, kat FB ad Blog jarang. Dah tak sekerap dulu.
Padahal yang view IGS and FBS aku tahu, hari-hari ada information pasal GreenAard.
Information yang aku up hari-hari dah cukup panjang, tak perlu nak kerap update di blog.

Bukan apa, orang tak suka kita cerita tentang achievement.
Orang suka kita cerita benda bodoh-bodoh.
Kalau boleh ceritalah kau shopping kat kedai RM2, kau makan nasi putih dengan telor mata, ada orang bagi kau sumbangan beras sempena PKP - benda-benda macam ni kalau kau cerita, insyallah ramai suka kau.

"Humble sangat orangnya"
"Sederhana je life dia, tapi dia happy je"
"Suka tengok family ni, walau tak mewah tapi bahagia"


Beria puji. Tapi dia pun taknak life macam tu.
Kalau life macam tu dapay kat dia, konfem stress.
Kalau nak bagi dia, mesti life yang best-best.
Orang lain hidup lagi rendah dari dia, takpe.
Orang-orang macam tu akan jadi kawan dia.
Orang-orang yang lebih success, semua dia buat musuh dalam diam-diam.

Mengingatkan kat aku cerita tentang diri sendiri sekitar tahun 2016.
Semuanya bermula dengan kesilapan aku sendiri.
Kesilapan yang tak disengajakan sebenarnya.
Yang kenal, tahu aku bermula dengan offline sale - buat lab supplies, DNA detection services, buat lab worksop and talk.

Start September 2015 aku launch produk GreenAard yang 100% dibuat secara online.
Hujung tahun 2016, GreenAard genap setahun.
Sepanjang aku involved in sales and marketing sejak 2003, aku dah biasa dengan budaya mengiktiraf kejayaan.
Setiap bulan kat white board ditulis berapa total sales setiap sales executive dan siapa paling top bulan tu.
Dan setiap orang yang jadi top sales akan dapat ucapan tahniah dari CEO, COO dan managers setiap department di email yang boleh dibaca oleh semua orang.

Bila aku released GreenAard, aku setkan benchmark untuk tahun pertama.
Motivasinya supaya aku jadi yakin yang GreenAard is the right decision sebelum aku slowly tinggalkan dunia lab supplies.

Tahun pertama, GreenAard reach 1M sales.
Aku sangat-sangat excited.
En Wan cried, dan aku pun menangis bila closing.
The team were happy bila kitorang announced news tu.
Aku seronok share the news kat mak, Mak Aji and Pak Aji sebab that was not an easy task.
Lebih-lebih lagi En Wan yang sanggup tinggalkan kerja setelah jadi engineer selama 15 years semata-mata nak tolong aku run this new bisnes.

Silapnya aku, adalah bila aku too excited sehinggakan aku share the joy dengan orang luar.
Aku cerita di blog [post tu aku dah hide dah sebab maybe sangat bitter untuk dibaca oleh orang yang pendengki].

Tak lama lepas tu, aku ada terima satu pakej dari negeri sebelah selatan.
Takde nama pengirim, takde nota.
Hanya ada setem yang menunjukkan negeri dari mana pakej tu berasal.
Dalam pakej tu ada barang perhiasan yang simple but cute.
Pelik juga mula-mula, dari siapa ni?

Memandangkan aku kerap dapat gift dari blog reader, aku anggap pakej tu dari blog reader yang nak ikhlas bagi hadiah [husnuzonkan aku?].
Tapi barang tu macam oily sikit.
Tapi envelope takde kesan minyak pun.
Aku ingatkan tangan aku yang berminyak, aku kesat-kesat kat baju.

Letakkan gift tu atas meja.
Lepas tu aku buat keje macam biasa.
The gift kekal atas meja tak bersentuh-sentuh dah selepas tu.

Sejak dari hari tu, aku terasa macam apa yang aku buat tak menjadi.
Aku jadi malas. Takde mood. Nak berehat je.
Mula-mula tu aku ingat maybe aku dah too tired pulun habis-habisan setahun.
Pulak tu, baru masuk new year, baru lepas closing, baru lepas happy-happy.
Boleh jadi badan aku nak berehat.

Tapi lama-lama aku jadi makin lemau.
Opis masuk lambat, asik menguap je kat opis.
Sampai aku cakap kat En Wan aku dah too tired buat marketing.
Aku request for new marketing staff buat kerja-kerja ni.

Pelik, kan?
Aku buat sales & marketing bukan baru tau.
Sejak 2003 sampai 2016 (pada ketika itu).
Lagi pulak dulu berkerja makan gaji.
Stress dengan deadline, stress dengan sales target, stress dengan schedule yang padat.
Now, kerja sendiri. Sepatutnya tak stress mana sebab time boleh adjust.

Mujurlah operation-wise, staff yang jaga.
Enquiries pun dorang yang jaga.
Kalau aku yang jaga, agaknya semua enquiries aku biar tak bereply.

On top of that, marketing skill aku makin hilang.
Aku lost touch benda yang aku dah buat selama lebih 10 tahun.
Macam takde idea, tak reti ank start kat mana.
Selalunya everyday aku bagi idea kat staff grafik untuk buat marketing material.
Tapi dalam tempoh 'sakit' tu, aku jadi lemau.
Sampai staff tanya "Kak, takde task ke nak bagi hari ni?"

Luckily pada waktu tu, aku ada a few FB adverts yang still running.
Sales masih masuk setiap hari.
Cuma aku dah takde idea nak generate new sales.
Macam bengap seketika.
Balik rumah, baru terasa ok sikit.
Tapi kalau balik rumah bawak laptop, rasa malas gila nak bukak laptop.

Satu malam tu belakang badan aku terasa macam dicucuk dengan jarum peniti.
Aku tak boleh baring.
Aku cakap kat En Wan belakang macam ada benda mencucuk.
Aku boleh rasa seolah-olah aku baring atas tilam penuh peniti.
Mencucuk-cucuk dari bahu sampai pinggang.
3-4 malam terjadi.
Setiap kali rasa mencucuk, aku mandi.
Aku mandi mandi mandi.
Setiap kali rasa mencucuk, aku mandi.
Mana la tau kot hama ke apa ke.
Tido hanya mengiring ataupun dalam keadaan duduk.
Berlinang airmata aku tido sambil tahan sakit.
Sambil baring sambil istighfar sambil mengucap.
Mana la tau kot-kot petanda nak mati.

Malam yang keempat aku mengadu sakit, lalu En Wan tanya "Awak ada buat apa, Di?"

Aku terpikir jap. Aku ada buat apa eh?
Setahun aku kerja dengan En Wan. Mana-mana aku pergi, laki aku ikut.
Apa benda yang aku buat yang laki aku tak tau?

Pergi check Dr, semua clear.
Dr kata aku kurang rehat agaknya.
Masa ni masih lagi tak terpikir pasal buatan orang.
Ye lah kan, kita mana nak buat benda-benda macam ni kat orang, jadi memang tak terlintas lansung hal ni.
Aku mencari-cari apa salah yang aku dah buat kat laki aku.
Kot la ada buat apa-apa yang aku tak sedar.

Mak mertua aku pernah tegur "Diana tak sihat ke? Mok tengok muka Diana macam jatuh je".

Masa ni aku dah terasa lain dah. Tapi buat dek lagi.
Aku penat agaknya.

Dalam tempoh terkena tu, aku kerap dengar macam-macam suara.
Dengar suara kat telinga kiri panggil "Hoi!".
Dengar suara budak gelak sayup-sayup tapi jelas di telinga.
Kalau Rayyan kebetulan ada kat sebelah, aku tanya "Adik gelak apa?"
Rayyan terpinga-pinga "Adik tak gelak, Ma".
Paling best aku dengar suara "Huuuuuu...Huuuuuuuuuu." betul-betul tepi telinga aku macam langsuir merengek mintak penampar.
Tapi masih buat bodo, aku anggap aku berimaginasi.

Until one night aku perlu masuk ofis, Rayyan nak ikut.
Rayyan main-main kat meja aku, dia nampak gift tu.
Dia pegang "Ni apa, Ma?"

"Hadiah. Kawan mama kasi".

Pastu Rayyan cakap "Eiiii, kotor!".

Rayyan ni memang jenis permbersih sikit.
Kalau benda melekit-lekit ni dia geli sikit.
Masa tu baru aku terperasan barang tu sangat berminyak!

Aku try pegang balik benda tu. Lama aku pegang gift tu.
Tak tau siapa hantar. Dah lah takde nota.
Tak tau apa tujuan dia hantar.
Berminyak-minyak. Apesal berminyak?
Takkanlah dia bagi barang kat aku tak perasan yang benda ni berminyak?

Pastu aku teringat kawan aku Ayda pernah bagitau how dia terkena buatan orang. Satu ofis kena pulak tu.
Ada orang hantar 'barang' kat ofis nak jahanamkan bisnes majikan dia. Satu ofis jadi moody, malas buat kerja.
Bila dia pi berubat, ustaz kata ada 2 ekor jin bertenggek atas komputer dia. Tu yang dia jadi malas buat kerja tu.

Masa tu terus aku terfikir entah-entah ada orang hantar benda yang sama kat aku.
Aku ambik benda tu, aku buang.
Aku tak ingat kat mana aku lempar.
Tapi bukan kat Putra Heights la.
Aku mandi air Zam Zam yang dibacakan Yasin.
Semua jadi normal balik.
Badan dah takde rasa mencucuk-cucuk.
Aku boleh baring terlentang.
Dah boleh buat kerja macam biasa.
Yang penting takde dengar bunyi pelik-pelik lagi.

Benda-benda macam ni payah nak cerita, payah lagi nak percaya.
Mungkin kebetulan saja, tapi tak mustahil ada kaitan.

Kali kedua aku yakin aku kena lagi.
Tahun 2018 kot. Lupa dah.
Tapi aku pernah cerita kat IG yang mulut aku berhambur keluar darah.
Bukan meleleh tahu, tapi BERHAMBUR.

Aku mimpi aku ada benda dalam mulut aku dan dalam mimpi tu aku meludah.
Banyak kali meludah. Sedar-sedar tengok bantal aku dah bertompok darah.
Bangkun, tengok kesan tompokan darah tu ada kat cadar sekali.
Berlari aku ke bilik air, darah keluar banyakkkkk gila.
Makin aku kumur, makin banyak keluar.

Aku korek-korek nak tengok kat mana yang terkoyak, tapi tak jumpa.
Tak tahu keluar dari mana, macam bukan dari tekak. Aku cuba kemam mulut seketika, dah berhambur keluar.
Darah terlampau banyak.
En Wan terbangun bila dengar aku menjerit dari bilik air.
Dia panik tengok bilik air macam ada kes pembunuhan, darah merata-rata kat sinki and lantai.
Macamana nak pi klinik kalau darah tak berhenti keluar?
Aku togok Listerine yang botol besar tu sampai setengah botol nak bagi stop darah.
Darah stop je terus aku zasssss ke klinik pukul 3 pagi.
Dr tak jumpa kesa koyak dalam mulut, dia cuba bagi aku ubat untuk stopkan darah (something like that, aku pun lupa apa bendanya).

Esoknya, balik Bangi sebab lusa Raya Haji.
Petang raya tu ada jiran Pak Aji, seorang ustaz.
Dia datang nak bincang pasal program sembelih esoknya sebab Pak Aji dalam team dia.
Mak Aji cakap, ustaz tu tanya bapak aku "Anak tu sakit ke?"

Apa agaknya dia nampak sampai dia boleh kata aku sakit?
Mesti ada benda, kan?

Aku percaya yang buat ni bukan orang lain.
Orang-orang yang memerhatikan aku juga.
Entah-entah dia tengah baca post ni.

Orang kita ni kalau tak dapat memburukkan orang, dia akan menjatuhkan.
Tak dapat jatuhkan dengan fitnah, dia jatuhkan dengan bermain hantu dan jin.

Aku tak berapa nak publish dah aktiviti aku di tempat kerja.
Taknak dah aku up gambar Pos Laju angkut pakej berguni-guni dari ofis.
Orang tak suka tengok kita berjaya.
Cerita-cerita successs ni orang tak nak dengar.
Kalau cerita hal sedih-sedih takpe, sebab ramai yang happy bila kita sedih.

Kejadian tu aku anggap teguran Allah untuk setiap salah aku.
Mungkin aku terlalu excited bercerita tentang projek GreenAard ketika tu, cerita tentang feedback positif dari customer, achievement dapat projek itu dan ini.

Kepada yang menghantar benda tu kat aku, takpe, aku maafkan.
Aku malas nak mencari tahu siapa.
Sebagaimana malasnya aku nak cari siapa yang buat, macam tu jugaklah malasnya aku nak jumpa kau balik kat akhirat esok. Jadi, aku maafkan.
Tapi dosa kau mensyirikkan Tuhan, yang tu pandai-pandai settlekan.