2022-03-23

Claim dari seorang founder. Ini misleading.


Ok hari tu aku janji nak tulis pasal claim dari seorang founder, katanya jamu dia boleh lenyapkan cyst dan biji-biji pada kelenjar.
The thing is, dia kata cyst tu akan keluar melalui najis.
Aku tak save video tu. Tapi video tu memang clearly dia cakap macam tu.
Ok, yang aku nak explain ni dari sudut pandang food science.
Medical doctor mungkin ada pandangannya juga, which aku tak perlu touch.

Yang pertama sekali, cyst adalah ketumbuhan yang abnormal.
Walau bagaimanapun, ia adalah normal.
Maksudnya, cyst boleh tumbuh pada sesiapa, pada bila-bila masa.
Sesiapa je boleh dapat cysts.

Kebanyakan cysts terbentuk tanpa sebab yang jelas.
Sampai sekarang, saintis masih tak tahu apa sebenar punca cysts.
It could be this, it could be that.
Tetapi, yang paling jelas adalah cyst BUKAN disebabkan oleh makanan.

Kalau ada yang kata "Saya makan A, tiba-tiba minggu depan ada cyst" - NO. Itu hanya kebetulan.
Cysts tak ada kaitan dengan diet, or your food choices, ot lack of nutrient, or allergy or apa-apa saja yang berkaitan dengan makanan.
Kalau ada yang kata "Makan A boleh dapat cysts", tolong lestik muka dia.

Hingga sekarang tidak ada lagi penemuan yang jelas tentang bagaimana dan apa yang membuatkan cyst tiba-tiba tumbuh.
 
It could be kelenjar tersumbat yang menyebabkan fluid berkumpul dalam tu.

Boleh jadi juga ada sebab defect pada some cells.

Boleh jadi juga akibat dari impact kecederaan yang menyebabkan salur darah defect.

Boleh jadi juga disebabkan oleh jangkitan.
Jangkitan menyebabkan kawasan tu dipenuhi dengan bacteria dan nanah and later becomes abscess.

Boleh jadi disebabkan tekanan yang diletakkan pada bahagian-bahagian badan.
Contohnya macam gymnastic kita letakkan tekanan pada tangan.
Ini pun boleh jadi punca tumbuhnya cysts.

High levels of estrogen may be another risk factor cysts berkembang/merebak.

Selalunya treatment cyst adalah melalui surgical removal.
Tapi dalam kebanyakan kes, cysts boleh meresap dan hilang macam tu je tanpa sebarang treatment.

Ok, now kita masuk kat interesting part, iaitu food.
Walaupun makanan tak menyebabkan cyst, tetapi sekiranya SUDAH ADA cyst, ada beberapa makanan yang kita boleh elakkan dulu.
Yang paling kena elakkan - daging merah and makanan bertepung (roti, mee, keropok, batang buruk, kuih tart nenas, semperit, bahulu, kuih siput, rempeyek).
Tiberrrrr keluar kuih raya 😆.
But, serious. Segala macam jenis makanan bertepung, elakkan.

Why?

Makanan selalunya ada sebatian kimia yang dah contaminated dengan persekitaran, especially chlorinated hydrocarbons.
Chlorinated hydrocarbons ni cenderung untuk bioaccumulate dalam lipid yang ada dalam daging merah.
Benda ni yang akan trigger cysts jadi lebih buruk.
Kalau takde cysts lagi, takpe. Boleh makan.
Tapi kalau dah ada cysts, elakkan.
Gantilah dengan lean protein macam ikan and ayam sebab dua jenis daging ni bantu mem-balancekan hormon level.
Sedap gak makan ayam hari-hari.

Makanan bertepung pula indeks glisemik-nya tinggi.
Boleh menyebabkan gula dalam darah naik mendadak.
Kalau cysts dan sedia ada dalam badan, high blood sugar ni akan memburukkan lagi cyst sampai ke tahap jadi abscesses.
That's why kena elakkan dua jenis makanan ni - daging merah and makanan bertepung.

Dalam tumbuhan ada sebatian namanya phytochemicals.
Kebanyakan perubatan awal dulu pun bergantung pada preskripsi tumbuhan dan herba tertentu untuk healing.
Dan this practice masih disokong oleh modern research.
Reasonnya adalah sebab dalam tumbuhan ada phytochemicals.

Polyphenols, adalah sejenis phytochemical. 
Phytochemical ada dalam koko.
Lagi banyak kandungan koko dalam coklat, lagi bagus sebab polyphenol boleh merencatkan sel kanser.
Tapi, adakah bermakna makan coklat hari-hari boleh sembuh kanser? 
Tak juga.

Isoflavones pun sejenis phytochemical. 
Ini ada dalam produk aku, Gloei.
Isoflavones ni fungsinya macam estrogen.
Estrogen membantu melambatkan penuaan kulit.
Sebab tu aku masukkan dalam Gloei.
Isoflavones juga boleh kurangkan risiko breast cancer (bergantung kepada genetik dan status menopaus).
Boleh ke aku iklankan Gloei as produk yang boleh reduce kanser? 
Tak boleh. Sebab fungsi utama Gloei bukan untuk itu.

Isothiocyanate pun sejenis phytochemical. 
Boleh reduce cysts. Banyak dalam brokoli.
Adakah dengan mencekik brokoli 24 jam boleh reduce cysts?
Belum tahu lagi.

Phytoestrogens pun dari kumpulan phytochemical.
Phytoestrogens ada dalam produk aku Herba Rahsia Rimba.
Phytoestrogens pun boleh shrink cysts.
Tapi aku tak pernah jual Herba Rahsia Rimba dengan kata "Herba Rahsia Rimba boleh kecutkan cysts".
Why? Sebab it all depends on dietary phytoestrogen.

Berbalik pada claim founder tadi, kalau dari segi general dia nak kata produknya boleh kecutkan cysts, mungkin ya.
Sebab jamu memang dari tumbuhan, dan tumbuhan ada phytochemicals.
Boleh jadi bahan-bahan dalam jamunya ada phytochemicals untuk kecutkan cysts.
Tetapi, jamu bukan ubat khusus untuk kecutkan cysts.
Ia adalah rawatan alternatif untuk kesihatan dalaman wanita.
Kalau pun ia boleh kecutkan cysts, itu hanya bonus, bukannya fungsi utama.
Maybe produk aku pun boleh kecutkan cysts. Siapa tahu, kan?
 
Sebagai seorang seller, apetah lagi founder, kita perlu ada intergriti.
Selain itu, kena jadi master dalam produk kita.
Kita perlu tahu kenapa bahan ini mesti ada, dan adakah ia benar-benar boleh jalankan fungsi itu dan ini.
Highlitelah fungsi utamanya, jangan menjual dengan meng-highlite-kan bonus-bonus yang kecil.

Kena faham, orang yang dalam keadaan terdesak, selalunya tak fikir panjang.
Dalam keadaan sakit, ada cyst, ada fibroid, seseorang cenderung untuk cuba apa saja asalkan boleh baik.
Kalau kita claim produk kita boleh kecutkan cysts dan cysts keluar melalui najis (?) - ini semua misleading.
What if menambahkan mudarat, macamana?
Maka elakkan mengiklan point-point yang kecil macam ni.

Sekian, pendapat dua sen setengah.


p/s: Sesiapa nak view produk aku, boleh ke www.greenaard.com.