2022-03-22

21 Mac 2022 Nenek meninggal.


Terima kasih yang hantar ucapan takziah di IG.
Tak sempat nak baca DM sorang-sorang, tapi melalui snippet, aku tahu itu semua ucapan takziah.
Terima kasih atas doa juga.
Semalam petang nenek aku meninggal (mak Pak Aji).
Around 6.30pm Ibal call bagitau nenek dah takde.
Kejap je perginya.
Ahad, dalam family group aku dah passing-passing mesej bagitau makcik aku (adik Pak Aji) and suaminya positif Covid.
Nenek tinggal dengan makcik.
Jem kejap kepala masing-masing macamana nak uruskan nenek kalau dalam rumah tu dah positif.

Nenek dah bedridden selama 2 tahun.
Umur pun dah 97 tahun.
Boleh fahamlah kalau nenek semakin uzur.
Last aku jumpa nenek bulan lepas. Masa tu nenek tengah tidur.
Tapi bak kata makcik aku, kalau dia terjaga pun dia dah tak kenal orang.
Alangkan Pak Aji pun dia tak kenal dah, lagikan cucu-cucunya.
Masa jumpa last tu, nenek memang kita semua dah maklum, dia sangat uzur.
Sebab tu makcik aku tak berapa bagi orang datang tengok nenek.
Perlu jagaan yang rapi sebab nenek terlalu uzur, dia tak divaksinkan.

Tapi ye lah, nak dijadikan cerita, makcik aku positif Ahad lepas.
Jadi nenek diarranged untuk masuk hospital Kajang.
Makcik aku dah tentu-tentu positif, tak boleh ke mana-mana.
Adik Pak Aji sorang di Muar, sorang lagi ada urusan di luar negara.
Sorang abang ada di Kota Tinggi. Semua jauh.
Jadi, Pak Aji saja yang anak yang available.
Walaupun risau kot-kot nenek dah positif tapi Pak Aji tetap follow naik ambulance.
Ibal follow dengan kereta kat belakang.

Lama juga kitorang berwhatsapp-whatsapp dengan Ibal.
Sampai pukul 2am juga.
Sebab Ibal saja sumber informasi kitorang waktu tu.
Ibal siap rekod apa yang Dr cakap.
Dr kata prognosis tak berapa bagus.
Nenek punya zat dalam badan sangat kurang.
Gula pun 2 je. Sebab nenek dah mula tak berapa nak makan.
Cousin aku cakap, siangnya tu bila disuakan air, bukak mulut pun tak.

Bagus doktor tu, Dr chinese.
Dia bagi explanation dengan jelas dan lemah lembut.
Dari cara dia bercakap tu kita tahu dia suruh kita prepare for the worst.
Sebab faktor pertama, nenek sudah uzur, zat kurang, tenaga dah takde.
Kalau tindakbalas dengan ubat tak berapa ok, boleh jadikan keadaan lebih buruk.

Nenek diberi bantuan pernafasan.
Tapi Dr kata, sekiranya apa-apa jadi, dorang takkan buat CPR sebab too old dah.
Menyakitkan lagi nenek.
Ok, kita semua dah faham.
Sebelum balik (around 1am lebih), Pak Aji dibenarkan masuk jumpa nenek. Dia sorang saja.
Pak Aji dapat ajar nenek mengucap. Kemudian, balik.

Isnin siang masih takde berita dari hospital.
Until 6.30pm Ibal call aku bagitau nenek dah takde.
Dan berita yang paling menakutkan kitorang adalah, nenek positif Covid.
Masa Ibal bagitau nenek dah takde, aku tenang.
Sebab kita dah prepare dari awal.
Tapi bila Ibal call 2nd time bagitau nenek positif, aku terduduk.
I am not ready for this.
Semua jadi tak tau apa nak buat.
Yang pertamanya, kita tahu jenazah akan diuruskan oleh KKM, tapi masih perlu waris ke hospital untuk uruskan documentation.
Dalam kepala semua memang Pak Aji lah yang akan pergi.
Tapi bila nenek positive, Pak Aji dah dikira close contact sebab dia yang uruskan nenek masa ke hospital.

Close contact boleh keluar ke?
Close contact kena kuarantin ke tak?
Siapa nak ke hospital ni?

Aku bagitau cousin aku, kalau perlu aku pergi, biar aku pergi.
Tapi apa dokumen yang aku kena bawak?

Semua jadi kelam-kabut kejap. Jem nak pikir.

Last-last aku baca info, kalau close contact dah booster DAN tidak bergejala, tak perlu kuarantin.
Terus aku call Pak Aji bagitau dia boleh pergi.
Pak Aji and Ibal shoot ke hospital uruskan.
Another cousin join sekali.
Aku tanya Pak Aji boleh ke aku follow.
Pak Aji tak kasi. Tunggu information saja.

Pagi ni, hanya Pak Aji saja dibenarkan masuk tengok nenek for the last time, and solat jenazah.
Nasib baik dibenarkan ambil gambar and video.
Dapatlah kitorang semua tengok nenek for the last time.
Urusan pengebumian KKM uruskan.
Hanya Pak Aji, dan dua orang cousin dibenarkan join the funeral.
Ibal merayu untuk dia join sekali. Alhamdulillah dapat.
Tapi semua kena pakai PPE.
Dapatlah 3 cucu dan seorang anak sama-sama uruskan pengebumian nenek.

Pak Aji sedih sebab tak ada dengan nenek pada saat-saat sakaratulmaut, tapi aku cakap nenek pergi dalam keadaan dia dah tak sedar.
Dah diberi bantuan pernafasan. Insyallah dia pergi dengan tenang.
At least Pak Aji dapat uruskan jenazah nenek.
Anak-anak yang lain kebetulan semua ada kekangan.
Makcik aku positif, Pakcik aku di Muar kena kuarantin sebab isterinya positif, Pakcik aku lagi sorang ada di luar negara, sorang lagi Pakcik di Kota Tinggi tak berapa fit untuk long journey.

Aku tak pernah sangka akan tengok pengebumian nenek dengan cara ni.

Alhamdulillah semua dah selesai.
Pengurusan pihak KKM sangat cepat dan tersusun.
Doakan arwah nenek aku, ya.