2021-05-03


Terima kasih yang wish sempena wedding anniversary yang ke-20.
Aku update kat IG je.
Yang sebenarnya wedding anniversary kitorang esok, 4 May.
Memandangkan esok hari sekolah, siapa pulak nak hantar and collect Rayyan from school.
Jadi En Wan plan celebrate 1 May lepas.
Itupun dia yang plan semua, aku tak expect ada celebration.
Ingatkan buat macam tahun lepas, just makan-makan at home dulu (sebab tahun lepas PKP), bila dan boleh keluar baru celebrate.
Atau, tunggu Redza balik so boleh makan sama-sama.
Ohh, mana boleh kata En Wan.
Wedding anniversary takleh bawa anak, kalau first-time-met anniversary baru boleh angkut bala tentera.

Sampai dah ada dalam kereta aku masih tak tau mana dia nak pegi.
Clue hanya "Kuala Lumpur".
Aku dah cuak dah, janganlah dia bawak aku ke hotel Chow Kit lagi.
Tobat dah aku nak melayan dia ni tau.
Aku bagi warning "Bang, ini tahun ke-20 tau. 20 tahun saya bertahan dengan lelaki yang sama. So please bawak tempat yang senonoh ya. Ingat senang ke nak bertahan dengan satu lelaki yang sama? Dah la tak kaya, annoying pulak tu. Apreciate sikit kesabaran saya ni, ya".

Dia macam biasalah, konfoden extra.
Boleh dia balas "Pernah je abang bagi yang tak special selama ni?"
Ya ampunnnn konfiden tujuh lapis langit tujuh lapis bumi!
Dia ingat selama ni surprise dia semua amazing, kah?

Rupanya dia belok masuk ke Grand Hyatt.
Tempias Neelofa terus dia bagi. Kahkahkah.
Aku dah terbayang malam ni buffet kambing golek.
Tapi terperasankan juga kat lobby macam ada kaunter "Balai Perlepasan".
Aku sempat tanya dia "Bang, orang yang duduk sini boleh check in dari sini ke kalau nak fly?".
Kahkahkah. Bangang pulak rasanya bila ingat balik soalan tu.
En Wan geleng-geleng kepala je pandang aku.
Mesti dalam hati dia kata dah 20 tahun pun blur bini aku kekal di tahap yang sama.
Aku syak dia yang lebih bersabar sepanjang 20 tahun ni. Mbahahahahaha.
Punah harapan nak surprise bini.
Terpaksa dia bagitau terus yang malam tu dia tak bawak aku makan kat cafe tapi makan dalam "flight".
Oh, ok.

Ni panorama bilik.
Bilik dia kau boleh berpusing buat satu bulatan mengelilingi bilik.
Cahaya pun cerah, tak malap.
Yang best bilik ni terlalu banyak cermin. Besar-besar pulak tu.
Tak payah berebut nak tengok cermin.
Tapi bantal dia kureng best. Lagi best bantal bilik aku.
Aku suka bantal hotel macam Hilton, macam Majestic, macam The Lights Penang, macam Ombal Villa Langkawi (just to name a few).
Bangsa bantal yang panjang dan padat empuk.
Letak kepala tak tenggelam.
Bantal Grand Hyatt kureng.
Kena pakai 2 bantal kat kepala baru sedap.

Siang tu just lepak dalam bilik membuta berjemaah sampai 5.30pm.
Bangun, siap-siap untuk berbuka.
Kitorang berbuka ringan-ringan dulu dalam bilik.
Kebetulan aku bawak air kotak susu aku and biscotti.
Biscotti ni aku buat kunyah-kunyah lepas berbuka selalunya.
Nasib baiklah aku angkut, kalau tak berbuka air je nampaknya hari tu.
En Wan plan berbuka dulu kat bawah sikit lepas tu naik balik bersiap and solat sebelum masuk hall "flight" pukul 8pm.
Aku taknak. Aku suggest berbuka dulu apa yang ada, then solat, pastu terus turun berbuka and masuk hall.
Hotel ada sediakan mini buffet untuk "passengers" Muslim berbuka dulu sebelum masuk hall.

Beria gila check-in. Dah macam nak fly betul ni.
Tinggal beg je tak bawak.
Yang best tu kebanyakkan yang ambil pakej tu pakai dress, pakai suit.
Aku dengan En Wan je yang selekeh pakai baju biasa. Hahaha.
Tertanya-tanya gak aku dorang ni memang setiap kali naik flight pakai dress and suit ke camne.

Ambil la satu dengan stewardess, buat kenangan.
Ingatkan Air Asia tapi macam ada pengaruh Emirates.
Belasahlah, janji dapat jadi stewardess ye tak.
Dia punya protokol nak check-in pun dah macam check-in kat airport.
Siap kena tunjuk boarding pass bagai.
Nasib tak mintak passport.
Memang lepas book pakej ni akan dapat boarding pass sekali.

Jarang aku seceria ni setiap kali nak fly.
Ini pertama kali.
Tasbih mana, tasbihhhhh.

Ini ruangan mini buffet, berdepan dengan hall.
Tapi tak ramai Muslim yang berbuka kat sini. Ada 2-3 couple je, yang lain semua non-Muslim.
Simple je, buat syarat - samosa, karipap, onde-onde, tauhu sumbat, lepat pisang, pulut panggang, teh tarik and jus buah.

8pm hall dibuka, seat kitorang row depan sekali.
Memang clear nak tengok screen.
Kali ni aku dah cakap siang-siang, aku taknak coklat, aku taknak hadiah, aku taknak bunga.
Penat dah rasanya, ni dah masuk tahun ke-20 pun.
Berapa banyak bunga nak bangi.
Dahlah setahun celebrate macam-macam - birthday aku, birthday dia, wedding anniversary, first-met-anniversaty, etc.
Cukup-cukuplah bagi bunga. Kita makan-makan sudah.
Tapi dia tetappppp nak bagi bunga, cuma tahun ni dapat kelopak bunga je.
Pakej yang dia ambil ada offer add-on kalau nak meja hias dengan kelopak bunga.
Jangankan tidak nak berbunga juga, jadi dia pilih yang ada kelopak bunga.
Banyak juga dorang tabur kelopak atas meja tu, aku bajet mahu 10 batang ros habis.

Ini hall dia. Setting memang cun, Airplane-themed.
LED technology and visual mantap.



Ini sikit sedutan video "vacation" aku malam tu.
Dari KL-Tokyo-San Francisco-Moscow-Istanbul-KL.
Seat dalam hall tu memang seat dari Boeing 777 katanya.
Siap ada belt bagai. Tak kuasa aku.
Masa "steward" tu tujukkan tempat duduk, bolehlah pulak aku tanya "Kerusi ni nanti bergerak ke masa take off?".
Gelak steward tu.
Mesti dia kata "Menjiwai watak betul passenger ni".
Masa take off ke Tokyo terasa macam naik flight betul. Maklumlah dah lama tak fly.
Cuma kali ni tak berdebarlah. Zikir pun tak teringat nak baca.
Siap boleh bergelak ketawa naik flight kali ni.

Ada 2 pakej untuk dipilih:

Premium Economy Class - RM450/person
Pakej makanan 5-course Airliner menu
Free flow air (non-alcoholic)

Business Class - RM650/person
5-course Elite Menu
Free flow air (non-alcoholic)

Kalau bawak anak umur 3-12 tahun setiap sorang additional RM250/person.
Tapi anak akan dapat menu junior, tak sama macam pakej adults.

Yang Business Class bersekali dengan pakej lepak-lepak kejap kat lounge level 37 untuk pre-boarding cocktail.
Tapi kalau pegi bulan-bulan puasa ni takyah la kot ambik ni, tak berbaloi sebab berbuka 7.19am. 
Check in dinner 8pm.
Nak lepak kat lounge tu nanti terkejar-kejar nak bersolat.
Buat je macam aku, berbuka dalam bilik dah siap ready pakai telekung.
Makan biscotti 2-3 keping, then solat lepas tu terus turun ke hall.
Lagipun depan hall tu ada mini buffet.
Cuma yelah, makanan Business Class haruslah special sikit banding pakej lain.
Tapi to be honest, untuk pakej The Grand Getaway ni, bukan makanan yang jadi selling point tapi experience.
Ambik pakej mana-mana pun ok. Tu pendapat aku lah.
Cuma seating arrangement la kot yang berbeza.

Ini makanan-makanan setiap negara.
Yang kena dengan tekak aku cuma Tokyo and San Francisco.
Yang lain so and so je. Nak lagi si Moscow, bagi aku makan sorbet je.
Istanbul boleh tahan, amakan ayam sumbat dalam terung bakar.
Cuma aku expect food yang lebih heavy sebab katanya Istanbul main course. Keciwa.
Kuala Lumpur laaaaaaaaaaaaaagi mengecewakan.
Ada ke KL hidang tiramisu, pavlova, sundae and mochi? Like seriously, Mochi??
Au expect kau hidangkan satey 2-3 cucuk ke, rendang ke, ini dessert je.
Macam aku cakap tadi, The Grand Getaway ni lebih kepada menjual experience, bukan food.
Kalau kau nak enjoy food jangan pi sini, pegi mamak.
Tapi kalau nak experience, boleh.
Dia punya sound system and video aku boleh bagi A.

In character, kan?
Ini kat Moscow.
Sampai-sampai je Moscow salji turun dengan lebatnya.
Terpaksa feeling bermain-main salji sambil menahan kesejukan.

Penuh salji kat kepala.
Yang ni buih, bukan styrofoam.
Siapa yang alang-alang belum mandi boleh shampoo terus kepala kat situ.

Ujung-ujung nak habis, rupanya ada kek juga.
Nasib baik kecik. Rasalah juga secuit dua, buat syarat.
Too sweet, takleh masuk kat tekak.
Aku dah tak berapa boleh telan makanan yang manis. Sikit-sikit je boleh.
Macam menu Kuala Lumpur tu pun aku try tiramisu je, yang lain tak sentuh pun sebab boleh bajet semuanya manis-manis.

Ada mesej dari En Wan rupanya sempena anniversary ni.
Ai is terharu. Nak jugak mention "20" tu.

Alhamdulillah, 20 tahun dah hidup bersama-sama thru thick and thin.
Semoga kekal sampai bila-bila sebab aku tahu dia je yang tahan dengan aku.

Bergambar depan lobby.
Ni area lobby, lobby dorang tingkat 38 u ollss.
Kitorang tak tunggu sampai habis.
Pukul 10pm dah naik bilik, malas pulak nak berlama-lama kat bawah.
Lagipun dah plan lepas terawikh nak keluar pi mamak pulak. Kahkahkahkah.
Nampak tak betapa masing-masing makan macam bela jin.
Baru lepas makan dah plan nak makan lagi.
Actually kitorang tak puas la makan benda-benda yang dihidang dalam "flight" tu.
Aku selama ni naik flight mintak nasi tau.
Terpaksala juga pi mamak cari nasi goreng.

Pukul 12 lebih makan nasi goreng, guysss.
Yang ni moreh, tadi awal tu berbuka.
Biasalah moreh kena yang heavy sikit sebab masing-masing tak keluar sahur pagi.
Actually hotel ada sediakan pakej bersahur sekali, tapi malaslah nak bangun pagi-pagi makan.
Kat rumah pun aku sahur air putih je.

My Goddddd, KL pukul 1 pagi masig ramai orang, Bernyawa!
Walaupun Covid-19 meruncing aku tengoj ramai gila orang berkumpul siap masin basikal bagai.
Berlonggok-longgok depan Suria KLCC tu, ntah hape dibuat tak tau lah.
Tak pulak nampak seketul polis datang halau balik.
Ai is konfius.

Check out awal, taknak tunggu sampai check out time. 
Nak balik singgah ambik laptop Redza, lepas tu gi Jaya Grocer cari sayur.
 En Wan nak masuk ofis lagi. Aku balik nak masak lagi. 
Nak siapkan notes Food Safety aku untuk up kat LMS lagi.
Dah tua-tua ni kalau celebrate apa-apa pun, tak dapat berlama-lama. 
Kena cepat-cepatlah kembali ke dunia nyata, ya sebab banyak benda nak settlekan. 
Maka selesailah celebration wedding anniversary yang ke-20.
Tak tahulah berapa banyak celebration lagi yang larat nak disambut. 
Umur makin banyak.
Lepas ni kalau tak larat, kita celebrate kat mamak Anuar Maju tepi ni je pun boleh, asalkan jangan bawak aku masuk hotel merepek.