2021-05-05
Kami tak dengki
Sebagai seorang manusia kita mesti pernah rasa diperlakukan tak adil. Apa rasanya?
Hancur.
Sedih.
Sakit hati.
Semua orang nampak jahat.
Tertanya-tanya kenapa diperlakukan tak adil.
Apa yang salah dengan kita.
Kenapa treatment yang kita dapat berbeza dengan orang lain.
Mustahil atau jarang-jarang bila dipelakukan tidak adil, kita mendiamkan diri.
Paling tak pun, mesti nak clarification - WHY.
Menjauhkan diri dari lingkungan yang buat kita rasa tak selesa, atau tak nak bercakap, tak nak bertegur, simpan rasa sakit hati - perasaan ni semua wajar kerana itu adalah reflex normal dari diri manusia ketika dia merasa ketidakadilan telah berlaku.
I think everyone will definitely do one of those.
Bagi orang yang sabar pun confirm simpan sikit perasaan terkilan dalam hati.
But for those who dare to express memang takkan bagi chan.
Habis sampai ke bawah tanah dia gali.
Negara sekarang tengah panas dengan macam-macam isu.
Isu ADIL jadi pertikaian di mana-mana.
Hakikatnya nak berlaku ADIL memang susah. Sangat susah.
Jangankan kata orang berkedudukan, berjawatan.
Yang marhaen pun sama.
Kadang terang-terangan kawan kita buat salah tapi disebabkan dia kawan, kita cover dia.
Takyah tengok jauh-jauhlah, dalam organisasi kat tempat kerja memang Ketua dan Ahlijawatankuasa dipilih secara demokrasi, tapi dalam menyusun tugas dan agihan kerja sure berlaku pilih kasih.
Walaupun ada yang setuju dan tak, organisasi tetap berjalan juga walaupun ada yang kecewa.
So I guess, itulah yang berlaku pada mana-mana tampuk pemerintahan pun.
Ada ketikanya, double standard itu tak dapat dielakkan dan mungkin susah nak dijelaskan juga.
Cuma sebagai rakyat, kita boleh minimizekan 'damage' tu dengan sikap EMPATHY.
Dalam keadaan sekarang, dengan macam-macam kes si anu tak boleh merentas tengok ayah meninggal, si polan tak dapat merentas tengok mak sakit, si anu tak dapat temankan isteri bersalin...dan macam-macam lagi, pihak-pihak yang dapat kelebihan itu apa kata show some empathy walaupun katanya ikut prosedur yang betul.
Kak Ngah En Wan dari sebulan ke sebulan menunggu peluang untuk buat majlis bersanding anak perempuan dia, sampai anak dia dah mengandung dah pun.
Padahal kos majlis semua dah bayar.
Now dia dah bincang dengan wedding planner nak tukar ke pakej akikah bakal cucu, yang tak tahu lagi boleh buat ke tak dalam keadaan sekarang.
Macam tak nampak bayang boleh buat.
Kesian Kak Ngah, dah lah masa nikah pun mengejut.
Padahal tinggal seminggu je lagi hari nikah.
Segala perancangan bertukar.
Pelamin toksah kata lah.
Wakil keluarga hanya aku and En Wan saja.
Yang lain semua tak dapat merentas.
Tak sempat, sebab semuanya mengejut.
Mujurlah masjid tu ada siapkan mini pelamin, adalah gambar cantik nak buat kenangan.
Adik ipar aku bersalinkan Widad pun tak dapat buat majlis akikah.
Upah je akikah kat Mekah, kemudian tempah pulut kuning and rendang hantar ke surau and edar ke jiran-jiran.
Apa dia tak ada keinginan nak buat majlis, nak simpan gambar sebagai kenangan?
Dia pun ada keinginan juga nak buat majlis, nak bergambar.
Tapi nak buat macamana, tak boleh.
Kerana kita semua sedang cuba adhere pada SOP.
Aku percaya pihak-pihak yang dapat kelebihan buat majlis juga menjaga SOP dalam majlisnya, cuma please show some empathy. Itu saja.
Bukan kita sorang dapat anak musim Covid ni. Ramai.
Ramai yang teringin nak buat majlis, nak kenalkan anak pada sedara-mara, tapi tak dapat.
Dalam keadaan bukan semua orang dapat kelonggaran, takpelah kalau kita tak dapat kelebihan yang sama.
Itu rezeki awak. Cuma kita minta empathy saja.
Bukan awak sorang je yang ada sedara-mara, ada kawan-kawan, ada followers yang nak tengok majlis-majlis tu.
Yang marhaen pun ada sedara-mara, ada kawan, dan ada orang-orang penting dalam hidup mereka untuk dikongsikan moment-moment special ni.
Cuma kami tak dapat.
Jadi pada yang dapat tu, kami tak dengki.
Kami cuma terkilan. Itu saja.