2020-07-29
Tragedi bisnes partner bertekak
Pagi-pagi check email dah ada tragedi business partner bertekak pasal pembahagian profit.
Benda ni aku pernah blog setiap tahun.
Memang seronok buat bisnes dengan member sekepala.
Dengan member sekepala semua benda boleh kawtim katanya.
Kalau partnership dengan orang yang tak sebulu, payah.
Bossy. Gila kuasa. Macam bagus. Berlagak tahu semua benda katanya.
Bukan tak boleh buat bisnes dengan kawan-kawan, cuma kena ingatlah yang bisnes ni bukan kerja main-main yang boleh main angguk-angguk gitu je.
Alangkan darah daging sendiri pun kalau bergaduh bab duit macam nak kiamat dunia, inikan pulak kau yang lain mak lain bapak.
Yang pertama sekali, kalau nak ber-bisnes dengan kawan, jangan hanya lihat "se-kepalanya" saja, tapi kena tengok juga skill-nya.
Kalau kita power bab marketing, carilah partner yang skillnya pada business development, atau financial atau networking.
Memilih partner yang ada skill sets yang kita tak ada adalah jauh lebih penting dari memilih keserasian.
Yang kedua, kena pikir tentang contracts.
Always have an agreement yang ada details tentang what you will pay and what they will do.
Every detail kena ada dalam contract.
Tak boleh main "Ok kau buat tu. Aku buat ni".
Kalau semua detail ada dalam contract barulah kita tahu what to expect in the business transaction.
"Tapi dia abang saya. Perlu ke contract?"
Ya. Mesti ada contract.
"Tapi, BFF saya yang akan tolong. Tak nampak pelik ke kalau dengan BFF pun nak ber-contract?"
Yes. Mesti.
Memang rasa janggal bila dengan darah daging sendiri atau dengan kawan rapat pun kita nak ber-sign-sign contract, seolah-olah takde trust kat situ.
Tapi dengarlah cakap aku, buatlah contract walaupun kita dan dia dah kenal lama.
Patutnya dengan orang yang kita dah kenal lagi senang nak ber-contract because when you know better, you do better, right?
Buat contract.
Protect yourself.
Keep you business transaction clean.
Bisnes belum start memang masing-masing trust each other.
Tunggu nanti bisnes dah boom, you will be amazed some people you trust dah mula persoalkan tentang untung, pembahagian kerja and all.
Dan yang paling teruk sekali bila KITA jadi mudah nak take advantage ke atas orang-orang yang bekerjasama dengan kita.
Maksudnya kat sini, a contract bukan saja mem-protect diri kita tetapi diri dia sekali.
Biasalah kan, bila contract tak ada, kita sendiri jadi mudah menyuruh dia buat itu ini.
Itulah tujuannya buat contract.
The whole purpose is to preserve the relationship, not to hurt it.
Maacamana pulak partnership dengan pasangan sendiri?
Rasanya topik ni aku sangat layak untuk bercakap, kan? 😂
Kebanyakkan yang follow blog ni dari mula aku setup bisnes back in 2008 tahu yang pada waktu tu En Wan bekerja.
15 tahun sebagai engineer, aku nampak En Wan sebenarnya stress dengan kerja dia.
Balik rumah letih.
Muka ketat.
Selalu sakit-sakit [impak stress].
Balik rumah, bini pulak belum balik kerja.
Kadang-kadang bini balik lepak jap 1-2 jam then sambung mengadap laptop sampai 2-3 pagi.
Tu belum lagi tetiba bini balik kerja bagitau "Esok saya ada adhoc meeting kat Penang. 3 days kat sana tau".
Jem.
I'm not saying I did this right.
I wasn't prepared for how much work entrepreneurship was going to take but I knew I was lost in it and I loved it.
Aku terlalu sukakan kerja aku sampai aku willing to sacrifice sebahagian besar masa aku.
Aku tak peduli benda lain dah because aku terlalu excited dengan apa yang aku buat.
Aku terlupa aku tak pernah really really sat down and had a conversation about this dengan En Wan.
I'm not going to lie, tapi at one point kitorang pernah bertekak macam berebut gold medal Olimpik.
Gila bahabi punya bertekak, especially bila En Wan cakap "Wife kawan-kawan abang pun kerja juga tapi ada masa dengan family"
Aku tempik balik "Wife kawan-kawan abang tu run company ke? Kalau takde, shut up!!!"
Begitu ya, tahap bertekaknya.
Yang sebenarnya, En Wan bukan tak kasi aku run bisnes but he wanted everything back to the way it was before aku setup own company.
Maybe En Wan pun wasn't prepared sesungguhnya menjalankan bisnes itu tak sama lansung macam makan gaji.
Dia lupa agaknya, bisnes bini dia memerlukan bergerak sana-sini, prepare paper work yang banyak, outstation back to back.
Maybe dia juga terlupa yang aku buat semua ni because I wanted to contribute financially to the family and use my brain for something outside of routine job.
Walaupun kitorang cool, but sebenarnya each of us was frustrated with each other.
En Wan selalu kondem apa aku buat.
Dan aku akan sakit hati setiap kali dia kondem.
Selalunya aku diamkan diri, bagi silent treatment 2-3 hari.
Sometimes, aku jerit jugak kat dia.
Honestly bila diingat-ingatkan balik, aku sepatutnya jadi isteri yang lebih memahami.
After all, I was the one who had changed my mind about being a makan-gaji-person kepada bekerja sendiri.
Tapi pada waktu tu, aku memang betul-betul nak membina company.
Umur masih muda.
Banyak benda yang boleh dibuat waktu muda.
Waktu ni lah nak kerja kuat, nak gain sebanyak-banyak pengalaman and cari peluang.
Aku fikir itu je.
Beberapa bulan selepas tu, we finally sat down in a neutral time to ACTUALLY discuss 'masalah' ni.
En Wan mengaku yang bila dia nampak aku berpenat-penat membangunkan company, dia terasa seolah-olah dia lelaki yang gagal.
He feel like he wasn't doing a good job providing.
Dalam masa yang sama dia kata bisnes aku consume sebahagian besar masa aku dengan family.
Dia nak wife dia balik.
Wife yang ada masa nak terlentang depan TV tengok Winter Sonata sama-sama.
Wife yang mulut tak henti-henti tanya dia macam-macam benda.
Wife yang dependant pada dia.
Dia cakap aku [pada waktu tu] nampak macam superwoman sangat, semua benda aku boleh buat sendiri.
Sayu hati aku bila dengar dia cakap macam tu.
We both cried because we truly love each other and want the best for each other.
Silapnya cuma we had just been a terrible communicators.
That's why aku selalu tekankan communication is key, sebab aku pernah lalui disaster communication error.
Lepas tu, kitorang dah ada kesepakatan dan kesefahaman.
Weekdays, aku pulun kerja.
Manakala En Wan selalunya balik awal, jadi dia akan take over Redza [masa ni hanya ada Redza], mengajar Redza and main dengan Redza.
Tapi weekends, aku stop kerja and fokus hanya untuk family.
Apa-apa urusan kerja termasuk menjawab sms ofis, tak boleh.
This arrangement worked until in year 2015, when I was able to convince En Wan to quit his job and work with me.
Walaupun dia annoying kat ofis, but syukur alhamdulillah, 15 tahun as a Production Engineer, pengalaman dia sangat powerful menguruskan production company aku.
I couldn't have managed without his support [and kondem].
Memandangkan company kitorang adalah Sdn Bhd, jadi pembahagian share and profit adalah jelas.
Pembahagian tugas pun jelas sebab sah-sah dia bukan orang marketing, apetah lagi biotech, jadi dia memang tak mahu carry job scope ni.
Dia hanya buat apa yang dia pakar macam production and operation [serta menukar mentol dan membaiki toilet ofis].
The same is likely dalam perkahwinan. Berkomunikasilah.
It's a major step in being able to own the word "entrepreneur".
Kita tak boleh buat sesuatu tanpa sokongan orang lain, especially sokongan pasangan kita.
Your partner can make or break your business success. Ingat kes Pavithra?
Aku tak kata dorang tak ada komunikasi tapi aku yakin antara punca dorang jadi gitu adalah kerana masalah komunikasi tentang hala tuju bisnes [YouTuber] dorang bersama.
Walaupun dengan spouse, kena ada clear cut dalam pembahagian tugas and profit.
Biar masing-masing jelas supaya bisnes dapat ditadbir dengan lebih baik, insyallah.
Kalau sesiapa sedang ada masalah macam aku and En Wan dulu, berbincanglah dengan pasangan.
Kalau payah sangat, carilah kaunselor untuk mediate discussion [if needed].
Yang penting, masing-masing kena explain how you're feeling and what you want from your life.
Benda ni selalu terjadi especially pada wanita berkahwin dan ada anak.
Kalau korang ibu tunggal - atau belum kawen - korang ada different set of dynamics, approachnya berbeza dan maybe less headache.
If spouses or partners don't know what gets you out of bed in the morning, now is the time to share it.
Just open up.
Sampaikan hasrat hati dengan jelas.
Let them know kita nak dia support kita sebagaimana kita support kerjaya dorang.
Share impian and vision company kita pada dia.
Tell them where you think your vision can take you.
Biar dorang tahu apa yang kita nak untuk diri kita, dia dan keluarga.
You are an equal member of the family and it is OK for you to want something and go after your dreams.
Cakap elok-elok, jangan sampai pasangan kita rasa that they haven't done enough.
Planner aku.
Memang sengaja letak gambar dia di depan, untuk mengingatkan aku ada makhluk yang suka kondem apa aku buat, jadi aku kena buktikan pada dia aku boleh buat.
Nasib dia tak pakai Ir. Wan Muhammad Ridzuan, kalau tak memang kena dah - IrRITATING Wan Muhammad Ridzuan. Kahkahkah.
Dia masih lagi aktif menkondem aku, dari dulu sampai sekarang.
Tapi aku dah faham sangat. Itu memang upacara wajib dia setiap kali aku nak buat benda baru.
Jadi, aku diamkan diri je.
Bak kata omputih let success make the noise.
Yang penting, dia tahu apa yang aku buat dan dia mesti tahu kenapa aku nak buat.
Oh by the way, ramai email aku tanya pasal program Masters yang aku buat tu.
Insyallah from time to time aku akan update course ni di FB and IG XZIZ Biotech.
Jemput follow ya.