2020-08-03

Life balance



Aku dah melalui phase di atas berkali-kali.

Pada ketika aku dah start fokus dengan market company aku dari satu universiti ke satu universiti, business partner aku tarik diri sebab nak ikut suami ke UK.
Aku terpaksa ambil alih tugas dia di bahagian halal detection and custom lab projects.
Aku terpaksa slow down-kan sikit kerja-kerja menjual barang makmal sebab nak dapatkan rentak untuk buat halal project.
Kena run project at the same time belajar cara-cara mencari projek halal.
Lama-kelamaan dah dapat rentak tu, barulah aku boleh melajukan semula menjual barang makmal.
Buat projek halal, at the same time menjual barang makmal melalui projek halal tadi.

Kemudian aku lalui lagi sekali phase ni tahun 2014, bila dah fokus on biotech and halal project, tiba-tiba aku start GreenAard.
Terpaksa slowkan project biotech sebab GreenAard banyak makan masa.
Benda baru, ussually payah nak dapat rentak.
Semua benda aku slowkan sebab nak lebihkan masa kat GreenAard.
Fleur by Mrs Him tak kacau kerja aku sebab bukan aku yang menjahit.

Now sekali lagi nampaknya aku lalu phase yang sama bila mana aku dah jump into teaching line.
Buat masa ni, kerja-kerja GreenAard banyak pass kat En Wan.
Tak susah pun, sebab segalanya dah ada cuma nak continue marketkan.
Produk GreenAard yang baru aku terpaksa delaykan sikit sebab now aku pilih untuk lebihkan perhatian pada teaching.

Ok, mula-mula sekali kalau korang [especially ladies] adalah seorang yang mendahulukan keluarga melebihi segala-galanya, maybe this artikel is not for you.
Bukan apa, aku tak nak membuka ruangan kecaman.
Karang orang kata aku mengajak wanita-wanita tinggalkan keluarga untuk kejar kerjaya pulak.
Please ya, sila baca dengan minda yang terbuka.

Sebenarnya dah banyak DMs and emails aku dapat dari blog readers yang nak sangat bekerja [run business from home] tapi tak boleh fokus.
Aku tak sampai hati nak cakap "Just go for it" sebab aku taknak nanti ada yang stress, ada yang sampai bergaduh dengan suami, paling tak nak ada yang bercerai-berai sebab salah faham dengan apa yang aku cadangkan.
Tapi based on apa yang aku observe in my own personal experience, kebanyakkan kita [wanita] nak jadi superwoman - boleh jaga anak, jaga suami at the same time boleh buat macam-macam kerja dan masih kekal hebat - but we are often held back because of the hard work that entrepreneurship entails.

It's not that you are lazy or you are not doing enough - not most of us, anyway.
Kita sebenarnya dah terlalu work hard sebagai seorang ibu.
Menyediakan makanan, menyiapkan keperluan suami dan anak-anak, hantar anak pergi dan balik, mengemas rumah, mencuci, melipat, menggosok - kerja-kerja basic rumahtangga fall mostly on the woman's plate.
Boleh jadi disebabkan ini, kita tak bersedia nak buat banyak kerja tambahan lain [seperti side business] sebab kita dah terlalu letih.
On top of that, for many of us, ada mind-set yang dah di-drilled sejak kecil bahawa bekerja dan mempunyai kerjaya hebat adalah tugas lelaki.
Pretty girls like us [ahgiteww] should be doing something yang lebih soft dan tak memakan banyak masa di luar [atau di depan komputer].

Hah ni jangan pulak ingat aku suruh korang tinggal anak and suami semata-mata untuk kejar kerjaya, ya? Bukan macam tu.
Maksud aku, pilihan di tangan kita. Kalau kita nak buat, pasti ada jalan.
Salah satu caranya adalah mengurangkan fokus pada perkara lain demi nak tumpukan pada perkara yang lagi satu.

Tapi selalunya kita tak nak begitu.
Kita taknak kurangkan perhatian pada satu area demi nak tumpukan pada area yang lain.
Kita nak jadi superwoman.
Kita nak buat semua benda, segalanya biar tip top.
Tetap memasak setiap hari, tetap nak melipat baju setiap hari, tetap nak ajar anak tusyen setiap hari, tetap nak gosokkan baju suami and anak-anak setiap hari, tetap nak buatkan bekal semua orang setiap hari, etc.
At the same time kita nak jadi pekerja yang dedikasi, nak jadi staff yang disayangi boss, nak jadi pekerja cemerlang, nak jadiwanita yang hebat berjaya.

Statement aku : MANA MAUNYAAAAAAAA.

Jangan letakkan benchmark terlampau tinggi.
Kita takkan boleh buat semua benda dengan cemerlang tanpa mengalihkan fokus kita pada satu area dan mengurangkan fokus pada area yang lain, melainkan ada pembantu.
Kena akui bukan semua benda kita boleh buat.
Ada perkara yang kita terpaksa lupakan in order untuk carry perkara lain.
Macam yang aku tulis kat Linkedin post tu, mencari life balance is tough.
There are a lot of things to consider.

Aku tak tau orang lain macamana, tapi kalau aku, adalah normal bila aku boleh masak 2 kali je seminggu. Selebihnya tapau sebab ada kerja penting aku nak siapkan.

Normal kalau aku tak boleh semak latihan [homework] Rayyan that day kalau ada reading yang aku kena habiskan.

Normal kalau 2-3 hari En Wan kena siapkan diri sendiri [makan & pakai] sebab aku nak buat preparation for meeting and appointment.

Aku bukan superwoman.
Aku hanyalah wanita yang ada impian untuk capai milestone yang aku dah susun dalam hidup.
Dan untuk mencapai milestone ni, tak memerlukan aku jadi superwoman.
Aku hanya perlu jadi realistik.
Ada perkara yang aku kena minta tolong suami.
Minta tolong mak mertua. Minta tolong staff. Minta tolong family.
Pasti ada perkara yang aku terpaksa korbankan kejap in order nak tumpukan pada benda yang lain.
That is NORMAL.
Yang penting, support system utama - iaitu suami - memahami.

Dalam dunia berkelajuan tinggi macam sekarang, bukan hanya life balance between kerja dan keluarga je yang susah nak dicari.
If you're a stay-at-home mom pun korang pun susah nak cari life balance antara keperluan keluarga dan kehendak korang sendiri.
Mana nak curi masa untuk bersenam, membaca, melepak dengan kawan, mandi lama-lama dalam bath tub at the same time nak menguruskan anak-anak and kerja rumah yang tak habis-habis.

Bibik aku yang nombor 3 [bibik Ety] adalah sejenis bibik yang tak reti duduk diam, sampai aku penat tengok dia tak benti-benti buat kerja.
Kalau balik Bangi, dari celik mata sampai tuan rumah dah nak tido, dia tak habis-habis mencari kerja untuk dibuat.
Habis plastik-plastik mak aku dilipat-lipatnya punyalah dah takde keje lain nak buat.
Aku rasa ada certain mak-mak macam ni.
Everyday nak mengemop, everyday nak mengelap, everyday nak jemur karpet, everyday nak basuh baju.

Hello...?
Boleh tak satu hari tu kau duduk je dendiam kat rumah, just masak and tengok tv dengan anak-anak.
Esok sambung lah balik mengemop.
Yang nak buat semua benda non-stop kenapa?

Life balance is not about memastikan segalanya dalam keadaan seimbang dan sempurna semata-mata.
Life balance is about prioritizing too.
Decide which are most important, kemudian buat yang important ni dulu.
In order nak buat yang important, dah pasti ada benda yang kurang important kena ketepikan, and that is OK.

On any given day, in any given moment, what is your priority?
Antara siapkan kerja and makan, mana yang lebih penting?

Kalau aku, aku makan dulu.
Sebab bila aku kenyang, aku boleh fokus buat kerja.
Daripada konon nak siapkan kerja dulu baru makan, last-last aku buat kerja asal siap sebab lapar takleh fokus.

Sometimes, antara update blog dengan buat kerja, aku tulis blog dulu.
Bila aku dah luahkan segala apa aku nak tulis, fikiran aku jadi lapang so boleh tenang-tenang siapkan kerja.

Macam sekarang ni lah, teaching slides aku ada lagi 53 pages nak kena siap.
Tapi aku update blog dulu.
Lepas ni aku nak buat teh tarik and roti bakor, pastu aku nak tidur sebab dah seharian aku mengadap laptop.
Pagi esok kunci jam 4 pagi baru sambung buat kerja.

Your life, you decide guys.
Nite all!