2020-04-22

Sedekah terang-terangan mengundang rasa riak?


Kesian Ustaz Ebit Liew.
Rupanya ramai 'ustaz-ustaz' yang tak senang dengan kerja-kerja ibadah dia.
Jatuh hukum riak katanya bila bersedekah up kat media sosial.

Rasanya, kalau nak dibandingkan mereka yang bertitle ustaz ni dengan aku, jelas dorang lebih berilmu.
Tapi aku pelik, takkan orang-orang yang berilmu ni tak tahu as manusia, kita tak berhak mempertikaikan keikhlasan seseorang kerana keikhlasan adalah hak manusia itu sendiri dengan Allah. Bukan kerja kita nak judge dia ikhlas atau tak.

Katanya, bersedekah mesti diam-diam untuk elakkan riak.

Tak, masalahnya sekarang ni, siapa yang riak?
Mana kita tahu dia riak?
Dia yang riak atau kita yang sakit hati?

Bersedekah diam-diam belum tentu ikhlas dan yang bersedekah terang terangan belum tentu riak.
Tak ada yang salah kalau sedekah terang-terangan.

Bawah ni contoh ayat yang allow sedekah secara terang-terangan.
Boleh baca perkataan yang aku bold-kan untuk senang faham.

"Dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan Tuhannya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)" [Ar-Raad, 22]

"Hendaklah mereka melaksanakan solat, menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan secara sembunyi atau terang-terangan sebelum datang hari, ketika tidak ada lagi jual beli dan persahabatan." [Ibrahim, 31] 

Cukuplah 2 ayat sebagai contoh.

Bersedekah secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan.
Sembunyi-sembunyi itu lebih baik sebab itulah duduknya di awal however, jelas situ kata bersedekah terang-terang tak salah.
Yang salah tu bila terang-terang tak bersedekah, lepas tu sakit hati bila orang buat kerja amal!

"Tangan kanan memberi, tangan kiri tak boleh tahu" - ini sebenarnya lebih kepada menjaga perasaan dan kemuliaan orang yang menerima sedekah.
Jangan sampai yang menerima sedekah mendapat aib.
Kalau boleh buat ini, lebih baik, tetapi kalau tujuan sedekah terang-terangan kerana nak update sumbangan dari orang ramai, ini adalah wajar.

Ramai kawan-kawan di FB aku buat program sumbangan groceries and makanan sepanjang tempoh PKP ni.
Bagi aku, itu bagus sebab tak semua orang ada masa dan tenaga nak buat sendiri.
Bila ada willing jalankan tugas, kita yang takde masa ni bolehlah hulur-hulur duit.
Di pihak yang menjalankan sumbangan, dah tentu para penyumbang nak tahu ke mana duit-duit sumbangan tu pergi, dan atas sebab itulah mereka upload di media sosial.
Samada dia meriak atau tak, itu urusan dia dengan Allah.
The thing is, yang menyumbang tak kisah pun NGO-NGO nak up kerja-kerja amal.
NGO tak mention siapa yang beri sumbangan pun takde hal, tapi yang tak menyumbang ni pulak panas hati, dah kenapa?

Selalunya gitulah, yang tak buat apa-apa ni yang kecoh lebih.
Kalau kita tak nak buat benda baik, janganlah pulak kita halang orang lain buat baik.
Dah tahu diri tu jenis tak boleh tengok orang lain lebih, lain kali buatlah sama.
Pastu up kat media sosial kerja-kerja amal kau, then tunggu kecaman sampai.
Rasa sikit sebanyak macamana rasanya kena kecam, jangan asyik nak mengecam je kejenya.

Sedekah yang ditunjuk boleh memotivasikan lebih ramai orang buat benda yang sama, jadi apa salahnya.
Bila orang lain terpanggil untuk buat benda yang sama, takdelah balik-balik orang itu je kita nampak buat kerja.
Lagipun, bukan ke kita juga akan dapat kebaikan dan pahala yang sama dari orang yang bersedekah kerana ajakan kita?
Jadi, wajar kalau perkara-perkara kebaikan dipertontonkan, asalkan jaga niat.

Sedekah yang disembunyikan memang lebih baik kecuali ada keperluan yang sangat diharapkan, contohnya supaya masyarakat setempat buka mata tentang adanya orang yang susah di kawasan pertempatan kita.
Jadi tak perlulah kita tuduh orang itu riak.
Tuduhan macam ni lah yang rosakkan hubungan dalam dunia online yang kemudian bagi kesan pada silaturrahim di dunia realiti.
Lebih baik kita betulkan niat kita sendiri.
Tanya diri, betul ke kita ikhlas menegur demi kebaikan atau sebenarnya kita dengki bila dia dipuji kerana kerja-kerja amalnya?

Riak itu hanya diketahui oleh diri orang itu sendiri dan Allah.
Memang ada potensi untuk timbul rasa riak tanpa kita sedari, lebih-lebih lagi kalau kita belum biasa bersedekah dan buat amalan-amalan tertentu.
Sesekali buat, memang ada potensi nak canang-canangkan pada orang lain.
Benda tak biasa buat, bila dapat buat, memang 'gelabah' lebih.
Jadi, salah satu caranya, buatlah selalu.
Sedekah selalu-selalu. Lama-lama jadi kebiasaan.
Benda kalau dah jadi kebiasaan, dah tak lalu dah nak riak.
Yang jadi punca riak ni bila benda jarang buat.

Samalah macam kita tengok orang lain upload kerja sedekah.
Kita mudah rasa orang tu sedang meriak sebab kita tak biasa bersedekah.
Kalau kita biasa, kita mudah seronok tengok ramai rupanya yang bersedekah, bukan kita sorang.
Maka, daripada kita tuduh orang tu riak, apa kata kita buat benda yang sama, lepas tu kita nilaikan keikhlasan diri sendiri, mampu tak kita bendung rasa riak tu.
Sama-sama kita mencurigai diri sendiri dan sentiasa memperbaiki niat agar terhindar dari riak dan hasad.
Elakkan prasangka kerana kebanyakan prasangka adalah dosa.
Cakap kat diri sendiri bahawa "Sebaik-baik aku, lebih baik orang lain. Seburuk-buruk orang lain, lebih buruk aku".

Kita ni kalau boleh, janganlah jadi jahat.
Kalau tak dapat, maka kita jadilah orang yang larang orang lain buat jahat.
Kalau tak, cukuplah kita jadi orang yang tak suka orang lain buat jahat.
Atau, setidak-tidaknya jadilah orang yang tak membuka jalan untuk orang lain buat jahat.

Tapi kalau boleh jadi baik, maka jadilah baik.
Kalau tak boleh jadi baik, jadilah orang yang suka suruh orang lain buat baik.
Kalau tak boleh juga, jadilah orang yang suka orang lain buat baik.
Kalau tak dapat gak, cukuplah kita jadi orang yang membuka jalan orang lain buat baik.



Khas untuk IG followers, nak order Pure Effective, KLIK SINI.