2020-04-21

Niqab dan selfie


Semalam nampak satu artikel tentang wanita berpurdah tapi seakan-akan mahu dilihat - dengan mekap mata yang tebal dan suka berselfie.
Yang menulis artikel tu aku tak kenal tapi dari gambar profile, dia juga berpurdah.
Maka, bagi aku, dia ada kelebihan untuk menegur kelompok-kelompok yang berpurdah-berselfie ni.
Aku, on the other hand masih lagi merangkak nak menjaga aurat, jadi aku bukan orang paling tepat untuk bercakap pasal purdah.
Tapi aku berkawan dengan kawan-kawan yang berpurdah. Ramai.
Kebanyakkannya aku kenal di majlis taklim and geng 'The 4am Club'.

Aku respect and hormat kawan-kawan aku ni, bukan saja kerana akhlak dan ilmunya tapi juga how bersungguh-sungguhnya dorang menjaga aurat.
Masyallah, sangat istiqomah.
Banyak pengaruh dorang dalam hidup aku, cuma aku belum kuat untuk jadi seperti dorang.
Being said that, aku dapat rasakan kuatnya ujian untuk mereka yang berpurdah.
Sedangkan aku yang dah berkawan 4 tahun lebih dengan geng The 4am Club ni pun, masih lagi belum bersedia untuk berpenampilan seperti dorang sebab aku takut penampilan aku nanti tak seiring dengan akhlak.
Bukan senang nak seiringkan akhlak dengan penampilan yang syari'i.
Takut juga nanti kerana akhlak kita, semua yang berpurdah tu nampak buruk di mata orang lain.

Zaman sekarang ini, media sosial menguasai dunia.
Tak jumpa orang depan-depan pun takpe, dengan online, segalanya boleh.
Buktinya waktu PKP ni, mujur juga zaman ni ada internet, ada media sosial, jadi segalanya masih connected.
Dek kerana ceramah-ceramah sekarang banyak diupload di internet, kerja-kerja dakwah menjadi lebih meluas.
Ilmu-ilmu agama lebih tersebar dengan pantas, tinggal lagi nak cari dengan tak je.

Berbanding tahun 90-an dulu, sekarang perempuan yang pakai tudung syar'i [sesuai dengan syariah Islam] semakin ramai, bahkan ramai yang pakai niqab.
Ini dah tentu perkembangan yang sangat baik sebab ramai yang berusaha menutup aurat dengan sempurna.
Tapi, ada perkara yang menjadikan hal yang baik menjadi tak baik pada pandangan Islam.

It's sad that nowadays mereka yang dah pun menutup aurat dengan sangat sempurna sama naik berselfie and upload gambar-gambar selfie di media sosial masing-masing dengan pose yang pelbagai.
Especially di IG, berpurdah, berniqab, bertudung labuh tapi upload gambar selfie hampir setiap hari dengan mekap mata yang obvious.
Ada yang buat tik-tok bagai.

Aku bukan orang yang layak untuk menegur, sebab setidak-tidaknya penampilan mereka jauh lebih baik dari aku, but such a thing is very sad in the eyes of Islam
Some of them rasa bila dah cover aurat sepenuhnya bermakna dorang bebas upload gambar selfie.

Ini adalah persepsi yang sangat salah.

Aku always pandang kelompok yang berpurdah ni sangat tinggi kedudukannya.
Kerana Allah tak gerakkan hati sebarang-sebarang orang untuk menutup aurat se-sempurna itu.
Allah tak pilih sembarangan orang untuk berpenampilan begitu.
Jadi, bila kamu dah digerakkan hati untuk berpenampilan syari'i dengan sempurna, maka jadilah role model yang terbaik untuk kami-kami yang belum mampu jadi sekuat kamu.

Aku teringat pesan salah seorang ustaz dalam ceramah di salah satu majlis taklim yang aku attend.
Dia kata "Perkara pertama yang seorang wanita perlu buat selepas berhijrah [memakai tudung] adalah mencari ilmu dan mengamalkannya, bukannya cari tutorial tudung".

Pedih sangat-sangatnya aku dengar waktu ni.
Tetapi, aku pegang pada syarat menuntut ilmu harus berlapang dada.
Aku pun cari ilmu, belajar and cuba amalkan.
Ternyata betul.
Ujian untuk orang yang mahu memperjuangkan agama Allah, tak setanding ujian-ujian sebelumnya.
Semakin kita mendekat pada agama Allah ujiannya sangat besar, dugaannya macam-macam bentuk.
Maka sebab itulah pentingnya ada ilmu.
Dengan ilmu itulah kita dapat membataskan diri kita dari buat benda-benda yang tak patut kita buat.

Orang perempuan mungkin tak tahu sebenarnya lelaki di dunia ada dua jenis.
Yang pertama, suka wanita yang membuka-buka dalam penampilan.
Yang kedua, suka wanita yang tertutup-tutup dalam berpakaian.
Pusing ikut mana pun, wanita tetap disukai oleh lelaki.

Rasulullah saw bersabda "Aku tidak meninggalkan satu fitnah pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita" [silakan confirm semula hadis ni kalau mahu. Aku malas nak cari buku hadis aku kat bawah].

Some of them up gambar selfie dengan mekap mata yang tebal tapi caption berbaur dakwah.
Bagus, tapi tak kena.

Perlu difahami bahawa berdakwah seperti itu tak pernah diajarkan dalam Islam.
Aku pernah berbincang-bincang dengan geng-geng 4 am Club tentang ni.
Kata some of them, perempuan berniqab yang suka berselfie di media sosial sebenarnya mereka mahu dilihat, dan mahu menunjukkan bahawa mereka ada, dan gambar itu sebagai bukti.
Ini sememangnya fitrah wanita.
Wanita sukakan kecantikan, pujian, attention.
Tetapi, memakai niqab dan kerap berselfie adalah bukti bahawa mereka tak tahu apa sifat sebenar tudung yang mereka pakai.
Boleh jadi mereka pakai kerana ikut-ikut.

Bak kata ustaz, syaitan sangat berpengalaman dalam menghasut manusia.
Kalau dia tak dapat buat kita jadi jahat, dia akan buatkan kita berkira-kita nak buat benda baik.
Same goes to hijab.
Ketika syaitan  tak mampu menggoda muslimah untuk melepaskan hijabnya, dia akan ajar muslimah  menjadikan hijab sebagai perhiasan.
Maka muslimah mula menghias mata sehingga terlihat cantik walaupun seluruh badan tertutup.
Syaitan cukup pakar bab-bab ni.
Dia akan terus cari celah untuk mencucuk walaupun niat awal kita tadi untuk berdakwah.

Tapi aku tahu, akan ada hujah yang tersendiri dari kelompok ini [yang berniqab tapi suka mekap tebal and selfie].

"Kami buat atas tujuan berdakwah, syiar islam dengan penampilan syari'i agar muslimah lain ikut sebagaimana perintah syariat".

Sister, berdakwah adalah jalan kebaikan.
Tetapi dakwah kepada syariat harus dilakukan atas landasan syariat juga.
Maksudnya, mengingkari kemungkaran tak boleh menimbulkan kemungkaran yang lebih besar.

"Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan bashirah" [Yusuf, 108].

Bashirah bermaksud ilmu, iaitu apabila berdakwah, dia harus berbekalkan dengan ilmu tentang apa yang hendak dia dakwahkan.
Ilmu menjadi syarat ucapan dan perbuatan dibenarkan.
Ucapan dan perbuatan tidak akan bernilai kecuali dengan ilmu.
Ilmu mesti mendahului kedua-duanya, kerana ilmu akan memperbaiki niat, dan niat akan memperbaiki amalan.

Again, aku bukan orang yang paling tepat untuk bercakap dan menegur bab ni sedangkan aku masih lagi bertatih-tatih menjaga aurat sendiri.
Sekadar berkongsi ilmu yang aku tahu dan aku juga sedang berusaha mengamal dan memperbaikinya.
Tak nak terima tak apa, boleh jadi cara penyampaian aku yang tak tepat.
Tapi, usahakan semak balik apa yang aku tulis ni dari ahli-ahli agama lain, mungkin penerangan mereka lebih terkesan di hati.



Khas untuk IG followers, nak order Pure Effective, KLIK SINI.